Anda di halaman 1dari 16

KERTAS KERJA

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (K.O.T) TAHUN 2020

ANJURAN KUMPULAN PISMP PAKK, PJ DAN PI AMBILAN JUN 2018

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

1.0 TUJUAN

Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu program


penting demi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh dan holistik. Aktiviti ini
dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin
mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sahsiah melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Melalui penglibatan guru pelatih bagi
sukan olahraga dalam Kejohanan Olahraga Tahunan diharap menjadi pemangkin
kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dan seterusnya ke arah pemimpin
yang berwawasan kepada para pelajar pada masa depan.

2.0 LATAR BELAKANG

Guru yang mempunyai kecemerlangan peribadi, kecemerlangan kemahiran dan


kecemerlangan kerja merupakan salah satu keperluan sebagai guru pada abad ke-21. Ini
membawa maksud bahawa guru bukan sahaja perlu menguasai kurikulum malah juga perlu
lengkap dengan penguasaan kokurikulum. Hal ini demikian kerana peranan seorang guru
bukan hanya dalam bidang akademik semata-mata tetapi juga berperanan untuk
menyemarakkan aktiviti kokurikulum di sekolah. Oleh sebab itu, Kejohanan Olahraga
Tahunan (K.O.T) akan dianjurkan secara bersama oleh para siswa pendidik dari kumpulan
Pismp PAKK 1618, Pismp PJ 1618, Pismp PI 1618 dengan kerjasama Unit Kokurikulum,
IPG Kampus Tun Abdul Razak sebagai wahana untuk mencapai dan memenuhi keperluan
tersebut.

Selaras dengan matlamat guru abad ke-21, penganjuran K.O.T ini menjadi salah satu
syarat untuk memenuhi kehendak kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP), iaitu MPU 3071 (Kokurikulum – Olahraga). Melalui penglibatan guru-guru pelatih
sebagai penganjur K.O.T tahun 2020 tersebut menjadi peluang mereka untuk memperoleh
pengalaman bermakna melalui acara-acara bersukan seperti acara balapan, acara padang
dan sebagainya. Daripada pengurusan tersebut, guru-guru pelatih dapat menguasai
pengetahuan, membentuk kemahiran dan menerapkan nilai yang akan menyumbang
kepada pembinaan insan guru yang lengkap dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek serta
sahsiah.

Guru merupakan agen yang memainkan peranan penting dalam membina satu perkaitan
antara kurikulum dan kokurikulum yang seimbang bagi memantapkan sistem pendidikan
negara. Hal ini demikian kerana kejayaan seorang murid tidak hanya diukur melalui
kejayaan dalam peperiksaan, sebaliknya pelajar itu lebih berjaya jika guru berupaya
menyeimbangkan kecemerlangan akademik dan kecemerlangan kokurikulum serentak. Ini
sudah tentunya berupaya menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai
keseimbangan dalam kurikulum dan kokurikulum kerana berupaya membentuk generasi
yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Secara keseluruhannya, pengelolaan program ini menjadi keperluan untuk


memenuhi tuntutan guru pada masa kini. Dalam pada itu, KOT ini diyakini dapat dijadikan
medium untuk melatih guru-guru pelatih berkenaan tanggungjawab dalam mengurus dan
mengelola sesuai dengan kehendak 4K iaitu kemahiran mengurus, kemahiran mengelola,
kemahiran melatih dan seterusnya kemahiran kepegawaian teknik. Oleh itu, anjuran ini
dapat dijadikan penyumbang utama ke arah meningkatkan kualiti dan martabat profesion
perguruan itu sendiri.

3.0 MATLAMAT

Kejohanan Olahraga Tahunan (K.O.T) dijadikan platform untuk melahirkan guru yang
fleksibel dan serba boleh dalam bidang kokurikulum walaupun berada dalam bidang yang
berbeza-beza. Pengalaman pengurusan aktiviti kokurikulum seperti KOT amat penting
sebagai asas pembinaan guru kerana dapat meningkatkan kemahiran dari segi pengurusan
pentadbiran, pengurusan kokurikulum, kejurulatihan dan kepegawaian serta mengasah sifat
kepimpinan dan memupuk kerjasama antara satu sama lain. Oleh itu, penganjuran ini
dijadikan medan untuk guru-guru pelatih dalam pelbagai bidang untuk memperoleh
pengalaman yang bermakna seperti ilmu dan kemahiran-kemahiran baru yang menjadi
keperluan seorang guru untuk digunakan semasa berada di sekolah kelak.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memenuhi sukatan kursus MPU 3071 (Kokurikulum – Olahraga).

4.2 Menzahirkan IPGKTAR sebagai sebuah IPG sukan yang aktif.


4.3 Menguasai ilmu dan kemahiran asas pengurusan dan pentadbiran Kokurikulum
Olahraga di Sekolah.

4.4 Memantapkan jati diri, ciri personaliti, dan membina pemikiran positif terhadap kerjaya
keguruan.

4.5 Menjalin hubungan silaturahim dan wahana pergerakan pendapat antara guru pelatih
dan juga pensyarah-pensyarah disamping memupuk integrasi profesionalisme
perguruan.

4.5 Melahirkan guru yang menghayati, mengamalkan dan menerapkan dalam diri nilai-nilai
murni, etika dan akhlak keguruan.

4.7 Melahirkan guru pelatih yang cergas, tangkas, dedikasi dan bertanggungjawab.

5.0 TEMA

Sukan Olahraga Menjana Perpaduan dalam Kepelbagaian

6.0 TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tarikh 10-12 Mac 2020


Tempat Stadium Mini, IPG Kampus Tun Abdul Razak

7.0 AJURAN

Kejohanan Olahraga Tahunan tahun 2020 akan dianjurkan oleh kumpulan PISMP
Ambilan Jun 2018 seramai 55 orang dengan kerjasama Unit Kokurikulum IPGKTAR.
Kumpulan yang terlibat adalah seperti di bawah:

 PISMP PAKK 1618 – Pengajian Awal Kanak-kanak


 PISMP PJ 1618 – Pengajian Pendidikan Jasmani
 PISMP PI 1618 – Pengajian Islam

8.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar sepenuhnya masa PISMP di IPGKTAR (rujuk lampiran 1), pensyarah dan staf
sokongan IPGKTAR. Turut dijemput adalah para pelajar dari Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang (IPGKBL), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) bagi memeriahkan
lagi peringkat akhir kejohanan untuk acara 4x100m dan 100m kategori lelaki dan
perempuan.

9.0 RUMAH SUKAN YANG TERLIBAT

9.1 Rumah Rentap

9.2 Rumah Rosli Dhobi

9.3 Rumah Sharif Masahor

9.4 Rumah Temenggong Jugah

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

10.1 Jawatankuasa Induk Kejohanan Olahraga Tahunan Tahun 2020

Penaung Puan Anis Alisya Binti Abdullah


Penasihat Cik Zaliha Binti Musa
Pengerusi En. Blaise Louis Lium
Penyelaras Olahraga En. John Anak Brodi
Ketua Teknikal En. Joseph Sidemy Nyogia

10.2 Jawatankuasa Kerja Kejohanan Olahraga Tahunan 2020

Pengerusi Muhammad Zahin Bin Mohd Ajam


Naib Pengerusi Mohd Ali Bin Mohd Aldiee
Setiausaha Nur Dayini Binti Baharudin
Naib Setiausaha Aimuni Binti Ahmad Zainal
Bendahari Nurnabihah Syahirah Binti Noorily
Naib Bendahari Siti Nur Qayyum Binti Sawal
AJK Protokol dan Buku 1. Angelyn Sura Anak Untai (KETUA)
Program 2. Siti Noor Atikah Binti Suhaili
3. Leonora Ida Buri Anak Najil

AJK Multimedia, Publisiti dan 1. Muhammad Hanif Bin Awang Ismail (KETUA)
Dokumentasi 2. Mohamad Ikmal Haqim Bin Mohd Suhaimi
3. Ainie Amanie Binti Rukman @ Lokman

AJK Urusetia dan Pendaftaran 1. Ahmad Lutfil Hadi Bin Mohd Yusof (KETUA)
2. Muhammad Danial Shafiq Bin Alhardi
3. Muhammad Syazmi Bin Johne
4. Nurul Izzati Binti Jeperih
5. Nurlisa Binti Wasin

AJK Peralatan 1. Muhammad ‘Ammar Rusydi Bin Natdzri (KETUA)


2. Mohd Irfan Bin Mustafa Kamal
3. Wan Ahmad Naufal Bin Wan Yusoff
4. Dhecksmondrace Pengarah Anak Mawang

AJK Kepegawaian dan Acara 1. Muhamad Syahmi Bin Mohd Saiful Iskandar
(KETUA)
2. Muhammad Hafizuddin Bin Khalid
3. Severine Sembai Anak Jantum
4. Nurul Firzanah Hazimah Binti Mohd Fuad
5. Aina’ Syahirah Binti Abdul Hamid @ Hamid

AJK Teknikal dan Siaraya 1. Mohamad Zainorin Bin Mohamad Ali (KETUA)
2. Ali Bin Abd Aziz Zaki

AJK Keselamatan, Kebajikan 1. Abdullah Sabiq Bin Mat Rifin (KETUA)


dan Kebersihan 2. Evand Anak Dunstan
3. Nor Syahidah Binti Anuar

AJK Jamuan dan Makanan 1. Nor Aliah Binti Saifuddin (KETUA)


2. Siti Nurul Fariha Binti Taib
3. Rosimah Ayu Binti Mohd Noor

AJK Hadiah dan Cenderahati 1. Fatin Amira Binti Amir Bakar (KETUA)
2. Siti Hawa Binti Sarji
3. Nurul Syafiqah Binti Ismail

AJK Penutupan dan Persiapan 1. Ermmy Dimis (KETUA)


Pentas 2. Qurratun A’in Binti Muhammad Ali Jinnah

AJK Usher dan Runner 1. Muhammad Azril Bin Abu Bakar (KETUA)
2. Nur Farah Asnani Binti Mohd Azami
3. Eizaz Izni Binti Hamam
4. Mohd Farid Bin Mohd Sayuti

AJK Perhubungan 1. Ishaq Izzudin Bin Abdul Malek (KETUA)


2. Aishah Binti Jamal

AJK Baju 1. Mohamad Ikhbal Asyraf Bin Khalid (KETUA)


2. Halimatul Saadiah Binti Raffee

AJK Analisis 1. Syuhada’ Binti Kamal (KETUA)


2. Salnatasha Binti Mohd Sabri

AJK Kawad Kaki dan 1. Mohamad Faris Fikri Bin Mohd Zulkafli (KETUA)
Perarakan 2. Amin Khalili Bin Ibnu Khattab

AJK Gimik 1. Sharon Chin Fung Fung (KETUA)


2. Delsie Johnny

Pembaca doa 1. Wan Ahmad Naufal Bin Wan Yusoff

Pengacara Majlis 1. Shahmel Azrul Bin Roslan (KETUA)


2. Nur Azyyati Binti Ramzi

10.3 Pegawai-pegawai Kejohanan Olahraga Tahunan 2020

AHLI SENARAI TUGAS

1. Muhammad Zahin Bin Mohd Ajam (K)


Juri Rayuan
2. Mohd Ali Bin Mohd Aldiee
3. Nur Dayini Binti Baharudin

1. Muhamad Syahmi Bin Mohd Saiful Iskandar


Pelepas dan Penolong
2. Amin Khalili Bin Ibnu Khattab
Pelepas
3. Ainie Amanie Bt Rukman @ Lokman
4. Sharon Chin Fung Fung

Hakim Lompat Jauh

1. Mohamad Ikhbal Asyraf Bin Khalid


2. Rosimah Ayu Binti Mohd Noor
Hakim Balapan
3. Aimuni Binti Ahmad Zainal
4. Nur Farah Asnani Binti Mohd Azami

Hakim Lompat Kijang

1. Ermmy Dimis
2. Nor Syahidah Binti Anuar
3. Angelyn Sura Anak Untai
4. Mohamad Ikmal Haqim Bin Suhaimi

Hakim Lompat Tinggi

1. Muhammad Hafizuddin Bin Khalid


2. Leonora Ida Buri Anak Najil
3. Aishah Binti Jamal

Hakim Lontar Peluru

1. Nurul Firzanah Hazimah Binti Mohd Fuad


2. Mohamad Zainorin Bin Mohamad Ali
3. Delsie Johnny
4. Eizaz Izni Binti Hamam

Hakim Lempar Cakera

1. Ishaq Izzudin Bin Abdul Malek


2. Siti Noor Atikah Binti Suhaili
3. Siti Nur Qayyum Binti Sawa

Hakim Merejam Lembing

1. Mohamad Faris Fikri Bin Mohd Zulkafli


2. Mohd Irfan Bin Mustafa Kamal
3. Nurul Syafiqah Binti Ismail
4. Siti Hawa Binti Sarji
Pengadil Balapan dan Pencatat Pusingan

1. Severine Sembai Anak Jantum


2. Abdullah Sabiq Bin Mat Rifin
3. Qurratun A’in Binti Muhammad Ali Jinnah
4. Aina’ Syahirah Binti Abdul Hamid @ Hamid
5. Muhammad Azril Bin Abu Bakar

Penjaga Masa

1. Muhammad Hanif Bin Awang Ismail


2. Ali Bin Abd Aziz Zaki
3. Nor Aliah Binti Saifuddin

Pencatat Keputusan/Rekod

1. Wan Ahmad Naufal Bin Wan Yusoff


2. Siti Nurul Fariha Binti Taib
3. Nurnabihah Syahirah Binti Noorily

Pegawai Statistik

1. Syuhada Binti Kamal


2. Salnatasha Binti Mohd Sabri

Penyelia Peralatan Kejohanan

1. Muhammad ‘Ammar Rusydi Bin Natdzri


2. Dhecksmondrace Pengarah Anak Mawang
3. Wan Ahmad Naufal Bin Wan Yusoff
4. Mohd Farid Bin Mohd Sayuti

Pengawas Papan Markah

1. Halimatul Saadiah Binti Raffee


2. Fatin Amira Binti Amir Bakar (KETUA)

11.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

11.1 Bidang Tugas Jawatankuasa Kerja Kejohanan Olahraga Tahunan 2020


 Membentuk jawatankuasa
Pengerusi  Mempengerusikan mesyuarat
 Merujuk kepada penasihat
 Merancang segala pengisian aktiviti
 Memastikan segala aktiviti berjalan lancar dan
selamat
Naib Pengerusi  Membantu pengerusi menjalankan tugas
 Menguruskan segala urusan surat-menyurat dan
borang
Setiausaha dan Naib  Menyediakan segala maklumat berkaitan
Setiausaha maklumat perjalanan program
 Berhubung dengan penyelaras
 Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata
Bendahari dan Naib Bendahari kewangan berkaitan program
 Memastikan segala perbelanjaan berjalan
dengan lancar seperti yang sepatutnya
 Memastikan kehadiran dan kedudukan kerusi
para jemputan
 Menyambut dan mengiringi tetamu VIP, para
AJK Protokol dan Buku Program jemputan dan hadirin ke tempat duduk masing-
masing
 Memastikan majlis berjalan dengan sempurna
dan teratur
 Lain-lain urusan yang bersangkut paut dengan
penyambut tetamu dan protocol
 Menyediakan buku program
 Menyediakan flyer, banner dan video promosi
 Mencatat segala aktiviti yang berjalan
AJK Multimedia, Publisiti dan  Mengambil foto untuk setiap aktiviti
Dokumentasi  Menyediakan laporan program dan
didokumentasikan
 Berhubung dengan setiausaha untuk
mendapatkan bahan untuk didokumentasikan
 Menyediakan borang pendaftaran peserta
AJK Urusetia dan Pendaftaran  Menjadi urusetia pendaftaran semasa kejohanan
berlangsung
 Merancang dan menentukan peralatan yang
AJK Peralatan
diperlukan semasa kejohanan
 Memastikan segala peralatan yang dipinjam
dalam keadaan selamat untuk digunakan

AJK Kepegawaian dan Acara  Menjadi pegawai semasa kejohanan


 Menjaga nilai integriti di kalangan pegawai
semasa kejohanan berlangsung
 Merancang dan menyediakan peralatan PA
AJK Teknikal dan Siaraya sistem yang ingin digunakan semasa kejohanan
 Memastikan peralatan yang dipinjam dalam
keadaan baik sepanjang kejohanan berlangsung
 Menyediakan peti pertolongan cemas yang
lengkap
AJK Keselamatan, Kebajikan  Memastikan keselamatan para atlet terjamin
dan Kebersihan sepanjang kejohanan berlangsung
 Mengambil tindakan awal dengan pantas
sekiranya berlaku kecemasan
 Memastikan lalu lintas terkawal
 Memastikan tempat program dalam keadaan
bersih dan selesa untuk melaksanakan aktiviti
kejohanan
 Mencari tender untuk menyediakan bekalan
makanan sepanjang kejohanan
AJK Jamuan dan Makanan  Merancang dan menentukan menu makanan
 Memastikan segala urusan semasa makan
berjalan dengan lancar
 Membuat tinjauan awal tentang alahan makanan
dalam kalangan peserta
 Menyediakan pingat, hamper, sijil dan
AJK Hadiah dan Cenderahati cenderahati
 Menyediakan cenderamata dan hadiah untuk
diberikan kepada pihak yang berkenaan
AJK Penutupan dan Persiapan  Menyediakan kerusi tetamu
Pentas  Menyediakan hiasan yang sesuai untuk pentas
utama
 Mendapatkan bajet daripada bendahari untuk
hiasan pentas
 Mengemas semula peralatan/perhiasan pentas
AJK Usher dan Runner  Bertugas dalam menyediakan arena
pertandingan
 Menjadi penghubung antara pegawai kejohanan
AJK Perhubungan  Mencari penaja
AJK Baju  Mengurus baju penganjur, pensyarah dan guru
pelatih
AJK Analisis  Menganalisis data sepanjang kejohanan
AJK Kawad Kaki dan Perarakan  Menguruskan kelancaran kawad kaki dan
perarakan
AJK Gimik  Merancang dan membuat persembahan gimik
untuk majlis pembukaan dan penutupan
Pengacara Majlis  Pengulas acara dan pengacara majlis rasmi
 Menghidupkan suasana kejohanan

11.2 Bidang Tugas Pegawai-pegawai Kejohanan Olahraga Tahunan 2020

AHLI SENARAI TUGAS


 Menerima sebarang aduan yang
Juri Rayuan dikemukakan oleh pengurus pasukan.
 Menyelaras keputusan muktamad
dengan hakim.
 Membuat keputusan terhadap
sebarang rayuan yang dikemukakan.

 Memastikan peserta berada di tempat


permulaan yang ditetapkan.
 Memastikan peserta mematuhi
Pelepas dan Penolong Pelepas
peraturan pertandingan.
 Memulakan acara yang
dipertandingkan.
 Memastikan dengan tepat kedudukan
para peserta.
 Menulis keputusan dalam borang
Hakim Balapan
keputusan dan menyelaras kerja ini
dengan bahagian pencatat.
 Hakim-hakim sepatutnya duduk
setentang dengan garisan penamat.
 Tugas hakim mestilah diselaraskan
dengan pelepas dan penjaga masa
supaya kejohanan dapat berjalan
dengan licin.

 Memastikan peserta-peserta berlari


mengikut lorong masing-masing yang
telah ditentukan.
 Dalam acara lari berganti-ganti
Pengadil Balapan dan Pencatat
Pusingan pengadil mesti memastikan setiap
pelari mesti menerima baton dalam
kotak masing-masing yang telah
ditetapkan.
 Jika terdapat kesalahan yang berlaku
angkat bendera merah dan refri akan
datang ke tempat anda.
 Tugas pengadil lorong mesti
diselaraskan dengan pelepas.

 Memastikan masa peserta mengikut


Penjaga Masa kedudukan mereka.
 Sekurang-kurangnya ada tiga buah
jam untuk tiap-tiap peserta dari yang
pertama hingga ke tiga dan sebuah
jam untuk ke empat dan ke enam.
 Mengisikan masa-masa peserta di
dalam borang yang diberikan
mengikut kedudukan mereka.
 Menyelaraskan kerja-kerja dengan
bahagian hakim dan pelepas.

 Menyediakan borang khas untuk


catatan keputusan
 Merekod segala keputusan
 Menyerahkan keputusan kepada
juruacara.
Pencatat Keputusan/Rekod  Menyerahkan markah kepada
bahagian papan markah.
 Menetapkan calon olahragawati
dengan bantuan setiausaha dan
penolong setiausaha sukan.
 Menyerahkan keputusan kepada
setiausaha sukan selepas kejohanan
tamat.

 Menganalisis data sepanjang


Pegawai Statistik kejohanan
 Menyediakan dan menyerahkan
keputusan keseluruhan acara.

 Menyediakan peralatan yang


diperlukan pada hari sukan.
 Memastikan semua alat pada hari
Penyelia Peralatan Kejohanan
sukan ada dan dalam keadaan baik
untuk digunakan.
 Memastikan di akhir kejohanan
semua peralatan dikembalikan dan
disimpan di dalam stor sukan.

 Menyediakan papan markah/kon


Pengawas Papan Markah rumah sukan di padang.
 Menyelaraskan kerja dengan pencatat
supaya markah terakhir ditunjukkan di
papan markah.

12.0 TENTATIF PROGRAM


12.1 Sila rujuk lampiran 2

13.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


13.1 Sila rujuk lampiran 3
14.0 PERBELANJAAN
14.1 Sila rujuk lampiran 4

15.0 PENUTUP

Program Kejohanan Olahraga Tahunan (K.O.T) merupakan salah satu komponen


latihan yang sangat penting yang perlu didedahkan kepada guru-guru pelatih. Diharapkan
program ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada bakal guru untuk menjadi
guru yang lengkap dengan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang dapat membentuk jati
diri, semangat bekerjasama, nilai-nilai murni serta ketahanan fizikal dan mental selaras
dengan pelaksanaan program.

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Sejajar dengan itu, K.O.T yang dianjurkan perlu disokong dan diberikan
kerjasama padu oleh semua pihak agar matlamat serta objektif yang telah digariskan dapat
dilaksanakan dengan jayanya, sekaligus memperkasa status IPGKTAR sebagai IPG sukan.
Semoga segala pengalaman di dalam penganjuran program K.O.T ini dapat membantu
guru-guru pelatih untuk menganjurkan sebarang aktiviti semasa di sekolah kelak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………………………. ………………………………………………………….

(NUR DAYINI BINTI BAHARUDIN) (MUHAMMAD ZAHIN BIN MOHD AJAM)


Setiausaha, Pengerusi,
Kejohanan Olahraga Tahunan Kejohanan Olahraga Tahunan
Institut Pendidikan Guru Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Abdul Razak Kampus Tun Abdul Razak

Disemak oleh: Disemak oleh:

……………………………………………….. ………………………………………………………

(EN. JOHN ANAK BRODI) (EN. MICHAEL BELEKUM)


Penyelaras olahraga, Ketua Unit Kokurikulum,
Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
Kampus Tun Abdul Razak
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai