Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 2:

LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU

PULAU SEGADAS, PULAU PANGKOR

1.0 SEBELUM PROGRAM

Perancangan untuk program ini telah dimulakan sejak semester lepas, jadi semua aktiviti
boleh dirancang dengan teliti. Ahli jawatankuasa telah dilantik lebih awal untuk dapat
membahagikan tugas masing-masing. AJK BIG melaksanakan tugas dengan sepenuh hati
dengan membuat persediaan awal malah sepanjang program. Mereka juga memastikan
setiap jawatankuasa yang telah dibahagikan berfungsi tanpa masalah. Kami turut menghadiri
taklimat program BIG melalui aplikasi Google Meet untuk mendapatkan maklumat lanjut
tentang program tersebut. Melalui taklimat ini, jawatankuasa BIG menerangkan tugas masing-
masing. Melalui ini kami dapati barang-barang yang perlu kami bawa dalam program ini.

2.0 SEMASA PROGRAM

Kami melaksanakan program Bina Insan Guru Siri 4 selama 4 hari 3 malam pada 14 Oktober
2022 hingga 17 Oktober 2022 yang bertempat di Pualau Segadas, Pulau Pangkor.

2.1 Hari Pertama (14 Oktober 2022)

Kami bertolak dari IPG Kampus Ipoh pada jam 7.30 pagi bagi memastikan program BIG
dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. Sebanyak dua buah bas digunakan untuk
membawa guru pelatih dan seorang jurulatih ke Pulau Segadas di Pulau Pangkor. Kami tiba
di Jeti Lumut pada jam 11 pagi dan menunggu feri untuk membawa kami ke Pulau Pangkor.
Setelah sampai di Pulau Pangkor seperti biasa, kami berkumpul untuk taklimat oleh Encik
Mohd Foazi Bin Md Nor, Penyelaras Projek BIG. Dia ada di sana untuk menerangkan
perjalanan hari pertama. Kami menaiki van dan menuju ke Pulau Segadas. Kami diberi
taklimat oleh Encik Mohd Khadri Bin Fazil Rahman selepas sampai ke Pulau Segadas. Kami
kemudiannya mendirikan perkhemahan sebagai kumpulan kecil sehingga jam 6 petang.
Semasa khemah didirikan, saya melihat kepentingan semangat kerjasama dalam kalangan
ahli pasukan. Khemah tidak boleh dipasang bersendirian. Salah seorang perlu memegang
tiang, seorang lagi mengikat tali dan ahli-ahli yang lain perlu menarik kain bumbung dan lantai
khemah supaya tidak kendur dan runtuh.

Kumpulan masakan pula memulakan masakan untuk makan malam mengikut menu yang
telah ditetapkan. Kami bersiap sedia untuk slot pertama iaitu Latihan dalam Kumpulan
Kewarganegaraan dan Perpaduan yang dikendalikan oleh Encik Shahrun Bin Alias. LDK yang
dijalankan telah banyak membantu saya untuk lebih yakin apabila bercakap di hapadan ramai.
LDK ini telah membantu saya untuk lebih berani melontarkan idea-idea saya dan bersedia
untuk mendengan kritikan atau pandangan dari pihak lain. Aktiviti ini juga telah membentuk
saya menjadi seorang yang lebih peka dan fokus terhadap seseorang yang melontarkan idea
atau sedang berhujah. Semua ini penting bagi saya kerana latihan seperti ini adalah satu
perkara yang pasti dilalui oleh seorang guru.

Slot ini bermula selepas kami menikmati hidangan yang disediakan oleh pasukan
memasak. Selepas slot ini, beberapa guru pelatih membuat refleksi pada hari pertama BIG.
Kemudian Cik Noor Najmi Binti Md Ibrahim selaku komander kem menerangkan slot hari ke-
2 kepada guru-guru pelatih. Beliau memberikan maklumat mengenai aktiviti abseiling dan
keyakinan di dalam air. Kami mendapati bahawa perlu memberitahu nama, berat badan, saya
bersedia untuk melakukan akviti abseiling dan “am I on relay”. Kami juga diberitahu bahawa
perlu mengikuti langkah keselamatan ketika melakukan aktiviti abseling. Kami juga diberitahu
bahawa langkah keselamatan mesti dipatuhi semasa melakukan aktiviti abseiling. Oleh itu,
adalah disyorkan agar semua orang mengikut arahan pengajar semasa melakukan aktiviti
abseiling. Sebab itu aktiviti ini antara yang mencabar berbanding yang lain. Selepas
mendengar cadangan dan perkenalan komander batalion, guru pelatih kembali ke kem untuk
tidur. Ketua sentri berkongsi username dan password kepada jurulatih sebelum kami kembali
ke kem masing-masing. Manakala kumpulan sentri pula menjalankan tugasan iaitu menjaga
tempat kawasan kem mengikut jadual yang ditetapkan.

2.2 Hari Kedua (15 Oktober 2022)

Guru-guru pelatih telah bangun awal untuk solat dan sarapan pagi. Kumpulan masakan yang
terlibat telah menyediakan sarapan pagi kepada semua guru pelatih dan jurulatih. Sebelum
memulakan aktiviti pada hari kedua kami melakukan Malaysia Cergas untuk mengaktifkan
badan. Kami bersiap sedia untuk melakukan aktiviti abseiling dan keyakinan di dalam air.
Kami dibahagikan kepada dua kumpulan di mana Kumpulam A (kumpulan 1 hingga kumpulan
4) melakukan aktiviti dalam air manakala Kumpualn B (kumpulan 5 hingga kumpulan 8)
melakukan aktiviti abseiling. Kedua-kedua kumpulan ini telah mula melakukan aktiviti pada
hari kedua. Encik Faizal Izwan Bin Mohamed Tajudin memberi penerangan dan
mengendalikan aktiviti abseiling. Beliau sentiasa memberi tunjuk ajar kepada guru-guru
pelatih tentang bagaimana melakukan abseling dengan selamat. Kami memakai empat
peralatan yang sangat penting iaitu topi, sarung tangan, harness dan pemakaian dan
carabiner bagi melakukan aktiviti abseiling. Melalui aktiviti ini saya dapat mengetahui bahawa
kami harus bersifat optimistik dalam menerima cabaran dan mempercayai bahawa diri kami
dapat mengharungi cabaran tersebut. Kami harus bersikap positif walaupun kami mungkin
terpegun dengan ketinggian tempat abseiling. Kami perlu berani mengambil risiko dengan
melangkah keluar papan abseiling walaupun mungkin terhentak pada papan abseiling buat
kali pertama.

Aktiviti keyakinan dalam air ini diuruskan oleh Encik HajiMolkan Bin Abu Bakar. Kami diajar
cara memakai jaket keselamatan. Adalah disyorkan agar kita mengikat tali di bahagian luar
jaket supaya ia tidak mudah dikeluarkan. Kami juga memahami kepentingan jaket
keselamatan apabila melakukan aktiviti yakin di dalam air. Beliau juga melakukan permainan
untuk menguji secara psikologi guru pelatih sebelum kami mencuba aktiviti keyakinan di
dalam air. Pada mulanya saya takut melakukan aktiviti ini. Saya pun tidak beberapa pandai
berenang dan pernah lemas dalam air sekali. Saya selalu mengikut rakan-rakan lain apabila
berasa takut dan kurang keyakinan untuk melakukan aktiviti ini. Melalui aktiviti tersebut, kami
lebih mengetahui cara menyelamatkan diri di dalam air dan berani mencuba perkara baharu.
Sebagai contoh, bagi sesetengah peserta, aktiviti keyakinan air merupakan pengalaman kali
pertama. Walaupun kami telah memakai jaket keselamatan, kami masih berasa takut untuk
cuba mengapungkan diri dalam air laut yang bergelora. Namun, kepercayaan terhadap jaket
keselamatan telah meningkatkan keyakinan diri untuk berenang di air laut.

2.3 Hari Ketiga (16 Oktober 2022)

Pada hari ketiga kami menghadapi satu cabaran pada waktu pagi di mana hujan lebat dan
ribut petir. Seperti biasa setelah solat dan bersarapan kami bersedia untuk melakukan aktiviti
lasak yang seterusnya. Pada hari ketiga kami melakukan aktiviti berkayak dan naik kembara.
Kumpulan saya melakukan aktiviti kembara dahulu yang dikendalikan oleh Encik Faizal Izwan
Bin Mohamed Tajudin bersama Encik Sasitheran A/L Devarajan. Kami dinasihati untuk
memakai sarung tangan, membawa coklat dan air yang mencukupi ketika naik kembara.
Terutamanya guru-guru pelatih diwajibkan makan agar memastikan mendapat tenaga yang
mencukupi. Kami lebih mendekati diri dengan alam melalui aktiviti kembara. Kami berpeluang
menghayati keindahan flora dalam hutan seperti pokok pisang dan paku pakis. Kami juga
dapat menyemai sifat saling mempercayai dan kerjasama antara ahli kumpulan
memandangkan kami memberikan isyarat tangan dari ketua hingga ke ahli kumpulan terakhir.
Kami mempercayai tanda isyarat yang diberikan dan dapat mengelakkan daripada halangan
seperti dahan pokok yang tumbang. Sifat kepimpinan turut jelas ditunjukkan apabila ketua
akan mendahului pasukan dan penolong ketua akan berada di belakang barisan untuk
memastikan keselamatan semua ahli kumpulan. Kami harus mencapai kesefahaman dan
mengikuti keputusan ketua yang cekap dan tepat dalam menjayakan sesuatu aktiviti.

Selesai aktiviti ini, kami berehat sebentar dan kemudian mula berkayak. Aktiviti ini
diuruskan bersama oleh Encik Mohamad Bin Lani dan Encik HajiMolkan Bin Abu Bakar.
Mereka memberikan maklumat tentang berkayak dari awal hingga akhir. Mereka juga
mencadangkan agar kami memilih rakan yang berbeza berat untuk memudahkan aktiviti
berkayak. Jika perlu, jurulatih lain sentiasa berada berhampiran kami untuk membantu. Kami
juga mematuhi langkah keselamatan dengan memakai jaket keselamatan semasa berkayak.
Saya sentiasa memberi arahan kiri dan kanan kepada rakan saya apabila bot bergerak ke
arah lain. Saya juga sentiasa menggalakkan rakan apabila dia berputus asa. Apabila sampai
ke tengah laut, kami menghadapi cabaran kerana ombak semakin laju. Jadi kita memerlukan
banyak tenaga untuk berkayak melawan air. Kami berasa letih tetapi tetap gembira kerana
dapat mempelajari teknik memegang dayung dan cara mendayung dengan betul.

Pada waktu malam kami membuat persembahan semasa sesi Malam Kebudayaan.
Persembahan ini melibatkan cerita-cerita klasik di mana para guru pelatih telah melakonkan
berdasarkan watak dan perwatakan daripada sesuatu cerita. Persembahan yang terbaik
menerima hadiah daripada hakim (jurulatih) pada sesi akhir Malam Kebudayaan.

2.4 Hari Keempat (17 Oktober 2022)

Hari ini adalah hari yang terakhir program BIG siri 4. Kami berasa gembira kerana pulang ke
kampus. Kami melakukan aktiviti Malaysia Cergas setelah bersarapan. Kemudian kami
mengikuti Majlis Perasmian Penutupan. Majlis ini telah berjalan dengan lancar. Selepas ini
kami mengemas barang dan membuka khemah masing-masing. AJK kebersihan memastikan
tempat kami dibersihkan dan tidak membiarkan sebarang barangpun ditinggalkan. Kami
membuang sampah sarap ke dalam tong sampah sebelum pulang. Kemudian kami
dipulangkan telefon bimbit masing-masing untuk menangkap gambar pemandangan Pulau
Segadas dan gambar sendiri di sekitar pulau tersebut sebagai kenangan. Sebelum kami
meninggalkan pulau ini kami berkumpul sekali lagi untuk mendengar taklimat Encik Mohd
Foazi Bin Md Nor selaku penyelaras program BIG. Beliau telah memberi taklimat kerja kursus
yang perlu diserahkan dalam masa yang telah ditetapkan. Sejak pukul 2 petang kami bertolak
dari jeti Lumut ke IPG Ipoh. Tepat pada pukul 6.30petang kami sampai ke kampus dengan
selamat. Kami berasa gembira walaupun letih.

3.0 SELEPAS PROGRAM

Sepanjang program BIG dilaksanakan, kekuatan yang saya dapati adalah semangat
kerjasama yang jelas ditunjukkan melalui aktiviti yang dilaksanakan. Walaupun kami terdiri
daripada pelbagai bangsa dan agama, kami sanggup bekerjasama dan saling membantu
untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kerjasama secara berkumpulan amat penting
dan harus disemai pada diri guru memandangkan kami mungkin perlu membuat aktiviti
sekolah dalam alam pendidikan nanti (Norhiza, Faridah, & Farah, 2014). Dengan wujudnya
kerjasama, kami dapat meringankan tugasan yang diberikan dan menjamin kualiti aktiviti yang
dilaksanakan.

Kami juga dapat meningkatkan keyakinan diri apabila menghadapi sebarang kecemasan
melalui program BIG. Kami telah mempelajari cara menyelamatkan diri seperti berenang
dalam air laut dan menuruni papan abseiling. Kami dapat dilatih bersikap tenang dalam
menguruskan masalah kecemasan yang mungkin berlaku apabila kami perlu membawa murid
untuk aktiviti luar sekolah kelak nanti (Noor Azzam, Teoh, Noor Azzura, & Noor Hassline,
2017). Kami dapat mengerti tanggungjawab guru bukan sekadar menyampaikan ilmu
pengetahuan, malah juga menjamin keselamatan murid dalam aktiviti luar sekolah.

Program BIG juga baik dari segi penyediaan ciri-ciri keselamatan yang kukuh ketika
melakukan aktiviti kembara mahupun aktiviti papan abseiling. Tali keselamatan telah
disediakan pada kawasan mendaki yang curam bagi aktiviti kembara. Ketika menjalankan
aktiviti papan abseiling, peserta mempunyai dua tali kecemasan di mana seorang rakan akan
memegang tali keselamatan di atas papan abseiling, manakala seorang rakan akan menarik
tali keselamatan di bawah papan abseiling.

Program BIG ini juga telah berupaya menjadi medium untuk menerapkan nilai-nilai murni
dalam kalangan pelajar guru. Sepanjang persediaan sebelum melaksanakan program gotong
royong ini para guru bekerjasama dalam menyelesaikan tugas-tugas yang diamanahkan.

Selain itu, budaya saling menasihati juga sangat penting kerana kita tidak akan dapat
mengenal pasti kelemahan kita melainkan ada pihak yang menyedarkan kita dengan memberi
nasihat. Jika tiada budaya ini, kelemahan yang terdapat dalam diri setiap individu tidak akan
dapat diatasi malah terus berlaku sehingga menyakiti banyak pihak. Justeru, bagi
mengelakkan perpecahan berlaku, setiap inidividu perlulah sentiasa menasihati rakan yang
salah di samping turut membuka minda untuk menerima teguran.

Kelemahan program BIG adalah kami menghadapi kekurangan kemudahan aktiviti luar
seperti flying fox ataupun papan abseiling. Kami tidak berpeluang untuk cuba menggunakan
kemudahan flying fox. Aktiviti abseiling sebenarmya telah memakan masa yang panjang. Hal
tersebut kerana hanya terdapat satu kemudahan papan abseiling. Dua peserta sahaja
dibenarkan menuruni papan abseiling pada masa yang sama. Hal ini telah melambatkan masa
aktiviti. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, pihak penganjur mungkin boleh mencari
tempat lain yang mempunyai kemudahan flying fox. Pihak penganjur boleh memisahkan
peserta kepada dua kumpulan, di mana satu menjalankan aktiviti abseiling di kawasan PLKN
dan satu lagi menjalankan aktiviti abseiling di Balai Bomba.
Kelemahan lain yang dapat dikesan dalam perlaksanaan BIG pada kali ini ialah
pengurusan masa yang tidak sama seperti yang dirancang. Oleh sebab kelewatan, berlaku
perubahan masa pada hampir semua aktiviti. Pengurusan masa juga terganggu apabila
aktiviti yang dijalankan tidak mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Hal ini disebabkan ada
sesetangah aktiviti dilaksanakan terlalu lama dan memakan masa untuk aktiviti yang lain serta
keadaan cuaca.

Kami juga berpeluang mengenali kekuatan dan kelemahan diri. Kami dapat mengesan
ketakutan diri. Kami juga boleh menggunakan kepakaran diri untuk membantu rakan yang
kurang mahir. Sebagai contohnya, kawan saya lebih mahir dalam aktiviti abseiling dan mampu
memberikan tunjuk ajar kepada ahli kumpulan lain. Kami juga boleh mengenaili kelemahan
diri. Sebagai contohnya, kami bersikap pentingkan diri apabila menjalankan aktiviti air. Kami
tidak membantu menyimpan peralatan. Namun, sikap tersebut telah diperbaiki setelah ditegur.

Secara keseluruhan, saya secara peribadi merasakan bahawa program yang kami jalani
ini telah berjaya dilaksana. Melalui semua aktiviti yang kami sertai sama ada di darat ataupun
di air, dapatlah saya rumuskan bahawa program ini amat mendidik saya menjadi seorang
yang berdisiplin berpatutan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menuntut para guru
supaya menjaga tingkah laku dan etika perguruan walau di mana pun berada. Selain itu,
program ini juga mengajar saya supaya bijak membahagi dan menepati masa. Program BIG
yang disertai oleh tiga kaum yang berbeza ini membuatkan saya banyak belajar budaya baru
di samping dapat mengukuhkan tali persaudaraan dengan mereka. Sikap toleransi dan
hormat-menghormati juga secara tidak langsung tersemai dalam hati saya dan rakan-rakan
melalui setiap aktiviti yang dilakukan. Sesungguhnya program BIG yang dianjurkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia ini sangat praktikal dan memberi banyak imbuhan kepada
para pesertanya hingga sukar untuk saya mencari kelemahan. Justeru saya berharap
program umpama ini akan diteruskan supaya setiap bakal guru akan melengkapkan diri bukan
sahaja dari segi mental, tetapi juga dari segi ketahanan fizikal.
Rujukan

Mohd Ali Jemali, Ahmad Esa, & Razali Hassan. (2011). Kesediaan kemahiran sosial dan

kesedaran sosial guru pelatih di IPG terhadap tugas-tugas guru di sekolah. Seminar

Majlis Dean-Dekan Pendidikan IPTA dibentangkan di Universiti Putra Malaysia,

Serdang, Malaysia.

Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Mohd Faeez lllias, Mohd Pisol, & Anmad Shafiq Mat Razali.

(April 2017). Persepsi pelajar fakulti pendidikan terhadap aktiviti BIG di Kolej

Universiti lslam Antarabangsa Selangor. Kertas dibentangkan di Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor, Selangor, Malaysia.

Noor Azzam Syah Mohamed, Teoh, H.K., Noor Azzura Mohamed, & Noor Hassline Mohamed.

(2017). Proses pelaksanaan pengurusan kokurikulum yang diamlakan oleh

kumpulan pengurusan kokurikulum (KPP Koku) di Sekolah Menengah Harian,

Lembah Klang. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 5 (1),34-42.

Norhiza Mohd Salleh, Faridah Nazir, & Farah Mukhtar. (2014). Pemupukan kemahiran

insaniah melalui kursus bina insan guru dalam kalangan siswa guru di Institut

Pendidikan Guru. Jurnal Personalia Pelajar ,17,9-17.

Anda mungkin juga menyukai