Anda di halaman 1dari 18

LATIHAN PERIBAHASA - Tingkatan 1 Cerdik dan 1

Bestari 2013

SMK DATO' SYED ESA, BATU PAHAT, JOHOR.

NAMA : ______________________ TINGKATAN: _____________


TARIKH: ________

LATIH TUBI PERIBAHASA.


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan
yang paling sesuai.

1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun


majalah kerana dia _______________.
A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji

2 Munirah tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap
___________________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu

3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti


berbual
kerana adik ___________________.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan

4 Amirul mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________


sebelum
pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong

5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah


sudah
mendirikan rumah tangga.
A anak tut
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak

6 Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka


sampai
jamuan mula dihidang.
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri

7 Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan


suaminya
walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati

8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran


Jom
Heboh.
A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga

9 Pada malam itu, Shamimi ________________ sehingga dia tidak


menyedari bilik tidurnya telahdicerobohi pencuri.
A pekak badak
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati

10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci
oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili
perlawanan tersebut.
A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan

11 Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia


tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.
A bagai cicak makan kapur
B bagai kumbang putus tali
C bagai itik pulang petang
D bagai balak terendam

12 Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________


kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
A bagai ayam disambar helang
B bagai anjing dengan kucing
C bagai katak di bawah tempurung
D bagai melepaskan batuk di tangga

13 Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu


________________________
kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak
kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai kaca jatuh ke batu
C bagai duri dalam daging
D bagai ayam disambar helang

14 Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli


keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.
A bagai melepas anjing tersepit
B bagai dihiris dengan sembilu
C bagai ayam disambar helang
D bagai kaca jatuh ke batu

15 Fatimah dianggap ________________________ kerana tidak dapat


menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
A seperti lipas kudung
B seperti ayam berak kapur
C seperti bulan penuh purnama
D seperti kera sumbang

16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya


_________________________________ .
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai ayam mengeram telur
C bagai pahat dengan penukul
D bagai wau putus tali

17 Encik Badarudin _________________________ setelah menerima


panggilan
ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menghitung bulu kambing
C bagai berumah di tepi pantai
D bagai anjing buruk kepala

18 Hidup Mak Timah ____________________kerana setalah suaminya


meninggal dunia dua bulan lalu, rumahnya pula terbakar.
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti mendukung biawah hidup
D seperti sudah jatuh ditimpa tangga

19 Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-


bengkok seperti __________________________________ .
A bumi dengan langit
B aur ditarik songsang
C pinang dibelah dua
D ular kena palu

20 Razali ___________________________ kerana setelah berjaya


menjawat
jawatan yang tinggi di bandar dia telah melupakan ibu bapanya di
kampung .
A enau dalam belukar
B kacang lupakan kulit
C aur dengan tebing
D dakwat dengan kertas

21 Salmi Farhana berasa _____________________ kerana tidak


diundang ke majlis hari lahir rakan baiknya.
A makan hati
B iri hati
C ada hati
D buah hati

22 Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya


_____________ ke taman bunga.
A ambil hati
B ambil langkah
C ambil ringan
D ambil angin

23 Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam


pertandingan bercerita itu.
A makan hati
B jatuh hati
C iri hati
D ambil hati
24 Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi
_______________________ rakyat Malaysia.
A buah tangan
B buah mulut
C buah hati
D buah pena

25 ___________________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa


suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
A Makan hati
B Hancur hati
C Besar hati
D Jatuh hati

26 ___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di


sebuah rumah kosong.
A Air muka
B Ada hati
C Ada harapan
D Air tangan

27 Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika


menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
A duit hantaran
B duit pecah
C duit raya
D duit kopi

28 Cikgu Patricia Ang tiba-tiba _________________ apabila beliau


mengetahui
anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.
A ada angin
B atas angin
C naik angin
D khabar angin

29 Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang


beraneka corak dan warna di kedai itu.
A rambang mata
B lupa daratan
C serkap jarang
D lipas kudung

30 Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat


Program Hari Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin,
Beruas pada minggu depan.
A pasang badan
B pasang telinga
C ambil berat
D ambil hati

31 Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu


menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
A seperti mencurah garam ke laut
B seperti kera mendapat bunga
C seperti Belanda diberi tanah
D seperti hujan jatuh ke pasir

32 Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu


agama yang mencukupi sejak kecil kerana baginya
_____________________________ .
A tepuk dada tanya selera
B segan bertanya sesat jalan
C harapkan pagar, pagar makan padi
D melentur buluh biarlah daripada rebungnya

33 Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________


ketika
mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B segan bertanya sesat jalan
C sambil menyelam minum air
D bagaimana acuan begitulah kuihnya

34 Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang
rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti
___________________.
A rambut sama hitam, hati lain-lain
B sambil menyelam minum air
C ukur baju di badan sendiri
D tepuk dada tanya selera

35 Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-


royong
bagai ____________________________________ .
A cincin dengan permata
B kucing dengan anjing
C aur dengan tebing
D isi dengan kuku

36 Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula


pelajarannya
kerana dia yakin _________________________________ .
A lain di mulut lain di hati
B tepuk dada tanya selera
C indah khabar daripada rupa
D belakang parang diasah lagikan tajam

37 Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau


menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.
A seperti lembu dicucuk hidung
B seperti anjing menyalak bukit
C seperti tikus membaiki labu
D seperti murai tercabut ekor

38 Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-
muridnya_________________________________ kerana semua
nasihatnya tidakmereka endahkan.
A bagai haruan makan anak
B bagai kambing dihalau ke air
C bagai mencurah air ke daun keladi
D bagai melepaskan batuk di tangga

39 Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim
hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja
____________________.
A bagai gergaji dua mata
B bagai pahat dengan penukul
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai telur di hujung tanduk

40 Hanna Nadia seperti _____________________________________


kerana
banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
A katak di bawah tempurung
B ayam disambar helang
C kera mendapat bunga
D murai tercabut ekor
Sila rujuk peribahasa dan
maksudnya DI SINI

PERIBAHASA DAN MAKSUD

Peribahasa dan Maksudnya


Ada hati Ada keinginan
Ada jalan Ada cara, ikhtiar, usaha

Ada udang di sebalik batu Ada maksud yang tersembunyi di sebalik


sesuatu perbuatan

Air muka Permukaan air


Rupa muka (yang membayangkan sesuatu
perasaan)
Maruah, harga diri

Air seni Air kencing, air kecil

Akal yang sihat itu ada Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran
pada badan yang cergas yang baik atau idea yang bernas

Akar umbi Akar tunjang


Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh
Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu
komuniti

Alah bias tegal biasa Segala kesusahan tidak akan terasa lagi
sesudah biasa mengalaminya

Alah membeli menang Tidak apalah mahal sedikit harganya asal


memakai barang itu kuat (tahan dan sebagainya)

Alang-alang menyeluk Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai


pekasam, biar sampai ke beroleh hasilnya
pangkal lengan Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah
pekerjaan itu diselesaikan

Ambil langkah Mulai hendak berjalan


Mulai bertindak

Ambil berat Memberikan perhatian (minat, layanan) yang


istimewa

Anak emas Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih


berkuasa

Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit


manis, suka duka)

Ayam tambatan Orang harapan

Bagaimana acuan Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya
begitulah kuihnya kerana faktor baka

Bagai aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka


bertolong-tolongan

Bagai ayam disambat Untung yang malang (seperti isteri atau


helang tunangan dirampas orang berkuasa

Bagai bulan dipagar Wajah perempuan yang cantik


bintang
Bagai kaca terhempas ke Sangat sedih
batu

Bagai kacang lupakan kulit Orang yang lupa akan asalnya (orang yang
telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan

Bagai minyak dengan air Orang yang bermusuhan atau yang tidak
sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu

Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap banyak

Bagai cincin dengan Sama padan, cocok benar


permata

Bagai menatang minyak Sangat dikasihi dan dipelihara dengan


yang penuh sempurna

Baik sangka Rasa muhibah


Tidak menaruh sangkaan buruk kepada
seseorang

Banyak makan garam Mempunyai banyak pengalaman hidup

Batu loncatan Orang atau tempat yang dipergunakan untuk


mencapai sesuatu

Belut kena ranjau Orang yang cerdik kena tipu

Beradu nasib Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu


dengan harapan akan beroleh kejayaan

Beradu tenaga Bertanding untuk menentukan siapa kuat

Berakit-rakit ke hulu, Bersusah payah dahulu baru bersenang-


berenang-renang ke senang
tepian, bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang
kemudian
Berat mulut Tidak suka berkata-kata, pendiam

Berat sama dipikul, ringan Baik buruk sama-sama dipikul


sama dijinjing
Berat tulang Malas

Berbalik hati Berubah hati

Berdiri sama tegak, duduk Sama taraf atau sejajar antara dua pihak
sama rendah

Beri jalan Memberikan idea


Memberikan peluang kepada orang lain untuk
mendapat keuntungan

Berkatalah benar Berterus-terang demi kebenaran walaupun


walaupun pahit mungkin menyakitkan hati seseorang

Berkayuh sambil bertimba Melakukan dua pekerjaan sekaligus

Bermurah hati Suka memberi, tidak kedekut


Pengasih dan penyayang

Berpeluk tubuh Malas berusaha

Berputih mata Kalah dalam sesuatu persaingan

Bersatu teguh, bercerai Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi
roboh kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan
menjadi lemah

Bersekutu bertambah Bekerjasama antara satu sama lain akan


mutu menghasilkan kecemerlangan

Bertepuk sebelah tangan Tidak mungkin perselisihan atau percintaan


tidak akan berbunyi terjadi daripada satu pihak sahaja

Bertikam lidah Bertengkar


Besar hati Bangga, gembira

Besar pasak daripada Besar belanja daripada pendapatan


tiang
Biar mati anak, jangan Tidak mengapa jika mengorbankan anak,
mati adat asalkan adapt yang dipegang terpelihara

Bidan terjun Orang yang diminta melakukan sesuatu


perkara secara tiba-tiba

Buah fikiran Pendapat

Cahaya mata Anak


Kekasih, buah hati

Cakap besar Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri

Campur tangan Mengambil bahagian dalam atau mencampuri


hal orang lain
Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-
lain

Carik-carik bulu ayam, Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai
lama-lama bercantum juga kerana perselisihan

Celik computer Arif atau tahu tentang computer

Dalam tangan Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu


dapat atau akan diperolehi

Dapat sama laba, cicir Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat


sama rugi keuntungan, maka keuntungan itu diberikan sama
rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung
bersama-sama

Darah daging Anak atau orang yang mempunyai pertalian


darah

Darah panas Pemarah, lekas marah

Darah seni Bakat semula jadi dalam bidang seni

Diam-diam ubi berisi, Diam orang yang berilmu itu berfikir,


diam-diam besi berkarat sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja

Di mana ada kemahuan, Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti
di situ ada jalan akan beroleh cara untuk mendapatkannya
Di mana bumi dipijak, di Mematuhi peraturan di tempat yang didiami
situ langit di junjung

Di sangka panas sampai Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba


ke petang, rupanya hujan ditimpa kesusahan
di tengah hari

Durian rintuh Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-


sangka
Enggang lalu ranting Orang jahat akan selalu dituduh apabila
patah berlaku sesuatu musibah

Genggam bara biar Jika melakukan pekerjaan yang susah


sampai jadi arang haruslah dengan sabar sehingga mendapat
nikmatnya nanti

Goyang kaki Bersenang-senang

Gunting makan di hujung Mencapai sesuatu dengan diam-diam

Habis madu sepah Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya


dibuang sahaja, setelah itu ditinggalkan

Hancur hati Sedih, putus asa

Harimau mati Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-


meninggalkan belang, sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati
manusia mati
meninggalkan nama

Hati gajah sama di lapah, Beruntung banyak sama-sama mendapat


hati kuman sama dicecah banyak, beruntung sdikit sama-sama mendapat
sedikit
Hati kecil Perasaan dalam batin (maksud yang
sebenarnya)

Hendak seribu daya, tak Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar


hendak seribu dalih boleh dijalankan dan demikian sebaliknya

Hidup segan mati tak Orang yang hidup melarat


mahu
Hujan emas di negeri Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri
orang, hujan batu di negeri sendiri
sendiri
Ibarat burung, mata Walaupun terpelihara baik tetapi tidak
terlepas badan terkurung mempunyai kebebasan

Ibarat melukut di tepi Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah


gantang Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh
orang lain

Ilmu itu pelita hati Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk


membuat keputusan yang bijak

Jantung hati Orang yang dikasihi


Jauhari juga mengenal Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat
manikam menilai sesuatu benda atau perkara

Jauh berjalan luas Orang yang banyak mengembara dan lama


pandangan hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan
luas pandangannya

Jinak-jinak merpati Perempuan yang kelihatan senang diperdaya


tetapi sebenarnya tidak

Kacang hantu Orang jahat

Kais pagi makan pagi, kais Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup
petang makan petang sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan)

Kaki joli Orang yang suka berfoya-foya

Kalau hendak melentur Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia


buluh, biarlah dari masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil
rebungnya lagi

Kalau kail panjang Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak


sejengkal, jangan lautan berbuat sesuatu yang besar
hendak diduga

Kalau tidak dipecahkan Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha


ruyung manakan dapat
sagunya

Kalau takut dilambung Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu
ombak, jangan berumah di pekerjaan
tepi pantai

Kata-kata lebih tajam Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan


daripada mata pedang

Ke bukit sama didaki, ke Bekerjasama melakukan sesuatu


lurah sama dituruni

Kecil hati Berasa tersinggung

Kecil jangan disangka Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus


anak, besar jangan pada orang-orang tua sahaja
disangka bapa

Kecil tapak tangan nyiru Menyatakan kasih atas nasihat atau


saya tadahkan pertolongan

Keras lidah Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan


dengan betul

Lain lubuk lain ikannya Lain negeri lain orangnya

Lemak manis jangan terus Yang nampak baik itu jangan terus diterima,
ditelan, pahit jangan terus dan yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak
dimuntahkan

Lidah tidak bertulang Mudah berjanji dan mudah pula mengubah


janjinya

Lupa daratan Tidak menginsafi asal mula diri setelah


mendapat kesenangan

Lintah darat Orang kaya yang menindas orang miskin


dengan meminta bayaran tinggi daripada yang
dihutangi

Makan angin Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih

Malu bertanya sesat jalan, Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan
malu berdayung perahu mencapai kejayaan
hanyut

Masuk ke kandang Menyesuaikan diri dengan masyarakat di


kambing mengembek, sekeliling
masuk kekandang kerbau
menguak

Mata hati Perasaan hati

Mati kutu Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana


ketiadaan idea

Membaca jambatan ilmu Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui


pembacaan

Membanting tulang Bekerja keras


Membuka pekung di dada Mendedahkan keburukan diri sendiri

Menapak baru setapak, Baru hendak belajar sesuatu


mendaki baru sekaki

Menangguk di air keruh Mencari keuntungan sementara ada


kekacauan

Mencolok mata Menyakitkan pandangan


Mencari jalan Mencari ikhtiar, usaha dan idea

Mengangkat bendera putih Menyerah kalah

Menunggu buah yang tak Mengharapkan sesuatu yang tak jelas


gugur

Nafas baru Semangat baru atau sumber baru kekuatan


yang memulihkan sesuatu kegagalan atau
memberikan keupayaan baru

Naik darah Menjadi marah

Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat
diubah lagi)

Orang mengantuk Mendapat sesuatu yang sangat-sangat


disorongkan bantal dikehendaki

Otak batu Bodoh

Otak cair Pandai

Padang jarak padang Padang atau tanah luas yang kosong


tekukur

Panas baran Cepat marah, sangat pemarah

Pandai makan pandailah Pandai berbuat jahat, harus pandai


simpan menyimpan rahsia

Pemuda harapan bangsa, Anak muda menjadi orang yang diharapkan


pemudi tiang negara untuk membangunkan negara pada masa hadapan

Perang dingin Bergaduh dengan tidak bercakap

Pijak semut tak mati Perihal seorang perempuan yang baik lagi
teratur
Pilih kasih Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam
membuat keputusan dan lain-lain

Pucuk dicita ulam Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang


mendatang diharapkan

Rezeki kalau secupak Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah


tidak akan jadi segantang lagi

Ringan mulut Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka


bercakap

Ringan tulang Rajin bekerja, tangkas

Ringan tulang berat perut Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki

Rupa tidak dapat diubah, Perangai seseorang dapat diubah sedangkan


perangai dapat diubah penampilannya dari segi fizikal tetap sama

Sambil menyelam minum Sambil melakukan sesuatu perkara, ada


air perkara lain yang turut dilakukan

Sayangkan anak tangan- Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti
tangankan, sayangkan selalu itu akan menjadi sombong
isteri tinggal-tinggalkan

Sediakan payung sebelum Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi


hujan sesuatu yang kurang baik

Seperti api dalam sekam Sesuatu yang berlaku diam-diam

Seperti aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka


bertolong-tolongan

Seperti enau dalam Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan,


belukar melepaskan pucuk hanya berpegang pada pendapat masing-masing
masing-masing sahaja

Seperti kera sumbang Orang yang takut mencampuri orang ramai

Tajam akal Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik

Sudah terhantuk baru Sudah terkena baru beringat; orang yang


terngadah lambat menyedari kesilapan

Tidak lapuk dek hujan, tak Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun
lekang dek panas zaman berubah

Tangan kosong Tidak membawa apa-apa

Tangan yang menghayun Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan,


buaian mampu wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea
menggoncang dunia untuk membangunkan negara

Tangkai jering Kedekut

Terdengar guruh di langit, Kerana mengharapkan sesuatu yang belum


air di tempayan pasti, barang yang tersedia dilepaskan
dicurahkan
Tulang belakang Orang atau tenaga yang menjadi sumber
kekuatan

Ukur baju dibadan sendiri Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai
dengan kebolehan kita

Umpama biawak Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai


bercabang lidah perkataannya

Umpama lebah Orang yang meninggalkan sikap suka mengata


membuang sengat dan mengeji orang

Yang bulat datang Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang


bergolek, yang pipih tidak dengan sendirinya
datang melayang

Yang dikejar tak dapat, Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang
yang dikendong keciciran yang ada pula hilang atau habis

Anda mungkin juga menyukai