Anda di halaman 1dari 7

REFLEKSI PROGRAM PENDIDIKAN LUAR

SEBELUM BERTOLAK

Sebelum bertolak ke program pendidikan luar di Teluk Nipah, Pulau Pangkor, kami telah
melakukan beberapa persediaan yang rapi untuk memastikan tiada sebarang alatan dan
keperluan yang tertinggal. Antara persediaan yang telah dilakukan adalah mesyuarat
pelaksanaan antara ahli jawatankuasa pelaksana bagi memastikan setiap kerja
jawatankuasa berjalan dengan lancar. Mesyuarat ini telah diadakan beberapa kali
sebelum bertolak ke Pulau Pangkor. Selain itu, kami juga telah mengadakan satu senarai
alatan yang perlu dibawa ke Pendidikan Luar sebagai salah satu langkah untuk
memeriksa alatan yang dibawa.

Dalam masa yang terdekat juga kami telah memeriksa peralatan untuk digunakan
semasa aktiviti orienteering seperti kompas, peta dan penanda check point. Selain itu,
pemeriksaan juga telah dilakukan untuk peralatan abseiling seperti tali, topi keselamatan,
figure of 8, karabiner, sarung tangan dan harness(Mace’’ & Carroll’"’, 1985).
SEMASA PROGRAM PENDIDIKAN LUAR

Pada hari pertama (Isnin), perjalanan untuk ke Pulau Pangkor berjalan dengan lancar.
Kami bertolak pada pukul 8 pagi supaya kami dapat sampai ke jeti lebih awal. Segala
alatan untuk program telah kami periksa dan dimasukan kedalam bas pada pukul 6 pagi
hari perjalanan. Kami sampai di jeti dalam pukul 1 tengah hari dan sampai di Pulau
Pangkor pada pukul 3 petang. Perjalanan pergi berjalan dengan sangat lancar. Pada
petang harinya kami telah melakukan aktiviti water confident mengikut jadual yang telah
ditetapkan.

Pada hari kedua (Selasa) pula kami telah melakukan ujian amali kayak dan
snorkelling. Ujian snorkelling yang dijalankan berjaya dan kesemua pelajar dapat
melakukan ujian tersebut walaupun ada sesetengah pelajar yang tertelan air laut
beberapa kali. Bagi ujian seterusnya ialah ujian kayak, kami telah berkayak pulau yang
berdekatan untuk melakukan ujian terbalik kayak (Capsized). Semua pelajar dapat
melakukan ujian Capsized dengan cemerlang walaupun pada sebelum ini ada diantara
kami yang susah untuk menaiki kayak didalam air seperti Syahiran, Teh Xian Zhi, Lim
Jau Pin dan Lim Xien Pei. Tetapi dengan sokongan daripada kawan-kawan dan Encik
Badrul Zaman pensyarah kami, kesemua pelajar dapat naik kayak dengan baik. Semasa
pulang kami telah dilanda dengan ombak yang sangat kuat sehinggakan kayak dipenuhi
air seperti kayak kumpulan Rahimin, Tan Rau Jun dan kayak Miew Shahrul Nizam.
Pada hari ketiga (Rabu) pula kami telah bertolak ke Teluk Segadas untuk ujian
perkhemahan dan abseiling. Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 7 orang
akan melakukan ujian abseiling dan 8 orang lagi menyiapkan tapak perkhemahan. Di
tapak perkhemahan, pada mulanya kami telah silap membuat khemah dan perlu
merobohkan dan membuat kembali menggunakan kayu-kayu. Kami telah mengambil
masa daripada pagi hari rabu hingga pukul 3 pagi hari khamis untuk menyiapkan tapak
perkhemahan dan 7 gajet yang diperlukan. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan
dengan hanya tidur 3 jam sahaja dan pada pagi khamis kami perlu merobohkan kembali
khemah dan gajet yang telah dipasang. Untuk ujian abseiling pula, 7 kumpulan yang awal
telah mendapat pengalaman baru dengan turun abseiling dengan cara Australian dan
kami semua berjaya turun walaupun ada yang tak pandang bawah dan muka pucat.
Pada hari keempat (Khamis) pula kami telah bertolak ke Pasir Bogak untuk
melalakukan ujian orienteering yang menggunakan peta yang pertama. Sebanyak 10
penanda yang telah diletakan di kawasan Pasir Bogak. Kami menggunakan inovasi
dalam orienteering ini kerana menggunakan QR Code yang perlu diimbas oleh pelajar.
Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut kumpulan khemah. Pengalaman yang
berharga kerana kami perlu berjalan sepanjang 2.4km di Pasir Bogak. Kemudian kami
perlu pergi ke peta yang kedua iaitu peta Teluk Nipah dengan perjalanan lebih daripada
3km dari Pasir Bogak. Di Teluk Nipah terdapat 12 penanda yang perlu dilalui dan
kumpulan Miew, Dei dan Leong telah berjaya menghabiskan orienteering terlebih dahulu.
Penat tetapi sangat puas berlari.

Pada hari terakhir (Jumaat), pada paginya kami telah mengemas semua peralatan
yang perlu dibawa balik dan mengemas semua khemah yang telah digunakan. Selepas
itu, pada pukul 8 pagi kami telah mengadakan majlis penutup Program Pendidikan Luar
yang telah dihadiri oleh semua pensyarah pendidikan jasmani. Dalam perjalanan pulang,
kami telah mengangkat barang ke dalam feri dari Pulau Pangkor hanya dalam masa 5
minit sahaja kerana untuk mengejar feri pada pukul 11:30 pagi, pengalaman ini sangat
berharga. Kami tiba ni jeti Marina pada pukul 12:00 tengah hari dan sampai di Institut
Pendidikan Guru Kampus Perlis pada pukul 6 petang.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Sepanjang menjayakan Program Pendidikan Luar pada kali ini, terdapat banyak kekuatan
dan kelemahan daripada pelaksanaan program Pendidikan Luar ini. Antaranya ialah :

KEKUATAN

Penerapan ilmu pengetahuan

Program kali ini telah mengajar saya banyak ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana,
kami telah membentuk satu organisasi untuk melancarkan pengurusan kerja. Ini
memberikan ilmu pengetahuan mengenai pengurusan sesuatu program. Secara tidak
langsung, pelaksanaan ini telah mengajar saya cara mengendalikan sesuatu program
yang melibatkan orang luar dan pelajar dengan lebih berkesan. Selain itu, saya juga
dapat mempelajari bagaimana untuk menguruskan peralatan-peralatan setiap ujian yang
akan dijalankan.

Memberi peluang memimpin

Kekuatan yang seterusnya ialah memberi peluang kepada pelajar untuk memimpin. Hal
ini demikian kerana setiap program yang dilakukan pasti akan dilantik pengerusi program
dan ketua-ketua setiap ahli jawatankuasa pelaksana. Dengan cara ini, saya akan belajar
cara untuk memimpin rakan-rakan dan memastikan kerja yang ditugaskan berjalan
dengan lancar dan sempurna.

Mengenali dan menghargai alam sekitar

Seterusnya ialah saya dapat mengenali dan menghargai ciptaan alam sekitar. Hal ini
demikian kerana program pendidikan luar ini adalah satu pendidikan dalam, untuk, dan
mengenai alam sekitar (Rosliha Kamaruddin, 2014). Dengan cara itu, saya akan dapat
mengetahui bagaimana cara untuk menjaga alam sekitar seperti semasa berkayak saya
terjumpa sampah plastik di laut, saya perlu mengambil dan membuangnya di dalam tong
sampah. Hal ini untuk memastikan laut berada dalam keadaan baik. Oleh itu, melalui
program ini saya dapat mempertingkatkan rasa mengenali dan menghargai alam sekitar.

KELEMAHAN

Pengurusan masa kurang sistematik

Kelemahan dalam pengurusan masa ini sangat ketara kerana setiap kali selepas sesuatu
aktiviti saya dan rakan-rakan pasti akan ditegur mengenai pengurusan masa yang sangat
lemah dan tidak sistematik. Oleh sebab kelewatan, berlaku perubahan masa pada hampir
semua aktiviti. Pengurusan masa juga terganggu apabila aktiviti yang dijalankan tidak
mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Hal ini disebabkan ada sesetengah aktiviti
dilaksanakan terlalu lama dan memakan masa untuk aktiviti yang lain.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan pertama yang dapat saya kemukakan ialah dari aspek pengurusan masa.
Pada program pendidikan luar selepas ini pengurusan masa perlu dipertingkatkan. Hal
ini kerana, pendidikan luar pada kali ini pengurusan masa sangat lemah dan perlu
diperingatkan setiap kali refleksi.

Seterusnya, untuk program yang akan datang peranan pengerusi perlu diberi
perhatian. Hal ini demikian kerana pengerusi memainkan peranan penting dalam setiap
ujian dan aktiviti yang akan dijalankan. Jika pengerusi memberi arahan lemah dan
perlahan maka pergerakan ahlinya akan perlahan.

Di samping itu, cadangan penambahbaikan seterusnya yang dapat


dipertimbangkan ialah pemilihan pengangkutan yang baik. Hal ini demikian kerana
pengangkutan yang disediakan kurang selesa kerana bas panas dan ruang untuk
menyimpan alatan terhad pada bas berkenaan.

KESIMPULAN

Program Pendidikan Luar merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman,
input dan pengajaran kepada saya. Saya berasa sangat bertuah kerana mendapat
peluang untuk mengikuti program ini dan pada masa yang rasa bersyukur kerana berjaya
menjalani kem ini tanpa sebarang halangan dan rintangan. Saya berharap apa yang saya
pelajari dalam kem ini akan sentiasa berada dalam ingatan saya dan dapat saya
manfaatkannya apabila menjadi seorang guru pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, program Pendidikan Luar ini telah banyak mendidik saya
untuk berfikiran positif, berani menghadapi cabaran, tidak mudah menyerah kalah dan
sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan. Sepanjang menjalani aktiviti di kem ini, saya
berpeluang untuk menilai diri saya sendiri dan sentiasa berusaha untuk mengatasi segala
kelemahan diri agar dapat memberi persaingan yang sihat kepada rakan-rakan saya
yang lain di samping menjadi seorang bakal pendidik yang berkualiti.
RUJUKAN

Rosliha Kamaruddin. (2014). Pendidikan Luar. Definisi Pendidikan Luar, 1.

Mace’’, R. D., & Carroll’"’, D. (1985). THE CONTROL OF ANXIETY IN SPORT: STRESS
INOCULATION TRAINING PRIOR TO ABSEILING. Original contributions Int. J. Sp.
Psy.

Anda mungkin juga menyukai