Anda di halaman 1dari 25

ASUHAN KOMPAK LESTARI

TEMA : 1 CERITA TOPIKAL BAHASA MELAYU

A Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan yang disediakan.

Mak Limah tersenyum puas dan bangga. Setelah bertahun-tahun belajar dan kini bergelar siswazah, susah
payah Mak Limah selama ini terbalas dengan kejayaan Azman. Itulah hadiah yang tidak ternilai dapat diberikan
oleh seorang anak kepada ibunya.
Memang patut Mak Limah berasa bangga. Lebih-lebih lagi Azman merupakan orang pertama berjaya
melanjutkan pelajaran ke universiti. Sudah tentu kejayaan ini menjadi dorongan kepada anak-anak kampung
tersebut untuk mengikuti jejaknya.
Selama empat tahun Azman belajar, selama itulah Mak Limah bertungkus lumus dan sentiasa mengikat
perut demi masa hadapan anaknya itu. Namun demikian, kegembiraan Mak Limah sekejap sahaja. Ia berasa
kecewa apabila mengetahui bahawa Azman tidak mahu mengerjakan kebun kelapa sawit peninggalan arwah
suaminya.
Apa guna kebun kelapa sawit itu jika tidak dikerjakan? Bukankah kamu lulusan dalam bidang pertanian?
Sesuai benarlah kerja itu dengan kamu, kata Mak Limah memberi penjelasan panjang lebar kepada anaknya.
Azman lepasan universiti, ibu. Bertahun-tahun Azman memerah otak. Takkan Azman hendak bermandi
peluh di kebun kelapa sawit itu pula. Lagipun apa pula kata orang kampung nanti, kata Azman kepada ibunya.
Mengapa? Hina sangatkah kerja-kerja itu? Kalau kena caranya, kerja-kerja itu akan memberikan pulangan dan
pendapatan yang lumayan kepada kita, Mak Limah terus menasihati anak kesayangannya itu.
Namun, Azman tetap dengan pendiriannya. Dia pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Setelah
tiga bulan di sana, Azman gagal mendapat sebarang pekerjaan yang diimpikannya. Kepayahan hidup yang
dialami di ibu kota banyak mengajar Azman erti kehidupan. Dia terkenang akan ibunya di kampung. Timbul rasa
keinsafan di sanubarinya. Segala kata ibunya terngiang-ngiang kembali di telinganya.
Azman bertekad untuk pulang ke kampung. Dia sedar akan kesilapannya yang lalu dan kata-kata ibu ada
benarnya. Dia berazam untuk mengusahakan kebun kelapa sawit peninggalan arwah ayahnya. Dia ingin menjadi
petani moden yang berjaya.

1 Apakah gambaran yang paling sesuai diberikan kepada Mak Limah dalam perenggan pertama petikan di
atas?
A Ibu yang baik dan murah hati C Ibu yang sentiasa bangga akan anaknya
B Ibu yang rajin bekerja di kebunnya D Ibu yang mementingkan pelajaran anaknya

2 Perkataan jejaknya dalam petikan membawa maksud


A contohnya. C teladannya.
B langkahnya. D perangainya.

3 Apakah yang memungkinkan Azman mengambil keputusan untuk pulang ke kampung?


A Kesusahannya hidup di kota besar
B Teringat akan jasa ibunya selama ini
C Kegagalannya memperoleh pekerjaan
D Ingin menjadi petani moden yang berjaya

4 Pernyataan yang berikut adalah benar tentang petikan di atas, kecuali


A Mak Limah telah kematian suami yang tersayang.
B Mak Limah menyuruh Azman pulang ke kampung.
C Azman bertekad untuk menjadi petani yang berjaya.
D Azman sukar memperoleh pekerjaan di Kuala Lumpur.

5 Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan tersebut?


A Jangan mencari kerja di Kuala Lumpur
B Jangan pandang rendah kerja kampung
C Jangan bersikap terlalu memilih pekerjaan
D Jangan ingkar nasihat kedua-dua ibu bapa

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 1 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM


Pintar berbahasa membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul.
B Isikan tempat-tempat kosong dengan pilihan jawapan yang paling sesuai.

Budak-budak nakal itu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (salah)
Budak-budak nakal itu tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (betul)
Budak-budak nakal itu saling menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (betul)
{Gugurkan perkataan saling sebab tuduh-menuduh adalah kata ganda yang membawa maksud saling}
{Perkataan saling boleh digunakan tetapi tidak boleh dipadankan dengan kata ganda maksud saling}

saling membantu kejar-mengejar tuduh-menuduh saling menziarahi saling menasihati

1. Kedua-dua orang murid itu ...... tentang kehilangan dompet Nurul Amirah.
Jawapannya : ____________________________

2. Penduduk Kampung Seri Damai ...... menguruskan majlis kenduri kahwin itu.
Jawapannya : ____________________________

3. Dalam sesebuah keluarga, kita mesti ...... untuk kebaikan dan kebahagiaan bersama.
Jawapannya : ____________________________

4. Walaupun kami tinggal berjauhan, kami ...... untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan.
Jawapannya : ____________________________

5. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain bola sepak dan ...... untuk mendapatkan bola.

Jawapannya : ____________________________

C Salin ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan tanda baca yang betul.

1 mana beg pakaian azlan tanya ayahnya selamba


______________________________________________________________________________________

2 mengapa ibu mengalirkan air mata apakah yang ibu rungsingkan kakak inginkan kepastian
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

3 tidak lama lagi mungkin pemborong akan datang untuk mengambil sayur sayuran itu kata datuk
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

4 wahai anakku dengarlah nasihat gurumu kelak kau akan menjadi insan yang berguna nasihat ibu
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

5 sempena ulang tahun saya yang ke12 baru baru ini ayah menghadiahi saya sebuah basikal lerun
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 2 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

D Pilih kata nama am atau kata nama khas yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong.

1 Azman belajar di __________ yang berdekatan 6 Sebagai __________, beliau telah berjaya
dengan rumahnya. menghasilkan lima buah novel remaja.
A surau C pondok A penyair C penyajak
B dewan D sekolah B pendeta D pengarang

2 Saiful Apek ialah __________ utama dalam 7 Adik Nurhazem bergaya dengan __________
filem komidi Jutawan Fakir. baru yang dibeli oleh ayah.
A pelakon C pengarah A katil C meja
B penyanyi D pengacara B buku D kasut

3 Emak membungkus kuih koci di __________ 8 Encik Latif dipilih sebagai __________ Jaya
bersama-sama kakak. pada tahun ini.
A stor C dapur A Pengail C Pemburu
B bilik D dewan B Pelawat D Peladang

4 Banyak orang suka dan asyik membeli-belah di 9 __________ terkenal sebagai satu daripada
_________ Tungku Abdul Rahman. destinasi pelancongan utama di Malaysia.
A Jalan C Premis A Melaka C Petronas
B Dewan D Memorial B Parlimen D Puduraya

5 Pelancaran __________ disempurnakan oleh 10 Setiap hari minggu, banyak orang mengambil
Perdana Menteri Malaysia minggu lepas. kesempatan beristirahat di Tasik __________.
A Gen 2 C KLIA Sepang A Canon C National
B Daya Bumi D Wisma MPSA B Pasifik D Titiwangsa

E Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.

1 Se __________ sampah diangkut oleh pekerja 6 Ayah mengumpulkan beberapa __________


Majlis Perbandaran, Teluk Intan. papan yang sudah digergajinya.
A timbun C mayang A urat C helai
B rumpun D kelompok B ketul D keping

2 Pak Cik Samat hanya mampu menanam lima 7 Mohd Roshdan memiliki se __________ Ijazah
puluh __________ benih padi di bendangnya Kejuteraan Awam Kelas Pertama dari Universiti
setiap hari. Teknologi Malaysia.
A bilah C gelung A rawan C gelung
B cekak D kajang B bentuk D gulung

3 __________ bunga daripada kulit-kulit siput itu 8 Abang hanya makan se __________ nangka
terletak di meja makan. kerana tidak ada selera makan.
A Kepingan C Karangan A biji C suap
B Angkatan D Timbunan B ulas D tongkol

4 Siti memasukkan beberapa __________ manik 9 Beberapa __________ tomato digunakan untuk
yang bertaburan itu ke dalam bekas kecil. menghiasi masakan itu.
A butir C buah A hiris C butir
B ketul D bongkah B biji D buah

5 Ada se __________ rambut dalam bungkusan 10 Beberapa __________ ikan berenang-renang di


nasi lemak itu, kata Sarimah kepada adiknya. dalam kolam itu.
A urat C keping A pasang C kelompok
B utas D gumpal B bungkus D gerombolan
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 3 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

F Item karangan format baru 2005 - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A
[Masa yang dicadangkan : 15 minit]
[10 markah]

1. Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.

BAHAGIAN A

Nombor Soalan

10
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 4 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

G Penulisan Genre format baru 2005 Karangan Jenis Cerita.

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu ternampak seorang tua terjatuh di atas
jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan.
Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul.

lelaki kecil peralatan menahan barang

mengutip menghidangi pondok mempelawa pulang

SEDIA MENGHULURKAN BANTUAN

Saya dan kawan-kawan saya menuju ke (1) perhentian bas. Kami bercadang hendak pergi ke
bandar. Saya berhasrat untuk membeli barang-barang keperluan sekolah dan buku rujukan UPSR.

Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang (2) tua. Dengan tidak semena-mena,
lelaki tua itu terjatuh. Semua (3) yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya.

Saya segera membantunya, saya ...(4)... barang-barang yang bertaburan di atas jalan raya. Saya
memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik kerana mengalami
luka ...(5)... sahaja.

Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan ...(6)... ke rumah anaknya. Saya
berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya ...(7)... sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.

Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia ...(8)... saya masuk ke dalam rumah. Dia ...
(9)... saya segelas minuman sejuk. Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan terima kasih atas
pertolongan saya tadi.

Sungguhpun rancangan untuk membeli ...(10)... sekolah dan buku rujukan tidak kesampaian,
namun saya berasa sungguh gembira kerana dapat membantu orang yang dalam kesusahan.

BAHAGIAN B

Nombor Soalan

30
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 5 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

H Item terkini 2005 - menyenarai/menulis amalan baik dan nilai murni daripada petikan yang disediakan.

Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]

1. Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada petang itu, Syahmi dalam perjalanan pulang dari aktiviti kokurikulum. Tiba-tiba dia ternampak
seekor kucing. Badan kucing itu basah kuyup dan penuh dengan lumpur. Syahmi menghampiri kucing itu, dia
berasa amat kasihan melihat keadaan kucing yang kesejukan itu. Dia membawa kucing itu balik ke
rumahnya. Sampai di rumahnya, Syahmi mencuci dan memandikan kucing itu. Bulu kucing itu dilapnya
sehingga kering. Syahmi memberi kucing itu minum air susu yang dibancuhnya sendiri. Selepas itu, Syahmi
memberi kucing itu makan nasi yang dicampur dengan sedikit ikan goreng. Setelah selesai makan nasi,
barulah kucing itu nampak cergas dan bermaya. Syahmi berhasrat untuk membela kucing itu. Ayah dan
emak Syahmi juga bersetuju dengan keputusan anaknya itu. Mereka bercadang untuk membelikan sebuah
sangkar sebagai tempat tidur kucing itu pada waktu malam. Syahmi sangat sayang akan kucing itu.

Nombor Soalan

Bahagian C

20
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 6 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

ASUHAN KOMPAK LESTARI


TEMA : 2 SITUASI TOPIKAL BAHASA MELAYU

A Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan yang disediakan.

Pada hari itu Azlan tidak ke sekolah kerana dia sedang bercuti. Azlan! Sudahkah ayam-ayam itu diberi
makan? Kalau sudah, marilah kita angkut sayur-sayuran ini. Tidak lama lagi, mungkin pemborong akan datang
untuk mengambilnya, kata datuknya. Azlan hanya menurut perintah Haji Karim tanpa banyak soal. Di samping
itu, dia sungguh gembira kerana dapat membantu datuknya yang sudah tua.
Masuk hari ini, sudah dua minggu dia berada di kampung datuknya untuk menghabiskan cuti sekolahnya.
Esok, ayahnya berjanji akan datang untuk menjemputnya pulang semula ke bandar. Sungguh berat dan sayu
rasa hatinya untuk meninggalkan datuknya seorang diri. Jauh di sudut hati kecilnya, dia terasa ingin tinggal di situ
sahaja. Namun, hasratnya itu terpaksa dipendamkan kerana bimbang nanti ayah dan ibunya tidak setuju.
Hari yang ditakuti olehnya, akhirnya menjelma jua. Pada petang esoknya, ayah dan ibunya serta pembantu
rumahnya telah sampai untuk menjemputnya. Dia cuba berlagak seperti biasa bagi menyembunyikan kesedihan
hatinya. Azlan tidak mempedulikan kehadiran ibu bapanya. Daripada perlakuan Azlan, ayahnya tahu bahawa
anaknya itu tidak mahu pulang ke bandar dan ingin tinggal bersama-sama datuknya lebih lama di kampung.
Apabila semuanya telah selesai, barulah Azlan keluar menemui ayahnya. Mana beg pakaian Azlan? tanya
ayahnya selamba. Azlan berlari ke bilik dan mengambil beg pakaiannya. Dia membisu seribu bahasa. Pakaian ini
tidak cukup, kata ayahnya. Nanti ayah bawakan pakaian tambahan kamu ke sini, jelas Encik Haikal lagi.
Azlan hairan dengan apa yang didengar dari mulut ayah dan ibunya. Datuknya pula hanya tersenyum sinis
memandangnya. Setelah itu, barulah Azlan memahami maksud ayah dan ibunya. Dengan linangan air mata, dia
memeluk kedua-dua orang tuanya sambil mengucapkan terima kasih. Mereka terus ke ruang tamu menikmati
juadah yang telah disediakan oleh Puan Faridah dan Mak Cik Herunah. Mereka menjamu selera sambil berbual
mesra pada petang itu.

1 Apakah tujuan Azlan berada di kampung ayahnya?


A Untuk menghabiskan cuti sekolahnya
B Untuk memberi makan ayam-ayam datuknya
C Untuk menikmati suasana tenang di kampung
D Untuk menolong datuknya mengerjakan kebun

2 Nyatakan keinginan Azlan setelah tinggal beberapa hari bersama-sama datuknya?


A Mempelawa datuknya tinggal di Bandar
B Hendak bersekolah di kampung datuknya
C Ingin menambah percutiannya di kampung
D Mengajak ayah dan ibunya tinggal di kampung

3 Mengapakah Azlan berasa berat hati hendak pulang ke rumahnya di bandar?


A Kerana datuknya sudah tua dan uzur C Kerana hubungan mesranya dengan datuk
B Kerana bimbang akan kesihatan datuknya D Kerana dia berasa tidak selesa hidup di bandar

4 Semasa ayah dan ibu Azlan sampai di kampung untuk menjemputnya pulang ke bandar, sudah berapa
harikah Azlan berada di rumah datuknya?
A 12 hari C 14 hari
B 13 hari D 15 hari

5 Siapakah yang mungkin telah mengetahui keputusan ayah Azlan dan ibu Azlan untuk melanjutkan percutian
anaknya di kampung?
A Haji Karim C Puan Faridah
B Encik Haikal D Mak Cik Herunah
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 7 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

Pintar berbahasa membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul.


B Isikan tempat-tempat kosong dengan pilihan jawapan yang paling sesuai.

Puan Kamariah membeli kek berperisa coklat di pasar tani pagi tadi. (salah)
Puan Kamariah membeli kek berperasa coklat di pasar tani pagi tadi. (betul)
{Perkataan perisa membawa maksud enak/sedap, perasa pula membawa maksud rasa seakan-akan}

Siti Nurhaliza mempunyai peminat yang ramai di seluruh pelosok negara. (salah)
Siti Nurhaliza mempunyai peminat yang banyak di seluruh pelosok negara. (betul)
{Jika merujuk kepada bilangan/kuantiti, penggunaan perkataan banyak adalah lebih tepat dan gramatis}

1. Kawasan ...... itu akan dibangunkan oleh pihak kerajaan negeri Pahang. (pedalaman/pendalaman)
Jawapannya : _______________________

2. Pemandu kenderaan mesti berhati-hati semasa melalui kawasan ...... itu. (berbahaya/merbahaya)
Jawapannya : _______________________

3. Muhammad Syahmi ...... kejayaan cemerlang 5A dalam UPSR tahun lalu. (memperoleh/memperolehi)
Jawapannya : _______________________

4. Para pekerja sedang ...... jalan menuju ke kawasan hutan rekreasi itu. (memperlebar/memperlebarkan)
Jawapannya : _______________________

5. Cikgu Ali sedang ...... carta penulisan Bahasa Melayu kepada murid-muridnya. (memperlihat/memperlihatkan)

Jawapannya : _______________________

Salin ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan imbuhan yang betul pada kata bergaris.
C
1 Lauk-pauk sudah hidang apabila kami tiba di rumah Puan Jamaliah.
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

2 Nenek sedang menghirup secangkir kopi sambil lunjur di ruang tamu.


______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

3 Banyak pekebun kecil getah di kampung saya mula ladang kelapa sawit.
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

4 Encik Kamaruddin kerja sebagai kerani akaun di firma itu sejak tahun lepas.
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

5 Pak Cik Omar sandar pada pokok kelapa itu setelah selesai menebas rumput.
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 8 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

D Pilih kata ganti nama yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.

1 Kami tidak pasti __________ dia akan datang 6 Kejohanan sukan itu telah berlangsung selama
ke Pulau Langkawi. tiga hari bermula __________.
A bila C mana A lusa C esok
B apa D apabila B nanti D kelmarin

2 Tuan-tuan, pilihlah __________ buah durian 7 __________ ada senang, datanglah ke rumah
yang anda suka, kata peniaga itu. saya, kata kakak kepada kawannya.
A bila-bila C kalau-kalau A Apa C Kenapa
B siapa-siapa D mana-mana B Bila D Bagaimana

3 Tiada siapa yang tahu __________ Jamil pergi 8 Pokok kelapa muda __________ telah tumbang
dengan tergesa-gesa. kerana dipanah petir malam semalam.
A bila C apabila A itu C situ
B situ D kenapa B sini D mana

4 __________ yang berbuat salah dia perlu 9 __________ boleh menyertai pertandingan
bertanggungjawab, sindir Khadijah. pidato yang diadakan itu.
A Bila C Apabila A Bila-bila C Siapa-siapa
B Siapa D Kenapa B Apa-apa D Mana-mana

5 Sekolah Wawasan yang baru dibina itu terletak 10 Jika __________ sudah bersedia _________
tidak jauh dari __________. ditunggu lagi, masuklah, cabar pemuda itu.
A ini C situ A kamu ... apa C aku ... jangan
B sini D sana B tuanku ... bila D patik ... mengapa

E Pilih perkataan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.

1 Anggota tentera itu sedang menggilap kasutnya 6 Persahabatan mereka semakin __________
hingga __________. semenjak tinggal berjauhan.
A berkilat C bersinar A Intim C akrab
B berkilau D berpinar B karib D renggang

2 Kakak menyuruh saya mengambil kotak di atas 7 Murid-murid kelas Enam Inovatif __________
para-para yang tinggi itu kerana kakak tidak apabila Cikgu Jamallulai marah kerana tidak
__________ untuk mengambilnya. menyiapkan kerja rumah yang diberikan.
A tercapai C terbilang A menikus C memberang
B terambil D terangkat B menyinga D membangsing

3 Setelah berlanggar, van itu terus __________ 8 __________ moral di kalangan murid sekolah
ke dalam gaung yang curam. rendah kini amat membimbangkan.
A tersasar C melayang A Kualiti C Keruntuhan
B dicampak D menjunam B Kejatuhan D Kelonggaran

4 Pemuda itu __________ adiknya yang cedera 9 Kakak __________ kepalanya ke bahu emak
parah dalam kemalangan pagi tadi. apabila mengetahui berita buruk itu.
A menarik C mengheret A melekapkan C mengenakan
B mencuit D mendukung B mendekatkan D menundukkan
5 Untuk sampai di dusun itu, kamu mesti melalui 10 Kini, pihak kerajaan __________ syarat-syarat
sebatang jambatan gantung yang __________ pemilikan permit kerja bagi pekerja asing di
Sungai Bikam. negara kita.
A melintasi C menghubungi A mengetatkan C menghantarkan
B merentangi D menyeberangi B membesarkan D mengemaskinikan

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 9 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

F Item karangan format baru 2005 - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A
[Masa yang dicadangkan : 15 minit]
[10 markah]

1. Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.

BAHAGIAN A

Nombor Soalan
10

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 10 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

G Penulisan Genre format baru 2005 Karangan Jenis Situasi/Keperihalan.

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Pada cuti persekolahan penggal yang lepas, kamu telah menyertai program gotong-royong membersihkan
kawasan tempat tinggal kamu dan persekitarannya.
Ceritakan suasana semasa program gotong-royong itu berjalan.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul.

kumpulan sibuk berkumpul kerja bersatu

ikatan balai kelihatan sempena menjayakan

PROGRAM GOTONG-ROYONG DI TEMPAT SAYA

Pada hari minggu yang lalu saya, bapa saya, dan kira-kira lima puluh orang penduduk kampung
telah menyertai program gotong-royong. Gotong-royong ini diadakan ...(1)... sambutan bulan kemerdekaan
Malaysia pada tahun ini.

Tepat pada pukul lapan pagi, penduduk kampung sudah ...(2)... di luar balai raya. Mereka membawa
bersama-sama peralatan yang sesuai untuk ...(3)... aktiviti gotong-royong. Ada yang membawa cangkul,
sabit, parang, dan pongkis.

Kami diagih-agihkan kepada beberapa ...(4)... kecil. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja-
kerja pembersihan dijalankan dengan lebih teratur. Antara kawasan yang dibersihkan termasuklah taman
permainan, surau, parit, dan ...(5)... raya.

Pada masa yang sama, kaum wanita ...(6)... menyediakan makanan dan minuman di perkarangan
balai raya. Pelbagai jenis juadah disediakan oleh mereka. Mereka kelihatan ...(7)... hati menjayakan
program gotong-royong ini.

Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua ...(8)... pembersihan telah pun selesai. Petugas-petugas telah
berkumpul semula di balai raya untuk menjamu selera. Walaupun ...(9)... letih, namun mereka menunjukkan
kemesraan.

Saya berpendapat, kerja yang dijalankan secara gotong-royong mampu menjalin ...(10)...
silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dapat dipraktikkan. Malahan,
semangat kejiranan juga dapat diperkasakan.

BAHAGIAN B

Nombor Soalan
30

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 11 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

H Item terkini 2005 - menyenarai/menulis amalan baik dan nilai murni daripada petikan yang disediakan.

Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]

1. Tulis beberapa perkara menarik yang dipaparkan dalam petikan cerita di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada minggu lalu, saya dan keluarga saya berkunjung ke pameran buku dan peralatan komputer di
sebuah pasar raya terkenal di ibu kota. Kami pergi ke sana kerana ada tujuan yang tertentu. Ayah bercadang
untuk membeli sebuah komputer riba jika harga yang tertawarkan berpatutan. Saya pula bercadang untuk
membeli buku-buku rujukan UPSR. Fokus utama saya ke pameran tersebut adalah untuk mencari buku-buku
format baharu UPSR Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Emak membantu saya memilih buku-buku yang
berkualiti. Saya sudah mendapat beberapa buah buku yang sesuai dan isinya menepati format baharu
UPSR Tahun 2005 ini.
Tiba-tiba, suara ayah memanggil kami. Ayah mengajak saya dan emak saya ke sebuah gerai yang
menjual peralatan komputer. Ayah meminta pandangan dan pendapat kami tentang sebuah komputer riba
yang ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan. Emak dan saya juga tertarik pada bentuk dan saiz
komputer riba tersebut. Setelah mendengar pandangan dan pendapat kami, akhirnya ayah bersetuju untuk
membeli sebuah komputer riba yang berjenama Toshiba. Sebelum pulang, ayah mengajak kami makan
tengah hari di gerai nasi kandar.

Nombor Soalan

Bahagian C
20

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 12 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

ASUHAN KOMPAK LESTARI


TEMA : 3 FAKTA TOPIKAL BAHASA MELAYU

A Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan yang disediakan.

Jambu batu atau nama saintifiknya, psidium guajava daripada keluarga myrtaceae didapati kaya dengan
vitamin C. Kandungan vitamin C sebiji buah jambu batu, tiga hingga enam kali lebih tinggi berbanding sebiji oren,
10 hingga 30 lebih banyak berbanding dengan sebiji pisang dan 10 kali ganda lebih banyak daripada sebiji betik.
Vitamin C banyak tersimpan di bahagian kulit luar yang berwarna hijau pada buah yang matang. Jumlah
vitaminnya berkurangan apabila semakin ranum. Seseorang yang memakan jambu batu berterusan dipercayai
boleh membantu mengurangkan kesan tekanan (hipertensi), penyakit tekanan darah tinggi dan selesema.
Jambu batu juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti goiaba, guayaba, djamboe, perala, bayawas,
dipajaya, petokal, dan tokal. Di Malaysia, jambu batu boleh didapati dengan mudah kerana jambu batu ditanam
secara komersial terutamanya di Bidor, Perak. Pokok jambu batu sangat sesuai hidup di kawasan beriklim
tropika. Jadi, tidak hairanlah beratus-ratus juta penduduk tropika amat gemar memakan buah jambu batu dan
menjadikannya sebagai sumber utama vitamin C kepada mereka.
Buah jambu batu memang enak dimakan segar atau dijadikan minuman, ais krim atau dicampur dengan
menu makanan lain. Jambu batu ini asalnya dijumpai di Peru beberapa ribu tahun lalu. Jambu batu ini tumbuh
secara tidak sengaja ketika petani menyemai kacang, jagung dan beberapa tanaman lain di ladang mereka.
Bukan setakat buahnya, pokok jambu batu juga terkenal kerana mempunyai pelbagai khasiat yang istimewa
daripada sudut perubatan tradisional dan moden. Berikutan khasiat pokok jambu batu yang pelbagai itu, banyak
kajian dilakukan oleh saintis tentang ekstrak daun jambu batu sebagai kaedah rawatan yang paling berkesan
untuk mengatasi penyakit gastrik.
Hasilnya, hari ini spesies jambu batu terutamanya bahagian daun dan buahnya telah menjadi penyumbang
utama dunia perubatan moden. Ubat-ubatan yang berasaskan jambu batu berjaya merawat penyakit selesema,
cirit-birit berdarah, sakit gigi, mengubati luka-luka kecil, sakit kuning, kegemukan, demam, loya, epilepsi, masalah
pendengaran, gatal-gatal, ulser, dan merawat kulit yang bermasalah.

1 Di manakah vitamin C pada jambu batu terdapat dengan banyaknya?


A Pada bahagian buah yang ranum
B Pada bahagian buah yang matang
C Di bahagian kulit yang berwarna hijau
D Di bahagian kulit buah yang sudah matang

2 Di manakah jambu batu sesuai ditanam?


A Di negara Peru C Di kawasan ramai petani
B Di Bidor, Perak D Di kawasan beriklim tropika

3 Mengapakah jambu batu merupakan buah tropika yang termasyhur?


A Kerana kajian dilakukan oleh saintis
B Kerana mempunyai pelbagai khasiat
C Kerana ia merupakan buah kegemaran
D Kerana kandungan vitamin C yang tinggi
4 Di negara-negara lain, jambu batu dikenali dengan nama tertentu, kecuali
A petokal C guayaba
B bayawas D dipapaya

5 Perkataan meluas dalam petikan sesuai digantikan dengan


A jauh C banyak
B lebar D bertaburan

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 13 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

Pintar berbahasa membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul.


B Isikan tempat-tempat kosong dengan pilihan jawapan yang paling sesuai.

Emak Rahimah menghidangi kami sepinggan goreng pisang rangup pada petang itu. (salah)
Emak Rahimah menghidangi kami sepinggan pisang goreng rangup pada petang itu. (betul)
{Hukum D-M yang betul, pisang goreng sebab yang diterang ialah pisang dan yang menerang ialah goreng}

Encik Mutusamy bekerja di Mini Estet Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun. (salah)
Encik Mutusamy bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun. (betul)
{Hukum D-M yang betul, estet mini sebab yang diterang ialah estet dan yang menerang ialah mini}

1. Pemandu ...... itu sudah berkhidmat dengan syarikat tesebut hampir sepuluh tahun. (bas mini, mini bas)
Jawapannya : _______________________

2. Emak menggunakan lima sudu teh ...... dalam masakan itu untuk menambah rasa pedas. (cili sos, sos cili)

Jawapannya : _______________________

3. Nurliyana Husna membeli sayur-sayuran itu di ...... Sekupang petang semalam . (Mini Market, Market Mini)
Jawapannya : _______________________

4. Satu rampasan ...... telah berjaya dilakukan oleh pihak kastam Kelantan. (mercun terbesar, terbesar mercun)
Jawapannya : _______________________

5. Encik Sani menghadiahi isterinya sehelai ...... yang bersulamkan benang emas. (mini telekung, telekung mini)
Jawapannya : _______________________

Salin ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan kata pemeri yang betul.
C
1 Jamuan ini ...... untuk meraikan tetamu khas ayah dan emak saya. (adalah, ialah)
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

2 Congkak ...... satu daripada permainan tradisional masyarakat Melayu. (adalah, ialah)
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

3 Komputer multimedia yang baru itu ...... hadiah hari ulang tahun kelahiran kakak. (adalah, ialah)
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
4 Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ...... masalah disiplin murid-murid. (adalah, ialah)
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

5 Perbuatan merosakkan harta benda awam ...... salah dan boleh diambil tindakan mahkamah. (adalah, ialah)
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 14 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

D Pilih kata hubung yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.

1 Jumlah vitaminnya berkurangan __________ 6 Ciku boleh didapati dengan mudah __________
jambu batu semakin ranum. buah ini ditanam dengan meluas.
A yang C apabila A kerana C walaupun
B setelah D sementara B supaya D seandainya

2 Bapa saya bekerja setiap hari __________ hari 7 __________ wajah Cikgu Hamidah itu garang,
Sabtu dan hari Ahad. namun hatinya baik.
A agar C kecuali A Bahawa C Melainkan
B sejak D apabila B Semenjak D Sungguhpun

3 __________ kamu tahu jawapan soalan Sains 8 Muhammad Khairuddin membuka buku cerita
itu, bolehlah menjawabnya. __________ membacanya.
A Tetapi C Walaupun A lalu C supaya
B Jikalau D Sementara B setelah D sementara

4 Mereka berjuang bermati-matian ___________ 9 Erna Nareena berusaha bersungguh-sungguh


mempertahankan negara. ___________ menang pertandingan itu.
A lalu C dengan A lalu C sambil
B demi D sekalipun B tetapi D hingga

5 __________ kamu pergi ke bandar Teluk Intan, 10 Cik Saidhatul Amirah suka melayan pelanggan
belikan saya sekotak disket. __________ itu bukan tugasnya
A Sambil C Walaupun A tetapi C malahan
B Supaya D Seandainya B walhal D melainkan

E Pilih kata berimbuhan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.

1 Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Bapa 6 Para belia perlu ______ peranan yang positif
__________ Malaysia. dalam melaksanakan sesuatu program.
A Merdeka C Pemerdekaan A mainan C memainkan
B Kemerdekaan D Memerdekakan B bermain D mempermainkan

2 Api merebak dengan pantas akibat litar pintas 7 Encik Shahrin melanjutkan pelajarannya untuk
__________ elektrik. ______ bidang perniagaan.
A pendawai C pendawaian A mendalam C pendalaman
B didawaikan D mendawaikan B mendalami D mendalamkan

3 Semua murid tahap dua __________ dalam 8 Pihak sekolah telah ______ tentang kejadian
aktiviti kokurikulum pada petang ini. yang menimpa seorang daripada muridnya.
A terlibat C libatkan A beritahu C terberitahu
B melibat D melibatkan B diberitahu D memberitahu
4 Badan lelaki tua itu kurus kerana __________ 9 Saya akan ______ perkara yang mengaibkan
akibat penyakit yang dihidapinya. ini kepada ketua pasukan kita.
A deritai C deritakan A pemanjangan C berpanjangan
B dideritai D menderita B dipanjangkan D memanjangkan

5 Harta peninggalan jutawan dari negara Mesir itu 10 Orang ramai sering diingatkan dan dinasihatkan
__________ mencapai kepada tiga puluh juta supaya berhati-hati __________ tetamu yang
dollar Amerika. tidak dikenali.
A ditaksiri C menaksir A terima C menerima
B taksiran D ditaksirkan B diterima D penerimaan

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 15 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

F Item karangan format baru 2005 - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A
[Masa yang dicadangkan : 15 minit]
[10 markah]

1. Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.

BAHAGIAN A

Nombor Soalan
10

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 16 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

G Penulisan Genre format baru 2005 Karangan Jenis Fakta.

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Tulis suatu karangan yang bertajuk Pusat Sumber Gedung Ilmu.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul.

diasuh diperoleh dimanfaatkan khazanah meneroka

ruang rujukan selesa proses bantu

PUSAT SUMBER GEDUNG ILMU

Pusat sumber terdapat di semua sekolah. Peranan pusat sumber amat besar dalam membantu
melicinkan ...(1)... pengajaran dan pembelajaran. Di dalam pusat sumber terkumpul pelbagai jenis bahan
bacaan seperti novel, fiksyen, dan sejarah.

Pelbagai maklumat boleh ...(2)... di pusat sumber. Murid-murid juga boleh meminjam buku-buku
tertentu sebagai rujukan tambahan. Mengulang kaji pelajaran lebih ...(3)... di pusat sumber kerana bahan
rujukan ada di sekeliling kita.

Pusat sumber ada menyediakan ...(4)... untuk perbincangan. Perbincangan adalah satu daripada
cara perkongsian pintar maklumat yang amat berkesan. Semasa perbincangan juga murid-murid ...(5)...
berkomunikasi lisan secara ilmiah.

Selain daripada itu, pusat sumber juga menyediakan perkhidmatan audio visual. Alat bantu ini boleh
...(6)... dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang canggih dapat membantu menarik minat
murid-murid untuk ...(7)... ilmu.

Guru-guru pula boleh menggunakan pusat sumber sebagai tempat ...(8)... bagi mendapatkan
pelbagai bahan pengajaran yang terkini. Alat ...(9)... mengajar seperti carta, kad imbasan, video, dan slaid
disimpan di pusat sumber.

Pusat sumber merupakan sebuah gedung yang sarat dengan ...(10)... ilmu yang perlu didampingi.
Manfaatkanlah pusat sumber sebagai ejen pencetus minda gemilang. Jadikanlah pusat sumber sebagai
sahabat setia anda.

BAHAGIAN B
Nombor Soalan

30

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 17 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

H Item terkini 2005 - menyenarai/menulis amalan baik dan nilai murni daripada petikan yang disediakan.

Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]

1. Tulis beberapa nilai baik dan menarik yang dipaparkan dalam petikan cerita di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari menghadiri kelas bimbingan, saya dan kawan-kawan
saya terperangkat dalam hujan lebat. Kami singgah di sebuah rumah untuk tumpang berteduh. Tuan rumah
itu sungguh baik hati. Dia mempelawa kami masuk ke rumahnya. Dia berbual-bual mesra dengan kami. Dia
memuji sikap kami yang tidak meneruskan perjalanan pulang ke rumah kerana hujan yang amat lebat dan
diikuti dengan guruh yang sabung-menyabung. Keadaan sebegini boleh menyebabkan kemalangan, katanya
lagi. Pak Abu dengan murah hati menjamu kami minum petang dan hidangan pisang goreng.
Setelah hujan reda, kami minta diri daripada Pak Abu. Kami juga mengucapkan terima kasih atas
budi baik Pak Abu. Pak Abu melayan kami dengan begitu mesra walaupun kami bersua dengannya lebih
kurang empat puluh lima minit sahaja. Kami dapat rasakan kemesraan yang ditujukkkan oleh Pak Abu
seolah-olah beliau mengenali kami sudah begitu lama. Inilah agaknya... yang dikatakan orang hutang emas
boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.

Nombor Soalan

Bahagian C
20

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 18 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

ASUHAN KOMPAK LESTARI


TEMA : 4 PERIBAHASA TOPIKAL BAHASA MELAYU

A Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan yang disediakan.

Matahari yang memancar pada pagi itu sudah terasa bahangnya. Di tengah padang bola sepak, kelihatan
Aizat bersama-sama sepuluh orang rakannya yang gagal dalam Ujian Pengesanan Matematik sedang berlari
mengelilingi padang sebanyak tiga pusingan. Wajah mereka kelihatan masam semasa menjalani hukuman itu.
Cikgu Hamid berdiri di hujung padang sambil memegang rotan. Wajahnya kelihatan garang sekali.
Setelah menjalani hukuman, Aizat masuk ke dalam kelas Enam Bestari dengan muka mencuka. Hatinya
bertambah sakit apabila beberapa orang rakan sekelasnya mengejeknya. Pada tengah hari itu, dia pulang ke
rumah dengan perasaan geram berbaur marah. Aizat tidak berselera makan pada tengah hari itu. Jauh di sudut
hatinya, dia berazam untuk menyinari mendung hari ini. Esok pasti cerah, bisik hatinya lagi.
Sewaktu Aizat melayani perasaannya, tiba-tiba matanya terpandang ke arah pokok pisang yang tumbuh
berdekatan pangkin tempat dia berehat. Seekor siput babi kelihatan sedang mengesot memanjat anak pokok
pisang. Apabila tiba di pertengahan pokok, siput babi itu tergelongsor ke bawah. Kemudian, siput babi itu cuba
memanjat pokok itu sekali lagi. Tetapi gagal. Setelah mencuba beberapa kali, siput babi itu berjaya juga akhirnya
sampai ke pucuk pokok pisang lalu memakannya. Aizat insaf setelah melihat kesungguhan siput babi itu.
Aku berjanji tidak akan gagal lagi dalam ujian Matematik, janji Aizat kepada dirinya. Rentetan peristiwa itu,
Aizat telah mengubah sikapnya. Aizat rajin menghadiri kelas bimbingan pada sebelah petang. Aizat juga rajin
membuat latihan soalan peperiksaan Matematik pada tahun-tahun lepas. Dia berasa gembira kerana sejak
kebelakangan ini prestasinya dalam ujian Matematik dan mata pelajaran lain telah meningkat.
Tiga hari sebelum cuti akhir tahun, keputusan UPSR pun diumumkan. Tahniah, Mohd Aizat, kamu berjaya
mendapat 5A, ujar Cikgu Hamid sambil menghulurkan slip keputusan peperiksaan. Aizat bertuah kerana sedar
sebelum terlambat. Bagi memperoleh sesuatu kejayaan, seseorang itu perlu berusaha gigih dan bersungguh-
sungguh. Bak kata pepatah, Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Jadikanlah kegagalan semalam sebagai perintis kejayaan akan datang. Begitulah penjelasan serba ringkas
daripada Aizat apabila ditanya oleh kawan-kawanya.

1 Mengapakah Aizat dan kawan-kawannya lari mengelilingi padang?


A Kerana mereka didenda oleh guru Matematik
B Kerana mereka tidak menyiapkan kerja sekolah
C Kerana mereka sedang menjalani latihan sukan
D Kerana masa itu ialah masa Pendidikan Jasmani

2 Mengapakah Cikgu Hamid berdiri di hujung padang sambil memegang rotan?


A Beliau ingin mengambil rotannya yang tercicir di padang
B Beliau sedang menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin
C Beliau mahu memastikan anak muridnya patuh akan arahannya
D Beliau ingin melihat kesungguhan anak muridnya berlari di padang

3 Apakah punca yang telah menyebabkan Aizat sedar dan insaf?


A Apabila dia diejek dan disindir oleh kawan-kawan sekelasnya
B Apabila dia melihat kegigihan siput babi memanjat pokok pisang
C Apabila didenda oleh Cikgu Hamid dengan berlari mengeliling padang
D Apabila dia dinasihati oleh ibu bapanya supaya mengubah perangainya

4 Yang berikut adalah sifat-sifat yang membawa kejayaan kepada diri Aizat, kecuali
A rajin. C gigih.
B tekal. D culas.

5 Pepatah yang sesuai menggantikan jika tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya ialah
A harapkan pagar, pagar makan padi.
B enggang sama enggang, pipit sama pipit.
C berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
D kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 19 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

Pintar berbahasa membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul.


B Isikan tempat-tempat kosong dengan pilihan jawapan yang paling sesuai.

Kedua-dua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin baldu biru itu. (salah)
Kedua-dua orang pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin baldu biru itu. (betul)
{Kata bilangan kedua-dua di dalam ayat mesti diiringi dengan penjodoh bilangan yang sesuai, iaitu orang}

Seekor lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang di hujung desa itu. (salah)
Satu lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang di hujung desa itu. (betul)
{Bagi benda yang tidak nyata/jelas, penjodoh bilangan tidak boleh digunakan, guna kata bilangan sahaja}

1. ...... orang pegawai Bank Pertanian itu ialah kawan baik ayah saya. (Kedua, Kedua-dua)
Jawapannya : ________________

2. Dia mendapat tempat ...... dalam pertandingan mengayam ketupat itu. (ketiga, ketiga-tiga)

Jawapannya : ________________

3. Susu baik untuk kesihatan, namun ada ...... orang yang tidak suka minum susu. (setengah, sesetengah)
Jawapannya : ________________

4. Dia mendapat ...... bahagian daripada harta pusaka peninggalan arwah ayahnya. (setengah, sesetengah)
Jawapannya : ________________

5. Murid-murid tahun satu itu berjalan ...... semasa hendak ke kantin pada waktu rehat. (berdua, berdua-dua)
Jawapannya : ________________

C Salin ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan kata sendi yang betul.

1 Adik sangat sukakan anak patung itu, kata kakak kepada emak.
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

2 Adik saya tidur dalam biliknya semenjak dia berumur tujuh tahun.
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
3 Kami sering bersiar-siar ke Tasik Titiwangsa pada hujung minggu.
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

4 Cikgu Abdul Rahman hendak berjumpa kamu, kata Rosli kepada Salem.
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

5 Mohd Kamarul pergi kedai Pak Abu untuk membeli sebuku roti dan sebotol kicap.
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 20 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

D Pilih kata bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.

1 __________ barang antik disimpan di dalam 6 Puan Zuraini bertolak dari rumah pada pukul
bilik kecil itu. tujuh pagi __________ hari.
A Semua C Sekalian A suatu C tiap-tiap
B Seluruh D Bermacam B separuh D banyak-banyak

2 Zulfazlina mendapat ijazah kelas __________ 7 Pihak polis mengesyaki __________ orang
dalam bidang Sains Komputer. awam terlibat dalam rusuhan itu.
A lompat C peralihan A setiap C puluhan
B pertama D pemulihan B semua D setengah

3 __________ daripada harta itu akan diserahkan 8 Guru Besar berpuas hati dengan __________
ke rumah anak-anak yatim. persiapan sukan tahunan yang telah dilakukan.
A Sejumlah C Sebilangan A segala C setengah
B Sebanyak D Sebahagian B separuh D sebahagian

4 __________ ahli yang hadir, diminta bertafakur 9 Roslin telah dikalungkan dengan pingat emas
untuk memperingati tragedi tsunami yang telah kerana telah memenangi tempat __________
mengorbankan ratusan ribu nyawa. dalam acara lari 100 meter.
A Semua C Sesetengah A juara C kesatu
B Sebilangan D Sekumpulan B johan D pertama

5 Semua murid dikehendaki membawa basikal 10 Pengkaji sejarah telah berkampung di tempat
__________ dalam acara Basikalton pada hari ini __________ untuk mencari bukti bahan
Sabtu minggu kedua. peninggalan sejarah purba kaum Banjar.
A tiap-tiap C satu-satu A berjam-jam C berdekat-dekat
B dua-dua D masing-masing B berbulan-bulan D bermalam-malam

E Pilih kata ganda yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.

1 Tiba-tiba sahaja keadaan di pasar malam itu 6 Mulut Pak Said _________ membaca doa pada
menjadi __________. majlis kenduri kesyukuran itu.
A huru-hara C riuh-rendah A herot-berot C kelam-kabut
B sunyi-sepi D gelap-gelita B kumat-kamit D kembang-kempis

2 Kaki Mak Cik Leha berasa __________ kerana 7 Jiran Mak Cik Munah baik hati dan _________
duduk bersila terlalu lama. belaka.
A anai-anai C angkut-angkut A riuh-rendah C ramah-tamah
B umang-umang D semut-semutan B kusut-masai D sopan-santun
3 Puan Salamah __________ menyapu sampah 8 Mata Encik Rashdan __________ kerana rasa
di halaman rumah. mengantuk.
A terhidu-hidu C tertanya-tanya A terkebil-kebil C berkelip-berkelip
B terincut-incut D tertunduk-tunduk B bersinar-sinar D tercungap-cungap

4 Adik Nur Shuhaibba __________ nama ibunya 9 Mashitah membeli sedikit __________ semasa
semasa dia diserang demam panas. melancong ke Medan, Indonesia.
A menulis-nulis C menjerit-menjerit A oleh-oleh C epok-epok
B menolak-nolak D menyebut-nyebut B agar-agar D onde-onde

5 Mak Cik Joyah membubuh sedikit minyak disel 10 Bapa Foong memangkas ____________ pokok
pada sarang __________. mempelam di tepi rumah.
A anai-anai C labah-labah A buah-buah C pokok-pokok
B ubur-ubur D umang-umang B bunga-bunga D ranting-ranting

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 21 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

F Item karangan format baru 2005 - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.

Bahagian A
[Masa yang dicadangkan : 15 minit]
[10 markah]

1. Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.

BAHAGIAN A

Nombor Soalan
10

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 22 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

G Penulisan Genre format baru 2005 Karangan Jenis Peribahasa (Bentuk Cerita).

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Tuliskan suatu karangan berdasarkan peribahasa Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul.

belajar menjadi menyuntik bijak video

berasa dicipta perahu berfikir menyesal

SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA

Peribahasa ialah satu rangkai kata yang mempunyai bahasa yang indah dan menarik. Peribahasa
dihasilkan bertujuan untuk ...(1)... nasihat, membimbing, dan menyindir. Peribahasa juga membawa unsur-
unsur pengajaran atau didaktik.

Antara beribu-ribu peribahasa yang ...(2)... ialah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna. Peribahasa ini membawa maksud jika kita ingin melakukan sesuatu, kita hendaklah berfikir
terlebih dahulu tentang baik dan buruknya supaya kita tidak ...(3)... jika berlaku sesuatu perkara yang tidak
diingini pada hari kemudian.

Sebagai contoh, Ali sangat malas ...(4)..., semua kerja sekolahnya tidak selesai. Setiap hari, dia
bermain permainan ...(5)... dan menonton cerita kartun. Semasa ujian, dia tidak dapat menjawab soalan.
Dia tidak mengetahui jawapan yang tepat.

Ali gagal dalam peperiksaan. Dia ...(6)... malu pada kawan-kawannya. Dia menyesal kerana tidak
mendengar nasihat guru dan ibu bapanya. Namun, segalanya telah terjadi, nasi sudah ...(7)... bubur. Ali
tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

Benarlah kata peribahasa Melayu sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Kita
mesti berhati-hati dan (8) terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Terlajak (9) boleh diundur,
terlanjur perbuatan buruk padahnya.

Kesimpulannya, peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna mampu
mengingatkan kita bahawa sememangnya orang-orang tua dahulu ...(10)... membandingkan sesuatu yang
ada di alam fana ini dengan diri manusia.
BAHAGIAN B

Nombor Soalan

30

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 23 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

H Item terkini 2005 - menyenarai/menulis amalan baik dan nilai murni daripada petikan yang disediakan.

Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]

1. Tulis beberapa nilai baik dan menarik yang dipaparkan dalam petikan cerita di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Seorang dari kawan baik saya berasal dari keluarga yang miskin. Tiap-tiap hari dia ke sekolah tanpa
membawa wang saku. Sebaliknya, dia hanya membawa bekal dari rumah. Bekal tersebut seperti ubi rebus,
jemput pisang, nasi lemak, dan jemput labu. Bekal itu dimasak oleh ibunya. Ada kalanya kawan saya itu
hanya membawa air masak sahaja. Namun demikian, dia sangat rajin berlajar. Dia juga selalu memperoleh
markah yang tinggi dalam setiap mata pelajaran. Dia juga tidak kedekut ilmu. Amir selalu membantu rakan-
rakanya yang mempunyai masalah dalam pelajaran. Semua rakannya suka akan Amir.
Kini Amir sudah bergelar doktor. Keluarganya juga sudah menikmati kehidupan yang lebih sempurna.
Ayah dan ibu Amir tinggal bersama-sama Amir di bandar. Amir merupakan seorang doktor yang sangat
mengambil berat tentang pesakitnya. Sudah ratusan pesakit batu karang yang diselamatkan oleh Doktor
Amir. Doktor Amir merupakan seorang doktor pakar bedah dan pakar penyakit batu karang. Beliau sudah
berkhidmat hampir lapan tahun di hospital tersebut. Semua kakitangan hospital sangat senang dengan sikap
Doktor Amir yang peramah dan baik budi itu.

Nombor Soalan

Bahagian C
20

ASUHAN KUKUH DAN KEKAL 24 BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

Anda mungkin juga menyukai