Anda di halaman 1dari 21

Topik

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Menghuraikan falsafah, konsep, definisi, matlamat dan tujuan pendidikan luar; Menerangkan perkembangan sejarah pendidikan luar dari zaman purba hingga era moden; dan Menyatakan jenis-jenis aktiviti pendidikan luar.

PENGENALAN
Pendidikan luar adalah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sumber luar digunakan bagi meningkatkan dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologi. Ia juga bertujuan untuk memupuk perasaan bertanggungjawab terhadap kualiti alam

FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR LUAR 2 TOPIK 1 FALSAFAH, 2

sekitar. Pendidikan luar merangsang pelajar untuk menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan fizikal seperti berkayak, pengendalian dingi (dinghy), tali temali, bantu mula, keyakinan dalam air, ikhtiar hidup, menyelam, pengurusan perkhemahan, memanjat dinding, orientasi dan sebagainya. Pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang. Sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, pendidikan luar mampu meningkatkan kualiti pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakat serta meningkatkan tahap disiplin diri. Pendidikan luar berupaya memberikan sumbangan yang besar dalam melahirkan individu yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Pendidikan luar menguji semangat kerjasama secara berpasukan dalam mencapai matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti dijalankan.

1.1

FALSAFAH DAN KONSEP PENDIDIKAN LUAR

Dewasa ini, program-program pendidikan luar telah mendapat perhatian bukan sahaja di peringkat sekolah malahan keseluruhan masyarakat. Badan- badan kerajaan, kelab-kelab serta persatuan semakin aktif menganjurkan program pendidikan luar. Belanjawan yang besar diperuntukkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk kelab dan badan di bawah naungannya untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya, bagi membentuk jati diri dalam kalangan ahlinya. Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR LUAR 3 TOPIK 1 FALSAFAH, 3

Pendidikan luar penting dalam melaksanakan hasrat serta tujuan murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain daripada memberi cabaran fizikal dan mental, aktiviti pendidikan luar mempunyai pendidikan yang tersirat. Dengan kata lain, pendidikan luar menyalurkan pendidikan secara langsung dan tidak langsung. Semasa aktiviti kembara, peserta terpaksa merentasi bukit bukau, danau dan sungai. Keadaan ini akan melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan-latihan ini akan membentuk mereka menjadi kuat daripada segi emosi, jasmani dan fizikal. Selain daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terdapat dalam program pendidikan luar, peserta kursus juga berpeluang untuk mengenali serta mengamati jenis-jenis flora dan fauna yang terdapat di alam semula jadi. Melalui aktiviti membaca peta dan kompas peserta dapat menganalisis dan mengkaji secara langsung corak struktur muka bumi sesuatu kawasan. Jurulatih yang mempunyai pengetahuan dalam bidang geologi unsur-unsur batuan seperti jenis batuan setempat, dapat menerangkan kepada peserta tentang mineral yang terdapat di sesuatu kawasan. Dalam aktiviti kembara, aplikasi pendidikan matematik seperti mengira menggunakan kos, sin dan tangen boleh digunakan dalam aktiviti mengukur atau mengagak ketinggian. Banyak lagi disiplin ilmu yang boleh diaplikasikan dalam program pendidikan luar. Kembara boleh membentuk pemikiran pelajar secara kreatif dan kritis. Apabila peserta berinteraksi dengan alam semula jadi, pemikiran mereka akan terangsang untuk menjadi lebih kreatif. Sepanjang pengembaraan, pelajar boleh diminta menulis secara kreatif seperti membuat catatan perjalanan, sajak ataupun pantun. Pelajar yang berfikiran kritis pula akan merasa tercabar dengan penemuanpenemuan baru yang dilihat dan diperhatikan di sepanjang aktiviti. Penganjur boleh menyediakan masalah yang membolehkan peserta mengamalkan kemahiran berfikir.

FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR LUAR 4 TOPIK 1 FALSAFAH, 4

Aktiviti kembara dapat menyemai 12 nilai murni, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1:

Rajah 1.1: Dua belas nilai murni daripada aktiviti kembara

Atas semua alasan ini, pendidikan luar merupakan salah satu jalan bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara, bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.1.1

Falsafah Pendidikan Luar

Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu pegangan. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Rajah 1.2 menerangkan tentang lima ciri falsafah yang baik.

FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR LUAR 5 TOPIK 1 FALSAFAH, 5

Rajah 1.2: Lima ciri falsafah yang baik

Dalam modul ini, kita akan membincangkan tentang falsafah luar yang dikemukakan oleh tiga ahli akademik, sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1: Huraian Falsafah Luar oleh Tiga Ahli Akademik
Ahli Akademik John Amos Comenius (dari 1592 hingga 1670) Pernyataan Huraian Falsafah Prinsip pembelajaran deria ditekankan. Pelajar perlu diberi pengalaman sebenar untuk belajar dengan lebih bermakna. Pelajar perlu menggunakan pancaindera untuk berinteraksi dengan alam sekitar dan pembelajaran yang sempurna. Dalam membentuk kesediaan belajar yang baik, pelajar perlu berinteraksi dengan objek terlebih dahulu. Pendidikan luar merupakan pendidikan yang penting dan selari dengan konsep pendidikan. Pendidikan luar penting untuk mencapai kehendak pendidikan. Pendidikan yang baik lebih berdasarkan pengalaman secara langsung.

Jean-Jacques Rousseau (dari 1712 hingga 1778)

Guru pertama kita adalah kaki kita, tangan kita dan mata kita. Bagi menggantikan buku-buku dengan semua ini...adalah untuk mengajar kita untuk menggunakan sebab-sebab lain.

FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR LUAR 6 TOPIK 1 FALSAFAH, 6

Johann Henrick Pestalozzi (dari 1746 hingga 1827)

Bawalah anak anda keluar ke alam semula jadi, ajar beliau di atas bukit dan di lembahlembah. Di sana, dia akan mendengar dengan lebih baik dan rasa kebebasan akan memberinya lebih kekuatan untuk mengatasi masalah. Namun, pada waktu-waktu kebebasan, biarlah dia diajar oleh alam semula jadi dan bukannya oleh anda. Biarlah dia sepenuhnya menyedari bahawa semula jadi adalah guru yang sebenar dan bahawa anda, dengan seni anda, melakukan apa-apa lebih daripada berjalan secara senyap-senyap di sebelah dia.

Pendidikan perlu memberikan pengalaman secara langsung dan interaksi dengan bahan sebenar; Terdapat disiplin pendidikan yang memerlukan praktikal berbanding pembelajaran di dalam kelas. Contohnya, latih mengajar, menanam pokok dan lain-lain lagi; dan Pengalaman berinteraksi dengan alam sekitar merupakan komponen penting dalam membuat kesimpulan dan generalisasi.

Falsafah pendidikan luar adalah aktiviti pendidikan yang digunakan untuk belajar berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran sebenar. Pendidikan luar dapat merangsang kognitif, psikomotor dan afektif pelajar.

1.1.2

Konsep Pendidikan Luar

Modul konsep pendidikan luar yang dikemukakan oleh MCRAE (1990) menyatakan bahawa pendidikan luar adalah pembelajaran yang berlaku di luar bilik darjah dan berlainan daripada bentuk tradisi. Pendidikan luar menggunakan alam sekitar sebagai laluan atau tujuan untuk mendidik. Pendidikan luar perlu dirancang dengan teliti. Rajah 1.3 menunjukkan konsep pendidikan luar MCRAE (1990).

FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR LUAR 7 TOPIK 1 FALSAFAH, 7

Rajah 1.3: Konsep pendidikan luar MCRAE (1990)

Antara aspek yang perlu difikirkan oleh perancang kurikulum pendidikan luar adalah: (a) Aspek Kognitif Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterpretasikan. Dengan kata lain, pembangunan kognitif melibatkan penjanaan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar membolehkan pelaksanaan pendidikan luar dengan berkesan. Contohnya, sebelum mengikuti pendidikan luar, pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan daripada segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik pelaksanaan membawa kepada pelaksanaan yang lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi juga kekuatan kognitif. Dengan kata lain, pendidikan luar bukan sahaja memberi latihan fizikal tetapi juga unsur kemahiran berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti. (b) Aspek Kemahiran Psikomotor Aspek kemahiran psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Rajah 1.4 menunjukkan contoh bagi aspek kemahiran psikomotor.

FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR LUAR 8 TOPIK 1 FALSAFAH, 8

Rajah 1.4: Aspek kemahiran psikomotor Sumber: http://xpdc-ali.blogspot.com

Antara aspek kemahiran psikomotor yang perlu difokuskan dalam pendidikan luar ialah: (i) (ii) Imej tubuh; Kawalan objek;

(iii) Orientasi ruang (spatial); (iv) Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor; (v) Perkembangan kemahiran; dan (vi) Kecergasan. (c) Aspek Afektif Matlamat utama yang diingini dalam hampir kesemua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, aspirasi dan nilai serta pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar. Pendidikan luar menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang dengan berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama secara berkumpulan bagi menjayakan aktiviti fizikal. Aktiviti pendidikan luar

FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR LUAR 9 TOPIK 1 FALSAFAH, 9

akan membentuk emosi yang stabil. Contohnya, dengan aktiviti pendidikan luar (Rajah 1.5), peserta akan membentuk persefahaman serta berperanan secara luaran dan dalaman diri.

Rajah 1.5: Aspek afektif Sumber: http://skfakeh.net

Pendidikan luar dapat membantu pembangunan sosial. Ia membantu individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur, pendidikan luar berperanan sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial. Penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal dapat memupuk integrasi antara kaum. Melalui aktiviti-aktiviti fizikal, adalah diharapkan negara dapat melahirkan rakyat yang sihat serta menggalakkan integrasi kaum dan mengelakkan perselisihan faham. Penyertaan pelajar dalam aktiviti fizikal membolehkan mereka berinteraksi dengan rakan sebaya dan mewujudkan perpaduan sesama mereka. (d) Aspek Sosial Dettmer (1997) mencadangkan satu domain khusus untuk hubungan dan tingkah laku sosial iaitu domain sosial. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat objektif iaitu berhubung, berkomunikasi, melibatkan diri, berunding, bekerjasama, menghakimi, memula dan menukarkan.

Dalam proses pembelajaran melalui pendidikan luar, manusia mempelajari tentang alam semula jadi dan menghormati serta menyesuaikan diri demi mendapat kebaikan dari aspek pembelajaran dan pengalaman. Pendidikan luar perlu berpaksikan ketuhanan (terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai sejagat), kemanusiaan (kemahiran, pengetahuan, nilai murni dan sahsiah) dan kenegaraan (mengenali negara, semangat cintakan negara). Rajah 1.6 menunjukkan contoh aspek sosial di kawasan perkhemahan.

TOPIK FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 1 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 10 TOPIK 10

Rajah 1.6: Aspek sosial

Dalam pendidikan luar, pembentukan individu merupakan perkara penting dan tidak boleh ditinggalkan. Individu yang terbentuk daripada pendidikan luar akan lebih mantap dari aspek mental, fizikal, emosi, kemahiran dan sosial. Pembentukan individu yang mantap merupakan asas kepada pembentukan masyarakat dan negara. Empat aspek yang perlu diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar bagi membina konsep keseluruhan pendidikan luar ialah: (a) (b) (c) (d) Kekuatan, ketahanan, ketekalan mental, fizikal dan emosi; Membentuk kemahiran dalam bidang pendidikan luar; Penyampaian ilmu yang tersirat dan tersurat; dan Penyerapan nilai dan sahsiah.

1.1.3

Definisi Pendidikan Luar

Pendidikan luar mempunyai definisi yang berbeza bagi sesetengah orang. Jadual 1.1 menerangkan definisi bagi pendidikan luar berdasarkan kepada empat rujukan.

TOPIK FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 1 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 11 TOPIK 11

Jadual 1.1: Empat Rujukan bagi Definisi Pendidikan Luar Rujukan Smith et al. (1972) Definisi Pendidikan luar sebagai satu proses pengayaan kurikulum formal melalui pengalaman dan aktiviti di luar bilik darjah. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran formal boleh diperkukuhkan lagi melalui aktiviti pendidikan luar yang lazimnya dilaksanakan sama ada dalam bentuk lawatan, aktiviti amali ataupun perkhemahan. Pendidikan luar bukan hanya semata-mata memfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran formal. Ia merupakan suatu proses pendidikan yang berasaskan pembelajaran pengalaman secara terus dan boleh dilaksanakan di luar ataupun di dalam bilik darjah untuk mencapai matlamat pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan luar sebagai salah satu saluran aktiviti berasaskan cabaran lasak bagi membina ketahanan dan sahsiah insan. Aktiviti lasak yang dijalankan dalam bidang pendidikan luar merupakan katalis bagi melahirkan golongan masyarakat yang sihat, seimbang dan bersahsiah tinggi. Pendidikan luar sebagai suatu bidang kurikulum kontemporari yang kadangkala sukar didefinisikan. Ia boleh ditafsirkan sebagai suatu strategi, kaedah mahupun konsep pendidikan dan merangkumi pelbagai aktiviti sama ada pameran bilik darjah, lawatan ke muzium mahupun mendaki gunung. Pendidikan luar merupakan suatu subjek multidisiplin yang boleh diaplikasikan dalam mana-mana bidang kurikulum dan fokus utamanya adalah untuk membangunkan potensi individu melalui aktiviti amali dan umumnya berlangsung di luar bilik darjah.

Priest (1986)

Gair (1997)

Hammerman, Hammerman dan Hammerman (2001)

Secara keseluruhan, dalam mendefinisikan pendidikan luar, terdapat dua pendapat yang berlainan iaitu: (a) Berdasarkan Aktiviti Menurut Neill (2003), pendidikan luar berlaku apabila segolongan peserta menyertai aktiviti lasak dalam keadaan alam semula jadi yang sebenar. Mereka menggunakan persekitaran untuk menyelesaikan masalah. Menurut Kethies (1990), pendidikan luar adalah keadaan di mana golongan peserta keluar ke alam semula jadi serta menyelesaikan masalah di persekitaran. Priest (1990) menggambarkan pendidikan luar merupakan proses uji kaji dengan menggunakan pancaindera sebagai alatan dan alam semula jadi sebagai makmal. Priest (1986), menyatakan pendidikan luar adalah pendidikan yang berkaitan dengan hubungan simbiosis yang wujud dalam alam semula jadi. Hubungan yang wujud ini bukan sahaja antara alam sekitar dengan manusia tetapi antara manusia dengan manusia.

TOPIK FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 1 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 12 TOPIK 12

Golongan ini mendefinisikan pendidikan luar sebagai satu aktiviti fizikal tanpa melihat pendidikan luar sebagai alat untuk membangun ciri-ciri pendidikan yang tersirat. Mereka melihat pendidikan luar sebagai aktiviti yang tertumpu kepada psikomotor (elemen tersurat) tanpa menyatakan aspek lain seperti aspek sosial, kognitif dan afektif (elemen tersirat). (b) Berdasarkan Psikologi Menurut Outdoor Institute, pendidikan luar bertujuan untuk memberikan pengalaman dalam aktiviti-aktiviti di luar kelas dan membangunkan insan secara keseluruhan. Manakala menurut Lewis (1975), dalam pendidikan luar, pelajar akan menggunakan keseluruhan pancaindera untuk memerhati dan membuat persepsi. Ford (1981) mendefinisikan pendidikan luar sebagai mempunyai tiga domain utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang digabungkan untuk membentuk pendidikan insan yang seimbang. Hammerman, Hammerman dan Hammerman (2001) menyatakan bahawa pendidikan luar adalah gabungan berbagai disiplin dalam pendidikan untuk mencapai matlamat dan objektif dalam kurikulum. Menurut Maznah Hassan, program pendidikan luar adalah satu program yang akan mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas serta memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Jasmani. Menurut Lappin (2000): Pendidikan luar adalah satu cara untuk memperkayakan kurikulum, di mana proses pembelajaran berlaku di luar rumah. Pendidikan luar secara meluas termasuk pendidikan alam sekitar, pendidikan pemuliharaan, pendidikan pengembaraan, perkhemahan sekolah, terapi hutan belantara dan beberapa aspek rekreasi luar.

1.1.4

Pendidikan Luar dan Tanggapan Sosial terhadap Pembinaan Sosial

Boyes (2000) dan Lynch (2000) mencadangkan bahawa pendidikan luar tidak didefinisikan secara khusus kerana bidang ini telah berkembang dan membentuk pelbagai cabang baru seperti pendidikan pengembaraan, pendidikan alam sekitar, pembelajaran berasaskan pengembaraan, pendidikan ekologi dan pendidikan di luar bilik darjah. Pelaksanaan pendidikan luar banyak dipengaruhi oleh amalan dan tanggapan sosial terhadap pembinaan sosial.

TOPIK FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 1 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 13 TOPIK 13

Tanggapan sosial terhadap pembinaan sosial merupakan suatu teori yang menganggarkan bahawa pengetahuan dan amalan seharian insan terbentuk dan dipengaruhi oleh konteks dan budaya sosial sesebuah masyarakat (Schwandt, 2000). Teori ini menganggarkan bahawa insan melihat dan membuat tanggapan terhadap sesuatu perkara berasaskan persepsi masing-masing. Dari aspek tanggapan sosial terhadap pembinaan sosial, definisi dan aplikasi pendidikan luar dipengaruhi oleh persepsi individu, amalan sosial, budaya, sejarah, politik dan kepercayaan masyarakat (Brookes, 1994; Williams, 2001). Konteks dan tanggapan sosial ini akan berubah dari semasa ke semasa, seiring dengan perkembangan zaman dan pembangunan masyarakat.

1.1.5

Matlamat dan Objektif

Program pendidikan luar perlu dirangka dengan teliti dan mempunyai matlamat yang jelas. Jadual 1.2 menunjukkan beberapa contoh program yang menyatakan tentang matlamat dan objektif program pendidikan luar mereka.
Jadual 1.2: Contoh Matlamat dan Objektif bagi Lima Program Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian di Institut Pendidikan Guru yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Jasmani 1. 2. 3. Matlamat dan Objektif Pelajar dapat merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti-aktiviti pendidikan luar. Pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas kegiatan luar mengikut kemampuan diri. Pelajar dapat menunjukkan kepekaan dan keprihatinan terhadap keindahan dan kekayaan alam semula jadi termasuk isu alam sekitar. Pelajar dapat meningkatkan pembelajaran menerusi pengalaman yang menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang berbeza-beza. Pelajar dapat membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa. Pelajar dapat menunjukkan sikap positif, semangat kewarganegaraan, kesedaran sivik yang tinggi dan memupuk semangat patriotisme. Pelajar dapat mengembangkan sifat-sifat kreatif dan inovatif serta membuat keputusan yang bijak terutama dalam keadaan segera atau cemas.

4.

5.

6.

7.

TOPIK FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 1 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 14 TOPIK 14

Program Bina Insan Guru oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993)

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Penghayatan ciri insan berakhlak mulia. Pengamalan semangat berpasukan dan hidup sepakat. Pembinaan ketahanan fizikal dan mental. Penguasaan kemahiran interpersonal. Penguasaan kemahiran pengurusan diri dan kumpulan. Pengamalan secara refleksi ke arah pembangunan potensi insan guru mulia.

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (2000)

Matlamat pendidikan luar secara am boleh dibahagikan kepada tiga komponen besar iaitu: 1. Ketuhanan (terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai sejagat) (a) (b) (c) (d) 2. Memahami dan menyaksikan kebesaran pencipta; Meningkatkan kepercayaan kepada agama; Meyakinkan kebesaran pencipta; dan Mensyukuri kurniaan Pencipta kepada kita.

Kemanusiaan (pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan sahsiah) (a) Meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dengan menjadikan alam sekitar sebagai perantara; Memberi kesedaran terhadap keperluan memelihara alam sekitar; Meningkatkan sensitiviti serta kesedaran terhadap alam sekitar; Menyerapkan nilai dan sahsiah kepada pelajar; Meningkatkan disiplin dalam kalangan pelajar; Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam aktiviti luar; Memberi ruang kepada pelajar belajar berinteraksi dan bekerjasama; Mengeratkan perhubungan sesama mereka atau orang yang lebih dewasa;

(b) (c) (d) (e) (f) (g) (h)

TOPIK FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 1 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 15 TOPIK 15

(i) (j) (k) (l)

Menggalakkan pelajar menjalankan aktiviti riadah yang lebih berfaedah; Memberi ruang kepada pelajar untuk muhasabah diri; Memberi peserta rasa keseronokan menyertai aktiviti pendidikan luar; dan Memberi pendidikan kepada pelajar untuk merancang dan mengelolakan program pendidikan luar.

3.

Kenegaraan (semangat cintakan negara) (a) (b) (c) Menanamkan sikap cinta dan sayangkan negara; Membina kefahaman terhadap masyarakat majmuk; dan Merangsang untuk mengurangkan polarisasi kaum.

1.1.6

Tujuan Pendidikan Luar

Tujuan pendidikan luar adalah bergantung kepada kehendak penganjur. Tujuan pendidikan luar perlu menjawab persoalan mengenai apakah kehendak dan keperluan pendidikan luar dianjurkan. Terdapat beberapa kategori kenapa pendidikan luar diadakan. Antara kategorinya ialah: (a) Pendidikan luar yang bertujuan membina ketahanan fizikal. Pendidikan luar ini dilaksanakan bagi melihat keupayaan fizikal pesertanya. Peserta dapat membina kekuatan motor serta kemahiran dalam aktiviti fizikal. Program pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh badan atau persatuan pendidikan luar di peringkat daerah atau negeri; Pendidikan luar yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang ilmu pengetahuan dan membentuk disiplin dalam badan beruniform. Dalam pendidikan bercorak ini, peserta kursus akan didedahkan kepada ilmu perkhemahan, disiplin dan cara menghormati uniform. Pendidikan luar ini dianjurkan oleh badan beruniform seperti Pengakap, Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah;

(b)

TOPIK FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 1 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 16 TOPIK 16

(c)

Pendidikan luar yang bertujuan untuk mengubah corak pembelajaran tradisional di kelas kepada corak pembelajaran di luar kelas supaya pelajar tidak bosan dan boleh berinteraksi dengan alam sekitar sebenar. Pelajar dapat berinteraksi dengan bahan dan keadaan sebenar, contohnya, pendidikan luar bagi subjek geografi. Pendidikan luar ini lebih tertumpu kepada aktiviti akademi; Pendidikan luar yang digunakan untuk membentuk perpaduan. Ia lebih tertumpu kepada aktiviti kerjasama dan berkumpulan. Pendidikan luar ini selalu dianjurkan oleh badan belia dan perpaduan; Pendidikan luar yang bertujuan untuk melihat dan mengasah kepimpinan pelajar. Dalam setiap aktiviti pendidikan luar, pelajar akan dipimpin. Ini memupuk dan merangsang sifat kepimpinan dan mempelajari cara kepimpinan. Aktiviti pendidikan luar ini adalah tempat terbaik bagi pelajar mengasah bakat kepimpinan mereka; Pendidikan luar yang meneguhkan kepercayaan terhadap kewujudan pencipta alam. Pemerhatian keindahan serta sifat alam semula jadi akan meneguhkan kepercayaan serta rasa kesyukuran terhadap pencipta. Pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh persatuan agama; Pendidikan luar yang dilihat sebagai jalan terbaik untuk berekreasi. Peserta dapat mengurangkan rasa tertekan dengan menyertai aktiviti fizikal yang mencabar. Aktiviti ini dapat mengubah suasana bilik darjah dan rumah kepada suasana lapang dan bebas; dan Pendidikan luar yang merangsang pembentukan sahsiah yang baik dalam kalangan pelajar. Pelajar ditanam dengan nilai-nilai terpuji. Pendidikan luar ini bertujuan untuk menanam sifat-sifat terpuji serta membentuk sahsiah yang cemerlang.

(d)

(e)

(f)

(g)

(h)

LATIHAN 1.1
Huraikan konsep pendidikan luar yang dikemukakan oleh MCRAE.

Dalam melihat sejarah pendidikan luar, pengkaji perlu melihat kepada pendidikan luar di zaman purba dan di zaman moden.

TOPIK FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 1 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 17 TOPIK 17

1.2
1.2.1

SEJARAH PENDIDIKAN LUAR


Pendidikan Luar Zaman Purba

Tidak dapat dipastikan bilakah pendidikan luar bermula. Namun, menurut Shivers (1989), pendidikan luar telah dijalankan sejak zaman kuno lagi yang banyak melibatkan aktiviti alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semula jadi untuk mendapatkan makanan amat penting sejak zaman awal kewujudan manusia. Manusia di zaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapatkan bahan makanan. Mereka tinggal di gua dan kemudian menggunakan sumber daripada alam semula jadi untuk membina habitat. Kanak-kanak zaman purba dilatih untuk membina kehidupan mengikut zaman itu. Corak latihan zaman purba dalam bentuk cara memburu, membina tempat tinggal, menjaga keselamatan dan memasak merupakan permulaan pendidikan luar.

1.2.2

Pendidikan Luar Era Moden

Pada tahun 1907, Lord Baden Powell yang merupakan pengasas pergerakan pengakap dunia telah membawa 12 orang remaja ke Pulau Brownsea. Selepas itu, beliau telah menganjurkan banyak program pendidikan luar. Pada peringkat awal, program pendidikan luar lebih tertumpu kepada kekuatan fizikal, kemahiran perkhemahan dan disiplin dalam persatuan serta sebagai ahli persatuan. Pada peringkat awal juga, program pendidikan luar dianjurkan oleh badan beruniform contohnya pengakap dan pandu puteri. Bermula dari 1980an, terdapat perubahan dalam aktiviti pendidikan luar. Disiplin pendidikan tidak tertumpu kepada aktiviti berteraskan fizikal saja tetapi telah diperluaskan kepada elemen kognitif dan afektif. Unsur nilai-nilai murni serta pembangunan sahsiah mula diserapkan dengan lebih jelas ke dalam aktiviti pendidikan luar. Penganjur pendidikan luar bukan lagi terdiri daripada persatuan beruniform, malah persatuan-persatuan akademik seperti persatuan matematik, persatuan sains, persatuan agama Islam dan lain-lain lagi. Bermula tahun 1990an, program pendidikan luar mula dikomersialkan secara meluas. Kewujudan konsep pengembaraan pelancongan dan ekopelancongan telah merancakkan lagi industri pendidikan luar. Dalam bidang pendidikan, program pendidikan luar masa cuti atau kem motivasi diperkenalkan oleh syarikat swasta. Atas kepercayaan alam sekitar yang segar, ia boleh membantu menyembuhkan penyakit. Dewasa ini, pendidikan luar digunakan dalam industri kesihatan.

TOPIK FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 1 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 18 TOPIK 18

Di institut perguruan pada tahun 1993, semua guru pelatih Kursus Perguruan Asas (KPA) dan guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar. Setiap maktab perguruan perlu mewujudkan Jawatankuasa Pendidikan Luar, khusus untuk menyediakan perancangan dan penyelarasan. Program tersebut telah dihentikan pada tahun 1996. Guru pelatih yang mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani sahaja diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar. Bagi pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, major atau minor Pendidikan Jasmani, Program Pendidikan Luar merupakan sebahagian daripada kurikulum mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Semua guru pelatih major dan minor Pendidikan Jasmani dikehendaki menjalani Program Pendidikan Luar. Program tersebut mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas bagi memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Jasmani guru pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia, major Pendidikan Jasmani. Namun, pada tahun 2001, Program Bina Insan Guru telah mula diperkenalkan di institusi perguruan. Program ini yang wajib disertai oleh guru pelatih Kursus Diploma Perguruan dan guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.

LATIHAN 1.2
Nyatakan ciri-ciri sejarah pendidikan luar di era moden.

1.3

AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR

Aspek utama yang perlu diperhatikan dengan serius dalam aktiviti pendidikan luar adalah aspek keselamatan. Aktiviti pendidikan luar perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut kesesuaian masa, persekitaran serta kemampuan dari aspek kemudahan, peralatan dan kepakaran. Secara keseluruhan, aktiviti pendidikan luar perlu dirancang dan dilaksanakan berdasarkan objektif, tujuan dan konsep pendidikan luar. Secara amnya, terdapat dua aktiviti pendidikan luar yang dilakukan iaitu aktiviti air dan aktiviti darat, sepertimana ditunjukkan di dalam Jadual 1.2.

TOPIK FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 1 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 19 TOPIK 19

Jadual 1.2: Dua Aktiviti Pendidikan Luar Aktiviti Aktiviti Air Deskripsi Merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan aktiviti air yang dilakukan sama ada di sungai, tasik dan laut Dilaksanakan di kawasan darat sama ada di tepi pantai, di kaki gunung atau di atas gunung Contoh Aktiviti Berkayak Bersnorkel Berakit Keselamatan air Perkhemahan Kajian alam sekitar Menakik turun (abseiling) Penjejakan (tracking) Perkhemahan solo Membina istana pasir Aktiviti berjalan berhalangan Orienteering

Aktiviti Darat

LATIHAN 1.3
Senaraikan aktiviti di air dan darat yang dilaksanakan dalam pendidikan luar.

Pendidikan luar adalah aktiviti fizikal yang berlaku di luar kelas serta mempunyai kurikulum yang terancang dengan rapi serta mengambil kira aspek keselamatan dan pendidikan (psikomotor, kognitif dan afektif) sebagai komponen utama. Untuk mencapai objektif yang tersurat dan tersirat, pendidikan luar menggunakan sumber luar bilik darjah. Alam semula jadi bertindak memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap individu. Pendidikan luar meningkatkan kefahaman terhadap alam sekitar, pertalian dan ekologi serta penghargaan dan tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar.

TOPIK FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 1 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 20 TOPIK 20

Pendidikan luar membentuk insan yang mempunyai nilai dan sahsiah yang teguh serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Pendidikan luar juga akan memupuk individu yang dapat menggunakan masa lapang dengan bijak melalui penglibatan dalam kegiatan rekreasi.

Aspek afektif Aspek kemahiran psikomotor

Aspek kognitif Aspek sosial

1.

Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Apakah ciri-ciri falsafah yang baik? Huraikan definisi pendidikan luar berdasarkan psikologi. Apakah matlamat dan objektif pendidikan luar bagi peserta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Jasmani? Terdapat berapa kategori kenapa pendidikan luar diadakan. Nyatakan dan huraikan kategorinya.

2. 3.

4.

1.

Secara keseluruhan, dalam mendefinisikan pendidikan luar terdapat dua pendapat yang berlainan. Nyatakan kedua-dua golongan tersebut. Berikan rumusan definisi pendidikan luar mengikut modul ini. Secara am, matlamat pendidikan luar boleh dibahagikan kepada tiga komponen besar. Huraikan.

2. 3.

TOPIK FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 1 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 21 TOPIK 21

Abdul Alim Abdul Rahim. (1992). Panduan perkhemahan, simpulan dan pioneering. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Ford, P. (1981). Principles and practices of outdoor/environmental education. New York: Wiley. Hammerman, D. R., Hammerman, W. M., & Hammerman, E. L. (1985). Teaching in the outdoors. Danville, IL: Interstate. Lewis, C. A. (1975). The administration of outdoor education programs. Dubuque, IA: Kendall-Hunt. Maznah Hassan. Persepsi guru pelatih KDPM terhadap pelaksanaan program pendidikan luar. Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Modul Bina Insan Guru. (2000). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul Pendidikan Luar. (1993). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Priest, S. (1986). Redefining outdoor education. Journal of environmental education, 17(3), 13.

Anda mungkin juga menyukai