Anda di halaman 1dari 6

KATA ADJEKTIF

1. Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu kata nama seperti benda,orang,tempat,keadaan dan sebagainya.

2. Kata Adjekfit juga dikenali sebagai Kata Sifat. Contoh Kata Adjektif nakal garang besar tebal lurus Contah Ayat Chee Keong seorang budak yang nakal. Lembu janntan itu sangat garang. Rumah besar itu sangat cantik. Buku itu tebal. Pembaris ini lurus.

3. Kata Adverba ialah kata yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kata kerja. Contoh Kata Adverba tinggi kencang perlahan gelojoh lebat Contoh Ayat Burung itu terbang tinggi. Angin bertiup dengan kencang. Pak Ali berjalan dengan perlahan. Budak nakal itu makan nasi dengan gelojoh. Pokok mangga itu berbuah dengan lebat.

LATIHAN 1
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah. 1. Kuih-muih yang dijual oleh penjaja itu sangat____________ . A. lazat B. merdu C. gembira D. mewah 2. Rumah Siti terletak____________ dari sini . A. jauh B. panjang C. lama D. jarang 3. Pelajar yang_________itu sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya. A. bodoh B. malas C. pandai D. degil 4. Pekerja yang rajin itu __________datang awal ke sekolah . A. lewat B. selalu C. malas D. jarang

5. Budak kecil itu tidak dapat mengangkat yang ___________ itu . A. berat B. ringan C. kecil D. lembut 6. Laut itu sangat ____________kerana mengandungi banyak garam . A. manis B. masam C. pahit D. masin 7. Air sungai itu mengalir dengan___________ selepas hujan lebat . A. laju B. deras C. cepat D. lambut 8.Pemuda itu suka membawa keretanya dengan___________. A. kuat B. fasih C. cergas D. laju 9. Angin bertiup dengan__________di kawasan itu malam tadi . A. laju B. kuat

C. kencang D. deras 10. Bayi itu tidur dengan_________nya di dalam buaian . A. sedap B. merdu C. nyenyak D. seronok

LATIHAN 2
Gariskan KATA ADJEKTIF dalam ayat-ayat di bawah ini . 1. Nasi yang dimasak oleh kakak terlalu lembik . 2. Tiang itu condong kerana dilanggar lori . 3. Kakinya terasa lenguh kerana terlalu jauh berjalan . 4.Kami memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah rambutan itu. 5.Puan Rasyidah menyedia makanan yang lazat untuk keluarganya. 6.Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu nyaris menemui maut. 7.Jam tangan Ramu lambat sepuluh minit. 8.Puan Ng membalut luka anaknya dengan kain nipis. 9.Ayah memakai baju Melayu berwarna kelabu ke masjid. 10.Pakaian yang tersidai itu masih lembap.

LATIHAN3
Tandakan () pada ayat yang menggunakan KATA ADJEKTIF yang betul dan (X) pada ayat yang tidak betul. 1. Anjing itu sangat garang. ( ) ) ) )

2. Saya amat berlari dari sini ke kedai itu. ( 3. Di antara kami, dialah yang paling tinggi. (

4. Anis amat menjerit apabila mendengar berita itu. ( 5. Murid baru itu amat pandai melukis. ( ) )

6. Bajunya lebih merah daripada baju saya. ( 7. Pisau itu perlu diasah kerana tumpul. ( )

8. Wajah Rozita masam apabila disindir oleh kakaknya. (

) )

9. Umurnya baru dua belas tahun tetapi dia amat besar daripada ibunya. ( 10. Buah rambutan di sekeliling rumahnya benar manis. ( )

LATIHAN 4
Isi tempat kosong dengan KATA ADJEKTIF yang sesuai . 1. Masakan ibu saya sungguh ___________. 2. Pokok kelapa yang ____________ itu sudah berbuah . 3. Adik tidak suka makan ubat kerana rasanya _______________ . 4. Rosnah suka memakai baju berwarna ________________ . 5. Jangan bergaur dengan budak-budak _______________ itu . 6. Badan Mazlin _______________ kerana menghidap penyakit leukimia . 7. Muka Rosni ________________ seperti bulan mengambang . 8. Abang menunggang motosikal terlalu _______________ .

9. Jalan ke rumah Steven _____________ dan bengkang-bengkok . 10. Nenek Saodah tidak dapat makan kuih itu kerana terlalu ______________ .

Anda mungkin juga menyukai