Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN BINA INSAN GURU 2019

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas bagi memenuhi
keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk memenuhi syarat mendapat
Latihan Perguruan dalam pendidikan. Melalui penyertaan dan pengelibatan guru pelatih,
matlamat program dalam menetapkan nilai-nilai hidup yang bermoral dan beragama sebagai
fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Oleh itu, segala pengisian program yang yang
dijalankan ini juga selaras dengan asas pembinaan insan guru dapat dipenuhi. Oleh itu, segala
pengisian program yang dijalankan ini juga selaras dengan asas pembinaan guru yang
berpaksikan kepada pengangan Prinsip Rukun Negara sekaligus menjadi asas pembentukan
masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara bangsa.

Melalui Program Bina Insan Guru ini, pelajar juga dapat menunjukkan ciri-ciri insan yang
berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama, meningkatkan semangat berpasukan dan
mengamalkan hidup bersepakat, meningkatkan ketahanan fizikal dan mental dan sebagainya.
Selain itu, program Bina Insan Guru ini juga berfungsi untuk melahirkan guru yang berakhlak
mulia dan bersemangat juang yang tinggi dan mendidik guru supaya mempunyai ketahanan
fizikal dan mental serta dapat memanfaatkan kepada diri, keluarga, masyarakat serta Negara
selaras dengan nilai-nilai keguruan. Justeru itu, pengisian-pengisian positif serta penerapan nilai-
nilai murni ini juga perlu dalam diri guru agar menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik
khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2.0 Laporan Program Bina Insan Guru Fasa 2 2019

Program Bina Insan Guru Fasa 2 2019 telah dijalankan selama 5 hari 4 malam iaitu pada
23 September 2019 hingga 27 September 2019. Program ini diadakan di Kem PLKN White Resort
Balik Pulau dan telah melakarkan 1001 kenangan indah dalam diri saya sebagai salah seorang
bakal guru. Ia mengingatkan saya betapa besarnya halangan dan dugaan untuk menjadi seorang

1
guru pada zaman moden ini. Segala aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan
penuh suka duka. Aktiviti-aktiviti bersifat ilmiah yang dirancang mengikut modul tertentu telah
berjaya membentuk satu personaliti unggul dalam kalangan guru-guru pelatih di IPG Kampus
Pulau Pinang.

2.1 ISNIN (23 SEPTEMBER 2019)

Pada hari pertama program, kami berkumpul di Gelanggara IPG Kampus Pulau Pinang
pada jam 7.15 pagi. Kehadiran peserta dicatat oleh ketua kumpulan iaitu Ahmad Eijas Iskandar
Bin Ahmad Zaky sebelum bertolak ke Kem White Resort. Kami menaiki bas pada jam 8.30 pagi.
Pada jam 9.30 pagi kami tiba di Kem White Resort. Apabila sampai di destinasi, kami menyusun
barang di suatu sudut yang disediakan untuk sementara waktu. Kemudian kami mendengar
taklimat daripada En. Barchan Singh bagi aktiviti Keyakinan Di Air. Beliau telah membahagikan
kami kepada 12 kumpulan kecil iaitu 5 kumpulan lelaki dan 7 kumpulan perempuan. Beliau
memberi penerangan tentang cara-cara untuk memakai Bouyancy Aids (BA) dengan betul.
Setelah taklimat, peserta bertolak ke Teluk Bayu untuk menjalani aktiviti Keyakinan Di Air. Slot
berakhir pada jam 12.30 tengah hari dan peserta telah membuat persiapan untuk pulang ke kem
dan membersihkan diri. Setelah tiba di kem, peserta diberi masa untuk membersihkan diri, makan
tengahari dan berehat sementara menunggu aktiviti seterusnya pada sebelah malam.

Pada sebelah malam slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Ice Breaking telah dikendalikan
oleh Encik Adam dari Unit Bimbingan dan Kaunseling. Untuk sesi ini, kami telah dirombak kepada
kumpulan baharu mengikut bulan kelahiran masing-masing. Kemudian kami sekali dirombak
kepada 10 kumpulan kecil. Namun rombakan kumpulan ini tidak terhenti di situ sahaja. Kami
dikehendaki untuk merombak kumpulan kami sekali lagi supaya semua kumpulan mempunyai
ahli dari kaum Melayu, Cina dan India, minima seorang ahli yang mengenakan kaca mata, minima
5 orang ahli lelaki dan mempunyai jumlah 13 orang ahli bagi setiap kumpulan. Rombakan ini agak
memakan masa yang lama kerana perlu memenuhi kriteria-kriteria yang dikehendaki. Seterusnya
apabila semua kriteria sudah dipenuhi, kami dikehendaki untuk memilih satu nama yang unik bagi
kumpulan kami dan membuat satu sorakan mengikut kreativiti masing-masing. Slot ini berakhir
pada jam 11.30 malam.

2
2.2 SELASA (24 SEPTEMBER 2019)

Pada hari kedua setelah selesai melaksanakan solat subuh secara berjemaah, kami
berhimpun dalam kumpulan di dewan bagi aktiviti slot Malaysia Cergas. Slot ini merupakan suatu
slot rutin pada setiap hari sepanjang kem BIG berlangsung. Kemudian kami diberi masa untuk
bersarapan sebelum memulakan slot seterusnya. Kumpulan 1 telah melakukan aktiviti Interaksi
Bersama Sekolah dan Khidmat Komuniti yang diketuai oleh Dr. Mohanaraju. Khidmat komuniti ini
telah diadakan di sekolah terpilih iaitu SK Tan Sri Awang Had Salleh yang terletak 15 minit dari
kawasan kem. Kehadiran kami disambut baik oleh paluan kompang yang dikendalikan oleh
murid-murid tahap 2 sekolah tersebut. Kemudian kami bersama-sama murid tahap 2 SK Tan Sri
Awang Had Salleh melakukan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh murid-murid tahun 6.
Selesai aktiviti senamrobik, murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan cara cabutan
undian. Terdapat 6 kumpulan iaitu kumpulan Lembu, Harimau, Kambing, Kucing, Ayam dan Itik.
Setiap kumpulan berkenalan dengan fasilitator kumpulan masing-masing. Saya telah ditugaskan
untuk mengendalikan sesi ini bersama kumpulan Lembu. Seterusnya, setiap kumpulan berada di
stesen masing-masing untuk mengendalikan aktiviti bersama murid-murid. Saya sebagai ketua
stesen 2 telah mengadakan permainan Charades bersama murid-murid. Setelah selesai
kesemua aktiviti stesen, kami berhenti seketika untuk makan tengahari dan solat Zohor. Aktiviti
khidmat komuniti diteruskan pada jam 2.30 petang. Kumpulan saya ditugaskan untuk mengecat
dinding di sekitar pra sekolah. Majlis penutup diadakan pada jam 3.30 petang sebelum kami
pulang ke kem White Resort.

Slot malam iaitu LDK Pembinaan Guru Seimbang dan Akauntibiliti telah bermula pada
jam 9.00 malam. Slot ini sekali lagi dikendali oleh Encik Adam. Beliau telah memberi input-input
dan nasihat yang sangat berguna berkaitan profesionalisme guru. Kami juga telah melakukan
aktiviti nyanyian berganti-ganti dan Si Buta Ku Sayang. Slot ini berakhir pada jam 11.00 malam.

3
Seterusnya, aktiviti selanjutnya ialah berkayak. Aktiviti berkayak dijalankan secara
berperingkat-peringkat kerana jumlah perahu kayak yang dibawa tidak mencukupi bagi semua
peserta berkayak serentak. Namun demikian, aktiviti yang di jalankan pada skala yang kecil
adalah lebih baik kerana pemantauan dapat dilakukan secara lebih terperinci. Sebelum
memulakan aktiviti berkayak ini, jurulatih telah memberi latihan tentang teknik mendayung kepada
para peserta. Ini memberi ilmu baru kepada pelatih seperti saya kerana tidak mengetahuinya
sebelum ini. Pantauan dibuat oleh jurulatih dengan menaiki bot adalah sokongan dan
meningkatkan keyakinan kepada pelatih yang sebelum ini tidak pernah menaiki kayak.
Adakalanya jurulatih akan menguji kemahiran peserta dengan memandu bot berhampiran
dengan kayak peserta dan ombak yang terhasil dari laluan bot itu membuatkan kayak mereka
terumbang-ambing dan hilang kawalan untuk sementara waktu. Ini memberi gambaran
bagaimana kita akan bertindak bila berlaku kesukaran.

2.3 RABU (25 SEPTEMBER 2019)

Rutin biasa pada setiap pagi adalah solat subuh secara berjemaah dan tazkirah.
Seterusnya, kami berkumpul di dewan untuk Malaysia Cergas serta nyanyian lagu dan diakhiri
dengan sarapan pagi. Pada jam 8.40 pagi, peserta kumpulan 1 berkumpul di dataran kawad kaki
untuk menjalani aktiviti Abseling. Encik Othman iaitu pensyarah dari IPGK Bainun telah
membantu mengendalikan aktiviti ini dengan menyediakan peralatan dan menjadi instructor.
Sebelum aktiviti Abseling dimulakan, peserta diberi taklimat oleh Encik Abu Zaki tentang
kepentingan dan cara penggunaan alatan yang disediakan. Taklimat ini sedikit sebanyak
menambah ilmu kepada peserta yang akan berguna untuk masa yang akan datang. Aktiviti ini
menguji keyakinan, keberanian dan kepercayaan terhadap diri, rakan-rakan dan peralatan yang
digunakan. Perasaan takut akan tempat tinggi dapat diatasi oleh kesemua peserta. Malah sikap
penting akan keselamatan juga diterap sepanjang aktiviti ini berlangsung.

Seterusnya, ialah aktiviti berkayak. Aktiviti berkayak dijalankan secara berperingkat-


peringkat kerana jumlah perahu kayak yang ada tidak mencukupi bagi semua peserta berkayak
serentak. Namun demikian, aktiviti yang di jalankan pada skala yang kecil adalah lebih baik
kerana pemantauan dapat dilakukan secara lebih terperinci. Sebelum memulakan aktiviti

4
berkayak ini, jurulatih telah memberi latihan tentang teknik mendayung kepada para peserta. Ini
memberi ilmu baru kepada pelatih seperti saya kerana tidak mengetahuinya sebelum ini.
Adakalanya jurulatih akan menguji kemahiran peserta dengan berkayak berhampiran dengan
kayak peserta dan ombak yang terhasil dari laluan kayak jurulatih itu membuatkan kayak mereka
terumbang-ambing dan hilang kawalan untuk sementara waktu. Ini memberi gambaran
bagaimana kita akan bertindak bila berlaku kesukaran.

Slot pada bahagian malam diteruskan oleh Tuan Haji Nor Azam tentang Kesantunan
Berbahasa dan Pengucapan Awam. Tuan Haji Nor Azam telah memberi panduan yang berguna
kepada peserta tentang cara pertuturan yang sopan. Pertuturan ini sangat penting kerana ia
melambangkan imej sebagai seorang guru yang berwibawa. Kemudian slot disambung oleh Dr
Md Salleh tentang Public Speaking. Melalui slot ini, saya dapat belajar cara-cara yang betul ketika
hendak bercakap di hadapan orang ramai. Slot malam ini berakhir pada jam 11.00 malam.

2.4 KHAMIS (26 SEPTEMBER 2019)

Pada hari keempat, Encik Nordin bin Sadali telah memberi sedikit teguran kepada peserta
kerana tidak menepati masa. Kemudian, slot diteruskan dengan aktiviti Kembara dan Ikhtiar
Hidup. Dr. Khor memberi sedikit taklimat tentang bahasa isyarat dalam hutan. Sewaktu
mengembara di dalam hutan, keadaan hutan agak merbahaya kerana keadaan hutan yang licin
dan bercuram. Namun, semuanya telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang kemalangan
berlaku. Sebaik sahaja selesai aktiviti mengembara di hutan, peserta berkumpul di padang kawad
untuk menjalani aktiviti A-frame.

Seterusnya, pada sebelah malamnya aktiviti Malam Kebudayaan telah dilaksanakan


dengan jayanya. Majlis ini bermula tepat pada jam 8 malam. Terdapat 4 kumpulan yang telah
menghiburkan tetamu yang hadir iaitu gabungan daripada setiap 2 kumpulan peserta. Kesemua
kumpulan diberi tema Makanan Sihat untuk dijadikan idea utama persembahan. Melalui aktiviti
ini para peserta dapat menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri seperti kebolehan
menyanyi, berlakon dan menari. Malam Kebudayaan ini sendiri telah melakarkan pengalaman
manis dan bermakna kepada saya selaku seorang guru pelatih.

5
2.5 JUMAAT (27 SEPTEMBER 2019)

Pada sebelah paginya, kami menjalankan rutin biasa seperti menunaikan solat subuh
berjemaah dan sesi tazkirah. Seterusnya kami menikmati sarapan pagi dalam keadaan serba
sederhana. Kemudiannya, lebih kurang jam 8.15 pagi, satu sesi refleksi bersama mentor
dijalankan. Melalui sesi ini, para mentee diarahkan untuk membuat refleksi secara lisan tentang
program BIG yang dilalui ini. Para mentee memberi refleksi tentang pengalaman pahit dan manis
sepanjang program BIG ini di samping terdapat juga beberapa buah idea dilontarkan sebagai
usaha penambahbaikan terhadap program BIG itu sendiri. Selain itu, melalui sesi ini juga mentor
telah menyampaikan taklimat tentang format folio laporan program BIG ini.

Seterusnya, acara kemuncak bagi program BIG ini ialah majlis perasmian penutup. ADUN
Pulau Betong telah hadir sebagai tetamu VIP untuk merasmikan majlis ini. Setelah selesai majlis
penutup, peserta membuat persiapan dan mengemas barang kelengkapan sebelum bertolak
pulang.

6
3.0 ANALISIS SWOT

3.1 STRENGTH

Tempat yang dilipilih untuk program BIG kali ini iaitu Kem White Resort sangat strategik
dan mempunyai fasiliti yang lengkap. Penyediaan tempat penginapan, dewan, tempat makan,
dan lain-lain adalah dalam keadaan yang sangat baik.

3.2 WEAKNESS

Sewaktu slot LDK, banyak program yang dirancang tidak dapat dijalankan. Hal ini
demikian kerana terdapat beberapa aktiviti yang agak memakan masa. Hal ini menyebabkan
aktiviti seterusnya tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang.

3.3 OPPURTUNITY

Antara peluang yang boleh didapati oleh peserta semasa tempoh kem BIG ialah dapat
mengenali pelajar guru dari pengkhususan lain dengan lebih rapat. Hal ini demikian kerana
kumpulan yang telah dibahagikan adalah hasil rombakan dan campuran daripada pelajar guru
pengkhususan Matematik, Sains dan Pendidikan Tamil. Hal ini menyebabkan kami dapat bergaul
dengan lebih rapat dan mesra antara satu sama lain.

7
3.4 THREAT

Aktiviti Keyakinan di Air memberi ancaman yang besar kepada peserta. Keadaan pantai
yang berselut dan keadaan ombak yang agak kuat boleh mengancam keselamatan peserta.
Malah, ketiadaan penjaga pantai meningkatkan lagi risiko peserta untuk dihanyutkan oleh arus
laut. Maka, pemilihan tempat dan kelengkapan keselamatan untuk aktiviti ini boleh ditambah baik
lagi.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya Program Bina Insan Guru ini berupaya melahirkan pendidik yang
berkarisma dan berketerampilan dari semua sudut fizikal, jasmani, emosi, rohani, sosial dan
intelek. Tambahan lagi, program ini menjamin pengalaman kepada semua guru pelatih untuk
menjadi seorang pendidik yang berguna untuk masyarakat dan negara. Segala aktiviti dalam
program ini telah dilaksanakan dengan sebaiknya serta semua peserta telah memberikan
komitmen yang menyeluruh terhadap semua aktiviti yang dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai