Anda di halaman 1dari 1

ESEI

SOALAN 2 (B)

NAMAKAN DUA JENIS KITARAN DALAM SISTEM PEREDARAN DARAH DAN HURAIKAN
KEDUA-DUA JENIS KITARAN TERSEBUT. (10 MARKAH)

Dua jenis kitaran darah yang terdapat dalam sistem peredaran darah ialah sistem peredaran
sistemik dan sistem peredaran pulmonari. Sistem ini dikenali sebagai sistem peredaran ganda
dua.

Sistem peredaran sistemik berlaku apabila darah beroksigen keluar dari ventrikel kiri
jantung melalui aorta. Aorta menghantar darah beroksigen melalui arteri untuk dihantar ke
seluruh bahagian tubuh. Darah di arteri akan melalui salur yang lebih kecil dikenali sebagai
arteriol. Darah beroksigen di arteriol disalurkan ke kapilari darah untuk menjalani proses
pertukaran gas iaitu membebaskan gas oksigen dan menerima gas karbon dioksida. Selepas
pertukaran gas, darah terdeoksigen akan melalui venul. Venul-venul yang bergabung akan
membentuk vena. Darah terdeoksigen yang melalui vena akan disalurkan ke jantung
menerusi vena kava.

Dalam sistem peredaran pulmonari, darah terdeoksigen yang baru masuk ke jantung
akan melalui atrium kanan dan mengalir ke ventrikal kanan. Darah terdeoksigen di ventrikal
kanan mengalir ke arteri pulmonari untuk disalurkan ke paru-paru. Semasa dalam paru-paru,
arteri berpecah menjadi arteriol dan akhirnya menjadi kapilari pulmonari. Kapilari pulmonari
akan membawa oksigen dan melepaskan gas karbon dioksida. Darah yang beroksigen
melalui venul dan diangkut ke vena pulmonari untuk dibawa semula ke jantung. Darah
beroksigen di vena pulmonari akan disalurkan ke atrium kiri dan seterusnya ke ventrikel kiri.
Jantung mengecut dan mengepam darah di ventrikel kiri ke aorta untuk memulakan semula
peredaran sistemik.

Anda mungkin juga menyukai