Anda di halaman 1dari 5

PKES3072

PROGRAM
KESIHATAN
SEKOLAH
TUTORIAL 4:
BINCANGKAN
PROGRAM
KESIHATAN
MULUT DI
SEKOLAH PADA
MASA KINI
1. amalan pendidikan kesihatan yang didedahkan kepada murid seperti cara menjaga gigi,cara memberus gigi
dengan betul,makanan yang tidak elok dimakan, malah dengan adanya pemberian berus gigi dan ubat gigi
secara percuma secara tidak langsung mampu menarik minat murid unuk mengaplikasikannnya dalam
kehidupan seharian mereka.
2. amalan pemakanan dapat mendidik kanak-kanak dengan menyatakan faedah menjaga kesihatan mulut
seperti seseorang akan mempunyai senyuman yang cantik kerana giginya bersih dan putih. Mereka juga
akan memiliki gigi yang kuat, putih bersinar sekiranya tidak mengambil makanan yang tidak berkhasiat. ini
dapat menarik minat mereka untuk lebih menjaga kesihatan mulut.
3. Amalan menjaga kesihatan mulut sering dianjurkan diperingkat sekolah mahupun negeri. Jadi promosi gaya
amalan menjaga kesihatan mulut sering diadakan untuk mendidik murid di peringkat sekolah akar
umbi.Selain itu kerjasama sekolah dengan kementerian kesihatan dapat mewujudkan kaedah pendedahan
gaya mulut sihat yang lebih kreatif, inovatif serta mampu menarik minat murid-murid yang mudah
terpengaruh dengan makanan yang tidak berkhasiat. Contohnya, melalui iklan kartun mengenai cara
menjaga mulut agar sihat sentiasa, imaginasi watak makanan jahat dan baik mampu menjadi tauladan
kepada murid ini.
5.dengan adanya amalan pendidikan kesihatan di sekolah, para pelajar akan lebih berminat untuk
menjaga kesihatan mulut dengan bantuan program-program yang dijalankan. bukan itu sahaja, para
pelajar juga didedahkan dengan pengetahuan mengenai gaya pemakanan yang sihat. seterusnya,
dengan bantuan pasukan klinik bergerak di sekolah-sekolah, pelajar juga diajar cara untuk memberus
gigi dan memberi maklumat tentang cara penjagaan mulut. secara tidak langsung, mereka akan
semangat untuk menjaga kebersihan dan kesihatan dengan adanya ilmu pengetahuan tersebut
6. Melalui pendidikan kesihatan, murid dapat mengetahui kesan daripada sesuatu perbuatan.
Contohnya gigi akan rosak jika tidak digosok. Oleh itu, murid yang mempunyai ilmu pengatahuan
berkaitan pendidikan kesihatan ini akan menjaga kesihatan mulut mereka berbeza dengan murid
yang tidak mempelajari mengenai pendidikan kesihatan.
7. penjagaan mulut merupakan perkara yang penting bagi mendapat "dental fit" dalam kalangan murid.Oleh itu,program kesihatan yang
dilakukan haruslah menarik dan kreatif seperti menayangkan video dan gambar yang menunjukkan implikasi tidak menjaga kesihatan mulut
bagi menarik minat murid-murid. Apabila penerangan ini didedahkan, secra tidak langsung mereka akan berusaha menjaga kesihatan mulut
kerana mencegah lebih baik daripada mengubati
8. pada masa kini, murid lebih terdedah kepada banyak jenis makanan yang mana boleh merosakkan gigi mereka. melalui amalan pendidikan
kesihatan, pengetahuan murid tentang penjagaan kesihatan mulut (gigi) lebih meluas contohnya cara yg betul menggosok gigi, berapa minit
sepatutnya gosok gigi dan sebagainya. jika di rumah, ibu bapa hanya menyuruh anak-anak menggosok gigi tetapi tidak menunjukkan cara
yang betul untuk menggosok. di sekolah, melalui program kesihatan, murid lebih memahami bagaimana untuk menjaga kesihatan mulut
dengan adanya demonstrasi dan tunjuk cara daripada pihak kesihatan yang datang ke sekolah seterusnya mereka akan cuba
mengaplikasikannya setiap kali mereka berus gigi.
9.pendidikan kesihatan telah mendedahkan cara penjagaan mulut yang betul dan sihat. Penjagaan mulut ini juga terdiri daripada cara
menggosok gigi, makanan yang tidak elok untuk gigi, dan perkara-perkara yang akan merosakkan mulut.
ibu bapa juga menjadi peranan yang penting untuk memastikan ank mereka menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kawalan ibu
bapa terhadap pemakanan juga penting agar anak-anak mereka tidak memakan makanan yang tidak sihat dan akan merosakkan mulut
mereka. Pihak sekolah pula, hendaklah memastikan kantin atau kedai buku dalam sekolah tidak menjual makanan ringan yang boleh
menyebabkan sakit mulut.

Anda mungkin juga menyukai