Anda di halaman 1dari 19

DEFINISI PENDIDIKAN LUAR

Pendidikan luar adalah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah
untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Konsep pendidikan di luar bilik darjah atau
kelas bagi murid sekolah rendah dan menengah berfokus kepada menyeimbangkan keperluan
murid dari setiap aspek iaitu aspek jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial (JERIS). Hal ini
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam usaha melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dalam segala aspek kehidupan dan seterusnya dapat
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
Dalam program pendidikan luar, sumber luar digunakan bagi meningkatkan dan
menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada
untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan luar juga
bertujuan mendedahkan murid memahami alam luar dari segi pertalian ekologi dan memupuk
rasa tanggungjawab terhadap kualiti alam sekitar. Pendedahan awal terhadap keperluan
memelihara alam sekitar dapat memastikan pewaris masa depan tidak sesekali melakukan
kemusnahan kepada flora dan fauna. Pendidikan luar dilakukan dalam satu saluran
pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang. Dengan
terlaksananya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, pendidikan luar mampu
meningkatkan kualiti pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, masyarakat serta dapat
meningkatkan disiplin diri.
Dewasa ini, program-program pendidikan luar telah mendapat perhatian bukan sahaja
di peringkat sekolah, malah keseluruhan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Badan-
badan kerajaan, kelab-kelab serta persatuan semakin aktif menganjurkan program pendidikan
luar. Peruntukan kewangan yang besar diperuntukkan oleh Kementerian Belia dan Sukan
untuk menggerakkan pelbagai aktiviti di bawah naungannya. Aktiviti-aktiviti tersebut
termasuklah aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, kembara meredah hutan dan
sebagainya dalam usaha membentuk jati diri ahli-ahlinya.
Konsep pendidikan luar yang dikemukakan oleh MCRAE (1990) menyatakan bahawa
pendidikan luar adalah pembelajaran yang berlaku di luar bilik darjah dan berlainan daripada
bentuk tradisi. Pendidikan luar menggunakan alam sekitar sebagai laluan atau tujuan untuk
mendidik. Pelaksanaan pendidikan luar pula harus dirancang dengan teliti.
Pendidikan luar mempunyai definisi yang berbeza mengikut pendapat beberapa tokoh.
Menurut Smith et al. (1972), pendidikan luar didefinisikan sebagai satu proses pengayaan
kurikulum formal melalui pengalaman dan aktiviti di luar bilik darjah. Keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran formal boleh diperkukuh lagi dengan menjalankan aktiviti
pendidikan luar yang lazimnya dilaksanakan sama ada dalam bentuk lawatan, aktiviti amali
atau aktiviti perkhemahan.
Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa pendidikan luar mengikut pandangan
Smith et al. (1972) adalah menekankan aspek pengayaan melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik
darjah. Pembelajaran formal yang telah dilalui oleh murid dapat dikukuhkan lagi dengan cara
murid melakukan sendiri dan menyertai aktiviti seperti lawatan dan perkhemahan. Hal ini
bukan sahaja dapat memberikan pengalaman baharu kepada murid, bahkan murid mendapat
pelbagai ilmu seperti ilmu kemasyarakatan melalui interaksi dengan rakan, guru dan komuniti
setempat.
Priest (1986) pula mendefinisikan pendidikan luar bukan hanya semata-mata
memfokuskan proses pengajaran dan pembelajaran formal, tetapi merupakan suatu proses
pendidikan berasaskan pembelajaran pengalaman secara terus dan boleh dilaksanakan di luar
atau di dalam bilik darjah untuk mencapai matlamat pendidikan sepanjang hayat.
Berdasarkan keseluruhan definisi pendidikan luar yang telah dikemukakan oleh Priest
(1986), kesimpulan yang dapat dibuat adalah pendidikan luar menjadi salah satu cabang
dalam proses pendidikan sepanjang hayat. Pengajaran dan pembelajaran formal dalam bilik
darjah diaplikasikan secara holistik melalui aktiviti di luar bilik darjah dan seterusnya
memberikan pendidikan berasaskan pembelajaran pengalaman kepada murid.
Selain itu, definisi pendidikan luar dikemukakan oleh Gair (1997). Menurut beliau,
pendidikan luar sebagai satu saluran aktiviti berasaskan cabaran lasak untuk membina
ketahanan dan sahsiah insan. Aktiviti lasak yang dijalankan dalam bidang pendidikan luar
merupakan katalis bagi melahirkan golongan masyarakat yang sihat, seimbang dan bersahsiah
tinggi.
Berdasarkan definisi pendidikan luar seperti yang telah dikemukakan oleh Gair (1997),
pendidikan luar menjadi satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun
dan terancang. Semua aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut prosedur yang betul dan
menekankan juga aspek keselamatan murid. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang
dan dilaksanakan, pendidikan luar mampu meningkatkan kualiti pelajar dalam melibatkan diri
dengan rakan, masyarakat serta mampu meningkatkan tahap disiplin diri. Pendidikan luar juga
mampu memberikan sumbangan besar dalam usaha melahirkan individu yang benar-benar
berkualiti serta mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Pendidikan luar menguji semangat kerjasama secara berpasukan dalam mencapai matlamat
pendidikan menerusi variasi aktiviti yang dijalankan.
Berbeza pula dengan pendapat Hammerman, Hammerman dan Hammerman (2001)
yang mendefinisikan pendidikan luar sebagai suatu bidang kurikulum kontemporari yang
kadangkala sukar didefinisikan. Perkara ini boleh ditafsirkan sebagai suatu strategi, kaedah
mahupun konsep pendidikan dan merangkumi pelbagai aktiviti sama ada pameran bilik
darjah, lawatan ke muzium mahupun mendaki gunung. Pendidikan luar merupakan suatu
subjek multidisiplin yang boleh diaplikasikan dalam mana-mana bidang kurikulum dan fokus
utamanya adalah untuk membangunkan potensi individu melalui aktiviti amali dan umumnya
berlangsung di luar bilik darjah. Hal ini disokong oleh Maznah Hassan yang menyatakan
bahawa program pendidikan luar adalah satu program yang akan mengintegrasikan pelbagai
komponen akademik dan ikhtisas serta memantapkan kurikulum Pendidikan Jasmani.
Kenyataan ini juga disokong oleh Lappin (2000) yang menyatakan bahawa pendidikan luar
adalah satu cara untuk memperkaya kurikulum iaitu proses pembelajaran berlaku di luar
rumah. Pendidikan luar secara meluas termasuk pendidikan alam sekitar, pendidikan
pemuliharaan, pendidikan pengembaraan, perkhemahan sekolah, terapi hutan belantara dan
beberapa aspek rekreasi luar.
Berdasarkan definisi tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan luar bukan
sahaja berfokus kepada aktivit di luar bilik darjah, tetapi merangkumi juga aktiviti di dalam
bilik darjah seperti pameran bilik darjah dan melakukan eksperimen di makmal. Pendidikan
luar juga dapat merangkumi semua aspek kurikulum dan berfokuskan pembangunan individu
melalui pelaksaan aktiviti yang dijalankan.
Secara keseluruhannya, definisi pendidikan luar diterjemahkan kepada dua aspek iaitu
berdasarkan aktiviti dan berdasarkan psikologi. Dilihat dari aspek pendidikan luar
berdasarkan aktiviti, pendidikan luar berlaku apabila segolongan peserta menyertai aktiviti
lasak yang melibatkan alam semula jadi sebenar. Dalam situasi ini, peserta menggunakan
persekitaran untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan keperluan fizikal. Selain itu,
peserta menggunakan pancaindera seperti deria bau, penglihatan, pendengaran dan deria
sentuhan sebagai alatan dan alam semulajadi sebagai makmal. Keadaan ini telah mewujudkan
hubungan simbiosis dalam alam semulajadi. Simbiosis tersebut bukan sahaja melibatkan
perhubungan antara manusia dengan alam sekitar, bahkan melibatkan simbiosis antara
manusia dengan manusia. Dalam hal ini, definisi pendidikan luar adalah satu aktiviti fizikal
tanpa melihat pendidikan luar sebagai alat untuk membangunkan ciri-ciri pendidikan tersirat.
Pendidikan luar dilihat sebagai aktiviti yang hanya tertumpu kepada psikomotor (elemen
tersurat) tanpa menyatakan aspek lain seperti aspek sosial, kognitif dan afektif iaitu elemen
yang tersirat.
Merujuk kepada definisi pendidikan luar yang menekankan aspek psikologi pula,
pendidikan luar bertujuan memberikan pengalaman dalam aktiviti yang disertai di luar kelas
dan membangunkan insan secara keseluruhan iaitu aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial (JERIS). Menurut Lewis (1975), dalam pendidikan luar, pelajar akan menggunakan
keseluruhan pancaindera untuk membuat pemerhatian dan membuat persepsi. Ford (1981)
pula mendefinisikan pendidikan luar mempuanyai tiga domain utama iaitu domain
pengetahuan (kognitif), kemahiran (psikomotor) dan sikap (afektif) yang digabungkan untuk
membentuk pendidikan insan yang seimbang dari segenap aspek kehidupan.











PENDIDIKAN LUAR ZAMAN PURBA
Sejarah perkembangan pendidikan luar tidak dapat dipastikan bila permulaannya. Namun,
terdapat beberapa pandangan tokoh yang menyatakan bahawa pendidikan luar bermula sejak
zaman purba lagi. Tetapi sistem pendidikan luar yang berlaku pada zaman purba adalah
secara tidak formal dan berlangsung secara tidak langsung dalam kehidupan seharian.
Menurut Shivers (1989), pendidikan luar telah dijalankan sejak zaman kuno lagi yang banyak
melibatkan aktiviti alam semulajadi. Penglibatan manusia dengan alam semulajadi untuk
mendapatkan makanan amat penting sejak zaman awal kewujudan manusia. Manusia pada
zaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapatkan makanan. Ada juga yang mencari
buah-buahan, pucuk-pucuk kayu, bercucuk tanam dan menangkap ikan di sungai.untuk
dijadikan sumber makanan. Mereka tinggal di dalam gua. Ada juga dalam kalangan mereka
yang menggunakan sumber alam semulajadi untuk membina tempat tinggal atau tempat
berteduh. Lokasi tempat tinggal masyarakat zaman purba pula terletak berhampiran sungai
bagi memudahkan mereka mendapatkan sumber makanan dan sumber air.









Rajah 1.0. Gambaran kehidupan masyarakat zaman purba melakukan kegiatan harian.


Kanak-kanak zaman purba pula dilatih untuk membina kehidupan mengikut zaman
tersebut. Corak latihan pada zaman purba adalah seperti cara memburu, membina tempat
tinggal, menjaga keselamatan dan memasak untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kanak-
kanak pada zaman tersebut mesti tahu cara memburu yang betul untuk mendapatkan sumber
makanan. Selain itu, mereka juga diajar cara-cara untuk membuat peralatan memburu yang
diperbuat daripada batu. Hal ini tidak menjadi masalah kerana mereka hidup dalam
persekitaran yang sangat dekat dengan alam sekitar. Mereka menggunakan sumber alam
dengan baik untuk meneruskan kehidupan. Peralatan untuk memburu dan membina tempat
tinggal juga diperoleh daripada alam sekitar. Lazimnya, mereka akan keluar berburu secara
berkumpulan bagi memudahkan perburuan dilakukan. Hasil buruan juga akan dikongsi
bersama-sama. Disebabkan manusia zaman purba hidup secara berkelompok, kebanyakan
aktiviti harian dilakukan secara bersama-sama.









Rajah 2.0. Masyarakat purba melakukan aktiviti harian seperti memburu, membuat peralatan
batu dan memasak.













Rajah 3.0. Masyarakat zaman purba membela haiwan belaan dan melakukan aktiviti bercucuk
tanam serta menangkap ikan.

Kesimpulannya, manusia zaman purba melakukan aktiviti seharian seperti memburu,
menangkap ikan, bercucuk tanam, membina tempat tinggal, memasak dan menjaga
keselamatan diri sebagai pendidikan secara tidak formal. Sejak kecil, generasi mereka
didedahkan dengan aktiviti tersebut dan menjadikan generasi seterusnya terus dapat
menguasai apa yang telah dipelajari sebagai pendidikan luar. Hal ini secara jelas
membuktikan bahawa manusia zaman purba tidak langsung terdedah dengan pendidikan
formal. Aktiviti harian yang dilakukan oleh mereka menjadi sebahagian pendidikan yang
mengajar anak-anak mereka untuk hidup berdikari apabila telah dewasa. Penglibatan dalam
aktivti seharian menjadikan mereka secara tidak langsung telah melibatkan diri dalam
pendidikan luar.







PENDIDIKAN LUAR ERA MODEN
Pendidikan luar zaman era moden lebih meluas bidangnya. Bidang pendidikan luar zaman
moden menekankan aspek kognitif, psikomotor dan afektif yang akhirnya menjurus kepada
pencapaian matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari setiap aspek kehidupan.
Modal insan yang mantap lahirnya daripada gabungan pendidikan formal, pendidikan luar dan
pendidikan tidak formal yang diberikan oleh ibu bapa di rumah. Gabungan kesemua
pendidikan tersebut seterusnya melahirkan generasi yang seimbang dari setiap aspek
kehidupan dan dapat menyumbang kepada pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
Sejarah pendidikan luar era moden bermula daripada perkembangan unit beruniform iaitu
persatuan pengakap yang telah bergiat aktif sejak sekian lama.
Mengikut sejarah, pada tahun 1907, Lord Baden Powell yang merupakan pengasas
pergerakan pengakap dunia telah membawa seramai 12 orang remaja ke Pulau Brownsea
untuk menyertai aktiviti yang terdapat dalam pergerakan pengakap tersebut. Pada peringkat
awal, program pendidikan luar lebih tertumpu kepada kekuatan fizikal, kemahiran
perkhemahan dan disiplin dalam persatuan. Pada peringkat ini juga, pendidikan luar
dianjurkan oleh badan beruniform seperti pergerakan pengakap dan pandu puteri.








Rajah 4.0. Aktiviti mendirikan khemah dan disiplin dalam persatuan.

Bermula tahun 1980-an, berlaku perubahan dalam aktiviti pendidikan luar. Jika
sebelum ini skop pendidikan luar hanya bertumpu kepada aspek kemahiran psikomotor, tetapi
perubahan yang telah berlaku lebih meluas iaitu menjurus juga kepada perkembangan aspek
kognitif dan afektif dalam pendidikan luar. Unsur-unsur nilai murni serta pembangunan
sahsiah mula diterapkan dengan lebih jelas dan meluas dalam pembanguna aktiviti pendidikan
luar. Penganjuran pendidikan luar juga lebih meluas bukan sahaja melibatkan persatuan
beruniform, malah persatuan-persatuan akademik seperti persatuan Matematik, persatuan
Sains dan persatuan-persatuan akademik yang lain juga turut terlibat dengan aktif.
Selepas itu, bermula tahun 1990-an, program pendidikan luar mula dikomersialkan
secara lebih meluas. Kewujudan konsep pengembaraan, pelancongan dan ekopelancongan
telah merancakkan lagi industri pendidikan luar. Dalam bidang pendidikan, program
pendidikan luar semasa cuti atau kem motivasi telah diperkenalkan dan dianjurkan oleh
syarikat swasta yang terlibat dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan luar.
Lazimnya, aktiviti yang disediakan merangkumi aktiviti ketahanan fizikal, mental, emosi dan
rohani yang bermatlamat melahirkan generasi cemerlang dan berjaya dalam setiap aspek
kehidupan.








Rajah 5.0. Aktiviti pendidikan luar yang menekankan aspek pembentukan dan pemantapan
sahsiah.


Dalam era 1990-an ini juga iaitu pada tahun 1993, semua guru pelatih Kursus
Perguruan Asas (KPA) dan guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di institut
perguruan diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar. Setiap maktab perguruan atau
kini telah dinaiktaraf sebagai institut pendidikan guru, perlu mewujudkan Jawatankuasa
Pendidikan Luar khusus untuk menyediakan perancangan dan penyelarasan aktiviti yang akan
dilaksanakan. Walau bagaimanapun, program tersebut telah dihentikan pada tahun 1996
kerana pada tahun tersebut guru pelatih yang mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani
sahaja yang diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar. Bagi guru pelatih yang
mengikuti kursus Diploma Perguruan Malaysia dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, major
atau minor Pendidikan Jasmani, Program Pendidikan Luar adalah sebahagian daripada
kurikulum mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Jadi, pada masa ini pendidikan luar tidak lagi
didedahkan kepada semua guru pelatih di institut perguruan tetapi hanya melibatkan guru
pelatih pengkhususan Pendidikan Jasmani sahaja. Pada peringkat ini, pendidikan luar
mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas bagi memantapkan lagi
kurikulum Pendidikan Jasmani guru pelatih di institusi perguruan.

Pada tahun 2001, Program Bina Insan Guru (BIG) telah diperkenalkan di institusi
perguruan. Program ini wajib disertai oleh guru pelatih Kursus Diploma Perguruan dan guru
pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Program Bina Insan guru ini dilaksanakan
mengikut modul yang telah ditetapkan dan menjadi sebahagian daripada kurikulum guru
pelatih yang belajar di institusi perguruan. Aktiviti yang dilaksanakan termasuklah aktiviti
perkhemahan, khidmat masyarakat dan khidmat bimbingan untuk murid sekolah serta lawatan
penanda aras ke sekolah-sekolah terpilih. Dalam aktiviti pendidikan luar ini, semua komponen
psikomotor, kognitif dan afektif telah diterapkan menerusi aktiviti yang dilaksanakan.
Contohnya dalam aktiviti perkhemahan, peserta bekerjasama dalam kumpulan untuk
membersihkan kawasan khemah dan seterusnya mendirikan khemah. Dalam aspek kognitif
pula, peserta didedahkan dengan cara mencari arah dengan menggunakan kompas. Sebelum
mengadakan perkhemahan, peserta diberikan pendedahan untuk merancang dan mengelolakan
pendidikan luar. Dalam aktiviti perkhemahan juga peserta didedahkan dengan nilai-nilai
murni seperti bekerjasama, bertolak-ansur, hormat-menghormati, mencintai alam sekitar dan
seterusnya menghargai alam ciptaan Ilahi.













Rajah 6.0. Aktivti pendidikan luar yang melibatkan khidmat masyarakat dan khidmat
bimbingan di sekolah.











Rajah 7.0. Hasil kreativiti murid membina khemah ala rimba.


Secara keseluruhannya, pendidikan luar zaman moden lebih meluas dan melibatkan
pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, lawatan, khidmat masyarakat, pendidikan alam sekitar
dan banyak lagi aspek rekreasi yang lain melibatkan aktiviti di darat dan di air. Dalam aktiviti
pendidikan luar zaman kini, terdapat pelbagai aktiviti telah disediakan mengikut kesesuaian
peringkat pelajar. Contohnya, bagi murid sekolah rendah mereka terlibat dengan
Perkhemahan Alam Semulajadi, pelajar sekolah menengah terlibat dengan Perkhemahan
Integrasi 1 Malaysia, manakala pelajar institut pengajian tinggi terlibat dengan aktiviti lasak
untuk menguji daya ketahanan fizikal dan mental. Misalnya, di Sarawak pelbagai bentuk
aktiviti lasak diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak seperti aktiviti flying fox,
abseling, repeling, wall climbing, berkayak, berbasikal, larian berhalangan, berkawad dan
sebagainya mengikut kesesuaian peringkat umur peserta.











Rajah 8.0. Aktiviti pendidikan luar yang mencabar ketahanan fizikal dan mental iaitu aktiviti
flying fox dan wall climbing.











Rajah 9.0. Aktiviti pendidikan luar yang melibatkan aktiviti di air seperti berkayak dan
keyakinan diri dalam air.





Kesimpulannya, terdapat banyak perbezaan dalam pendidikan luar zaman purba
dengan pendidikan luar zaman moden. Perbezaan yang dapat dilihat adalah dari segi
pelaksanaan aktiviti yang terdapat dalam pendidikan luar. Pada zaman purba, pendidikan luar
diperoleh secara tidak formal memandangkan masyarakat zaman purba menjadikan aktiviti
seharian sebagai pendidikan luar mereka. Dalam zaman moden pula, pendidikan luar
dijadikan pendidikan formal dan dirancang dengan tersusun sebelum dilaksanakan. Pengisian
pendidikan luar zaman moden menekankan semua aspek perkembangan diri iaitu
perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif, manakala pendidikan luar pada zaman purba
hanya melihat kepada pergerakan fizikal sahaja. Aktivti yang dijalankan pada zaman purba
juga terhad kepada aktiviti seharian seperti memburu haiwan, menangkap ikan, bercucuk
tanam, memasak, membina tempat berlindung dan membina peralatan daripada batu.
Ketamadunan masyarakat purba makin berubah mengikut peredaran zaman sehinggalah
pendidikan luar dijadikan pendidikan formal pada masa kini.





















PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN LUAR

Aktiviti pendidikan luar sememangnya sangat menarik jika dilakukan beramai-ramai kerana
dalam aktiviti yang dilaksanakan pelbagai ilmu dan pengalaman baharu dapat diperoleh.
Walau bagaimanapun, program pendidikan luar perlu dirancang dengan teliti sebelum
dilaksanakan. Pelbagai aspek perlu diambil kira seperti aspek keselamatan, kebersihan,
kemudahan utiliti dan banyak lagi aspek lain. Perancangan program pula perlu dibincangkan
dalam satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan. Hal ini bagi memastikan perjalanan program
dapat dilaksanakan dengan lancar.

Pelaksanaan program pendidikan luar ini adalah seiring dengan perubahan arus
pendidikan dan perlu diubah suai mengikut keperluan semasa. Hal ini disokong oleh
Muhammad Rashid (1995) yang menyatakan bahawa kurikulum perlu diubah supaya sesuai
dengan pasaran industri pada masa hadapan. Menurut Sharifah Alwiyah (1991) perubahan
perlu dilakukan segera oleh pihak tertentu untuk kepentingan pelajar, masyarakat dan negara.
Dasar pendidikan negara perlu dilaksanakan. Wawasan negara perlu dimartabatkan, manakala
Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu dipraktikkan sebagai teras pendidikan kepada
pelaksana. Oleh sebab itu, dalam menuju matlamat pendidikan yang ingin dicapai, maka
pelajar perlu didedahkan dengan pendidikan luar. Antara pendidikan luar yang paling sesuai
disertai oleh pelajar adalah aktiviti perkhemahan.

Perkhemahan lazimnya disertai oleh pelajar sekolah yang terlibat dengan unit
beruniform di sekolah. Contoh aktiviti perkhemahan ialah Perkhemahan Integrasi 1 Malaysia
yang melibatkan pelajar sekolah menengah. Kumpulan sasaran yang terlibat adalah murid
sekolah menengah rendah yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
Aktiviti perkhemahan ini diadakan di sebuah tapak perkhemahan khas yang disediakan oleh
pihak yang terlibat dalam menjayakan program perkhemahan ini. Antara aktiviti fizikal yang
telah dirancang dalam perkhemahan ini adalah aktiviti membina khemah, aktiviti keyakinan
diri di dalam air, berkayak, wall climbing, meredah hutan dan aktiviti orienteering. Aktiviti ini
dirancang untuk memenuhi masa perkhemahan yang telah diperuntukkan iaitu selama 2 hari 1
malam. Berikut disertakan jadual tentatif sepanjang program perkhemahan ini berlangsung.
Cadangan aktiviti pula adalah berdasarkan kemampuan pelajar dan memberikan penekanan
secara menyeluruh dalam setiap aspek iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Walaupun
aktiviti perkhemahan dilihat melibatkan aktiviti fizikal sahaja, namun di sebaliknya tersirat
pelbagai ilmu, kemahiran dan pengalaman lain yang dapat ditimba oleh pelajar.

Hari pertama perkhemahan: Sabtu, 15 Februari 2014

Masa Aktiviti Huraian


8.00-8.15 pagi Berkumpul untuk sesi taklimat
ringkas



Semua peserta perkhemahan
dikehendaki berkumpul untuk sesi
taklimat ringkas tentang
perkhemahan termasuklah taklimat
tentang pembahagian kumpulan,
keselamatan dan kebersihan
kawasan perkhemahan.


8.15-10.00 pagi

-Sarapan
-Membersihkan kawasan dan
membina khemah

Peserta berada dalam kumpulan
untuk membersihkan kawasan
perkhemahan dan seterusnya
mendirikan khemah untuk
dijadikan tempat berteduh, tempat
solat dan tempat untuk memasak.


10.00-2.00
petang

-Aktiviti wall climbing
-Aktiviti flying fox

Pelajar berada dalam kumpulan
dan melakukan aktiviti ini
mengikut giliran masing-masing.
Pelajar dikehendaki mematuhi
peraturan keselamatan seperti yang
telah ditetapkan oleh pegawai yang
bertugas.


2.00-3.00
petang

Persiapan diri
-makan tengah hari
-solat

Peserta membuat persiapan seperti
makan tengah hari dan solat
berjemaah sebelum bersedia untuk
aktiviti seterusnya.


3.00-5.00
petang


Pendidikan kesedaran alam sekitar


Peserta didedahkan dengan
kepentingan memelihara keindahan
flora dan fauna serta menjaga
kebersihan dan keindahan alam
sekitar.



5.00-7.00
petang

Aktiviti air
-Keyakinan diri dalam air
-Berkayak

Peserta berada dalam kumpulan
yang telah ditetapkan. Sebelum
aktiviti berkayak dimulakan,
peserta didedahkan dengan aktiviti
keyakinan diri semasa berada di
dalam air. Peserta dibekalkan
dengan jaket keselamatan sebagai
langkah keselamatan.





7.00-9.00
malam

Persiapan diri
-makan malam
-solat
-kuliah maghrib

Pelajar membuat persiapan diri
seperti makan malam, solat
maghrib berjemaah, mendengar
kuliah maghrib sebelum
melakukan aktiviti seterusnya.


9.00-10.00
malam

Ice-breaking


Ice-breaking dilaksanakan
bertujuan membuka peluang
kepada pelajar untuk berkenalan
antara satu sama lain. Aktiviti ini
bertujuan membuka minda peserta
untuk memecahkan halangan diri
sebagai satu titik permulaan yang
positif.


10.00-12.00
tengah malam


Aktiviti Malam Burung Hantu

Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan
memberikan keyakinan, ketabahan
dan keberanian pelajar apabila
ditinggalkan bersendirian dalam
kegelapan malam. Setiap pelajar
akan diletakkan di lokasi-lokasi
tertentu dan jaraknya berjauhan
antara satu sama lain untuk
mengelakkan komunikasi di antara
mereka.


12.00-5.30 pagi

Tidur


Pelajar dikehendaki berehat setelah
seharian melakukan aktiviti
pendidikan luar.




Hari kedua perkhemahan: Ahad, 16 Februari 2014
Masa Aktiviti Huraian


5.30-6.30 pagi Persiapan diri
-Solat Subuh berjemaah
-Kuliah Subuh



Pelajar dikehendaki membuat
persiapan diri seperti mandi,solat
subuh dan mendengar kuliah
subuh.

6.30-8.30 pagi

Senaman pagi
-Sesi refleksi ringkas
-Sarapan
-Persiapan diri

Pelajar dikehendaki melakukan
senaman ringkas dengan
dikendalikan oleh pegawai
bertugas. Pada waktu pagi ini
peserta dikehendaki menyanyikan
lagu Negaraku dan lagu negeri.
Sebelum sesi senaman bermula,
pelajar dipilih secara rawak untuk
membuat refleksi ringkas berkaitan
aktiviti yang telah dijalankan.


8.30-12.00
tengah hari

Aktiviti meredah hutan


Pelajar dikehendaki berada dalam
kumpulan dan sentiasa mematuhi
peraturan semasa berada di dalam
hutan. Pelajar dipandu oleh
jurupandu yang mahir tentang jalan
hutan dan flora fauna yang terdapat
di dalam hutan tersebut. Dalam
aktiviti ini pelajar dikehendaki
mencatatkan nama flora dan fauna
yang dijumpai dengan bantuan
jurupandu yang mahir.


12.00-2.00
petang











Masakan Rimba

Pelajar dikehendaki memasak
dengan menggunakan keperluan
yang telah dibekalkan dan
menggunakan sumber alam yang
dapat digunakan untuk memasak.



















2.00-4.00
petang


Orienteering (Foot Orienteering)

Dalam aktiviti ini, pelajar diajar
cara membaca peta dan kompas
dengan betul. Seterusnya, pelajar
dikehendaki menggunakan peta
dan kompas yang dibekalkan untuk
menuju dari satu tempat ke satu
tempat kawalan yang lain.



4.00-5.00
petang

Mengemas khemah dan kawasan
perkhemahan

Selepas selesai semua aktiviti,
murid dikehendaki bekerjasama
mengemaskan khemah dan
kawasan perkhemahan. Pelajar
juga haruslah memastikan tiada
sampah sarap yang ditinggalkan di
kawasan perkhemahan.





5.00 petang

Refleksi ringkas dan bersurai

Sebelum bersurai, pelajar
dikehendaki membuat refleksi
ringkas tentang aktiviti yang telah
dilalui. Respond daripada pelajar
adalah sangat penting dalam
memastikan keberkesanan aktiviti
yang telah dijalankan.

JUSTIFIKASI CADANGAN AKTIVTI
Dalam cadangan pendidikan luar yang akan dilaksanakan iaitu perkhemahan, beberapa
aktiviti telah ditetapkan dalam tentatif program. Aktivi tersebut termasuklah mendirikan
khemah, aktiviti fizikal di darat dan di air iaitu aktiviti wall climbing, flying fox, membina
keyakinan diri di dalam air, berkayak, senaman pagi, meredah hutan dan menyediakan
masakan ala rimba. Selain itu, aktiviti kesedaran alam sekitar, ice-breaking, solat berjemaah,
kuliah Maghrib dan Subuh, Malam Burung Hantu dan orienteering turut dilaksanakan.
Kesemua aktiviti yang dirancang dalam usaha memastikan murid mendapat pendidikan
seimbang dari segala aspek yang melibatkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Aktiviti pertama yang dilakukan oleh pelajar adalah mendirikan khemah secara
berkumpulan. Aktiviti ini perlu melibatkan kerjasama antara semua pelajar kerana ada dalam
kalangan pelajar yang terlibat tiada pengalaman mendirikan khemah. Dalam aktiviti ini,
pelajar diajar nilai bekerjasama di mana kerja yang berat menjadi ringan apabila dilakukan
secara bekerjasama. Selain itu, pelajar juga belajar menghormati antara satu sama lain.





Pembangunan modal insan pula merupakan suatu proses bertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertakwa.
Ketiadaan jiwa yang bertakwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh (Ismahali, 2008).
Di samping itu, pembangunan modal insan juga adalah pembangunan yang penuh dengan keinsanannya. Ia
harus dilengkapi dengan pembangunan jiwa, hati dan nurani bagi melahirkan insan yang ada sifat keinsanannya
(Fauziah, 2008).

Anda mungkin juga menyukai