Anda di halaman 1dari 3

8.

0 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui Instrumen

8.1 Pemerhatian – Iklim, Suasana dan Budaya Sekolah

Menerusi pemerhatian yang telah saya lakukan, saya berupaya untuk


memperoleh pengalaman tentang iklim, suasana dan budaya SK Balimbang.
Penekanan terhadap . Dorongan daripada pihak pentadbiran kepada warga-warga
pihak sekolah agar menjalankan tugas dengan lebih komited amatlah diutamakan di
SK Balimbang.

Dari segi disiplin pula, secara keseluruhannya, amatlah memuaskan. Hal ini
adalah kerana, murid-murid di sekolah tersebut menunjukkan sikap hormat yang
tinggi serta memiliki semangat bekerjasama yang amat kental.

Gambar 1: Penglibatan aktif semasa p&p di luar kelas


8.2 Senarai Semak – Kemudahan, Infrastruktur dan Prasarana di Sekolah

Dengan berpandukan senarai semak yang telah saya jana terlebih dahulu,
saya dapat mengenal pasti serta mengesan kemudahan-kemudahan serta
prasarana-prasarana yang terdapat di sekolah ini. Kelengkapan yang kurang
mencukupi sememangnya merupakan satu cabaran bagi SK Balimbang, ke arah
mewujudkan suasana sekolah yang kondusif, selamat dan selesa. Kelengkapan
penting yang merangkumi kelengkapan kurikulum dan ko-kurikulum di SK Balimbang
telah tersedia khas terutamaanya bagi kemudahan murid-murid. Hal ini boleh
dianalogikan bagi diri seorang guru. Seorang guru baik yang bersedia lengkap
dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan mempunyai kelebihan yang tinggi
dibandingkan dengan guru-guru yang kurang bersedia. Oleh yang demikian,
instrumen ini telah memupuk diri saya untuk sentiasa bersiap sedia bagi
kepentingan anak-anak murid saya kelak.

Gambar 2: Kemudahan padang (SK Balimbang)


8.3 Temu bual – Warga Sekolah

Dengan berpandukan instrumen temu bual yang telah saya jana terlebih
dahulu, saya dapat mempelajarai serta mengenal pasti bidang tugas yang berlainan
bagi warga-warga di SK Balimbang. Kepekaan setiap warga sekolah tentang
tugasan serta bidang kerja masing-masing merupakan suatu kelebihan yang cukup
ketara. Saya berasa amat tertarik serta kagum dengan jawapan-jawapan yang
diberikan kerana mereka sememangnya cukup mahir dan biasa dengan bidang
tugas mereka. Secara analoginya, bagi diri saya yang merupakan seorang bakal
guru, amatlah ditekankan bahawa saya seharusnya cukup jelas dan faham tentang
bidang tugas saya. Melalui instrumen ini juga, saya berupaya untuk melatih
kepekaan diri saya terhadap perubahan-perubahan semasa dan sentiasa bersedia
untuk berkhidmat setulus hati bagi kecemerlangan sekolah.

Gambar 3: Murid tekun menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru

Anda mungkin juga menyukai