Anda di halaman 1dari 1

Dengan merujuk kepada pelbagai sumber iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah,

kemukakan PENGERTIAN-PENGERTIAN ISLAM.

Jawapan anda:
…islam membawa maksud tunduk dan menyerah diri kepada allah, tuhan
sekalian alam secara kerelaan bukan dengan paksaan. Penyerahan diri
secara sukarela inilah yang melayakkan manusia mendapat balasan baik
di akhirat.orang yang ingkar secara sukarela pula akan dibalas dengan
buruk di hari akhirat. Peraturan umum dan undang-undang yang lengkap
merangkumi semua urusan kehidupan manusia islam yang dibawa oleh
nabi muhammad saw. Islam juga merupakan manhaj yang memandu
manusia kearah mengamalkan nilai-nilai akhlak yang mulia. Kalau kita
patuh terhadap undang-undang tersebut, kita akan dibalas balasan baik
di akhirat. Jikalau kita melanggarnya, kita akan dibalas balasan buruk di
akhirat. Selain itu, islam juga merupakan himpunan segala perkara
(wahyu) yang diturunkan oleh allah swt kepada manusia keatas rasulullah
saw. Wahyu tersebut terdiri daripada perkara akidah, akhlak, ibadat,
muamalat dan segala perkhabaran yang terkandung dalam al quran dan
hadis. Allah swt memerintahkan rasullullah saw menyampaikan wahyu
kepada seluruh manusia...

Huraikan sejauhmana kehidupan masyarakat di Malaysia hari ini


bertepatan dengan pengertian Islam yang anda kemukakan di atas.

Jawapan anda:
….pada pandangan saya, sejauhmanakah kehidupan masyarakat di
malaysia hari bertepatan dengan pengertian islam yang telah dijelaskan
perlu diakui pemimpin Islam pada abad pertama selepas kewafatan
Baginda, khususnya khulafa al-Rasyidin hingga kepada abad kedua
selepas peristiwa hijrah berjaya mengurus umat Islam sehingga lahir ramai
ulama dan ilmuwan di seluruh dunia. Namun, senario kini berbeza. Hampir
keseluruhan dunia Islam mengalami masalah atau kerapuhan
kepemimpinan sehingga banyak negara Islam mengalami pelbagai
masalah seperti di Asia Barat khususnya Lubnan, Mesir, Iraq, Libya,
Palestin, Yaman dan Syria.dalam pada itu, pengaruh barat yang dijadikan
contoh oleh umat islam semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Contoh budaya barat yang ditiru oleh umat islam ialah dari segi pemakaian,
pemakanan, budaya dan sebagainya. Mereka seolah-olah kurang
pegangan agama kerana mereka tidak merasa sedikit pun berdosa atau
merasa malu apabila memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Di
samping itu, kurangnya ajaran agama yang diterapkan kepada generasi
sekarang kerana mereka menganggap bahawa memakai tudung labuh
menutup dada itu hanya ustazah. .

Anda mungkin juga menyukai