Anda di halaman 1dari 5

KATA ADJEKTIF

Sifat/keadaan

Warna

Ukuran

Bentuk

Kata Adjektif Jarak

Waktu

Cara

Perasaan

Pancaindera

Soalan PMR 2005

4 Pengalaman ______________ semasa darurat masih segar dalam ingatan Pak Cik
Daud.
A susah senang
B jerih perih
C pahit getir
D susah payah

5 Dalam suasana yang ____________ itu, agak sukar bagi Siti mengecamkan suara
adiknya.
A riuh
B kalut
C bingit
D kacau
KESALAHAN KATA/FRASA ADJEKTIF
KESALAHAN PEMBETULAN
1. Pemandangan di puncak bukit itu terlalu amat
cantik sekali.
2. Pemandangan di tepi Pantai Morib itu nian indah.
3. Semua orang bencikan perangainya yang jahat itu.
4. Sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah
juga.
5. Perangai orang itu seperti kebudak-budakan
walaupun usianya sudah 45 tahun.
6. Bangunan yang tersergam indah itu merupakan
bangunan paling tinggi sekali di bandar itu.
7. Mengapakah dia benar lambat tiba di pejabat hari
ini ?
8. Rumah Ali tersangat-sangat besar dan menjadi
salah satu destinasi pelancong.
9. Rumah Ali sebesar-besar rumah Ahmad.
10. Kehidupan keluarga Pak Abu semakin jelas
semenjak anak sulungnya menjawat jawatan tinggi.
11. Usahlah bertegang leher tentang perkara yang
remeh temeh itu.
12. Kekayaan telah membuatnya menjadi besar hati.
13. Kejadian rompakan itu berlaku pada waktu malam
yang sangat gelap-gelita.
14. Cara hidupnya seperti kebarat-baratan.
15. Robert Kouklah orang yang paling terkaya di
Malaysia.
16. Bangunan-bangunan di bandar raya itu tinggi-tinggi
belaka.
17. Dia dijumpai dalam keadaan kucar-kacir setelah
sesat di hutan itu.
18. Pak Johan ialah penduduk yang paling tertua di
kampung itu.
19. Sikap Razak sebaik-baik bapanya.
20. Barang-barang keperluan harian di kedai itu mahal-
mahal harganya.

Latihan Pengenalan
Lihat tempat-tempat kosong dalam ayat-ayat yang berikut dan isikan dengan kata
adjektif yang sesuai.

sangsi biru keinggeris-inggerisan lembut singkat


pintar kejahilan tetap jauh rendang
1. Warna _________ menjadi warna kegemaran ibu kerana warna itu menggambarkan
ketenangan.
2. Pertuturan bekas pemain bola sepak negara,Lim Tiong Kim agak ____________
kerana dia sudah lama menetap di England.
3. Dia masih _______________ akan kejujuran pembantu rumahnya yang berasal
daripada Indonesia itu.
4. Kain sutera yang dibelinya di negara China itu sungguh __________ dan sesuai
dipakai di negara Malaysia yang berhawa panas.
5. Walaupun jarak antara rumah Shafiq dan sekolah tidak begitu __________ tetapi ayah
tidak membenarkannya berjalan kaki ke sekolah.
6. Berita tentang kanak-kanak _________ Matematik itu mendapat liputan meluas di
seluruh negara.
7. Akibat ___________ dalam aspek agama mennyebabkan banyak gejala social berlaku
dalam masyarakat pada hari ini.
8. Abang membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan _____________.
9. Masa yang diberi kepada kami untuk menyiapkan tugasan itu terlalu ____________.
10. Pokok rambutan yang _______________ itu akan menghasilkan buah yang lebat
apabila tiba musim buah-buahan.

Ke Arah PMR

Soalan 1 - 15
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai.

1. Orang buta itu _________________ dilanggar kereta ketika melintasi jalan itu.
A rapat-rapat B nyaris-nyaris
C dekat-dekat D sipi-sipi

2. Kawasan taman bunga itu sentiasa __________ dengan bau bunga-bungaan yang ada
di situ.
A semerbak B berseri
C berbau D menawan

3. Sikap _____________ pemandu ketika memandu di jalan raya merupakan faktor


utama berlakunya kemalangan jalan raya.
A culas B cuai
C malas D angkuh

4. Keadaan di pusat beli-belah itu _______________ apabila pentas utamanya roboh .


A huru-hara B porak-peranda
C gundah -gulana D kelam-kabut

5. Raziah suka memakai baju yang _____________ supaya dia tidak kelihatan gemuk.
A ketat B besar
C longgar D kecil

6. Pemilihan kata-kata dalam bait-bait puisi penyajak terkenal itu sungguh __________.
A baik B canggih
C cantik D indah

7. Suara penyanyi itu sungguh ____________ sehingga memukau penonton yang


menyaksikan persembahannya.
A mersik B merdu
C sedap D nyaring

8. Buah mangga yang dipetik oleh abang di belakang rumah sungguh __________
rasanya.
A enak B masam
C payau D pahit

9. Padi yang sudah masak di sawah itu akan bertukar warna menjadi ________________
A kemerahan B kehitaman
C kekuningan D kehijauan

10. Para pelajar mendengar ceramah motivasi yang disampaikan pakar motivasi itu
dengan penuh ___________.
A khusyuk B tenang
C asyik D leka

11. Datuk tidak mahu makan kerana terlalu ___________ akan kehilangan cucu
kesayangannya.
A sayu B pilu
C sedih D resah

12. Keruntuhan moral dalam kalangan pelajar banyak berlaku berpunca daripada
fikiran mereka yang tidak _____________.
A masak B pandai
C matang D cerdik

13. Ketika berada di puncak Gunung Kinabalu Encik Ali mula berasa ___________.
A gamam B gayat
C gelabah D genting

14 Pergerakan pemain bola sepak import itu sungguh ______________ kerana dia adalah
antara pemain terbaik di Eropah.
A lasak B tangkas
C kencang D lincah

15 Kakak merebus daging itu sehingga _________ sebelum dibuat gulai.


A lembut B lembik
C tanak D empuk
D

Anda mungkin juga menyukai