Anda di halaman 1dari 6

LATIHAN BULAN APRIL MINGGU 1

1 ______________ itu membuat laporan lintas langsung dari Stadium Bukit Jalil Semasa Perlawanan
Badminton Terbuka Malaysia diadakan.
A Jutawan B Hartawan C Wartawan D Dermawan

2 Pemilik syarikat yang _______________________ itu sentiasa menderma kepada bahan kebajikan.
A rupawan B budiman C negarawan D pustakawan

3 Semua pekerja di Syarikat Seng Lee perlu mengikuti __________________ yang telah ditetapkan.
A tatakerja B tatatertib C tatasusila D tatabahasa

4 Persembahan nyanyian oleh ________________ yang terkenal itu menghiburkan hati para penonton.
A biduanita B sukarelawati C angkasawati D olahragawati

5 Abang saya ______________________ Universiti Sains Malaysia.


A mahasiswa B mahaguru C mahasiswi D mahasiswi

6 Emak menyapu sedikit cecair _________________ pada luka di kaki adik.


A antibody B antikarat C antiseptik D antijenayah

7 Gadis yang _______________________ itu akhirnya berkahwin dengan pemuda idamannya.


A olahragawan B budayawan C karyawan D rupawan

8 ______________________ negara telah selamat berlepas ke angkasa lepas.


A Peragawan B Pustakawan C Negarawan D Angkasawan

9 Mesin pencetak _____________________ itu sangat berguna di pejabat.


A dwitahunan B dwimingguan C dwibahasa D dwifungsi

10 Masalah penggunaan bahasa Melayu di negara ini telah dibahaskan oleh para __________________ .
A cendekiawan B wartawan C hartawan D jutawan

11 ___________________ untuk memasuki universiti itu sangat ketat.


A Prasyarat B Prasarana C Prasangka D Prasiswazah

12 “Jangan selalu ____________________ buruk terhadap orang lain,” nasihat emak kepada kami.
A prasyarat B prasarana C prasangka D prasejarah

13 Kamus elektronik _________________ itu dijual kepada para pelajar dengan harga yang berpatutan.
A dwitahunan B dwibahasa C dwiminggu D dwibulan

14 Ramuna telah menerima anugerah ______________________ sekolah selama dua tahun berturut-turut.
A mahasiswa B peragawati C sukarelawati D olahragawati

15 Encik Latif bertugas sebagai _________________________ di Perpustakaan Negara sejak tahun 1999.
A biduan B mahasiswa C peragawan D pustakawan

16 Sudah lima tahun kakak menjadi ______________________ di Syarikat Penerbangan ABC.


A olahragawati B pramugari C biduanita D seniwati

17 Encik Kamal seorang yang _______________ yang bekerja dalam semua pengiklanan.
A biduan B rupawan C peragawan wartawan
Latihan 2
1 Hartawan itu tidak_______ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
A sampai hati B pilih kasih C kepala keras D mulut murai

2 Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______________ itu.
A lidah bercabang B curi tulang C pisau cukur D ringan tulang

3 Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dalam Pendidikan, akhirnya menjadi _________________ .
A pisau cukur B otak udang C lintah darat D perigi buta

4 Fatimah hanya ______ apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.


A putih mata B telinga nipis C senyum simpul D telinga kuali

5 Emak selalu menegur sikap abang yang ___________________ itu.


A langkah kanan B berat tulang C rabun ayam D berat hati

6 Kakak saya __________________ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.
A berat sebelah B orang dalam C ringan tulang D makan gaji

7 Sikap Markiah yang suka __________________ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.
A campur tangan B ganti tikar C ambil angin D batu api

8 Rajan ______ setelah mengecap kemewahan hidup sehingga tidak mempedulikan keluarganya lagi.
A makan angin B berat tulang C lupa daratan D buruk siku

9 Anita sangat ______ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.


A hisap darah B busuk hati C cakar ayam D suka hati

10 Penduduk kampung itu menerima kunjungan Perdana Menteri pada hujung minggu yang lalu.
A besar kepala B geli hati C besar hati D isi hati

11 Pekerja syarikat itu menerima ______ setelah dibayar bonus selama enam bulan oelh majikan mereka.
A durian runtuh B mata duitan C mahkota hati D buah fikiran

12 Charles memang pandai bercakap, tetapi ibarat _______________________ sahaja kerana dia tidak tahu
membuat apa-apa kerja pun.
A perut kosong B gelap mata C tulang hitam D tin kosong

13 Remaja itu gelisah bagai _____ apabila rahsianya yang merokok telah diketahui oleh keluarga.
A cacing kepanasan B gila bayang C kaki bangku D otak udang

14 Walaupun hidup sederhana, Nadia _______ dan sering membantu orang miskin dan fakir.
A mulut tempayan B murah hati C baik sangka D pilih kasih

15 Mangsa-mangsa kebakaran itu hanya tinggal ________________________ kerana harta benda mereka
semua musnah dalam kebakaran itu.
A sehelai sepinggang B kacang hantu C saudara kandung D kata putus

16 Setiap bulan Muirah akan ______ untuk mencantikkan dan mewangikan tubuh badannya.
A mandi bunga B pasang tangan C mandi peluh D cuci tangan

17 Amiah dan ibunya berkebun sayur di atas tanah yang _____ di belakang rumah mereka.
A sekangkang kera B setengah tiang C kucing bertanduk D jalan tengah
18 Encik Jaya sudah mengenal pasti pekerjanya yang selalu makan _____ semasa di pejabat.
A banyak akal B gaji pokok C lintah darat D gaji buta

19 Dia _______ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.
A berpeluk tubuh B putih tulang C makan suap D mati kuku

20 Sarimah sudah pandai ______ apabila keluar rumah.


A pasang badan B naik minyak C perang mulut D berat tulang

Latihan 3

1 Shamsul dan isterinya Mastura sangat secocok _________.


A seperti kerbau dicucuk hidung B seperti rusa masuk kampung
C bagai pinang dibelah dua D seperti api dalam sekam

2 Menolong Rudi ______ kerana dia hanya mengharapkan simpati ahli keluarga tanpa mahu berusaha.
A bagai aur dengan tebing B bagai bunyi periau pecah
C bagai ayam dimakan tungau D bagai mendukung biawak hidup

3 Pui Man dikatakan ______ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.
A bagai pahat dengan penukul B bagai ayam disambar helang
C bagai menatang minyak yang penuh D bagai menarik rambut di dalam tepung

4 Lily yang jelita ______ diminati oelh ramai pemuda.


A seperti isi dengan kuku B bagai murai tercabut ekor
C bagai bulan purnama penuh D seperti katak di bawah tempurung

5 Puan Lee dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka _______ setelah terlibat dalam
kemalangan.
A seperti cicak makan kapur B bagai telur di hujung tanduk
C bagai sirih pulang ke gagang D seperti kerbau dicucuk hidung

6 Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka seperti ______________
A ular kena palu B batu jatuh ke lubuk
C kacang lupakan kulit D air dicencang tidak akan putus

7 Kehidupan Wen sekeluarga akhirna _________, apabila kedua-dua orang abangnya berjaya menjawat
jawatan tinggi di ibu kota.
A bagai kain tiga hasta B bagai kumbang putus tali
C bagai Belanda meminta tanah D seperti kaca terhempas ke batu
Anwaruddin bin Ahmad,
No. 9, Lorong Bakawali 1,
Taman Stephen, 88200 KOTA KINABALU,
Sabah.
30 OKTOBER 1995
Yang diingati saudaraku Nabil,
Apa khabar? Saya di sini berada dalam keadaan sihat walafiat dan diharapkan saudara dan keluarga saudara
lebih-lebih lagi di Melaka.
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana terlewat membalas surat saudara tempoh hari. Saudara tentu
sedar, pada hujung tahun semua pelajar sibuk membuat persediaan untuk menduduki ujian semester, termasuk saya.
Cerita saudara tentang musim buah-buahan, mengingatkan saya beberapa kenangan indah ketika berada di
kampung saudara tempoh hari. Kita berbual-bual di dalam pondok sambil menunggu buah durian gugur. Sebaik-baik
sahaja kedengaran buah durian gugur, masing-masing memasang jamung dan berlari-lari mencari buah itu. Biasanya
ayah saudara yang lebih dahulu menjumpai buah durian itu. Meskipun ayah saudara sudah tua, namun
pendengarannya amat tajam dan dia dapat mengecam dengan tepat pokok yang mana gugur buahnya. Saudara tentu
masih ingat, saya terpegang badan landak lalu menjerit kerana ketakutan dan berlari ke arah ayah saudara. Kalian
ketawa kerana geli hati. Suasana di dusun itu menjadi riuh-rendah. Kakak saudaralah yang paling kuat ketawanya.
Kepada saya peristiwa itu cukup mengesankan.
Dalam surat saudara, saudara bertanya tentang Pulau Sipadan. Pulau ini terletak kira-kira empat puluh
kilometer dari bandar Semporna. Kita boleh ke sana dengan menaiki feri atau bot dari Semporna atau Tawau. Pulau
Sipadan merupakan salah satu pulau yang tercantik di dunia. Pantainya bersih, putih dan menganjur sepanjang 18
kilometer. Air lautnya amat jernih Tldak hairanlah jika pulau ini berjaya menarik ribuan pelancong saban tahun.
Tambahan pula bentuk chaletnya yang cantik tetapi sewanya pula tidaklah mahal.
Menurut legenda itu, kononnya di bawah pulau ini terdapat sebuah gua besar dikenali dengan nama 'Gua
Kubur Penyu'. Dipercayai gua ini menjadi tempat tuju penyu jika ia hendak mati. Apabila sampai waktunya penyu
penyu akan berenang memasuki gua tersebut dan tidak keluar-keluar lagi. Mungkinkah legenda itu benar? Tiada siapa
yang mengetahui hal yang sebenarnya meskipun para penyelam terjumpa dengan timbunan kulit penyu di kawasan itu.
Jika saudara ke sini, akan saya bawa saudara ke pulau ini. Pulau Sipadan menanti saudara. Sampai di sinilah
coretan saya. Sehingga kita bertemu di lembaran lain, salam mesra yang berkekalan untuk saudara sekeluarga.

Sekian, terima kasih.


Sahabatmu,
_____________________
(Anwaruddin b. Ahmad)
11 Apakah maksud frasa 'lebih-lebih lagi' dalam petikan itu?
A Anwaruddin berharap keluarga penulis sentiasa sihat.
B Penulis berharapkan kawannya serta keluarganya lebih sihat.
C Penulis serta keluarganya dan keluarga Anwaruddin lebih sihat lagi.
D Semua pihak berada dalam keadaan lebih sihat walafiat.

12 Maksud perkataan tajam dalam petikan di atas ialah


A baik B cekap C galak D mudah

13 Apakah peristiwa yang sukar dilupai oleh penulis ketika berada di dusun durian itu?
A Duduk di atas dangau sambil menunggu buah durian gugur.
B Suasana riuh ketika mencari buah durian yang gugur.
C Gelak ketawa kakak yang kuat itu.
D Penulis teraba belakang landak dan semua orang ketawa.
14 Maklumat manakah yang tidak benar tentang Pulau Sipadan?
A Pantainya putih dan memanjang sejauh 18 kilometer.
B Para penyelam gemar melihat keindahan dasar laut.
C Chaletnya elok dan sewanya pula murah.
D Pelancong datang setelah mendengar legenda itu.

15 'Gua Kubur Penyu' mendapat namanya mungkin sekali kerana


A di situ tempat tuju penyu jika ia hendak mati. B di situ tempat penyu keluar masuk.
C di situ terjumpanya banyak kulit penyu. D gua itu menjadi tumpuan pelbagai jenis penyu.

16 Siapakah nama penulis ?


____________________________________________________________________________________________

17 Di manakah rakan penulis tinggal ?


_______________________________________________________________________________________

18 Mengapakah penulis sangat sibuk sehingga balasan surat lambat kepada rakannya?
_______________________________________________________________________________________

19 Pernahkah anda melawat temapt-tempat menarik di Malaysia? Di mana dan apakah yang anda sukai di
tempat tersebut ?
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________

20 Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan sektor
pelancongan di negara kita?
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
Pastikan Bendahara menjaga
perairan di Kampung Budu
Bersama Hang Tuah pada malam
ini.

Esok beta ingin berangkat ke


Kampung Budu. Tuan Hamba
perlu mengikuti beta ke sana.

Berikan makanan ini kepada


rakyat sebelum matahari
terbenam pada hari ini.

Sampaikan perutusan ini kepada


sahabat beta yang berada di
Belanda.

Anda mungkin juga menyukai