Anda di halaman 1dari 25

Topik

Pembestarian
dalam
Pengajaran dan
Pembelajaran
Pendidikan
Jasmani

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menjelaskan konsep, definisi dan matlamat Sekolah Bestari;

2.

Menghuraikan elemen-elemen pengajaran dan pembelajaran dalam


pendidikan bestari; dan

3.

Membincangkan cara pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran


Pendidikan Jasmani menggunakan teknik bestari.

X PENGENALAN
Guru-guru bestari memerlukan kemahiran mengajar dan perlu cekap
menggunakan pendekatan teknologi, menyelesaikan masalah, kaya ilmu dan
berinisiatif untuk menambahkan ilmu pengetahuan (Shaifol, 2003). Untuk
merealisasikan pendidikan bestari, hala tuju latihan perguruan perlu melakukan
pelbagai perubahan bagi melahirkan guru-guru bestari yang berupaya
melaksanakan sekolah bestari dan memainkan peranan penting dalam
pembentukan sekolah bestari. Semua guru yang mengajar di sekolah juga perlu
didedahkan dengan konsep pembelajaran bestari.

TOPIK 9

9.1

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

177

PENGENALAN KONSEP, MATLAMAT DAN


PERLAKSANAAN PENGAJARAN
PEMBELAJARAN SEKOLAH BESTARI

Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi


memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
negara Malaysia merupakan misi Kementerian Pendidikan Malaysia
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Bagi membentuk Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan usaha serta strategi amat perlu untuk
mempertingkatkan kualiti pendidikan ke arah kecemerlangan supaya ia boleh
bertapak kukuh untuk menghadapi abad ke-21 ini.
Sekolah Bestari merupakan sebuah institut pembelajaran yang mengamalkan
perubahan yang sistematik daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan untuk membolehkan pelajar menangani cabaran era teknologi
maklumat yang akan datang (Mohd Sani Ibrahim, 1998). Sekolah Bestari
merupakan aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) bertujuan bagi
menyediakan tenaga kerja berilmu untuk industri teknologi tinggi. Industri
teknologi tinggi dapat mengeluarkan produk bernilai tambah yang mampu
menguasai pasaran dunia dan berdaya saing dengan negara-negara maju.

9.1.1

Definisi dan Konsep Sekolah Bestari

Sekolah bestari mempunyai pengertian yang cukup luas dari konsep pedagogi.
Konsep sekolah bestari mengikut acuan tersendiri, konsep amalan pembelajaran
bestari dan konsep gaya pemikiran pelajar. Tiada istilah yang tepat dan boleh
diterima pakai berkaitan dengan sekolah bestari. Istilah sekolah bestari telah
diubah suai mengikut keadaan tempatan, keperluan pendidikan serta keperluan
teknologi dan kurikulum.
Menurut The Malaysian Smart School: An MSC Flagship Application: A
Conceptual Blueprint (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997), sekolah bestari
merupakan institusi pendidikan yang tersusun secara sistematik terutamanya
dari segi pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah bagi
menyediakan pelajar menghadapi arus perdana era maklumat.
Sekolah bestari boleh didefinisikan sebagai inistitusi yang mengamalkan
pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mencabar minda dan memberi
ruang kepada pelajar berfikiran kritis dan kreatif. Dengan ini corak pembelajaran
Sekolah Bestari akan akan melahirkan individu yang mempunyai kemahiran
dalam bidangnya, memegang teguh serta melaksanakan nilai-nilai murni dan
akan sentiasa menyumbangkan idea ke arah masyarakat Malaysia.

178

X TOPIK 9

9.1.2

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

Objektif Pelaksanaan Sekolah Bestari

Objektif perlaksanaan sekolah bestari ialah:


(a)

Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan; dan

(b)

Membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat.

Dalam membentangkan Rancangan Malaysia ke 9 pada 31 Mac 2006, Perdana


Menteri Malaysia Dato Seri Abdulah Ahmad Badawi menyatakan:

Rakyat adalah aset negara paling berharga. Pembangunan modal


insan dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah satu
cabaran terbesar. Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi
berpaksikan pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju dan
kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal insan harus
diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu
tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan.
Bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan
membentuk masyarakat yang mempunyai kesimbangan intelek, rohani, emosi
dan jasmani pelajar. Sekolah Bestari dilihat merupakan platform yang terbaik
bagi menjayakan hasrat murni kerajaan. Sekolah Bestari dilihat berupaya
menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi. Sekolah bestari juga
akan meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan, mewujudkan peluang
bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu juga mendemokrasikan
pendidikan.

9.1.3

Konsep dan Matlamat Pengajaran Pembelajaran


Bestari

Sekolah Bestari berkonsepkan institusi pembelajaran yang telah direka semula


secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani bagi menghadapi zaman maklumat.
Jika dibuat perbandingan, Sekolah Tradisonal dan Sekolah Bestari menunjukkan
perbezaan yang jelas, khasnya dari segi gaya pembelajaran pelajar-pelajarnya. Di
sekolah tradisional gaya pembelajaran berasaskan guru dilaksanakan. Teknik
pedagogi yang digunakan tertumpu kepada hafalan dan pemindahan
pengetahuan sehala, Sekolah Bestari mempunyai gaya pembelajaran berasaskan

TOPIK 9

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

179

pelajar. Teknik pedagogi di Sekolah Bestari lebih memberi tumpuan kepada


maklumat, daya fikir, kreativiti, penyayang dan literasi teknologi, sila rujuk
Jadual 9.1.
Jadual 9.1: Perbezaan Gaya Pembelajaran Sekolah Masa Kini dan Sekolah Bestari
Sekolah-sekolah
Sekolah Tradisional

Perbezaan
Gaya pembelajaran adalah berdasarkan kepada guru.
x
x

Sekolah Bestari

Tumpuan Hafalan; dan


Tumpuan Pengetahuan.

Gaya pembelajaran adalah berdasarkan kepada pelajar.


x
x
x
x

Tumpuan pada maklumat;


Daya fikir dan kreativiti;
Penyayang; dan
Literasi teknologi.

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara
menyeluruh dari segi proses pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk
membantu murid-murid menghadapi cabaran zaman maklumat. Sekolah Bestari
akan mendorongkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan
terarah kendiri (self-directed) mengikut kadar pembelajaran sendiri.
Sekolah Bestari diwujudkan dengan ciri-ciri berbeza berbanding sekolah sedia
ada. Antara ciri-ciri tersebut ialah:
(a)

Sekolah Bestari dihubungkan dengan jaringan kawasan tempatan (LAN)


yang membolehkan perkongsian maklumat supaya dapat menggalakan
kerjasama antara pelajar dan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran;

(b)

Sekolah ini juga dihubung melalui jaringan kawasan luas (WAN) yang
menyediakan sumber-sumber melalui on line untuk membolehkan guruguru dan pelajar mendapat maklumat dari rumah;

(c)

Sekolah Bestari disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan


pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi;

(d)

Guru berperanan sebagai faslitator yang bertanggungjawab menyediakan


situasi yang menggalakan pembelajaran terarah kendiri secara berdikari;
dan

(e)

Pentadbir berfungsi sebagai pengurus berkesan.

X TOPIK 9

180

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

SEMAK KENDIRI 9.1


Nyatakan definisi dan konsep Sekolah Bestari.

9.2

ELEMEN-ELEMEN DALAM
PEMBELAJARAN BESTARI

Dalam melaksanakan pembelajaran Sekolah Bestari, terdapat empat elemen


penting iaitu:
(a)

Ciri-ciri pelajar;

(b)

Pendekatan pelajaran;

(c)

Strategi pembelajaran; dan

(d)

Integrasi kemahiran generik.

Elemen-elemen ini akan dibincangkan di dalam subtopik-subtopik berikutnya.

9.2.1

Ciri-ciri Pelajar

Pelajar boleh dicirikan kepada tiga kategori, sila rujuk Rajah 9.1.

Rajah 9.1: Kategori-kategori ciri pelajar

Mari kita bincang kategori-kategori tersebut dengan lebih mendalam.


(a)

Gaya Pembelajaran
Setiap manusia belajar mengikut kesesuaian dan kemampuan semulajadi.
Dunn dan Dunn telah mengkategori gaya pembelajaran berbeza di
kalangan pelajar kepada 5 stimulus iaitu:

TOPIK 9

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

(i)

Alam sekitar;

(ii)

Emosi;

181

(iii) Sosiologi;
(iv) Fizikal; dan
(v)

Psikologi.

Sementara gaya pembelajaran VAK pula telah mengkategori gaya


pembelajaran pelajar kepada tiga iaitu:
(i)

Visual;

(ii)

Audiotori; dan

(iii) Kinestatik.
Untuk membentukan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasi
gaya pembelajaran pelajar, langkah berikut perlu dilaksanakan oleh guru:
(i)

Memerhati, mengenal pasti dan menganalisis gaya pembelajaran


pelajar;

(ii)

Merancang pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan gaya


pembelajaran pelajar;

(iii) Melaksanakan aktiviti serta alat bantu mengajar berasaskan gaya


pembelajaran pelajar; dan
(iv) Menguruskan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
keluasan aktiviti, pelbagai BBM, melibatkan stimulus (alam sekitar,
emosi, sosiologi, fizikal, psikologi).
(b)

Kecerdasan Pelbagai
Teori kecergasan pelbagai berpendapat setiap pelajar mempunyai jenis
kecerdasan yang berbeza. Dengan kata lain setiap pelajar memiliki
kecerdasan yang pelbagai. Tidak semua pelajar mempunyai cara berfikir,
bertindak dan belajar yang sama. Perbezaan jenis kecerdasan akan
mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar.

(c)

Kompetensi Kecerdasan Emosi (EIC)


Kompentensi pelajar boleh dikumpulkan kepada dua iaitu kompetensi
peribadi dan sosial.

182

X TOPIK 9

(i)

(ii)

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

Kompetensi Peribadi
x

Kesedaran kendiri;

Pengurusan kendiri; dan

Motivasi kendiri.

Kompetensi Sosial
x

Kesedaran sosial; dan

Kemahiran sosial.

Guru perlu menganalisis, memerhati dan membuat pengkelasan


kompentensi pelajar sebelum merancang aktiviti untuk merangsang
pelajar.

9.2.2

Pendekatan Pembelajaran

Pendekatan pembelajaran boleh di bahagikan kepada empat kategori iaitu, sila


rujuk Rajah 9.2.

Rajah 9.2: Kategori-kategori pendekatan pembelajaran

Mari kita bincang kategori-kategori tersebut dengan lebih mendalam.


(a)

Berpusatkan Pelajar
Pembelajaran berpusatkan pelajar menjurus kepada penglibatan luas
murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri pembelajaran
berpusatkan pelajar ialah:

TOPIK 9

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

183

(i)

Pelajar mengambil bahagian dengan aktif;

(ii)

Pembelajaran dapat merangsang dan memberi peluang kepada


pelajar berinteraksi antara pelajar tanpa batas sempadan;

(iii) Pelajar digalakan berinteraksi dengan guru;


(iv) Pelajar dapat berinteraksi dan menggunakan sumber yang disediakan
oleh guru dengan kadar yang optimum; dan
(v)

Pelajar bebas untuk mengemukakan hujah atau pandangan dengan


bukti konkrit dan saintifik.

Langkah yang perlu dilakukan


pembelajaran berpusatkan pelajar:

oleh

guru

dalam

melaksanakan

(i)

Memberi fokus kepada tugasan pelajar yang bersesuaian dengan


pembelajaran berpusatkan pelajar;

(ii)

Membentuk dan mengajukan soalan bersifat terbuka;

(iii) Sabar memberi masa kepada pelajar mengemukan respon;


(iv) Menglibatan pelajar berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar;
(v)

Menggalakkan dan memberi peluang seluas-luasnya kepada pelajar


untuk berinteraksi secara individu, kelas atau kumpulan;

(vi) Menyediakan prosedur pemantauan dan penilaian aktiviti pelajar;


(vii) Merancang dan membuat penilaian secara kolaboratif.; dan
(viii) Membenarkan pelajar membuat penilaian rakan sebaya.
(b)

Pembelajaran Bersifat Individu


Pembelajaran bersifat individu menyokong pembelajaran berpusatkan
pelajar. Pembelajaran Bersifat Individu akan membantu pelajar
meningkatkan penguasaan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari.
Empat tunjang pembelajaran bersifat individu ialah, sila rujuk Jadual 9.2.

184

X TOPIK 9

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

Jadual 9.2: Faktor Utama Pembelajaran Bersifat Individu


Faktor-faktor
Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Kadar
Kendiri (PKK)

Pembelajaran Terarah
Kendiri (PTK)

Pembelajaran Akses
Kendiri (PAK)

Penerangan
x

Tajuk pembelajaran dipecah-pecahkan kepada beberapa


sub tajuk mengikut pemeringkatan pembelajaran.

Setelah menguasai sesuatu sub tajuk pelajar akan


berpindah ke sub tajuk seterusnya yang lebih sesuai.

Pembelajaran Masteri memberi peluang kepada pelajar


menguasai sesuatu sub tajuk sebelum berpindah kepada
sub tajuk yang lebih sukar.

Dalam pembelajaran kadar kendiri, pelajar diberi


tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran
mereka melalui modul pembelajaran yang dibuat
berperingkat.

Setelah menguasai sesuatu modul tertentu pelajar akan


terus ke tahap yang lebih tinggi atau topik lain.

Pembelajaran yang digerakkan oleh motivasi daripada


dalam diri pelajar.

Objektif utama pembelajaran terarah kendiri ialah


mempertingkatkan dan menguasai konsep pembelajaran
sepanjang hayat.

Pelajar menentukan apa yang seharusnya dilakukan,


menentukan matlamat, jadual pembelajaran, mengurus
serta melaksanakan mod pembelajaran dan menilai hasil
pembelajaran kendiri.

Pembelajaran Terarah Kendiri mendidik pelajar menjadi


berdikari dan berdisplin kendiri yang tinggi.

Pembelajaran akses sendiri berlaku tanpa pengawalan


secara langsung daripada guru.

Pelajar disediakan bahan resos yang sesuai dengan topik


dan hasil pembelajaran tertentu.

Bahan pembelajaran akan ditempatkan di dalam bilik

akses kendiri.
x

Pelajar akan mengakses maklumat yang terdapat dalam


bilik tersebut.

TOPIK 9

(c)

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

185

Pembelajaran Berdaya Fikir


Kaedah ini memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir dan naluri ingin
tahu dikalangan pelajar. Pembelajaran berdaya fikir berusaha mewujudkan
iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada
tahap yang kompleks. Untuk mewujudkan pembelajaran berdaya fikir
guru perlu:
(i)

Memberi fokus kepada tugasan pelajar yang memerlukan pelajar


berfikir;

(ii)

Mengemukakan soalan terbuka;

(iii) Mengemukakan soalan lanjutan yang mencabar minda;


(iv) Mengambil masa menunggu respon pelajar;
(v)

Sentiasa menerima apa sahaja respon pelajar;

(vi) Mengalakkan interaksi dalam kelas;


(vii) Elakkan memberi pandangan;
(viii) Elakkan mengulangi respon pelajar; dan
(ix) Minta pelajar membuat refleksi.
(d)

Pembelajaran Berbantukan Teknologi


Konsep pembelajaran berbantukan teknologi berfokuskan kepada
penggunaan aplikasi teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran. Antara aplikasi yang selalu digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah:
(i)

Komputer;

(ii)

Internet;

(iii) E-mel;
(iv) Telesidang;
(v)

Atas talian (on-line); dan

(vi) Perbualan (chat).


Antara aktiviti yang dilakukan oleh pelajar menggunakan teknologi ialah:
x

Mengakses maklumat;

Mencari maklumat;

X TOPIK 9

186

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

Meneroka maklumat;

Menerima maklumat;

Mengumpul maklumat;

Memproses maklumat; dan

Menggunakan maklumat.

9.2.3

Strategi Pembelajaran

Strategi pembelajaran terbahagi kepada sembilan strategi, sila rujuk Rajah 9.3.

Rajah 9.3: Sembilan strategi pembelajaran

TOPIK 9

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

187

Mari kita lihat strategi-strategi tersebut satu persatu.


(a)

Strategi Direktif (Terarah)


Strategi direktif berperanan untuk membantu pelajar memperoleh
maklumat, pengetahuan dan kemahiran. Pelajar diarah untuk mematuhi
langkah-langkah tertentu yang disampaikan oleh guru. Melalui strategi
direktif pelajar menerima maklumat dan pengetahuan melalui penerangan
tentang sesuatu kemahiran atau konsep daripada guru.
Ciri-ciri strategi direktif ialah:
(i)

Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru;

(ii)

Berfokuskan kepada kemahiran asas; dan

(iii) Melatih mengikut prosedur tertentu.


(b)

Strategi Koperatif
Strategi koperatif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan.
Dalam strategi koperatif ini pelajar berinteraksi satu sama lain untuk
mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil antara (endproduct) yang ada kaitan dengan isi kandungan matapelajaran.
Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran
koperatif
membolehkan
proses
mencipta,
menganalisis
dan
mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan
pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi
sosial dalam bilik darjah.

(c)

Strategi Kolaboratif
Strategi pembelajaran kolaboratif merupakan satu proses menghasilkan
sesuatu tugasan besar secara kolektif dengan rakan-rakan yang berlainan.
Walaupun ada persamaan dalam beberapa aspek tetapi pembelajaran
kolaboratif berbeza daripada pembelajaran koperatif.
Perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif
ditunjukkan dalam Jadual 9.3.

188

X TOPIK 9

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

Jadual 9.3: Perbezaan di antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolaboratif


Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran Kolaboratif

Satu
strategi
pembelajaran
berteraskan pasukan kecil. Setiap
murid bertanggungjawab tentang
pencapaian kumpulan.

Berasaskan kepada idea bahawa pembelajaran


adalah satu tingkah laku sosial. Pembelajaran
berlaku melalui perbincangan atau komunikasi
fizikal atau virtual.

Setiap ahli saling bergantung dalam


menentukan kejayaan pasukan.

Tiada perjanjian atau pergantungan dalam


kolaborasi bersama.

Peranan guru sebagai fasilitator,


menstrukturkan dan memantau
aktiviti pasukan untuk mencapai
objektif.

Pemantauan guru pada tahap minimum dan


tidak berstruktur.

Hasil secara kumpulan.

Hasil secara individu.

(d)

Strategi Generatif
Strategi generatif menjana idea secara kritis dan kreatif melalui
pengintegrasian idea baru dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada
(schemata). Guru bertindak sebagai fasilitator. Dalam strategi ini pelajar
belajar dan bertindak berdasarkan kreativiti, pemahaman, keaslian, rekaan
dan penyelesaian secara unik.
Pelajar berhadapan dengan proses pembelajaran yang menjurus ke arah
pemikiran yang menggunakan metafora dan analogi. Pemikiran pelajar
diasuh untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara kritis dan kreatif.
Strategi ini dapat melahirkan seorang individu yang bersifat intuitif dan
celik akal dalam melihat sesuatu situasi.

(e)

Strategi Mediatif
Dalam strategi ini guru sebagai fasilitator dan memberi bimbingan kepada
pelajar untuk mempelajari bagaimana mengaplikasikan pengetahuanm
bagi menyelesaikan masalah. Strategi mediatif dapat mengaplikasikan
pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, mengenal pasti andaian, membuat inferens dan hipotesis.
Strategi mediatif memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan
konsep secara sistematik, mengklasifikasi dan membuat kategori.
Pembelajaran yang berlaku adalah satu proses aktif di mana pelajar
membina idea dan konsep berlandaskan pengetahuan lepas dan sekarang.
Pelajar membuat kategori mengikut kefahaman mereka.

TOPIK 9

(f)

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

189

Strategi Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan


Pengajaran berasaskan kajian masa depan merupakan strategi secara
saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Dalam
kajian masa depan pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk
meninjau dan mengkaji perubahan keadaan daripada masa lalu ke
sekarang dan seterusnya meramal dan membuat generalisasi keadaan
masa depan.
Ciri-ciri strategi ini berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan pelbagai
bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar selain daripada
menerapkan nilai murni, tanggungjawab dan bekerjasama dikalangan
pelajar.

(g)

Strategi Konteks Luar Bilik Darjah


Pelajar belajar melalui aktiviti yang terfokus dan intensif dalam satu
tempoh masa yang pendek seperti menghadiri seminar, bengkel,
mengendalikan projek, sesi hands-on, activity-based learning dan do-it
yourself programs. Program pembelajaran boleh dikendalikan sendiri
dengan mengambil inisiatif dalam mengatur dan memilih latihan, kerja
amali dalam makmal dan aktiviti di lapangan.

(h)

Strategi Pembelajaran Kontekstual


Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan
isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam
pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang
melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
Pemahaman pelajar menjadi semakin jelas apabila mereka berupaya
mengaitkan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah dapat
diaplikasikan dengan situasi di luar konteks bilik darjah. Mengikut teori
pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar
dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang
bermakna dalam rangka minda mereka.

(i)

Strategi Metakognitif
Strategi metakognitif akan membina kesedaran tentang apa yang diketahui
dan apa yang tidak diketahui oleh pelajar. Metakognitif merujuk kepada
cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan
pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran wujud, seseorang dapat
mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang
dipelajari.

X TOPIK 9

190

9.2.4

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

Integrasi Kemahiran generik

Intergrasi kemahiran generik terbahagi kepada lima, sila rujuk Rajah 9.4.

Rajah 9.4: Lima intergrasi kemahiran generik

Mari kita bincang kemahiran-kemahiran tersebut dengan lebih mendalam.


(a)

Kemahiran Mentafsir dan Menilai


Penilaian sebagai satu prinsip untuk mengukur pencapaian secara
sistematik (Robiah Sidin, 1992). Ciri-ciri kemahiran mentaksir dan menilai
dalam Sekolah Bestari ialah:
x

Kaedah menilai yang menyeluruh dan holostik;

Mengesan kemajuan pelajar secara lebih fleksibel;

Mengambil kira tahap kesediaan pelajar;

Mengambil kira tahap kecerdasan pelajar; dan

Komponen Kemahiran Mentafsir dan Menilai.

(i)

Kontrak Pembelajaran
Kontrak Pembelajaran atau dikenali juga sebagai Perjanjian
Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat
di antara guru dengan pelajarnya sama ada secara individu atau

TOPIK 9

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

191

kumpulan berkaitan dengan sesuatu tugasan. Ini dilakukan secara


janji bertulis. Kontrak ini biasanya meliputi kriteria-kriteria yang
berkaitan dengan penghasilan tugasan.
(ii)

Penilaian Portfolio
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk
mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu
jangkamasa yang dipersetujui bersama. Portfolio merupakan
dokumentasi yang berstruktur. Membina portfolio memerlukan
perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses
pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk
mencapai kefahaman tentang dokumen.
Penilaian portfolio menjana pemikiran yang kritis serta pemilihan
maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga akhir. Kandungan
portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan
mengikut logik. Penilaian Portfolio bersifat reflektif yang
dirangsangkan melalui soalan-soalan. Penilaian portfolio perlu
dijalankan berterusan supaya guru dapat melihat perkembangan
pelajar dari masa ke semasa mengikut kriteria.

(iii) Penilaian Kendiri


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan
penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin
akan mengetahui apa yang mereka benar-benar gagal menguasai atau
memahaminya. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga gagal
mengenal pasti keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi,
pertimbangan dan penilaian. Dalam konteks ini, penilaian kendiri
adalah sebaik-baiknya. Penilaian kendiri membolehkan pelajar
menilai dan seterusnya mengenal diri sendiri.
(iv) Penilaian Melalui Pemerhatian
Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut
jangka waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru
mendapat maklumbalas tentang keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian melalui permerhatian meliputi aspek
kognitif, afektif dan psikomotor. Penilaian ini juga melibatkan faktorfaktor bahan dan persekitaran. Proses penilaian ini boleh
dilaksanakan dengan penggunaan senarai semak, alat-alat penilaian
lain seperti rekod anekdot dan rekod profil. Dapatan daripada proses
ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap
prestasi masing-masing.

192

X TOPIK 9

(v)

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

Penilaian Projek
Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu
tempoh masa yang tertentu. Projek melibatkan kutipan serta analisis
data dan persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks
kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali. Tugasan
boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan
dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Penilaiannya
dijalankan pada setiap tahap proses ke tahap hasil yang siap.
Penilaian projek akan mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
Penilaian projek memerlukan interaksi guru-murid yang berupa
bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses. Projek dibina
berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara
reflektif dan ketrampilan terhadap sesuatu perkara mengikut bidang
masing-masing.

(vi) Penilaian Ujian


Penilaian di sekolah perlu memberi peluang kepada pelajar
mengembangkan potensinya secara bebas. Penilaian bertujuan
mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang
fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Penilai perlu
mengambil kira keperluan dan kemampuan individu, kepelbagaian
cara dan pelbagai kecerdasan pelajar dalam menilai.
Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan
kualitatif sebelum sesuatu pertimbangan mengenai perkembangan
dan prestasi pelajar dapat dibuat. Maklumat yang bersifat kuantitatif
tentang pelajar lebih mudah diperolehi melalui pelbagai ujian
manakala maklumat kualitatif seperti sikap, perlakuan, minat dan
nilai diperolehi melalui kaedah bukan ujian (pemerhatian, portfolio,
projek dan lain-lain).
(b)

Kemahiran Berfikir
Berfikir merupakan aktiviti mental yang berkaitan dengan otak. Pemikiran
ialah proses menyusun, menggunakan maklumat dan pengetahuan. Proses
pemikiran merupakan hubungan antara konsep, idea dan seterusnya
membuat kesimpulan untuk mencari pengertian yang baru daripda
maklumat yang ada.
Pemikiran Kritis
Pada asalnya pemikiran kritis dicipta untuk mengelakkan kesilapan,
kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Kemahiran ini memberi
tumpuan kepada kebolehan menilai kemunasabahan sesuatu idea iaitu

TOPIK 9

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

193

menimbang secara menyeluruh kebaikan dan keburukan dengan memberi


alasan dan hujah yang sah, jelas dan bernas. Ini dapat menghindarkan
kesilapan diulang dan membolehkan kesilapan dibetulkan. Diantara
aktiviti pemikiran kritis ialah:
(i)

Membanding beza;

(ii)

Membuat klasifikasi;

(iii) Menerang setopik;


(iv) Mengesahkan sumber maklumat;
(v)

Membuat ramalan;

(vi) Usul periksa andaian;


(vii) Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan;
(viii) Membuat inferens; dan
(ix) Membuat generalisasi.
Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kecekapan dan keupayaan
membangunkan minda untuk meneroka berbagai kemungkinan dalam
menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada
bersifat maujud, abstrak atau gugusan. Diantara proses kemahiran berfikir
kreatif yang selalu digunakan dalam kelas ialah:

(c)

Menjana idea;

Memcipta analogi; dan

Mencipta metafora.

Kemahiran Belajar
Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk menambahkan
ilmu pengetahuan yang membantu dalam kehidupan. Kemahiran belajar
melibatkan beberapa kemahiran seperti:
(i)

Kemahiran carian;

(ii)

Kemahiran komunikasi;

(iii) Kemahiran membaca;


(iv) Kemahiran mencatat nota;
(v)

Kemahiran penyelidikan;

194

X TOPIK 9

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

(vi) Kemahiran memerhati;


(vii) Kemahiran teknikal;
(viii) Kemahiran mencari maklumat; dan
(x)
(d)

Kemahiran menyampaikan maklumat.

Kemahiran Fasilitator
Fasilitator merupakan guru atau kumpulan guru yang membantu pelajar
mencapai hasil dan matlamat pembelajaran melalui aktiviti individu atau
kumpulan. Fasilitator bertindak sebagai:
(i)

Penyampai ilmu;

(ii)

Penyampai kemahiran; dan

(iii) Perancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


(e)

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Terdapat dua cara penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan
iaitu:
(i)

Pengajaran Berbantukan Komputer


Dalam proses pengajaran menggunakan computer, komputer
digunakan oleh guru untuk menyampaikan maklumat kepada
pelajar.
Terdapat dua mod pengajaran berkomputer iaitu, sila rujuk Jadual
9.4:
Jadual 9.4: Dua Mod Pengajaran Berkomputer

Mod Pengajaran Berkomputer

Penerangan

Persembahan

Dalam proses pengajaran menggunakan teknik


persembahan, guru menggunakan komputer sebagai
media untuk menyampaikan maklumat. Komputer,
LCD atau TV bertindak sebagai alat yang digunakan
untuk persembahan.

Tunjuk Cara

Dalam proses pengajaran menggunakan kaedah tunjuk


cara, guru menggunakan perisian komputer sebagai alat
untuk membuat demonstrasi. Kaedah ini digunakan
bagi menerangkan keadaan yang sukar hendak
diterangkan dengan perkataan atau eksperimen yang
hendak dijalankan terlalu mahal, mustahil atau bahaya
hendak dilaksanakan.

TOPIK 9

(ii)

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

195

Pembelajaran Berbantukan Komputer


Dalam proses pembelajaran berbantukan komputer, komputer
digunakan oleh pelajar. Pelajar berinteraksi dengan komputer.
Terdapat empat mod pembelajaran berbantukan komputer iaitu, sila
rujuk Jadual 9.5.
Jadual 9.5: Empat Mod Pembelajaran Berkomputer

Mod Pembelajaran

Penerangan

Tutorial

Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah tutorial,


kandungan pelajaran berdasarkan kepada urutan yang telah
ditetapkan. Pembelajaran tutorial merangkumi penerangan,
demonstrasi dan latihan atau latih tubi.

Penerokaan

Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah penerokaan,


pelajar mengunakan teknologi maklumat dan komunikasi
sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat. Bagi
memastikan proses pembelajaran tidak memakan masa, untuk
mencari laman web yang sesuai, pautan ke laman web
disediakan dalam perisian yang dibina.

Aplikasi

Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah aplikasi,


teknologi maklumat dan komunikasi digunakan sebagai alat
aplikasi (alat membantu murid melaksanakan tugas dalam
pembelajaran), bukan sebagai mekanisma penyalur maklumat.

Komunikasi

Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah komunikasi,


TMK digunakan untuk berkomunikasi. Dengan kaedah ini,
pelajar akan dapat berkomunikasi dan berbincang dengan
rakan-rakan biar pun berada jauh.

SEMAK KENDIRI 9.2


Pembelajaran berpusatkan pelajar menjuruskan kepada penglibatan
luas murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Nyatakan ciriciri tersebut.

196

9.3

X TOPIK 9

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

PEMBESTARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Guru Pendidikan Jasmani perlu merancang aktiviti berdasarkan ciri-ciri pelajar.


Sebelum merancang aktiviti guru perlulah menganalisis serta membuat
pegamatan dan pemerhatian tentang ciri-ciri pelajarnya. Contohnya bagi pelajar
yang belajar menggunakan gaya visual, guru boleh merancang aktiviti mengajar
menggunakan perisian multimedia interaktif tentang teknik-teknik sukan dalam
Pendidikan Jasmani. Bagi pelajar audiotori pula guru boleh meminta pelajar ini
melatih teknik yang di pelajari.
Dalam merangka dan merancang pendekatan pembelajaran guru Pendidikan
Jasmani perlu merangka pendekatan yang sesuai dengan aktiviti. Guru boleh
menyediakan soalan yang mencabar dan memerlukan kajian, sebagai contoh
kenapa pemain badminton mempunyai fizikal yang rendah seperti Ardy
Wiranata boleh menguasai gelangang badminton dunia. Bagi mencari jawapan
ini pelajar akan mengabungkan teori sains dengan sukan. Pelajar akan
mengakses maklumat secara kendiri untuk mencari jawapan. Pelajar juga akan
mencari maklumat dengan menggunakan internet (kaedah pembelajaran
berbantukan komputer).
Dalam strategi pembelajaran, guru memikirkan strategi pembelajaran yang
sesuai digunakan berdasarkan pelajar dan objektif pembelajaran. Bagi mencapai
objektif pembelajaran dan meningkatkan keselamatan, strategi direktif
digunakan bagi aktiviti berisiko tinggi yang memerlukan pemerhatian guru.
Unsur kerjasama amat penting dalam Pendidikan Jasmani, pelajar perlu
berkerjasama untuk menjayakan objektif pembelajaran. Dalam keadaan ini guru
boleh menggunakan strategi koperatif.
Bagi menilai kemahiran dalam Pendidikan Jasmani guru perlu membuat
penilaian. Ujian kardiovaskular boleh dijadikan kayu pengukur untuk menguji
keberkesanan Pendidikan Jasmani dengan kesihatan kardiovaskular. Rekod
ujian kardiovaskular perlu disimpan oleh guru dengan baik. Pelajar juga boleh
diminta menyediakan portfolio bagi membentuk kefahaman yang mendalam
terhadap sesutu sukan. Penggunaan pengajaran menggunakan teknik kemahiran
berfikir seperti membuat klasifikasi, menerangkan setopik dan membuat
ramalan selalu digunakan dalam mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani.
Terdapat berbagai lagi teknik dan cara yang boleh dilakukan oleh guru
Pendidikan Jasmani untuk membentuk pengajaran dan pembelajaran bestari.

TOPIK 9

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

197

AKTIVITI 9.1
Nyatakan contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani menggunakan elemen bestari.

Istilah sekolah bestari telah diubah suai mengikut keadaan tempatan,


keperluan pendidikan serta keperluan teknologi dan kurikulum.

Sekolah bestari boleh didefinisikan sebagai inistitusi yang mengamalkan


pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mencabar minda dan memberi
ruang kepada pelajar berfikiran kritis dan kreatif.

Dengan ini corak pembelajaran Sekolah Bestari akan akan melahirkan


individu yang mempunyai kemahiran dalam bidangnya, memegang teguh
serta melaksanakan nilai-nilai murni dan akan sentiasa menyumbangkan
idea ke arah masyarakat Malaysia.

Objektif perlaksanaan sekolah bestari ialah:


(a)

Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan; dan

(b)

Membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat.

Sekolah Bestari berkonsepkan institusi pembelajaran yang telah direka


semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran
serta pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi menghadapi zaman maklumat.

Pelajar boleh dicirikan kepada tiga kategori, iaitu:


(a)

Gaya Pembelajaran;

(b)

Kecerdasan Pelbagai; dan

(c)

Kompetensi Kecerdasan Emosi (EIC).

198

X TOPIK 9

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

Pendekatan pembelajaran boleh di bahagikan kepada empat kategori iaitu:


(a)

Berpusatkan Pelajar;

(b)

Pembelajaran Bersifat Individu;

(c)

Pembelajaran Berdaya Fikir; dan

(d)

Pembelajaran Berbantukan Teknologi.

Strategi pembelajaran terbahagi kepada sembilan strategi, iaitu:


(a)

Strategi Direktif (Terarah);

(b)

Strategi Koperatif;

(c)

Strategi Kolaboratif;

(d)

Strategi Generatif;

(e)

Strategi Mediatif;

(f)

Strategi Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan;

(g)

Strategi Konteks Luar Bilik Darjah;

(h)

Strategi Pembelajaran Kontekstual; dan

(i)

Strategi Metakognitif.

Intergrasi kemahiran generik terbahagi kepada lima, iaitu:


(a)

Kemahiran Mentafsir dan Menilai;

(b)

Kemahiran Berfikir;

(c)

Kemahiran Belajar;

(d)

Kemahiran Fasilitator; dan

(e)

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Guru Pendidikan Jasmani perlu merancang aktiviti berdasarkan ciri-ciri


pelajar. Sebelum merancang aktiviti guru perlulah menganalisis serta
membuat pegamatan dan pemerhatian tentang ciri-ciri pelajarnya.

TOPIK 9

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

199

Contohnya bagi pelajar yang belajar menggunakan gaya visual, guru boleh
merancang aktiviti mengajar menggunakan perisian multimedia interaktif
tentang teknik-teknik sukan dalam Pendidikan Jasmani. Bagi pelajar
audiotori pula guru boleh meminta pelajar ini melatih teknik yang di pelajari.

Generalisasi

Objektif

Kemahiran generik

Pendekatan pembelajaran

Konsep

Sekolah Bestari

Matlamat

Sekolah Tradisional

1.

Nyatakan objektif perlaksanaan sekolah bestari.

2.

Dalam melaksanakan pembelajaran sekolah bestari terdapat empat elemen.


Nyatakan elemen-elemen tersebut.

3.

Nyatakan peranan guru dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan


pelajar.

4.

Nyatakan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dalam kaedah pembelajaran


berbantukan teknologi.

5.

Nyatakan perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran


kolaboratif.

6.

Nyatakan dua cara penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan.

200

X TOPIK 9

PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

1.

Sekolah bestari diwujudkan dengan ciri-ciri berbeza berbanding sekolah


sedia ada. Apakah ciri-ciri tersebut?

2.

Nyatakan 3 gaya pembelajaran VAK penguasaan dan kefahaman terhadap


apa yang dipelajari. Nyatakan empat tunjang pembelajaran bersifat
individu.

4.

Nyatakan ciri-ciri strategi pembelajaran direktif.

5.

Nyatakan ciri-ciri kemahiran mentaksir dan menilai dalam bestari.

6.

Senaraikan ENAM aktiviti pemikiran kritis.

Anda mungkin juga menyukai