Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2012

Tarikh Hari Tempat Sasaran : : : : 6-7 Julai 2012 Jumaat - Sabtu Kem Wira Jaya Forest Resort, Ulu Langat, Selangor. Pengawas, Ketua dan Penolong Ketua Kelas dari Tahap 2 (70 orang)

Program Kursus Kepimpinan Pelajar 2012 telah lama dirancang oleh pihak sekolah namun disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, maka program ini tidak dapat dilaksanakan sehinggalah kami pelajar IPGKBM perlu mengendalikan sebuah perkhemahan yang dikenali dengan Bina Insan Guru (BIG). Untuk merealisasikan program BIG ini, kami telah memohon supaya Guru Besar SK Datuk Keramat 2 dapat meneruskan program yang telah tertunda ini. Maka kami telah menjalankan program BIG ini dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Hal Ehwal Murid serta Unit Kokurikulum SK Datuk Keramat 2., Objektif utama program ini ialah :1. Membina daya kepimpinan dan meningkatkan kemahiran memimpin secara berkesan 2. Penerapan dan pengukuhan nilai-nilai murni 3. Mengeratkan perpaduan dan mempertingkatkan semangat patriotisme dan nasionalisme 4. Menyakinkan diri bahawa mereka mampu menjadi seorang pemimpin yang baik dan contoh kepada orang lain 5. Menjalankan tugas rutin pemimpin yang berdisiplin dan mampu untuk mengawal dan menguruskan pelajar lain 6. Menyedari akan keperluan dirinya Mesyuarat pertama telah diadakan untuk pembentangan cadangan kertas kerja kursus ini. Seterusnya mesyuarat-mesyuarat lain akan menyusul bagi menjayakan kursus ini.

Kursus ini berbentuk perkhemahan selama 2 hari 1 malam yang mengandungi aktiviti latihan kawad kaki, malam kebudayaan, ketahanan diri (Burung hantu) ceramah dan diselang-selikan dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikelolakan oleh penceramah dan fasilitator-fasilitator yang berpengalamam.

Pendaftaran telah dijalankan pada jam 2.30 hingga 3.00 petang di dewan SK Datuk Keramat 2 dan diuruskan oleh Jawatankuasa Pendaftaran. Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada pengawas. Mereka telah diberi taklimat mengenai keselamatan diri oleh Guru Besar SK Datuk Keramat 2.

Setelah selesai acara taklimat dari guru besar dan pembahagian kumpualan, kami pun mula bertolak ke destinasi kami iaitu Kem Wira Jaya. Setibanya kami di sana, sesi pertama, yang dijalankan ialah pelantikan ketua kumpulan, kemudian pelantikan penghulu dan penghuluwati bagi menyenangkan tugasan nanti.

Pada jam 4.00 petang, fasilitator mengajar pelajar asas kawad kaki. Kawad kaki ini adalah untuk membentuk sistem kawad kaki yang nyata dan jelas semasa memberi arahan. Kemudian pelajar juga diberi aktiviti mengenal kejadian alam sementara menunggu untuk minum petang dan solat asar.

LDK 1 telah dimulakan tepat jam 5.30 petang dan dikelolakan oleh fasilitaor. LDK 1 ini terdapat 3 aktiviti. Setiap kumpulan mesti menulis di atas kertas mahjung tentang hubungkait asas kawad kaki dengan modul pengawas atau pemimpin. Selepas itu pula di mana setiap kumpulan akan membuat pembentangan. Setiap kumpulan juga akan membentangkan tajuk mengenai amanah seorang pengawas dan memahami tugas seorang pemimpin. Setiap kumpulan akan membuat perbincangan dan fasilitator pula akan memastikan setiap peserta melibatkan diri di dalam perbincangan.

Tepat jam 7.00 malam semua pelajar bersiap-siap untuk sesi makan malam dan solat magrib serta solat isyak. Selesai solat pelajar mendengar disampaikan oleh seorang ustaz. tazkirah yang akan

Di dalam LDK 2 ini, para peserta telah dibekalkan dengan kertas mahjung dan marker pen hitam, biru dan merah kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan hendaklah mencipta Visi dan Misi kumpulan mereka sendiri mengikut idea mereka. Seterusnya wakil setiap kumpulan akan membuat persembahan di hadapan kawan-kawan yang lain. Markah akan diambil oleh fasilitator yang dilantik. Setelah selesai sesi tersebut bermulalah satu lagi aktiviti yang mana setiap kumpulan harus menyatakan sebab mengapa mereka layak menjadi pengawas. Disamping itu juga mereka mesti mencari beberapa kekuatan dan kelemahan mereka dalam menjalankan tugas sebagai pengawas secara jujur.

Untuk LDK 3 pula adalah malam kebudayaan, Setiap kumpulan akan membuat persembahan berdasarkan tajuk yang diberi. Mereka akan membuat persembahan sebaik mungkin bagi menarik perhatian juri. Aktiviti ini tamat jam 11.50 malam. Para peserta telah mempersembahkan nyanyian, lakonan dan sajak. Pengambilan markah telah dilakukan oleh beberapa orang pihak luar. Aktiviti sebelum tidur adalah aktiviti kumpulan pelajar melakukan permainan burung hantu, permainan ini adalah untuk ketahanan mental seorang pengawas ketika menjalankan tugas. Aktiviti ini berakhir jam 1.00 pagi. Selepas itu semua pelajar masuk tidur.

Pada hari kedua 7hb Julai, aktiviti dimulakan dengan solat subuh berjemaah dan tazkirah. Selepas selesai aktiviti kerohanian tepat jam 7.00 pagi bermula aktiviti gempur wira iaitu senaman pagi. Selepas itu jam 7.30 pagi bermula aktiviti modul 1, yang bertajuk komunikasi seorang pemimpin.

Untuk LDK 4, latihan kecemasan telah disampaikan oleh fasilitator. Latihan ini diberikan sebagai persediaan kepada murid-murid bila berhadapan dengan detik-detik

kecemasan di sekolah. Maka pengawaslah yang akan bertanggungjawab dahulu sebelum perkara ini diselesaikan oleh guru. Pengawas juga merupakan pembantu guruguru di sekolah apabila berlaku kecemasan.

Tepat jam 10.00 pagi murid-murid berhenti dari aktiviti kerana ingin menikmati minum pagi.Jam 10.30 pagi LDK 5 menyusul. Tajuk ceramah untuk aktiviti LDK 5 ini ialah Kawalan Diri Seorang Pemimpin.

Seterusnya LDK 6, iaitu satu aktiviti berkumpulan yang menekankan Bersatu teguh bercerai roboh. Apabila selesai aktiviti ini, tepat jam 12.30 tengahari murid-murid

mengemas khemah dan makan tenghari, solat zohor berjemaah. Untuk aktiviti terakhir tepat jam 2.00 petang, murid-murid menyertai aktiviti Jungle Tracking (kompas). Muridmurid dibawa mengembara di dalam hutan,dan cara menggunakan kompas ketika berada di dalam hutan. Aktiviti berakhir pada pukul 4.30 petang. Selepas itu muridmurid diberi minum petang.

Majlis penutup kursus ini telah dirasmikan oleh Encik Abdul Hadi bin Mohamed Zin selaku Guru Besar Sek.Keb.Datuk Keramat 2 dengan jayanya pada jam 4.30 petang. Selesai sahaja ucapan perasmian penutupan kursus disampaikan, majlis telah diteruskan pula dengan penyampaian cenderahati kepada setiap kummpulan yang menang di dalam aktiviti keseluruhan sepanjang kursus ini dijalankan.

Dan akhirnya, walaupun banyak kekurangan yang dapat dikesan dari segi pelbagai sudut, namun ianya bukan penghalang kepada guru-guru PPG untuk meneruskan dan terus mencuba program-program seumpama ini. Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh: . (WAN ZALILAH BT WAN YUSOFF ) PPG/PIM E

Anda mungkin juga menyukai