Anda di halaman 1dari 3

KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa
seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat ,
benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatusecara am atau umum.

Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll
benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.


Contoh:
Dia sedang menjinakkan Pada akhir ayat
seekor gajah.
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat

Kata Nama Khas


Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang
bernyawa dan yang tidak bernyawa. 

Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf
pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
judul buku Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)

benda Proton Perdana


(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas


Benda bangunan Bangunan Tabung Haji
kereta Proton Saga
buku Bahasa Melayu
sekolah S.K. Darau
Orang doktor Doktor Efendi
kerani Puan Zainun
guru Cikgu Azmi
budak lelaki Muhamad Fauzi
Binatang kucing Si Tompok
lembu Lembu Sapi
katak Katak Puru
ayam Ayam Belanda
burung Burung Murai
Tempat negeri Terengganu
bandar Jerteh
kampung Kampung Pasir Akar
tasek Tasek Perdana
Tumbuhan pisang Pisang Emas
cili Cili Padi
jambu Jambu Batu
limau Limau Kasturi

Latihan 1 
Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.

1. Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo.


2. Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang.
3. Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang masalah alam sekitar.
4. Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika dia berusia tiga hari.
5. Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak.
6. Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali budak yang begar itu.
7. Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan.
8. Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup.
9. Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan Encik Suki.
10. Mereka bersatu menghadapi serangan musuh.
11. Ah Seng terduduk sejenak setelah mendengar berita itu.
12. Permaidani Korea itu terbentang di ruang tamu.
13. Pak Mustaffa tidak terbuat kerja yang berat itu.
14. Ibu bapa mereka baru sampai dari Sarawak.
15. Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu.

Latihan 2 
Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, kelaskan kata nama am dan khas di dalam jadual yang
disediakan.

1. Pegawai tentera itu mempunyai suara garau.


2. Sebagai penyanyi latar, hubungan Lata dengan komposer lagu mestilah baik supaya
mereka dapat menghasilkan lagu yang terbaik.
3. Pemuda itu semakin lemah kerana darah berjejeran keluar dari lukanya.
4. Kain baju itu berlonggok di dalam bakul plastik.
5. Nenek menghamparkan sebidang tikar usang di ruang tamu.
6. Latihan bola sepak akan diadakan setiap hari kecuali hari Ahad.
7. Mak Su membasuh pinggan mangkuk yang digunakannya semalam.
8. Dugong ialah haiwan laut yang hanya makan rumpai laut sahaja.
9. Dua orang penceramah telah bersedia untuk menyampaikan ceramah masing-masing.
10. Lisa membeli selendang sutera untuk ibu kesayangannya.
11. Penduduk kampung sentiasa menghormati lelaki tua yang budiman itu.
12. Kemalangan itu perlu dilaporkan kepada polis.
13. Tanaman ibu Aliah telah bertunas.

Kata Nama Am Kata Nama Khas

Anda mungkin juga menyukai