Anda di halaman 1dari 21

LATIH TUBI PERIBAHASA.

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang


paling sesuai.

1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar


ataupun majalah kerana dia _______________.

A buta hati

B buta huruf

C buta kayu

D buta gaji

2 Munirah tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia
dianggap

___________________ .

A anak buah

B anak emas

C anak tunggal

D anak bongsu

3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti


berbual

kerana adik ___________________.

A otak cair

B otak udang

C mulut murai

D mulut tempayan
4 Amirul mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________
sebelum

pergi ke sekolah.

A alas perut

B ikat perut

C perut busuk

D perut kosong

5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah


sudah

mendirikan rumah tangga.

A anak tut

B anak tiri

C anak bini

D anak beranak

6 Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja


mereka sampai

jamuan mula dihidang.

A langkah kanan

B langkah bendul

C langkah seribu

D langkah kiri

7 Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan


suaminya

walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.


A geli hati

B makan hati

C cekal hati

D isi hati

8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran


Jom

Heboh.

A harga diri

B harga mati

C tanda mata

D tanda harga

9 Pada malam itu, Shamimi ________________ sehingga dia tidak


menyedari bilik tidurnya telahdicerobohi pencuri.

A pekak badak

B lepas tangan

C makan hati

D tidur mati

10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran


dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili
perlawanan tersebut.

A banyak mulut

B berat sebelah

C angkat kaki

D lepas tangan
11 Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia
tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.

A bagai cicak makan kapur

B bagai kumbang putus tali

C bagai itik pulang petang

D bagai balak terendam

12 Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________


kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.

A bagai ayam disambar helang

B bagai anjing dengan kucing

C bagai katak di bawah tempurung

D bagai melepaskan batuk di tangga

13 Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu


________________________

kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada


pihak kerajaan.

A bagai bulan jatuh ke riba

B bagai kaca jatuh ke batu

C bagai duri dalam daging

D bagai ayam disambar helang

14 Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli


keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.

A bagai melepas anjing tersepit


B bagai dihiris dengan sembilu

C bagai ayam disambar helang

D bagai kaca jatuh ke batu

15 Fatimah dianggap ________________________ kerana tidak dapat


menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.

A seperti lipas kudung

B seperti ayam berak kapur

C seperti bulan penuh purnama

D seperti kera sumbang

16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-


adiknya

_________________________________ .

A bagai mendukung biawak hidup

B bagai ayam mengeram telur

C bagai pahat dengan penukul

D bagai wau putus tali

17 Encik Badarudin _________________________ setelah menerima


panggilan

ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.

A bagai mencurah air ke daun keladi

B bagai menghitung bulu kambing

C bagai berumah di tepi pantai

D bagai anjing buruk kepala


18 Hidup Mak Timah ____________________kerana setalah suaminya
meninggal dunia dua bulan lalu, rumahnya pula terbakar.

B seperti tikus jatuh ke beras

C seperti mendukung biawah hidup

D seperti sudah jatuh ditimpa tangga

19 Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan


bengkang-bengkok seperti __________________________________ .

A bumi dengan langit

B aur ditarik songsang

C pinang dibelah dua

D ular kena palu

20 Razali ___________________________ kerana setelah berjaya


menjawat

jawatan yang tinggi di bandar dia telah melupakan ibu bapanya di


kampung .

A enau dalam belukar

B kacang lupakan kulit

C aur dengan tebing

D dakwat dengan kertas

21 Salmi Farhana berasa _____________________ kerana tidak


diundang ke majlis hari lahir rakan baiknya.

A makan hati

B iri hati
C ada hati

D buah hati

22 Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya


_____________ ke taman bunga.

A ambil hati

B ambil langkah

C ambil ringan

D ambil angin

23 Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam

pertandingan bercerita itu.

A makan hati

B jatuh hati

C iri hati

D ambil hati

24 Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah


menjadi

_______________________ rakyat Malaysia.

A buah tangan

B buah mulut

C buah hati

D buah pena
25 ___________________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa
suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

A Makan hati

B Hancur hati

C Besar hati

D Jatuh hati

26 ___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di


sebuah rumah kosong.

A Air muka

B Ada hati

C Ada harapan

D Air tangan

27 Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika


menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.

A duit hantaran

B duit pecah

C duit raya

D duit kopi

28 Cikgu Patricia Ang tiba-tiba _________________ apabila beliau


mengetahui

anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.

A ada angin

B atas angin

C naik angin
D khabar angin

29 Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang


beraneka corak dan warna di kedai itu.

A rambang mata

B lupa daratan

C serkap jarang

D lipas kudung

30 Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat


Program Hari Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu
Licin, Beruas pada minggu depan.

A pasang badan

B pasang telinga

C ambil berat

D ambil hati

31 Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu

menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.

A seperti mencurah garam ke laut

B seperti kera mendapat bunga

C seperti Belanda diberi tanah

D seperti hujan jatuh ke pasir

32 Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu


agama yang mencukupi sejak kecil kerana baginya
_____________________________ .
A tepuk dada tanya selera

B segan bertanya sesat jalan

C harapkan pagar, pagar makan padi

D melentur buluh biarlah daripada rebungnya

33 Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________


ketika

mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.

A buang yang keruh ambil yang jernih

B segan bertanya sesat jalan

C sambil menyelam minum air

D bagaimana acuan begitulah kuihnya

34 Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis


yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti
___________________.

A rambut sama hitam, hati lain-lain

B sambil menyelam minum air

C ukur baju di badan sendiri

D tepuk dada tanya selera

35 Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja


gotong-royong

bagai ____________________________________ .

A cincin dengan permata

B kucing dengan anjing

C aur dengan tebing


D isi dengan kuku

36 Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula


pelajarannya

kerana dia yakin _________________________________ .

A lain di mulut lain di hati

B tepuk dada tanya selera

C indah khabar daripada rupa

D belakang parang diasah lagikan tajam

37 Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau


menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.

A seperti lembu dicucuk hidung

B seperti anjing menyalak bukit

C seperti tikus membaiki labu

D seperti murai tercabut ekor

38 Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada


murid-muridnya_________________________________ kerana semua
nasihatnya tidakmereka endahkan.

A bagai haruan makan anak

B bagai kambing dihalau ke air

C bagai mencurah air ke daun keladi

D bagai melepaskan batuk di tangga

39 Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim
hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja
____________________.
A bagai gergaji dua mata

B bagai pahat dengan penukul

C bagai kucing kehilangan anak

D bagai telur di hujung tanduk

40 Hanna Nadia seperti _____________________________________ kerana

banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.

A katak di bawah tempurung

B ayam disambar helang

C kera mendapat bunga

D murai tercabut ekor

PENJODOH BILANGAN
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat
kosong dalam ayat-ayatberikut.

1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli


beratus-ratus
__________ kawat berduri.
A utas
B gulung
C gelung
D bidang

2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia


A Sejambak
B Sekuntum
C Sejambangan
D Sebatang

3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.


A utas
B untai
C gulung
D lembar

4 "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak


Cik Salmah
kepada Jamilah.
A cuit
B cubit
C colet
D genggam

5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.


A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan

6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket,


Thailand.
A kelompok
B tompok
C buah
D biji

7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam


dia menghadap meja tulisnya.
A patah
B potong
C cebis
D untai

8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.


A biji
B ulas
C buah
D buku

9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka


pada jarinya.
A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk

10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak


itu.
A butir
B das
C biji
D pucuk

11 Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .


A papan
B keping
C naskhah
D rangkap

12 Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.


A baris
B patah
C rangkap
D buah

Soalan 13 Berdasarkan Gambar 1.


Gambar 1

13 Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu.


A gelung
B papan
C mata
D biji

14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.


A puntung
B berkas
C kotak
D pucuk

15 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap


adiknya
mendapat __________ .
A sebiji
B seruas
C sehiris
D seketul

16 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di


Kampung
Sungai Kota.
A pintu
B papan
C bidang
D rangkai

17 Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam


perjalanan ke perhentian bas.
A seutas
B sebilah
C sejambak
D serumpun

Soalan 18 Berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

18 Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu


untuk
mencantikkannya.
A ulas
B butir
C keping
D potong

19 Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.


A segulung
B segelung
C sekajang
D sebuah

20 Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di


kedai Ali.
A sekeping
B selembar
C senaskhah
D sehelai

21 "Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________


rambutan di gerai buah-buahan itu," pesan ibu kepada ayah.
A biji ... buah
B sisir ... ikat
C tandan ... gugus
D sikat.....longgok
22 "Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa
__________ camca di atas meja itu," kata Chef Wan kepada
pembantunya.
A biji ... batang
B buah ... batang
C bekas ... bilah
D butir ... bilah

23 Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian,


dia
meletakkannya di atas se __________ almari.
A kuntum ... biji
B bakul ... buah
C jambak ... deret
D jambangan ... buah

24 Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang


dan
__________ tali untuk mencari rotan.
A sebentuk ... selembar
B sebatang ... segelung
C selaras ... segulung
D sebilah ... seutas

25 Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang


masih panas itu.
A seekor
B secubit
C seketul
D segenggam

26 Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________


rambutan.
A segugus ... setangkai
B segugus ... seikat
C sebiji ... selonggok
D setangkai ... segugus

27 Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan


__________ pena.
A sekuntum ..... sebilah
B sejambangan ..... seberkas
C setangkai ..... sepucuk
D sejambak ..... sebatang

28 Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan


menggunakan lima _________ rifel M16.
A butir ..... pucuk
B das ..... laras
C biji ..... batang
D laras ..... das

29 Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar


di Kedai
Payang.
A sehelai ..... segulung
B secarik ..... segelung
C secebis ..... sehamparan
D sehelai ..... sebidang

30 Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke


arah __________ burung ciak itu.
A genggam ..... segerombolan
B batang ..... sekumpulan
C ketul ..... sekawan
D kepal ..... seekor

31 __________ senapang dan beberapa __________ peluru telah


dijumpai di tepi
bangunan itu.
A Sebatang ..... biji
B Sedas ..... buah
C Selaras ..... butir
D Sekaki ..... butir

32 Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?


A sebakul ..... seberkas
B selonggok ..... seikat
C seberkas ..... seikat
D sekawan ..... segulung

33 Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan __________


asam gelugur dan beberapa __________ bawang merah.
A sepotong .. biji
B sehiris .. ulas
C seketul .. biji
D sekeping .. biji

34 Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan


keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa
__________ kelapa.
A ulas .. sikat
B biji .. tandan
C ikat .. tandan
D ikat .. sisir

35 Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai


ditenggelami air akibat hujan lebat.
A jalur .. pintu
B kaki .. baris
C batang .. deret
D baris .. buah

36 Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah


__________ pulut
dan memakan __________ sirih.
A seketul .. sekeping
B segenggam .. sehelai
C sepotong .. selembar
D sekepal .. sekapur

37 Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu


membawa
__________ penggali dan beberapa __________ dawai.
A sebatang .. gelung
B sebuah .. gelung
C sekerat .. lembar
D sebilah .. utas

38 Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga


__________ serai di
belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.
A baris .. pucuk
B deret .. kelompok
C batas .. rumpun
D ikat .. jambak

39 Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan


pinggan.
A sekepul
B segugus
C setompok
D segumpal

Soalan 40 Berdasarkan Gambar 3


Gambar 3

40 __________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi


untuk mencari
makan.
A Sepasukan
B Sekawan
C Serumpun
D Segerombolan

Anda mungkin juga menyukai