Anda di halaman 1dari 4

LATIHAN 1 - KATA GANDA

Isi tempat kosong dengan kata ganda yang paling sesuai :


1 Kaki Alya ________kerana digigit nyamuk di kebun itu.
A keras-keras C gatal-gatal
B carik-carik D garu-garu

2 Puan Diana rambang mata memilih kain batik yang _______ di kedai itu.
A cantik-cantik C bulat-bulat
B alang-alang D kelip-kelip

3 Antara _______ murid yang cemerlang ialah bijak, rajin dan berbudi bahasa.
A diam-diam C biri-biri
B baik-baik D ciri-ciri

4 Ibu memegang tangan adik ________ semasa hendak melintas jalan.


A dekat-dekat C ketat-ketat
B rapat-rapat D erat-erat

5 Tumit kaki Rita ________ kerana terlalu kering.


A jarang-jarang C tebal-tebal
B pecah-pecah D pijak-pijak

6 Datuk Kamil _________ ada di pejabatnya kerana sering menghadiri mesyuarat di luar daerah.
A kadang-kadang C bukan-bukan
B jarang-jarang D jarak-jarak

7 Sistem pengangkutan yang terdapat di negara Jepun _______ belaka.


A canggih-canggih C faham-faham
B bangun-bangun D ciri-ciri

8 Cikgu Azlan menunjukkan _________ untuk membuat model kamera itu kepada murid-muridnya.
A lincah-lincah C cara-cara
B asyik-asyik D ciri-ciri

9 Juruterbang merupakan _________ abang sejak kecil lagi.


A minta-minta C cita-cita
B cari-cari D kira-kira

10 Abang Reza ________ terjun ke dalam kolam renang untuk menyelamatkan budak yang hampir
lemas itu.
A kemas-kemas C cepat-cepat
B malas-malas D rajin-rajin

Jawapan 1C 2A 3D 4D 5B 6B 7A 8C 9C 10C
Latihan 2 - Kata Ganda
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang paling sesuai :
1 Buah durian yang dibeli oleh ayah _______ isinya.
A manis-manis C pekat-pekat
B cukup-cukup D elok-elok

2 Kakak menyelitkan sekeping nota di ________ buku yang menimbun itu.


A masuk-masuk C jarak-jark
B celah-celah D jiran-jiran

3 “________ kamu, siapakah yang layak untuk menjadi ketua pengawas sekolah kita?” tanya Peter
kepada kepada Susan.
A Moga-moga C Kata-kata
B Agak-agak D Kira-kira

4 Ibu membantu adik mengenal _______ yang terdapat di dalam buku itu.
A abjad-abjad C ingat-ingat
B habis-habis D kira-kira

5 Puan Leza menghidangkan _______ santan kepada tetamu yang datang ke rumahnya.
A mentah-mentah C agar-agar
B murah-murah D nasi-nasi

6 Mohan bimbang ________ permohonannya untuk melanjutkan pelajaran di universiti itu ditolak.
A kalau-kalau C bukan-bukan
B nyaris-nyaris D takut-takut

7 Helmi bertanggungjawab memelihara _________nya sejak pemergian kedua-dua orang tua


mereka.
A rakan-rakan C adik-adik
B jiran-jiran D ibu-ibu

8 ________ yang dipakai oleh Puan Ani bertatahkan batu permata.


A Panjang-panjang C kain-kain
B Anting-anting D Baju-baju

9 Irene _______ setelah makan makanan yang tercemar itu.


A muntah-muntah C kurus-kurus
B lembik-lembik D hati-hati

10 Wajah gadis yang berambut keriting itu ______ wajah biduanita Sharifah Ani.
A nyaris-nyaris C cemas-cemas
B hampir-hampir D iras-iras

Jawapan:
1D 2B 3B 4A 5C 6A 7C 8B 9A 10D
Latihan 3 - Kata Ganda
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang paling sesuai :

1 Ramai yang mengetahui bahawa __________tidak baik untuk.


A pedas-pedas C gula-gula
B paru-paru D guli-guli

2 Nenek menyediakan makanan yang _______ setiap kali kami pulang ke kampung.
A penuh-penuh C enak-enak
B cantik-cantik D lauk-lauk

3 Adik berlari _________ mendapatkan ayah yang baru pulang dari kerja.
A kedek-kedek C kelek-kelek
B lincah-lincah D lama-lama

4 Cadangan saya untuk menambah kolam ikan di tman sains ditolak _________ oleh guru besar.
A mentah-mentah C masing-masing
B masak-masak D molek-molek

5 “ __________ bekalan air di kampung ini terputus selama beberapa hari,” kata salah seorang
penduduk kepada wartawan.
A kadang-kadang C jangan-jangan
B lambat-lambat D jarak-jarak

6 Pertandingan memasak makanan tradisional ________ kali diadakan di kawasan perumahan saya.
A lapang-lapang C lama-lama
B jarang-jarang D satu-satu

7 Ayah memandu kereta dengan ________ untuk mengelakkan kemalangan.


A henti-henti C lama-lama
B jarak-jarak D hati-hati

8 Irine tidak ______ bercerita tentang pengalamannya melancong ke luar negara.


A masak-masak C cukupcukup
B lancar-lancar D habis-habis

9 Petani itu meletakkan __________ di sawahnya untuk menakut-nakutkan burung.


A bunga-bunga C kayu-kayu
B orang-orang D para-para

10 Kita perlu berfikir _________ sebelum membuat sebarang keputusan.


A masak-masak C tajam-tajam
B penuh-penuh D tebal-tebal

Jawapan
1C 2C 3A 4A 5A 6C 7D 8D 9B 10A
Latihan 4 - Kata Ganda
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang paling sesuai :
1 Murid perempuan yang membuat persembahan tarian zapin itu ___________.
A canggih-canggih C kemas-kemas
B comel-comel D gagah-gagah

2 Kedengaran _____ suara Muaz memanggil nama saya dari atas bukit itu.
A jarang-jarang C sedap-sedap
B sayup-sayup D lazat-lazat

3 Pemuda itu mengalami kerugian beribu ringgit ________ tertipu dengan skim cepat kaya itu.
A kadang-kadang C cuba-cuba
B cerita-cerita D gara-gara

4 Ali bercakap dengan lembut, ________perasaan kawannya akan tersinggung.


A jangan-jangan C entah-entah
B bukan-bukan D takut-takut

5 Usaha yang dilakukannya selama ini tidak _______apabila dia berjaya memperoleh segulung ijazag
dalam bidang perakaunan.
A payah-payah C ragu-ragu
B sudah-sudah D sia-sia

6 Duit yang ada pada Encik Idrus _____ untuk membayar sewa rumah pada bulan ini sahaja.
A cukup-cukup C jauh-jauh
B minta-minta D iras-iras

7 Bukan _______ orang yang terpilih untuk menjadi angkawasan negara itu.
A calang-calang C main-main
B gesa-gesa D ikut-ikut

8 Encik Lim lebih suka menggunakan _________berbanding mesin kira untuk mengira hasil
jualannya.
A dekak-dekak C sepoi-sepoi
B dekat-dekat D biji-biji

9 Farhana belum _____ lagi walaupun sudah pukul 12:00 malam kernan mahu menyiapkan kerja
sekolahnya.
A bangun-bangun C tidur-tidur
B celik-celik D jaga-jaga

10 Suki sering _________ rajin untuk menarik perhatian majikannya.


A dengar-dengar C malu-malu
B diam-diam D pura-pura

Jawapan 1B 2B 3D 4D 5D 6A 7A 8A 9C 10D

Anda mungkin juga menyukai