Anda di halaman 1dari 6

Proposal Projek

1.0 Tajuk inovasi digital


Mission Complete

2.0 Pengenalan
Projek Inovasi Mission Complete merupakan aplikasi pengajaran digital yang di reka
bentuk dalam bentuk permainan kuizn dan disalurkan kepada maklumat yang terdapat di
Microsoft PowerPoint (Lubok Weston, 2019). Kaedah penggunaan aplikasi pengajaran ini
memerlukan murid untuk memahami konsep yang diajar dan kuiz menarik. Perisian ini
banyak menggunakan elemen upin ipin dalam penghasilannya. Bahan yang digunakan
hanyalah perisian aplikasi Microsoft PowerPoint yang dimuat turun di Ebook dan dalam
aplikasi Actionbound. Perisian ini membantu pembina perisian membuat persembahan
dengan menggabungkan unsur grafik, audio, video dan teks. Perisian ini memerlukan
capaian internet ketika sedang beroperasi dan ia memudahkan pengguna
mengaplikasinya. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran (PdPc) dapat dilaksanakan di
mana sahaja pada bila-bila masa dalam keadaan interaktif dan menarik.
Inovasi digital yang saya gunakan ialah Actionbound. Actionbound adalah media yang
baru diperkenalkan dan menggunakan capaian internet. Aplikasi interaktif ini boleh
dijalankan dalam kumpulan seperti 1 kumpulan seramai 3 orang atau boleh dilakukan
secara individu. Aplikasi ini juga boleh dimuatkan naik video, audio dan kuiz yang boleh di
klik untuk memaparkan maklumat yang diperlukan (Farida, 2012). Actionbound akan
memberikan mata kepada kumpulan atau individu yang berjaya menjawab kuiz dengan
betul dan menolak mata jika peserta lambat menjawab kuiz atau gagal menjawab kuiz.
Dengan menggunakan aplikasi Actionbound ini pelajar tidak hanya mendengar apa yang
disampaikan guru kerana aplikasi ini menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara
inkuiri penemuan.
Mission Complete merupakan satu inovasi yang dapat meningkatkan pengetahuan
pelajar berkaitan dengan Pergerakan Asas, Lokomotor, bukan lokomotor dan cara atau
teknik pergerakan berirama seperti schottische. Hal ini seiring dengan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Jasmani, Pergerakan Asas Berirama merupakan
Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid Tahun 3 hingga Tahun 6
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017).
3.0 Latar Belakang
Inovasi digital menggunakan aplikasi Actionbound ini mampu memberikan
pendedahan awal kepada pelajar tentang kaedah atau teknik pengajaran yang terkini
iaitu secara inkuiri penemuan. Dengan hal ini, pengetahuan daripada aktiviti Mission
Complete ini akan akan membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran
Pergerakan Berirama dalam Pendidikan Jasmani. Masalah yang sering dihadapi oleh
guru dan murid ialah bagaimana melakukan pergerakan schottische, polka dan
grapevines. Oleh ini, penggunaan aplikasi ini akan membantu pelajar supaya lebih
faham dan mudah untuk melaksanakan aktiviti ini selepas daripada meyelesaikan
Mission yang diberi.

4.0 Objektif
Objektif Mission Complete adalah seperti berikut :
1. Meningkatkan tahap kefahaman murid tahun 3.
2. Menjimatkan masa guru untuk menyusun peralatan.
3. Meningkatkan pengetahuan murid tentang pergerakan yang diajar.
4. Mempelbagaikan aktiviti untuk menarik minat murid dalam aktiviti Pendidikan
Jasmani yang dijalankan

5.0 Kumpulan sasaran


Murid sekolah rendah tahun 3

6.0 Inovasi Digunakan


1. Pelajar hendaklah memuat naik aplikasi Actionbound di Play Store atau App store
pada telefon bimbit.
2. Setelah pengajaran, guru akan memberikan Qr Code untuk di scan oleh pelajar.
(Lampiran 1)
3. Pelajar perlu membuka aplikasi Actionbound dan klik di bahagian Qr Code.
4. Setelah masuk, pelajar perlulah klik pada butang Start Bound.
5. Seterusnya, pelajar perlulah menunggu seketika dan jangan klik butang Skip.
6. Seterusnya, pelajar perlulah mengisi nama kumpulan dan nama ahli kumpulan
masing-masing.
7. Akhir sekali, pelajar boleh menjawab kuiz.
7.0 Cara Menguji Bahan Inovasi

Pelbagai cara yang telah dilaksanakan untuk menguji keberkesanan bahan inovasi
digital Mission Complete. Pertama ialah saya telah memberi kepada murid tahun 3 untuk
menggunakan inovasi digital Mission Complete. Keduanya ialah, di dalam aplikasi
Actionbound saya akan dapat maklum balas daripada pelajar tentang keberkesanan inovasi
digital Mission Complete (Lampiran 2).

8.0 Cara Mempromosikan Inovasi

Cara saya mempromosikan inovasi ini adalah dengan menggunakan pelbagai saluran
media seperti Whatsapp, Facebook dan Youtube.
Rujukan

Farida. (2012, March 6). Pengertian CD INTERAKTIF, CD Interaktif PEMBELAJARAN.


Retrieved from https://cdbahanajar.wordpress.com/2012/03/06/pengertian-cd-
interaktif-cd-interaktif-pembelajaran/

KementerianPendidikanMalaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


Pendidikan Jasmani Tahun 3. Putrajaya.

Lubok Weston. (2019, Februari 25). Pusat Internet. Retrieved from Program Bersama
Komuniti: https://www.celcom1cbc.com/lubok-weston
Lampiran 1

Step 1 : Step 4 :

Step 2 :

Step 3 :
Lampiran 2

Anda mungkin juga menyukai