Anda di halaman 1dari 11

NAMA: __________________________________ KATA ADJEKTIF

ARAHAN: PILIH DAN TANDAKAN JAWAPAN YANG PALING TEPAT.


Latihan Kata Adjektif 1

1. Malam itu sungguh _________ kerana tiada kenderaan yang lalu - lalang.
A. gelap B. nyaman C. hening D. bising

2. Amir sangat _______ kerena mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam
UPSR.
A. segan B. benci C. marah D. kecewa

3. Sikap ayah yang _________ memberikan dorongan itu menambahkan lagi semangat saya
untuk belajar.
A. lupa B. malu C. jarang D. sering

4. Walaupun datuk Ramli sudah tua, kulitnya masih ___________ .


A. tegang B. teguh C. tegap D. tegar

5. Burung bangau mempunyai leher yang __________ .


A.tinggi B. panjang C. pendek D. rendah

6. Lauk - pauk yang dijual di gerai Mak Midah sedap - sedap belaka walaupun ____________
A. kelat B. pedas C. pedas D. payau

7. Puan Khoo melabuhkan kain batik anaknya yang kelihatan ____________ itu.
A. rendah B. singkat C. tinggi D. sempit

8. Saya tidak akan _________ seandainya dia berterus terang.


A. ragu B. marah C. dendam D. bimbang

9. Pemidato itu agak ___________ semasa berhujah.


A. marah B. gembira C. bimbang D. gementar

10. Petir berdentum dengan __________ menandakan hari hendak hujan.


A. kuat B. rakus C. senyap D. perlahan

Latihan Kata Adjektif 2


1. “Wang ini saya sumbangkan secara __________,”kata Lee Kepada Siva.
A. Ikhlas B. sopan C. adil D. amanah

2. Pokok langsat yang ditanam oleh Pak Murad itu berbuah_______.


A. Lebat B. penuh C. ketat D. padat

3. Lisa berjoging dan menanam pokok bunga pada waktu _________.


A. sesak B. tegang C. sunyi D. senggang

4. Baju Ching Ting sudah ________kerana kerap dipakainya.


A. Uzur B. lusuh C. layu D. kelam

5. Bayi itu tidur dengan ___________ di atas pangkuan ibunya


A. Kaku B. riang C. diam D. nyenyak

6. Masakan itu amat __________kerana dimasak dengan cili yang terlalu banyak.
A. Kelat B. pahit C. pedas D. payau
1
7. Bahagian depan kereta itu telah ________setelah terlanggar lori.
A. patah B. remuk C. retak D. kempis

8. Puan Laila berasa _________kerana menerima hadiah daripada anak-


anaknya bersempena
dengan Hari Ibu.
A. cemas B. terharu C. terkejut D. kecewa

9. Abang Bok Yu _________berbahasa Jepun kerana dia pernah menuntut di Jepun selama
lima tahun.
A. fasih B. leka C. bijak D. deras

10. Seluruh badan Azman ________kerana disengat sekawan tebuan sewaktu bermain di tepi
sungai.
A. hancur B. tersiat C. tercalar D. bengkak

Latihan Kata Adjektif 3


1. Harimau hutan yang berjaya ditangkap itu sangat ___________________.
A. ganas B. comel C. gebu D. tembam

2. Nenek Timah yang sudah ____________itu berjalan menggunakan tongkat.


A. bongkak B. bongkok C. bengkok D. Condong

3. Ah Kin begitu _____________berbahasa Inggeris.


A. condong B. bijak C. fasih D. pantas

4. Persahabatan Mak Limah dan Mak Gayah sungguh_________.


A. beku B. hangat C. karib D. akrab

5. Sebelum kemalangan itu, Ali berkelakuan_____________.


A. ganjil B. jelas C. lantang D. janggal

6. Linda begitu ________dengan datuknya.


A. lucu B. manja C. lawak D. manis

7. Pelari itu berlari dengan_______menuju ke garisan penamat.


A. kuat B. cepat C. pantas D. deras

8. Cahaya bulan yang _____ itu sungguh cantik.


A. tenggelam B. mengembang C. pudar D. mengambang

9. Rohayu kelihatan _______ begitu kurung.


A. keras B. kelat C. lembut D. cantik

10. Bilik sewa rumah Linda sungguh __________.


A. tebal B. sempit C. tajam D. keras

Latihan Kata Adjektif 4


1. Air kopi itu terasa _____kerana belum dibubuh gula.
A. kelat B. pahit C. manis D. masin
2. Puan Teoh menguli adunan kuih pau itu sehingga ______.
A. liat B. keras C. lembut D. lembap
3. Pusat peranginan itu terletak ______daripada kebisingan kota.
A. jauh B. dekat C. hampir D. lama
2
4. Permukaan lantai itu menjadi ______setelah dimop oleh ibu.
A. lembut B. halus C. kasar D. licin
5. Pakaian Syafik______kerana dia ditimpa hujann semasa dalam perjalanan ke sekolah.
A. halus B. basah C. kembang D. sejuk
6. Hang Tuah sangat terkenal sebagai pahlawan Melayu yang ________.
A. berani B. takut C. elok D. jahat
7. Semua kenderaan bergerak ______kerana berlaku suatu kecelakaan jalan raya yang dahsyat
di Jalan Lintang
A. perlahan B. deras C. laju D. gopoh
8. Pihak polis telah mengambil tindakan ______untuk mengatasi masalah jenayah yang
semakin menjadi-jadi sekarang.
A. lama B. segera C. lampau D. lewat
9. Lagu Melayu asli nyanyian penyanyi terkenal tanah air itu sungguh________.
A. garau B. merdu C. biru D. kuat
10. Warna _______pada Jalur Gemilang melambangkan kebesaran raja-raja Melayu.
A. merah B. biru C. kuning D. putih

Latihan Kata Adjektif 5

ARAHAN: GARISI JAWAPAN YANG BETUL.

1. Budak yang berusia empat bulan itu sungguh ( lawa , comel ).

2. Badang menjadi ( sasa , kuat ) setelah makan muntah hantu.

3. Kepalanya ( benjol , bulat ) kerana terhantuk dinding.

4. Anak-anak Profesor Murad ( bijak , ganas ) belaka.

5. Pemuda bermisai ( panjang , tebal ) itu kelihatan bengis.

6. Badan anggota polis itu sungguh ( lembik , tegap ).

7. Dia dipilih sebagai ketua kerana ( lantang , malu ) berkata-kata.

8. Saya kagum melihat menara ( condong , bengkok ) di Teluk Intan.

9. Permukaan yang ( senget , rata ) diperlukan untuk berkasut roda.

10. Para hadirin begitu ( khusyuk , lokek ) mendengar ceramah itu.

11. Polis menemui mayat ( lembut , reput ) di dalam kawasan semak itu.

12. Ibu membuang pakaian yang ( baru , lusuh ) itu.

13. Jeritan budak itu sungguh ( merdu , nyaring ).

14. Lelaki ( kerdil , pendek ) itu berjaya dalam hidupnya.

15. Saya ( sayu , nyaris ) tertipu dengan pujukannya.

16. Kamu patut bercakap dengan ( jelas , besar ) agar mudah difahami.

3
Latihan Kata Adjektif 6
ISI TEMPAT KOSONG DENGAN PERKATAAN YANG SESUAI.

tebal masam bujur tinggi tampan bising


hapak kempis hitam kelat mahal rindu

1. Biskut di dalam tin itu sudah ………………….

2. Buku …………………..itu saya beli di Ipoh.

3. Bola ragbi berbentuk …………………..

4. Baju ………………………itu telah koyak.

5. Gelang emas itu sangat ……………………..

6. Saya tidak terminum teh yang …………………….itu.

7. Aslina lebih ……………………..daripada ayahnya.

8. Tayar basikal Kumaran telah …………………………..

9. Pemuda …………………….itu bekerja di sebuah syarikat insurans .

10. Junit amat ……………………akan neneknya.

11. Rumah itu …………………….dengan suara kanak-kanak.

12. Buah mangga yang sangat ……………………itu telah dibuang oleh ibu.

Latihan Kata Adjektif 7


ISI TEMPAT KOSONG DENGAN PERKATAAN YANG SESUAI.

1. Barangan import itu harganya sangat ……………………………

2. Ruang yang ……………………….ini tidak sesuai dijadikan tempat bermain untuk kanak- kanak.

3. Warna baju itu ……………………setelah dicuci beberapa kali.

4. Sikapnya yang ……………………….tidak disenangi oleh rakan-rakan.

5. Aminah berasa ………………………kerana lulus dalam ujian.

6. Kepalanya ……………………….akibat diketuk oleh budak itu.

7. Setiausaha itu kelihatan ………………………apabila memakai baju kebaya.

8. Rumahnya terletak tidak …………………….dari pusat bandar.

9. Murid itu dimarahi oleh gurunya kerana selalu datang ………………….. ke sekolah.

10. Kita digalakkan supaya bangun …………………… pada setiap pagi.

Jeffie030723

4
17. Gina sering ( gopoh , segera ) sewaktu membuat kerja.

18. Perut kakak ( tembam , buncit ) kerana mengandung.

19. Pak Ali mengasah parangnya yang ( tumpul , tajam ).

20. Budak yang ( nakal , kencang ) itu adik saya.

21. Warna baju baru itu ( luntur , pudar ) setelah dicuci.

22. Kita mestilah ( murni , ikhlas ) sewaktu menghulurkan bantuan.

23. Mayat mangsa kebakaran itu ditemui dalam keadaan ( rentung , reput ).

24. Kami menjadi ( segan , kecut ) mendengar ugutan samseng itu.

25. Jackie sudah ( insaf , lali ) dengan ejekan kawan-kawannya.

26. Pemuda yang ( tegap , gemalai ) itu terpilih sebagai hero dalam sebuah drama aksi.

27. Rambut Hasnah ( genjur , likat ) setelah lama mandi di laut.

28. Kamu perlu berhati-hati melalui kawasan yang ( landai , curam ) itu.

11. Mi kari itu _________ kerana terlebih garam.


A. pahit B. manis C. masin D. masam

12. Amerika Syarikat telah menggunakan senjata yang ______ untuk menyerang Afghanistan.
A. daif B. kuno C. lama D. canggih

13. Dia terlalu __________ kepada majikannya yang baik hati itu.
A. setia B. angkuh C. jarang D. girang

14. Buaya ialah sejenis reptilia yang ____________.


A. baik B. ganas C. jinak D. manja

15. Budak yang ________ itu tersipu-sipu apabila diusik oleh rakan-rakannya.
A. pendiam B. pemalu C. peramah D. girang

16. Penglihatan datuk semakin_______________.


A. juling B. bercahaya C. rapat D. kabur
17. Tapak kasut sekolah saya sudah ___________.
A. haus B. rencam C. tajam D. tumpul
18. Ahli bina badan negara itu berbadan kuat dan______________.
A. capek B. tegap C. bongkok D. pipih
19. Sarung kusyen di rumahnya berbau _________kerana tidak pernah dibasuh.
A. harum B. hanyir C. hapak D. tengik
20. Bukit yang ___________itu amat sukar untuk di daki.
A. sengit B. tirus C. rencam D. curam
21. Amri lebih _____daripada Amir dan Din.
A. leper B. nipis C. tinggi D. bulat

5
13. Pengemis itu makan nasi denggan_________kerana terlalu lapar.
A. pantas B. perlahan C. lembut D. gelojoh
14. Besi pembahagi jalan itu _________setelah dilanggar sebuah lori membawa beras.
A. bengkok B. bujur C. kempis D. lonjong
15. Penghulu itu berasa sungguh _______terhadap penduduk kampong kerana anaknya terlibat
dalam kegiatan jenayah.
A. rindu B. malu C. sayang D. benci
16. Bunyi jeritan yang __________dari rumah di tepi hutan itu sungguh menakutkan.
A. merdu B. nyaring C. mersik D. bising
17. Dalam cerita dongeng, nenek kebayan amat ditakuti kerana wajahnya _______.
A. lama B. uzur C. hodoh D. tua
18. Jamal berasa ________melihat perangai Eng Kai yang mengada-ada itu.
A. gembira B. bosan C. terharu D. sedih
19. Tiang rumah itu sudah ______kerana dimakan anai-anai.
A. reput B. kuat C. lembut D. rapuh
20. Mun Yeong hanya berjalan kaki ke tempat kerja kerana ________dengan rumahnya.
A. awal B. jauh C. dekat D. nyaris
21. Murid itu mengikat tali kasutnya dengan ________supaya tidak mudah terurai.
A. kukuh B. teguh C. perlahan D. kemas
22. Jari adik luka kerana terkena pisau yang _________itu.
A. tumpul B. tajam C. panjang D. nipis
23. Badan adik terasa ________ kerana bermain di kawasan semak-samun.
A. gatal B. kurus C. cantik D. payau
24. Kamariah menjemur tuala yang ______itu di ampaian.
A. cerah B. basah C. kasar D. rapuh
25. Kita haruslah bersenam supaya otak kita _________.
A. cair B. cergas C. cerdas D. lembap
26. Latihan bola sepak akan diadakan pada petang ini sekiranya cuaca ________.
A. cerah B. mendung C. basah D. rebut
27. Biskut yang dibuat oleh Shasha _______kerana dibakar terlalu lama.
A. hangus B. kering C. hancur D. rosak
28. Abang saya kelihatan sungguh __________apabila berbaju Melayu dan bersamping.
A. jelita B. gagah C. kacak D. cantik
29. Pameran batik itu mendapat sambutan _______daripada orang ramai.
A. dingin B. panas C. hangat D. hambar
30. Ayah melarang adik mandi di sungai yang _______arusnya.
A. cepat B. laju C. deras D. pantas
31. Mukanya menjadi _______setelah mendengar berita _______itu.
A. merah…..buruk C. putih…. Buruk
B. pucat….buruk D. pucat…..baik
32. Perutnya ________kerana belum bersarapan.
A. kosong B. bulat C. kenyang D. lapar

6
33. Pemain bola sepak yang ______itu telah dipilih sebagai pemain terbaik.
A. tangkas B. cepat C. laju D. cekap

34. Biri-biri yang sedang meragut rumput di padang itu ________.


A. gemuk-gemuk C. tergemuk
B. paling gemuk sekali D. paling tergemuk
35. Lukisan Wei Bin amat ______ .
A. tercantik C. tercantik sekali
B. cantik sekali D. paling cantik sekali
36. Yu Ying paling _____ makan durian.
A. suka B. tersuka C. suka sekali D. tersuka sekali
37. Semua kanak-kanak tadika itu ___belaka.
A. comel B. comel-comel C. tercomel D. paling comel
38. Kuih yang dibuat oleh kakak itu amat _________sekali.
A. manis B. termanis C. manis-manis D. paling manis
39. Anak Mak Tijah_______belaka.
A. rajin-rajin B. sangat rajin C. sungguh rajin D. paling rajin
40. Kipas itu bergerak dengan ____________sekali.
A. cepat B. ligat C. pantas D. laju

7
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Kempis pipih laris luntur landai


Keriting gempar gentar sebu surut
Suam bengis hening lengang becok

1. Deepak tidak mampu makan lagi kerana perutnya terasa …………………..

2. Bak kata pepatah, yang bulat tak datang bergolek , yang ……………….. tak datang melayang.

3. Penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing setelah banjir …………………

4. Kawasan pantai yang ……………………..itu sesuai dijadikan kawasan perkelahan.

5. Orang ramai ……………………….dengan bunyi letupan di kilang itu.

6. Pengurus itu amat gembira kerana barangan syarikatnya ………………….di pasaran .

7. Bola itu ……………………..dan perlu dipam angin.

8. Wanita yang berambut ………………………..itu ialah cikgu saya.

9. “Saya tidak …………………….dengan ugutan kamu,” kata budak kecil itu.

10. Semangat para pejuang kemerdekaan tidak pernah …………………………walaupun menghadapi


rintangan.

11. Saya berasa amat tenang dalam suasana yang …………………………ini.

12. Kami takut menegur Wai Kiong melihatkan wajahnya yang ………………………

13. Suasana di bandar …………………………menjelang tengah malam.

14. Ayah minum secawan kopi …………………….sebelum ke pejabat.

15. Siew Hong digelar mulut murai kerana mulutnya ………………………..

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

1. Barangan import itu harganya sangat ……………………………

2. Ruang yang ……………………….ini tidak sesuai dijadikan tempat bermain untuk kanak- kanak.

3. Warna baju itu ……………………setelah dicuci beberapa kali.

4. Sikapnya yang ……………………….tidak disenangi oleh rakan-rakan.

5. Aminah berasa ………………………kerana lulus dalam ujian.

6. Kepalanya ……………………….akibat diketuk oleh budak itu.

7. Setiausaha itu kelihatan ………………………apabila memakai baju kebaya.

8
8. Rumahnya terletak tidak …………………….dari pusat bandar.

9. Murid itu dimarahi oleh gurunya kerana selalu datang ………………….. ke sekolah.

10. Kita digalakkan supaya bangun …………………… pada setiap pagi.

11. Khairil membuang penselnya yang telah ………………………….

12. Sawah padinya sangat ………………………., seluas mata memandang.

13. Tangan Nancy berasa ……………………. kerana terkena duri.

14. Linda disayangi gurunya kerana dia ……………………..dan rajin.

15. Buah manggis yang …………………….itu diambil dari kebun nenek.

16. Robiah sangat ……………………..berbahasa Inggeris.

17. Ahli tinju yang ……………………itu berasal dari Terengganu.

18. Raja yang ……………………sentiasa dikasihi rakyat.

19. Kucing Nani yang comel itu sangat ………………………..

20 Ubat-ubat mesti disimpan di tempat ………………………..agar tidak diambil oleh kanak-


kanak.

Gariskan jawapan yang betul.

11. Kelas 6 Cempaka menjadi ( gambar , gamat ) semasa ketiadaan guru.

12. Penduduk ( daif , dajal ) di kampung itu telah diberi bantuan.

13. Penagih itu ( gelabah , gemalai ) apabila begnya diperiksa polis.

14. Azira menutup hidung sewaktu melalui tandas kerana berbau ( hanyir , hancing ).

15. Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu ( luyu , remuk ) di bahagian hadapan.

16. Isi rambutan itu ( tanggal , lekang ) dan manis rasanya.

17. Pelancong asing kagum dengan sikap rakyat Malaysia yang ( bengis , ramah ).

18. Adik jatuh terlentang kerana berlari di lantai yang ( kasar , licin ).

19. “Amboi, ( cantik , tinggi)nya kamu pada hari ini!” puji Asnah kepada kawannya.

20. Warna ( hitam , putih ) ialah warna yang melambangkan kesucian.

21. Sambal daging itu agak ( masam , pedas ) tetapi sedap dimakan.

22. Dia dapat menjawab soalan itu dengan ( cepat , terang ) dan tepat.

23. Kami memakai pakaian yang ( nipis , tebal ) ketika berada di Tanah Tinggi Cameron.

9
24. Baju yang dipakai oleh penyanyi itu ( berkilat , berkilat ) apabila disinari cahaya lampu.

25. “Kita dilarang berbuat ( baik , jahat ) sesama insan,” pesan Ustaz Zaki.

Latihan 6

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Rajin landai tegap erat lumayan kecew


a kagum jernih bingung aneh cemerlang
condong mendung pantas jarang curam panjan
g tajam lambat bising

1. Perhubungan kami sungguh ………………………..bagai isi dengan kuku.

2. Saya …………………….melihat kecekapan penunggang motosikal itu.

3. Pantai itu menjadi tumpuan ramai kerana kawasannya ……………………………

4. Kejadian yang ……………………..itu menjadi buah mulut orang ramai.

5. Keuntungan yang diperoleh oleh Tauke Lim ……………………………benar.

6. Shanti ……………………….memikirkan masalah yang dihadapinya.

7. Tubuh pahlawan Melayu itu ………………………amat.

8. Dia …………………………kerana permohonannya untuk belajar di kolej itu ditolak.

9. Maniam …………………..berlatih untuk memenangi pertandingan itu.

10. Sungai yang ……………………….airnya jangan disangka tiada buaya.

11. Pokok kepala yang …………………………..itu perlu ditebang.

12. Dia berlari ………………………… kerana dikejar oleh anjing yang garang.

13. Langit ……………………………menandakan hujan hendak turun.

14. “Jangan pakai pakaian yang …………………………dan ketat,” kata ibu.

15. Dia mendapat keputusan yang …………………………….dalam peperiksaan itu.

16. Suasana di kelas itu sangat ……………………….seperti di pasar.

17. Belakang parang jika diasah, lama-lama akan ……………………….juga.

18. Jalan raya yang ……………………..itu berbahaya kepada kenderaan.

19. Kerja-kerja yang diberikan kepadanya …………………………..disiapkan

20. Halim memotong rambutnya yang ……………………………itu di kedai gunting.

Latihan 7

10
Tandakan ( / ) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah.

1. Anjing itu sangat garang. ( )

2. Soalan inilah yang paling sukar sekali. ( )

3. Di antara kami , dialah yang paling tinggi. ( )

4. Anis amat menjerit apabila mendengar berita itu. ( )

5. Murid baru itu amat pandai melukis. ( )

6. Bajunya lebih merah daripada baju saya. ( )

7. Ubat itu sangat pahit betul. ( )

8. Wajah Rozita masam apabila disindir oleh kakaknya. ( )

9. Umurnya baru dua belas tahun tetapi dia amat besar daripada ibunya. ( )

10. Buah rambutan di sekeliling rumahnya benar manis. ( )

11. Stadium inilah yang terbesar sekali di dunia. ( )

12. Pisau itu perlu diasah kerana tumpul. ( )

13. Saya amat berlari dari sini ke kedai itu. ( )

14. Saya gemar lagu-lagu Melayu asli. ( )

15. Asmah mendapat markah yang terbaik. ( )

11

Anda mungkin juga menyukai