Anda di halaman 1dari 1

Jalan cerita MPU

Terdapat tiga buah keluarga berbangsa Melayu, Cina dan India tinggal di Kampung
Imam Kenyang. Mereka hidup bahagia bersama keluarga masing masing. Akan tetapi,
ketiga tiga keluarga ini kurang berjumpa dan bergaul antara satu sama lain kerana
sukar untuk berkomunikasi dan memandang remeh terhadap bangsa masing masing.
Ketiga tiga keluarga ini mempunyai perniagaan yang tersendiri iaitu keluarga Melayu
menjual ikan di pasar, keluarga Cina menjual kuih muih dan keluarga India
mengusahakan santan.
Selain itu, ketiga tiga keluarga ini mempunyai anak yang bersekolah di sekolah
kebangsaan dan mereka belajar di tahun yang sama dan kelas yang sama. Ketiga tiga
kanak kanak ini merupakan rakan baik dan sentiasa meluangkan masa bersama
samaada di sekolah mahupun pada masa lapang di waktu petang. Mereka sering
bermain bola bersama sama dan kadangkala mereka bersama sama pergi memancing
dan berenang di sungai.
Pada satu hari, keluarga cina kekurangan bekalan keperluan untuk menyediakan kuih
muih. Kedai runcit di kampung itu pula tutup kerana pemiliknya sakit tenat di hospital.
Hal ini menyebabkan keluarga tersebut perlu bersemuka dengan keluarga melayu dan
india untuk mendapatkan barangann keperluan.
Keluarga cina dengan perasaan gelisah terpaksa berjumpa dengan keluarga melayu
dan India yang pada ketika itu sedang berjalan menuju ke pekan. Si cina menggunakan
Bahasa cina untuk berkomunikasi dengan si melayu dan india. Mereka tidak memahami
antara satu sama lain. Si melayu dan india menggap si cina berkata buruk kepada
mereka berdua. Mereka bertengkar mulut dan hampir menyebabkan pergaduhan serta
berbunyi bising.
Kebetulan pada masa itu, ketiga anak anak mereka sedang bersama bermain di tepi
jalan. Kanak kanak tersebut pergi mendapatkan ahli keluarga masing masing dan
meredakan keadaan. Mereka bertanya kepada ahli keluarga masing-masing tentang
apa yang terjadi. Setelah memahami apa yang disampaikan, mereka menjelaskan
perkara yang sebenar kepada ahli keluarga masing masing.
Dalam pada itu, ketua kampung datang kepada mereka dan memberitahu mereka
tentang kesan berlainan Bahasa. Ketua kampung meminta mereka belajar
menggunakan Bahasa melayu dan menegaskan Bahasa melayu sebagai Bahasa
kebangsaan yang perlu difahami oleh semua. Setelah selesai, mereka meminta maaf
dan berjanji utk menggunakan belajar memahami Bahasa melayu supaya perpaduan
dpt ditingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai