Anda di halaman 1dari 23

TUGASAN (70%)

SEMESTER SEPTEMBER 2019

KOD SUBJEK : MPU 3123

TAJUK SUBJEK : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

PERINGKAT : IJAZAH SARJANA MUDA

NAMA PELAJAR : SITI ATIQAH BINTI MOHD SIDIN

NOMBOR MATRIK : A30109190004

PROGRAM : BACHELOR OF EDUCATION – TEACHING ISLAMIC


STUDIES FOR PRIMARY SCHOOL (BEDTISPS)
FASILITATOR AKADEMIK : DR. ISSRAQ RAMLI

PUSAT PEMBELAJARAN : ASIA E UNIVERSITY (BEAUFORT)


BAHAGIAN A

PENGENALAN

Kepentingan adat resam di dalam sebuah masyarakat tidak kira apa juga bangsa adalah
tidak dapat tidak dapat dinafikan. Adat dan budaya yang merangkumi seluruh aspek bermula
dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat
di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu
masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Pengetahuan
terhadap kebudayaan adalah penting bagi rakyat Malaysia kerana banyak salah faham dan
prasangka timbul daripada gagasan untuk mewujudkan kebudayaan kebangsaan Malaysia yang
berteraskan kebudayaan peribumi. Hal ini kerana kebudayaan mempunyai hubungan yang amat
rapat dengan masyarakat kerana tidak akan ada kebudayaan sekiranya tidak ada masyarakat.

Pada umumnya, istilah kebudayaan agak sukar untuk diberikan takrif yang tepat kerana
kebudayaan itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas. Malah, adalah boleh dikatakan
bahawa hampir setiap mengkaji cuba memberi definisi kebudayaan mengikut tafsiran masing-
masing. Dari sudut nama, perkataan ‘budaya’ berasal dari bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata
jamak yang berasal dari perkataan buddhi yang membawa maksud budi dan akal. Manakala,
perkataan culture dalam bahasa Inggeris diambil dari bahasa Latin, colore yang membawa
maksud mengolah dan mengerjakan. Berdasarkan dua definisi ini, mungkin masih belum cukup
untuk memberikan gambaran yang jelas tentang maksud ‘kebudayaan’.

Dalam pengertian umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau
seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu
generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Menurut pengertian kamus dewan pula,
kebudayaan bermaksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.
Manakala buku Modern Dictionary of Sociology merujuk kebudayaan sebagai keseluruhan cara
hidup manusia meliputi kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan
(Theodorson, 1969). Budaya kebendaan atau artifact merupakan apa saja ciptaan manusia yang
berbentuk objek-objek tertentu seperti alat, bangunan,senjata dan kenderaan. Budaya bukan

1
kebendaan atau mentifact pula ialah sesuatu ciptaan manusia yang berbentuk abstrak seperti
kepercayaan, adat resam, undang-undang dan sebagainya.

Secara amya, kebudayaan berfungsi melindungi diri terhadap alam, mengatur hubungan
manusia dan sebagai wadah bagi segenap lapisan masyarakat. Kebudayaan tersebar melalui
perlakuan manusia,sama ada baik ataupun buruk. Dengan kata lain, kebudayaan merangkumi
segala kelakuan manusia yang tidak statik tetapi dinamik serta berubah mengikut perkembangan
manusia dan persekitaran. Justeru, adalah dapat dirumuskan bahawa ‘kebudayaan’ merupakan
keseluruhan cara hidup manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun
penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggota
masyarakat itu dan diwarisi secara turun temurun. Pendek kata, kebudayaan termasuklah bentuk
sosial, politik, adat istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat.

2
KAJIAN LAPANGAN

Bagi kajian lapangan ini, saya telah memilih untuk melawat ke Tokong Penganut Agama
Buddha Sin Ong yang terletak di Pekan Menumbok, Sabah. Melalui kajian lapangan ini, saya
telah mempelajari sedikit sebanyak mengenai Tokong Buddha ini. Tokong ini merupakan pusat
beribadat bagi penganut agama Buddha yang terdiri dari Cina Peranakan di Pekan Menumbok.

Tokong ini telah dibina sejak awal 50-an lagi di Kampung Tepi Laut sebelum
dipindahkan ke Kampung Mangga Sepuluh pada tahun 60-an. Kemudian, lokasi tokong ini
dipindah lagi ke Pekan Menumbok pada tahun 70-an, dan tokong ini terletak berdekatan dengan
Jeti Pekan Menumbok. Terdapat pelbagai tokong-tokong lain yang dibina di Pekan Menumbok,
dan adalah difahamkan bahawa kewujudan tokong-tokong di Pekan Menumbok ini telah
mencecah 200 tahun.

Pada setiap tahun, perayaan menyambut ulang tahun tokong akan diraikan pada 22
Februari, dan perayaan ini sering kali dirayakan dengan kerjasama Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina Pui Hwa. Selain itu, perayaan Tahun Baru Cina juga dirayakan pada setiap tahun, dan
perayaan-perayaan ini sering kali dirayakan dengan perarakan, sekaligus memeriahkan lagi
perayaan-perayaan ini bagi mereka yang menyambut agama Buddha. Hal ini merupakan sesuatu
yang menarik kerana walaupun majoriti penduduk Pekan Menumbok beragama Islam, penganut
agama Buddha dapat mengamalkan ajaran agama mereka serta menyambut perayaan-perayaan
mereka tanpa ada kekangan dari penduduk yang lain.

Sama seperti rumah agama yang lain, Tokong Penganut Agama Buddha Sin Ong ini juga
mempunyai jawatankuasanya yang tersendiri. Jawatankuasa tokong ini diketuai oleh seorang
pengerusi dan dibantu oleh timbalan pengerusi, dan jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk
menyusun atur acara-acara dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi tokong ini. Tokong ini
bergantung pada sumbangan dari kerajaan untuk memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan
oleh ahli-ahli jawatankuasa dapat dilaksanakan. Jawatankuasa amatlah penting dalam sesebuah
organisasi untuk memastikan segala perancangan dapat dijalankan dengan lancar selain
memupuk nilai akauntabiliti dalam kalangan ahli jawatankuasa berkenaan.

3
Seperti yang telah dinyatakan di atas, majoriti penganut agama Buddha adalah dalam
kalangan Cina Peranakan, yang mana keturunan dari Cina telah bercampur dengan suku kaum
etnik seperti Kadazan Dusun. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai darah Cina yang tulen,
dan menurut apa yang telah saya perolehi, hanya lima atau enam orang sahaja yang boleh
dikatakan sebagai orang Cina tulen, iaitu orang Cina yang tidak bercampur dengan suku kaum
etnik yang dapat dijumpai di Sabah.

Antara perkara yang menarik yang dapat saya pelajari dari mengkaji Tokong Buddha
Sin Ong ini ialah Dato’ Mohd Malik yang telah diabadikan sebagai salah seorang dewa yang
disembah oleh penganut agama Buddha, bukan sahaja di tokong ini, malah di tokong-tokong
yang lain di sekitar daerah Kuala Penyu. Walaupun Dato’ Mohd Malik merupakan seorang
penganut agama Islam, beliau merupakan tokoh yang sangat dihormati oleh banyak pihak
disebabkan oleh pengetahuan beliau dalam bidang perubatan tradisional pada masa dahulu, dan
beliau telah dijadikan sebagai salah seorang dewa yang disembah oleh penganut agama Buddha
di sekitar kawasan Kuala Penyu. Salah satu perkara yang menarik mengenai Dato’ Mohd Malik
ini ialah cara penyembahannya, yang mana pada bulan Ramadan, patung berhala yang mewakili
Dato’ Mohd Malik sebagai dewa dihidangkan dengan makanan setiap kali waktu bersahur dan
berbuka. Hal ini amat menarik kerana pendewaan manusia dari agama yang lain adalah perkara
yang biasa dalam kalangan penganut agama Buddha.

Sebagai kesimpulannya, adalah boleh dikatakan bahawa Tokong Buddha ini merupakan
sebuah tempat yang unik dan menarik. Disebabkan oleh penganut-penganut Buddha yang terdiri
daripada golongan Cina Peranakan, cara mereka mempraktikkan ajaran agama mereka dilihat
lebih unik dan berlainan berbanding agama-agama yang lain ataupun golongan Buddha di luar
kawasan tersebut. Ajaran mereka berevolusi disebabkan oleh perubahan dalam masyarakat
mereka, dan walaupun kesan dari ketamadunan Cina masih lagi boleh dilihat, penganut agama
Buddha di kawasan ini telah mempunyai identiti mereka yang tersendiri, istimewa berbanding
yang biasa.

4
Rupa Tokong Penganut Agama Buddha Sin Ong

Patung-patung dewa yang terdapat di Tokong Penganut Agama Buddha Sin Ong

5
Patung-patung dewa yang disembah di Tokong Penganut Agama Buddha Sin Ong

Dato’ Mohd Malik, penganut agama Islam yang telah didewakan dan disembah oleh penganut
Buddha

6
Mural yang terdapat di tokong

Pengkaji bersama dengan pengerusi tokong

7
REFLEKSI

8
Hasil dari kajian lapangan ini, saya telah mempelajari perkara-perkara yang baharu
mengenai agama Buddha yang diamalkan oleh segelintir pihak dalam masyarakat. Walaupun
majoriti penduduk Pekan Menumbok menganut agama Islam dan mengamalkan ajaran Islam,
agama Buddha masih lagi diamalkan dalam kalangan masyarakat Pekan Menumbok,
terutamanya golongan Cina Peranakan yang mewarisi fahaman mereka dari nenek moyang
mereka.

Walaupun saya merupakan seorang penganut agama Islam, saya melihat cara
pengamalan agama Buddha sebagai sesuatu yang unik, dan pemahaman saya dalam cara mereka
mengamalkan agama mereka membolehkan saya untuk menghargai keharmonian dalam
kalangan masyarakat kerana adanya sikap toleransi dalam kalangan ahli masyarakat walaupun
terdapat perbezaan dalam agama yang dianuti mereka.

BAHAGIAN B

9
PENGENALAN

Kerajaan Bani Abbassiyah merupakan empayar Islam yang ketiga selepas kejatuhan
Kerajaan Bani Umaiyyah melalui Revolusi Abbasiyah. Menurut Hoiberg (2010), keturunan
khalifah Bani Abbassiyah datang dari Abbas bin Abdul Muttalib (566-652), iaitu bapa saudara
Nabi Muhammad SAW, dan kerajaan Bani Abbasiyah mengambil nama beliau sebagai nama
kerajaan ini. Setelah menjatuhkan Kerajaan Bani Umaiyyah dalam Revolusi Abbasiyah pada
750 Masihi, khalifah Bani Abbasiyah memusatkan pemerintahan mereka di Baghdad, Iraq.

Pada mulanya, Kerajaan Bani Abbassiyah berpusat di Damsyik, Iraq, tetapi pada tahun
762 Masihi, Khalifah Al-Mansur, khalifah kedua Kerajaan Bani Abbassiyah, memindahkan
pusat pemerintahan di Baghdad, berhampiran dengan ibu negara Parsi lama. Kerajaan Bani
Abbassiyah terkenal dengan Zaman Kegemilangan Islam, atau Golden Age of Islam, yang mana
Baghdad menjadi pusat perkembangan ilmu. Zaman ini bermula semasa pemerintahan Khalifah
Harun ar-Rasyid dengan pembinaan Baitul Hikmah (House of Wisdom) di Baghdad, di mana
para ilmuan dan sarjana dari serata dunia berkumpul dan menterjemah buku-buku tentang ilmu
pengetahuan ke dalam Bahasa Arab.

Walaupun Kerajaan Bani Abbassiyah sudah lama jatuh disebabkan oleh serangan tentera
Mongol semasa Kejatuhan Baghdad, kesan dari pencapaian Kerajaan Bani Abbassiyah semasa
Zaman Kegemilangan Islam masih lagi dapat dirasa sehingga ke hari ini. Banyak penemuan dan
teks pada zaman tersebut telah menjadi asas dalam bidang pengetahuan moden. Hal ini hasil
dari usaha para khalifah yang yang berusaha untuk membawa Kerajaan Bani Abbassiyah ke
zaman kegemilangannya. Dan dalam kalangan khalifah Kerajaan Bani Abbassiyah, Khalifah
Harun ar-Rasyid merupakan khalifah yang terkemuka disebabkan oleh sumbangan beliau dalam
memajukan Kerajaan Bani Abbassiyah dan juga sumbangan beliau dalam dunia Islam.

BIODATA KHALIFAH HARUN AR-RASYID

10
Khalifah Harun ar-Rasyid merupakah khalifah Kerajaan Bani Abbassiyah yang kelima,
dan pemerintahan beliau sebagai khalifah Kerajaan Bani Abbassiyah bermula pada tahun 786
sehingga 809, iaitu waktu kemuncak Zaman Kegemilangan Islam. Semasa zaman pemerintahan
beliau, Khalifah Harun ar-Rasyid telah membina Baitul Hikmah (House of Wisdom) di Baghdad
yang menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan, budaya dan perniagaan pada masa
tersebut.

Menurut terjemahan bahasa Inggeris Tarikh al-Khulafa (1980), Khalifah Harun ar-
Rasyid lahir pada 17 Mac 763 atau 17 Februari 766 dan meninggal dunia pada 24 Mac 809.
Beliau dilahirkan di Rayy, iaitu bandar yang tertua di wilayah Tehran, Iran. Beliau merupakan
anak kepada Khalifah Al-Mahdi, iaitu khalifah Kerajaan Bani Abbassiyah yang ketiga. Selain
itu, abang beliau ialah Khalifah Al-Hadi, iaitu khalifah Kerajaan Bani Abbassiyah yang keempat
sebelum beliau. Sebelum menjadi khalifah, beliau telahpun melancarkan kempen peperangan
terhadap musuh Kerjaan Bani Abbassiyah pada ketika itu, iaitu Empayar Byzantine yang pada
masa itu diperintah oleh Irene of Athens dari tahun 780 sehinga 782.

Semasa pertabalan beliau sebagai khalifah Kerajaan Bani Abbassiyah pada 786 Masihi,
Khalifah Harun ar-Rasyid berusia dalam lingkungan 20-an dan pada hari pertabalan beliau, anak
beliau, Al-Ma’mun, iaitu khalifah Kerajaan Bani Abbassiyah yang ketujuh telah selamat
dilahirkan. Dan semasa pemerintahan beliau sebagai khalifah, beliau telah melantik para
penasihat yang hebat dan bijak untuk memastikan pemerintahan beliau sebagai khalifah kerajaan
berjalan dengan lancar. Disebabkan oleh cara pemerintahan beliau, Kerajaan Bani Abbassiyah
pada ketika itu telah mencapai zaman keemasan, dan Baghdad pada ketika itu menjadi pusat
perdagangan dan pusat ilmu serta peradaban Islam yang terulung.

Antara sumbangan Khalifah Harun ar-Rasyid dalam pemerintahannya sebagai khalifah


Kerajaan Bani Abbassiyah ialah:
a. Dasar pemerintahan dan pentadbiran
b. Hubungan diplomatik
c. Memajukan bidang pendidikan dan intelektual

11
d. Memperkukuhkan angkatan tentera
e. Memajukan bidang ekonomi, khususnya perdagangan

SUMBANGAN KHALIFAH HARUN AR-RASYID

a) Dasar pemerintahan dan pentadbiran

Pada awal pemerintahan beliau sebagai khalifah Kerajaan Bani Abbassiyah, Khalifah
Harun ar-Rasyid telah melantik wazir yang bijak dari keluarga Barmaki dalam pemerintahan
beliau. Keluaga Barmaki merupakan sebuah keluarga yang berpengaruh di Iran dan keluarga ini
telah mempunyai kuasa politik yang besar semasa era pemerintahan khalifah Kerajaan Bani
Abbassiyah yang pertama lagi. Salah seorang dari ahli keluarga Barmaki, Yahya bin Khalid,
telah dilantik sebagai wazir atau ketua menteri. Yahya telah memberikan perkhidmatan yang
cemerlang kepada kerajaan Khalifah Harun ar-Rasyid. Anak-anak beliau, Ja’far, Fadhl dan
Musa juga berkhidmat dalam kerajaan Khalifah Harun sebagai penasihat sebelum Khalifah
Harun hilang kepercayaan kepada mereka pada tahun 803.

Prestasi mereka yang cemerlang dalam perkhidmatan mereka telah menimbulkan


perasaan dengki pegawa-pegawai terhadap mereka. Ekoran dari itu, fitnah dilemparkan terhadap
keluarga Barmaki yang menyatakan bahawa keluarga mereka sebagai golongan yang cenderung
terhadap fahaman Syiah dan membelakangkan ahli Sunnah. Mereka juga dikatakan membina
istana yang sama taraf dengan istana-istana khalifah selain dituduh menggunakan wang negara
serta sering membekukan wang negara. Lantaran itu, Khalifah Harun ar-Rasyid bertindak keras
menghapuskan keluarga Barmaki dari kerajaannya. Beliau memberkas tokoh-tokoh Barmaki,
termasuklah Yahya bin Khalid serta anak-anaknya, Ja’far dan Fadhl bin Yahya. Ja’far telah
dihukum bunuh sementara Yahya dan Fadhl dipenjara seumur hidup. Dengan itu, lenyaplah
peranan keluarga Barmaki dalam Kerajaan Bani Abbassiyah.

Selain menghapuskan keluarga Barmaki, Khalifah Harun ar-Rasyid telah dapat


membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam kerajaannya dengan berhikmah
tanpa pertumpahan darah. Salah satu tindakan yang beliau lakukan untuk mengekalkan

12
kestabilan negara adalah dengan menyusun semula pasukan tenteranya agar menjadi sebuah
pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur. Beliau amat mengambil berat terhadap kredibiliti
tentera-tenteranya dan memberi perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.

b) Hubungan diplomatik

Khalifah Harun ar-Rasyid telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa


asing. Pada ketika itu, selain Kerajaan Bani Abbassiyah di Baghdad, terdapat tiga buah kerajaan
besar yang lain, iaitu:
a. Empayar Byzantine di Constantinople
b. Perancis di Eropah
c. Dinasti Tang di China

Khalifah Harun ar-Rasyid mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Perancis di
Eropah dan tidak menghadapi masalah berurusan dengan negara Perancis. Malah, Khalifah
Harun dan Raja Perancis, Raja Charlemagne dikatakan sering bertukar hadiah antara satu sama
lain dan baginda juga telah membantu Khalifah Harun menghadapi Empayar Byzantine di
Constantinople.

Empayar Byzantine, setelah jatuhnya Irene of Athens, telah membatalkan janji taat setia
dengan Kerajaan Bani Abbassiyah. Maharaja Byzantine pada ketika itu, Nikephoros I, telah
membatalkan ufti yang telah dijanjikan oleh Irene kepada Kerajaan Bani Abbassiyah, dan hal
ini menyebabkan Khalifah Harun menghantar tentera menyerang Empayar Byzantine. Oleh hal
yang demikian, peperangan antara Kerajaan Bani Abbassiyah dan Empayar Byzantine telah
tercetus. Kempen peperangan ini merupakan kempen yang terbesar yang telah dilancarkan oleh
Khalifah Harun. Peperangan ini berakhir dengan kemenangan Kerajaan Bani Abbassiyah, yang
mana Nikephoros terpaksa memeterai perjanjian dengan Khalifah Harun dengan meneruskan
penghantaran ufti kepada Kerajaan Bani Abbassiyah. Selain itu, pembukaan wilayah-wilayah
baharu diteruskan oleh Khalifah Harun di Asia Kecil. Di Laut Mediterranean, pulau Rhodes,
dan Cyprus telah digempur dan kemudiannya ditawan pada 805 dan 807 Masihi.

13
c) Memajukan bidang pendidikan dan intelektual

Khalifah Harun ar-Rasyid memainkan peranan yang besar dalam mengembangkan ilmu
pengetahuan. Perkembangan dan kegiatan intelektualisme ini berlaku dalam beberapa peringkat,
iaitu pembukuan, penyusunan semula ilmu pengetahuan dan penterjemahan.

Baitul Hikmah (House of Wisdom) telah diasaskan sebagai institusi kebudayaan dan
pusat keilmuan yang kemudiannya berkembang dan mencapai zaman kegemilangannya semasa
pemerintahan Khalifah Al-Makmun. Melalui penubuhan Baitul Hikmah sebagai institusi
penterjemahan, kerja-kerja penterjemahan menjadi lebih sistematik. Banyak karya asing dalam
bahasa Sanskrit, Suriani dan khususnya ilmu falsafah dan sains Yunani telah diterjemahkan bagi
dimanfaatkan oleh para cendekiawan Islam.

Bagi menyebarkan ilmu pengetahuan kepada rakyat, beliau telah mendirikan pusat
pengajian seperti sekolah, maktab dan universiti. Keadaan ini juga menyebabkan kegiatan
penyelidikan dapat dipertingkatkan. Contohnya, sumbangan Al-Khwarizmi dalam bidang
matematik dan astronomi. Sesungguhnya, hasil kajian sarjana-sarjana Islam ini kemudiannya
telah tersebar ke Eropah sekali gus memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan
keilmuan hingga melahirkan zaman Renaisans (Renaissance) di Eropah.

Kegiatan pembukuan
Pada peringkat awal, ilmu pengetahuan dikumpulkan dalam bentuk lisan, hafalan dan
ingatan individu. Sekiranya individu tersebut meninggal dunia, ilmu itu akan hilang. Untuk
mengelakkan perkara tersebut dari berlaku, penulisan dan catatan dilakukan pada kulit binatang
dan kayu. Penyebaran ilmu pengetahuan juga turut berlaku secara lisan. Khalifah Harun ar-
Rasyid telah melakukan satu pembaharuan, iaitu menggalakkan ilmu pengetahuan dibukukan
untuk kegunaan generasi pada masa itu dan masa akan datang.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid, munculnya ulama yang telah
membukukan ilmu pengetahuan berkenaan dengan sejarah (tarikh), kesusasteraan, lughah,
hadis, fiqah, tafsir dan lain-lain. Antara ulama yang terkemuka ialah Imam Malik (menyusun

14
buku al-Muwatta'), Ibn Ishaq (menyusun buku al-Sirah), dan Abu Hanifah (menyusun buku
Fiqah). Melalui proses pembukuan ini, ilmu pengetahuan dapat berkembang dengan luas dalam
pemerintahan Kerajaan Bani Abbassiyah.

Penyusunan ilmu pengetahuan Islam


Perkembangan dan kegiatan penyusunan semula ilmu pengetahuan Islam yang
berhubung dengan hukum-hakam telahpun bermula sejak pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-
Mansur (754-775). Apabila Khalifah Harun ar-Rasyid mula memerintah kerajaan sebagai
khalifah, beliau telah menumpukan perhatian yang lebih terhadap perkembangan ilmu
pengetahuan Islam. Untuk tujuan itu, penyusunan ilmu tersebut sangat diperlukan supaya tidak
terkeluar daripada konsep al-Quran dan Hadis. Penumpuan ini dibuat kepada ilmu tafsir, hadis,
faraid, usuluddin, syariah, tauhid dan fiqah.

Kegiatan terjemahan
Bagi memperkayakan dan memperbanyakkan sumber bacaan dan khazanah ilmu
pengetahuan, Khalifah Harun ar-Rasyid menggalakkan pakar bahasa menterjemahkan buku-
buku asing seperti dari China, India, Yunani, dan Parsi. Penumpuan diberi kepada
menterjemahkan buku-buku berkenaan ilmu perubatan, falsafah, kesenian dan menterjemahkan
buku-buku agama dalam bahasa Arab kepada bahasa asing untuk menyebarkan ilmu tersebut di
luar tanah Arab.

Untuk melicinkan lagi kegiatan penterjemahan, Khalifah Harun ar-Rasyid telah melantik
Yuhama bin Musaiwaih sebagai Setiausaha Institut Terjemahan dan dalam golongan
penterjemah dikenali sebagai intelektualisme Islam. Prof. Dr. Ahmad Shalaby dalam Sejarah
Kebudayaan Islam menyatakan bagi menyebarkan ilmu pengetahuan berkenaan agama Islam,
Khalifah Harun ar-Rasyid mendirikan institusi pengajian seperti masjid, maktab, dan sekolah.
Hal ini menjadikan kota Baghdad dikenali sebagai gedung ilmu pengetahuan dan dikunjungi
oleh umat Islam dari seluruh dunia.

d) Memajukan bidang ekonomi

15
Dalam bidang ekonomi, Khalifah Harun ar-Rasyid telah menjadikan kota Baghdad
sebagai pusat perdagangan Timur dan Barat yang terbesar dan tersibuk di dunia pada zaman
kegemilangan Kerajaan Bani Abbassiyah. Banyak aktiviti perdagangan dijalankan di situ dan
hal ini menarik kedatangan ramai pedagang asing untuk berdagang di kota tersebut. Contohnya,
pedagang dari India membawa kain dan rempah-ratus, pedagang dari China pula membawa teh
dan sutera serta pelbagai barangan dagangan lain seperti dari Mesir, Turki, Afrika dan Syria.
Selain kegiatan perdagangan, kegiatan pertanian juga diutamakan. Untuk hal yang demikian,
beliau membuka banyak tanah pertanian yang baharu serta memberikan benih tanaman kepada
para petani.

RUMUSAN

16
Khalifah Harun ar-Rasyid merupakan seorang tokoh Islam yang terkemuka bukan sahaja
dalam kalangan umat Islam, malah turut disegani oleh masyarakat barat pada ketika itu
disebabkan oleh kemajuan yang dibawa oleh beliau dalam Kerajaan Bani Abbassiyah. Beliau
bukan sahaja membawa Kerajaan Bani Abbassiyah ke zaman kegemilangannya, malah turut
membawa agama Islam ke zaman keemasan. Ketika Eropah mengalami kemunduran setelah
jatuhnya Rom dan juga zaman pertengahan, Kerajaan Bani Abbassiyah di Baghdad berkembang
pesat sebagai sebuah pusat ilmu pengetahuan dan kebudayaan pada ketika itu. Walaupun
Kerajaan Bani Abbassiyah akhirnya tumbang disebabkan oleh serangan tentera Mongol pada
tahun 1258, kesan dari pencapaian Kerajaan Bani Abbassiyah pada zaman kegemilangannya
masih boleh dirasai sehingga ke hari ini. Sebagai contoh, Al-Khawarizmi (780-850) merupakan
salah seorang cendekiawan Islam ketika Zaman Kegemilangan Islam, dan beliau merupakan
seorang tokoh dalam bidang matematik, astronomi dan geografi. Konsep-konsep matematik
yang beliau hasilkan masih lagi digunakan sehingga ke hari ini. Al-Khawarizmi juga dikenali
sebagai Bapa Algebra dan nama beliau juga digunakan sebagai asas bagi konsep matematik
algoritma. Terdapat banyak lagi tokoh-tokoh ilmuan Islam yang terkemuka yang muncul semasa
Zaman Kegemilangan Islam, dan hal ini hasil dari usaha Khalifah Harun ar-Rasyid yang
memberi peluang kepada ilmuan-ilmuan berkenaan untuk berkongsi dan mengembangkan ilmu
antara satu sama lain melalui pembukaan Baitul Hikmah.

Khalifah Harun ar-Rasyid merupakan seorang insan yang cintakan ilmu pengetahuan,
dan selain sumbangan beliau terhadap perkembangan ilmu pengetahuan pada ketika itu, cara
pentadbiran beliau juga boleh menjadi contoh teladan kepada para pemimpin masa kini.
Walaupun masih ada kelemahan yang boleh dilihat dalam cara pemimpinan beliau seperti
penghapusan keluarga Barmaki walaupun keluarga tersebut telah berkhidmat di bawah khalifah
Kerajaan Bani Abbassiyah semenjak penubuhannya lagi, Khalifah Harun ar-Rasyid boleh dilihat
sebagai seorang role-model bukan sahaja terhadap para pemimpin, malah terhadap umat Islam
secara umumnya yang mana cinta beliau terhadap ilmu pengetahuan boleh dicontohi. Adalah
boleh dikatakan bahawa Khalifah Harun ar-Rasyid merupakan antara tokoh Islam yang terulung
yang pernah hidup di dunia.
BAHAGIAN C

17
PENGENALAN

Terdapat banyak filem di Malaysia yang mempunyai unsur-unsur ketamadunan Melayu,


terutamanya filem-filem klasik. Salah satu contoh filem Malaysia yang mempunyai unsur-unsur
ketamadunan Melayu ialah Nujum Pak Belalang, sebuah filem bahasa Melayu yang berunsur
komedi atau jenaka yang ditayangkan pada tahun 1959 serta diarahkan dan dibintangi oleh
seniman agung negara, P. Ramlee. Filem ini diilhamkan dari cerita dongeng Melayu yang
berlatar belakangkan budaya masyarakat Melayu lama.

PLOT

Filem ini mengisahkan seorang duda yang bernama Pak Belalang yang hidup dalam
kemiskinan bersama anaknya Belalang. Pak Belalang ialah seorang yang pemalas yang hanya
tidur setiap hari dan tidak menghiraukan kehidupannya. Manakala, Belalang merupakan seorang
anak yang pintar dan rajin memikul tanggungjawab menyara bapanya. Pada satu hari, Belalang
terserempak dengan dua orang penyamun mencuri lembu dan kambing. Ketika mereka ingin
membahagikan binatang tersebut, Belalang bersembunyi di atas pokok dan menyamar sebagai
jin. Penyamun tersebut bertempiaran lari meninggalkan binatang tersebut. Belalang membawa
bintang tersebut ke rumah dengan harapan memulangkannya. Apabila sampai di rumah Pak
Belalang menyuruh memulangkannya tetapi tidak tahu pemiliknya. Oleh kerana Belalang
seorang kanak-kanak pintar, dia mencadangkan Pak Belalang menyamar sebagai seorang nujum
sehingga berjaya membawa penghulu dan pemilik binatang tersebut datang ke rumahnya dan
memulangkan ternakan mereka. Pada suatu hari, harta pembendaraan kerajaan Beringin
Rendang telah disamun. Sultan menitahkan rakyat jelata mencarinya dengan imbuhan lumayan.
Penghulu kampung membawa Pak Belalang untuk membantu sultan, namun keduanya
terperangkap dan akhirnya penghulu ditahan sehingga harta sultan diperolehi semula. Pak
Belalang melarikan diri ke Bukit Tunggal dan berjaya menemui harta tersebut. Pak Belalang
menemui sultan dan dengan bangganya mengatakan dirinya tidak melarikan diri sebaliknya
seorang nujum yang jujur. Pak Belalang ditabalkan sebagai Ahli Nujum Negara dan kehidupan
keluarganya berubah.

18
Setelah menjadi Ahli Nujum Negara, kehidupan Pak Belalang berubah secara mendadak.
Ketika itu, detik percintaannya dengan Puteri Si Bujur Sireh mula berputik. Kemasyahuran Pak
Belalang sebagai ahli nujum tersohor diketahui oleh Sultan Masai sehingga menyebabkan
baginda datang ke Negara Beringin Rendang untuk bertanding dengan ahli nujumnya. Pak
Belalang berdepan dengan cabaran besar kerana sultan memaksanya bertanding. Sultan Masai
memberikan empat soalan untuk dijawap dengan pertaruhkan negara masing-masing. Pak
Belalang sekali lagi ingin melarikan diri dan menyuruh Belalang mencari perahu. Belalang
memperolehi jawapan soalan tersebut kerana terperangkap dalam perut perahu kerana ketika itu
Ahli Nujum membuka rahsia kepada sultannya. Pertandingan tersebut akhirnya menyebelahi
Negara Beringin Rendang dan Sultan Masai pulang ke bahteranya dengan kekecewaan. Dua
orang penyamun muncul untuk membantu Sultan Masai dengan melarikan Puteri Si Bujur Sireh,
dengan harapan dapat mengembalikan negaranya semula. Sultan terlalu murka dan
mengarahkan Pak Belalang menjejaki puterinya atau dia akan dipancung. Dengan kuasa Allah,
dalam mangkuk jampian Pak Belalang muncul segala talibarut Sultan Masai dan akhirnya semua
dapat ditangkap dan menerima hukuman setimpal. Akhirnya Pak Belalang menjadi menantu
Sultan iaitu dikahwini dengan Puteri Si Bujur Sireh.

ULASAN

Filem Nujum Pak Belalang ini adalah sebuah adaptasi kisah dongeng Melayu yang telah
diceritakan sejak zaman-berzaman lagi. Terdapat banyak versi kisah dongeng Nujum Pak
Belalang ini, tetapi versi yang paling biasa didengar ialah versi yang mana kisah ini berakhir
dengan Pak Belalang melarikan diri dari tugasnya sebagai Ahli Nujum Negara kerana takut
dihukum bunuh kerana dia sebenarnya hanya berpura-pura menjadi seorang ahli nujum.
Seniman agung P. Ramlee memilih untuk mengakhiri filem ini dengan pengakhiran yang
mengembirakan, yang mana Pak Belalang berkahwin dengan Puteri Si Bujur Sireh dan masih
kekal menjadi Ahli Nujum Negara kerana kebijaksanaannya serta kejujurannya walaupun Pak
Belalang tidak mempunyai kuasa menilik sebagai seorang ahli nujum. Hal ini membezakan versi
filem cerita ini dengan versi cerita dongeng.

19
Nujum Pak Belalang merupakan sebuah cerita rakyat Melayu yang penuh dengan unsur
kritikan terhadap masyarakat. Cerita ini bukan sahaja mengetengahkan unsur-unsur hiburan,
malah turut mengetengahkan nilai-nilai murni dan pengajaran dalam bentuk hiburan, dan
pengajaran yang disampaikan melalui cerita ini boleh dijadikan panduan dan nasihat terhadap
masyarakat. Antara kritikan terhadap masyarakat yang boleh dilihat dalam cerita Nujum Pak
Belalang ini ialah ketaksuban dan kepercayaan terhadap ahli nujum. Pak Belalang yang pada
asalnya merupakan seorang rakyat biasa dengan mudah ditabalkan sebagai ahli nujum Kerajaan
Beringin Rindang hanya kerana dia bernasib baik. Setiap penipuannya tidak dapat dikesan oleh
sesiapa kecuali anaknya Belalang yang bersekongkol dengannya. Kepercayaan dan ketaksuban
rakyat terhadap ahli nujum juga membantu mengangkatnya menjadi seorang ahli nujum yang
terkemuka. Perasaan taksub rakyat ini juga mewujudkan rasa kepercayaan sepenuhnya terhadap
ilmu perbomohan yang sesungguhnya tidak wujud dalam filem ini.

Sepanjang filem ini, Pak Belalang hanya berpura-pura menjadi seorang ahli nujum, dan
dia hanya berjaya menjadi ahli nujum yang terkemuka disebabkan oleh kebijaksanaan anaknya,
Belalang, dan juga nasib baik yang menyebelahinya. Pada bahagian klimaks cerita ini, Pak
Belalang akhirnya mengaku tidak mempunyai kuasa ahli nujum, dan disebabkan kejujurannya
itu, dia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya dan juga kerajaan. Dari hal ini, adalah
dapat dikatakan bahawa walaupun tipu muslihat dan kepura-puraan dapat membantu seseorang
itu untuk maju dalam kehidupannya, pada akhirnya kejujuran merupakan perkara yang paling
penting dalam kehidupan. Disebabkan kejujuran Pak Belalang, masalah terakhir yang
dihadapinya itu berjaya diatasi, dan Pak Belalang hidup dengan aman di pengakhiran cerita ini,
berbeza dengan versi cerita dongeng Nujum Pak Belalang yang berakhir dengan pengakhiran
yang buruk.

KESIMPULAN

20
Nujum Pak Belalang merupakan sebuah filem Melayu klasik yang mempunyai banyak
unsur pengajaran yang boleh dijadikan manfaat kepada masyarakat Malaysia moden pada masa
kini. Walaupun filem berkenaan sudah berusia 60 tahun, nilai-nilai murni yang diketengahkan
dalam filem berkenaan masih lagi relevan bagi masyarakat Malaysia pada waktu ini. Selain itu,
filem ini bukan sahaja mempunyai nilai-nilai murni yang bermanfaat, malah filem ini juga
menghiburkan terhadap semua lapisan masyarakat tidak kira bila. Walaupun filem ini hanya
dimainkan dalam hitam dan putih, Nujum Pak Belalang berjaya menyampaikan apa yang hendak
disampaikan kepada penonton.

RUJUKAN

21
Brague, Rémi (2009). The Legend of the Middle Ages: Philosophical Explorations of Medieval
Christianity, Judaism, and Islam. Chicago, IL: University of Chicago Press.

Cooper, William Wager; Yue, Piyu (2008). Challenges of the Muslim World: Present, Future
and Past. International Symposia in Economic Theory and Econometrics. Emerald
Group Publishing Limited.

Glassé, Cyril; Smith, Huston (2002). The New Encyclopedia of Islam. Walnut Creek, CA:
AltaMira Press.

Grant, John; Clute, John (1999). "The Encyclopedia of Fantasy". Arabian fantasy. New York,
NY: St. Martin's Press.

Hoiberg, Dale H., ed. (2010). "Abbasid Dynasty". Encyclopedia Britannica. I: A-Ak – Bayes
(15th ed.). Chicago, IL.

Meisami, Julie Scott (1999). Persian Historiography: To the End of the Twelfth Century.
Edinburgh, UK: Edinburgh University Press.

Theodorson, George A. (1969). A Modern Dictionary of Sociology. New York: Thomas Y.


Crowell Co.

Sourdel, D. (1970). "The ʿAbbasid Caliphate". In Holt, P. M.; Lambton, Ann K. S.; Lewis,
Bernard (eds.). The Cambridge History of Islam. 1A: The Central Islamic Lands from
Pre-Islamic Times to the First World War. Cambridge: Cambridge University Press.

22

Anda mungkin juga menyukai