Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK(10%)

MENULIS BERKENAAN SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SUKAN GOLF DUNIA


DAN JUGA DI MALAYSIA. KEMUNCULAN SUKAN GOLF INI DI MALAYSIA SEHINGGA
DAPAT MELAHIRKAN BAKAT-BAKAT MUDA DAN JUGA PEMAIN-PEMAIN BERTARAF
ANTARABANGSA. PERSEDIAAN MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI BAGI
PENGANJURAN KEJOHANAN GOLF BERTARAF ANTARABANGSA SEPERTI TOUR
ASIAN DAN PROFESIONAL GOLF ASSOCIATION TOUR(PGA). MENGENAL DAN
MEMAHAMI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG GOLF SEBAGAI SUATU
PERMAINAN/SUKAN BUKAN HANYA GOLONGAN BANGSAWAN. PERSEDIAAN
SEBELUM MEMULAKAN PERMAINAN SEHINGGALAH TAMAT PERMAINAN, SUKAN
INI BERPERANAN MENDISIPLINKAN INDIVIDU JIKA BERPEGANG DENGAN ETIKA
DAN PERATURAN PERMAINAN.
PEGENALAN

Golf merupakan permainan yang menggunakan stick(club) dimana penggunaan panjang-


pendeknya stick ditentukan oleh jarak pukulan kea rah sasaran(green). Tujuan dari
permainan golf adalah memindahkan bola dari satu tempat(posisi) ke tempat lain dengan
jumlah pukulan yang sedikit.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SUKAN GOLF DUNIA

Golf berasal dari Scotland dalam abad ke-21. Dokumen pertama yang menyebut tentang
golf adalah bertempat di Edinburgh pada 6 Mac 1457, apabila King James II melarang ‘ye
golf’ kerana permainan golf menganggu latihan memanah. Larangan berlaku semula pada
tahun 1471 ole James III dan pada tahun 1491 oleh James IV. Akan tetapi, pada tahun
1618, King James VI membenarkan permainan golf dimainkan semula.

Seterusnya, sedikit latar belakang awal permainan golf dunia. Pada tahun 1744, pemain
golf Edinburgh menubuhkan satu kelab yang dipanggil Honourable Company of Edinburgh
Golfers dan beberapa tahun kemudian Society of St.Andrew Golfers ditubuhkan. Kini, nama
Society of St.Andrew Golfers ditukar kepada Royal & Ancient Golf Club of St.Andrews.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SUKAN GOLF MALAYSIA

Golf dibawa masuk oleh British semasa British menjajah Malaysia. Pada masa itu, golf
hanya terbuka kepada golongan elit dan diraja. Selepas Malaysia merdeka, permainan ini
bermula berkembang di seluruh Malaysia dan terbuka kepada orang ramai. Apabila
permainan ini dibuka kepada orang ramai, bilangan pemain golf di Malaysia meningkat
menyebabkan padang golf tidak mencukupi dan lebih banyak padang golf dibina.

Bermula 29 Mac 1929, wakil-wakil kelab golf bertemu di Kelab Golf Singapura di
Bukit Timah untuk membentuk Persatuan Golf Malaya(The Malaysia Golf Association atau
MGA) yang bertujuan menganjur Kejohanan Golf Tanah Melayu. Kejoahanan akan diadakan
secara bergilir-gilir di antara Singapura dan Kuala Lumpur setiap tahun. Pada tahun 1935,
pemain golf yang bukan ahli dalam Persatuan Kelab Golf hanya boleh bermain dalam
Kejohanan Malaya dengan kebenaran khas dari MGA. Penganjuran kejohanan bagi sukan
ini bermula tahun 1952 sehingga kini dikenali sebagai Kejohanan Jubli Emas yang diadakan
di Kelab Golf Selangor.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG GOLF

Berikut ini akan dijelaskan mengenai peraturan-peraturan di dalam permainan golf


bermula dari permainannya, skor, dan lain-lain. Dalam satu pusingan biasanya terdiri
dari 18 lubang dan terdiri dari dua jenis permainan iaitu stroke play dan match play.
Untuk pukulan pertama dimulai dari teeing ground, namun pada permainan foursomes
dimana dalam dua pasukan terdiri dari dua orang maka setiap anggota pasukan
memukul secara bergilir memakai satu bola saja. Pukulan dari teeing ground disebut
dengan tee shot. 

Peraturan dalam permainan golf yang dinilai adalah jumlah pukulan paling sedikit,
jadi setiap pemain harus memasukkan bola ke dalam lubang dengan jumlah pukulan
paling sedikit itulah yang menang. Setiap pemain perlu mengasah kemahiran dalam
memukul dan menentukan arah bola. Biasanya pemain dibantu oleh caddy yang
bertugas sebagai pembantu peralatan pemain selain itu, caddy boleh juga memberitahu
kepada pemain arah bola yang perlu disasarkan.

Bagi skor atau nilai dalam permainan golf mempunyai sedikit perbezaan antara sukan
atau permainan lain iaitu

2 eagle dua pukulan di bawah par


3 double eagle tiga pukulan di bawah par
1/0 birdie satu pukulan di bawah par
1 bogey satu pukulan di atas par
2 double bogey dua pukulan di atas par
3 triple bogey tiga pukulan di atas par

Hole in one bermaksud memasukkan bola dari teeing ground ke lubang hanya
dengan satu pukulan saja.

Apabila bola masuk ke dalam hazard, pemain dikenakan penalti dan perlu drop bola
baru dengan persetujuan pemain lain dalam pasukan.
RUJUKAN

Bodden, V. (2016). Golf. Mankato, MN: Creative Education.

Boy Scouts of America. (2016). Golf. Irving, TX.

Gifford, C. (2010). Golf. Mankato, MN: Sea-to-Sea.

Howell, B. (2012). Golf. Minneapolis, MN: ABDO Pub. Co.

McClellan, R. (2011). Golf. Minneapolis, MN: Bellwether Media.

Anda mungkin juga menyukai