Anda di halaman 1dari 13

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling

sesuai.

1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia
____________.
A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji

2 Munirah tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ______________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu

3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik
_____.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan

4 Amirul mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______ sebelum pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong

5 Kesemua _____ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga.
A anak
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak

6 Azizi dan anak-anaknya ___ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri
7 Puan Basrah masih ___________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak
mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati

8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.
A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga

9 Pada malam itu, Shamimi ____________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah
dicerobohi pencuri.
A pekak badak
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati

10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton
kerana _______ semasa mengadili perlawanan tersebut.
A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan

11 Keadaan Aliff Imran __________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan
jalan kaki.
A bagai cicak makan kapur
B bagai kumbang putus tali
C bagai itik pulang petang
D bagai balak terendam

12 Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering


bergaduh walaupun perkara itu kecil.
A bagai ayam disambar helang
B bagai anjing dengan kucing
C bagai katak di bawah tempurung
D bagai melepaskan batuk di tangga

13 Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________ kerana


mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai kaca jatuh ke batu
C bagai duri dalam daging
D bagai ayam disambar helang

14 Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut


dalam kemalangan itu.
A bagai melepas anjing tersepit
B bagai dihiris dengan sembilu
C bagai ayam disambar helang
D bagai kaca jatuh ke batu

15 Fatimah dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri


dengan masyarakat setempat.
A seperti lipas kudung
B seperti ayam berak kapur
C seperti bulan penuh purnama
D seperti kera sumbang

16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya


_________________________________ .
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai ayam mengeram telur
C bagai pahat dengan penukul
D bagai wau putus tali

17 Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan


ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menghitung bulu kambing
C bagai berumah di tepi pantai
D bagai anjing buruk kepala

18 Hidup Mak Timah ____________________kerana setalah suaminya meninggal dunia


dua bulan lalu, rumahnya pula terbakar.
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti mendukung biawah hidup
D seperti sudah jatuh ditimpa tangga

19 Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti
__________________________________ .
A bumi dengan langit
B aur ditarik songsang
C pinang dibelah dua
D ular kena palu
20 Razali ___________________________ kerana setelah berjaya menjawat
jawatan yang tinggi di bandar dia telah melupakan ibu bapanya di kampung .
A enau dalam belukar
B kacang lupakan kulit
C aur dengan tebing
D dakwat dengan kertas

21 Salmi Farhana berasa _____________________ kerana tidak diundang ke majlis hari


lahir rakan baiknya.
A makan hati
B iri hati
C ada hati
D buah hati

22 Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________ ke


taman bunga.
A ambil hati
B ambil langkah
C ambil ringan
D ambil angin

23 Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam


pertandingan bercerita itu.
A makan hati
B jatuh hati
C iri hati
D ambil hati

24 Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi


_______________________ rakyat Malaysia.
A buah tangan
B buah mulut
C buah hati
D buah pena

25 ___________________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminya telah


meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
A Makan hati
B Hancur hati
C Besar hati
D Jatuh hati
26 ___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah
kosong.
A Air muka
B Ada hati
C Ada harapan
D Air tangan

27 Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika menjalankan tugas


boleh dikenakan tindakan tatatertib.
A duit hantaran
B duit pecah
C duit raya
D duit kopi

28 Cikgu Patricia Ang tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui


anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.
A ada angin
B atas angin
C naik angin
D khabar angin

29 Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna
di kedai itu.
A rambang mata
B lupa daratan
C serkap jarang
D lipas kudung

30 Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program


Hari Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan.
A pasang badan
B pasang telinga
C ambil berat
D ambil hati

31 Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu


menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
A seperti mencurah garam ke laut
B seperti kera mendapat bunga
C seperti Belanda diberi tanah
D seperti hujan jatuh ke pasir
32 Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi
sejak kecil kerana baginya _____________________________ .
A tepuk dada tanya selera
B segan bertanya sesat jalan
C harapkan pagar, pagar makan padi
D melentur buluh biarlah daripada rebungnya

33 Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika


mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B segan bertanya sesat jalan
C sambil menyelam minum air
D bagaimana acuan begitulah kuihnya

34 Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun
ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.
A rambut sama hitam, hati lain-lain
B sambil menyelam minum air
C ukur baju di badan sendiri
D tepuk dada tanya selera

35 Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong


bagai ____________________________________ .
A cincin dengan permata
B kucing dengan anjing
C aur dengan tebing
D isi dengan kuku

36 Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya
kerana dia yakin _________________________________ .
A lain di mulut lain di hati
B tepuk dada tanya selera
C indah khabar daripada rupa
D belakang parang diasah lagikan tajam

37 Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti semua


arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.
A seperti lembu dicucuk hidung
B seperti anjing menyalak bukit
C seperti tikus membaiki labu
D seperti murai tercabut ekor
38 Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-
muridnya_________________________________ kerana semua nasihatnya tidakmereka
endahkan.
A bagai haruan makan anak
B bagai kambing dihalau ke air
C bagai mencurah air ke daun keladi
D bagai melepaskan batuk di tangga

39 Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan
kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.
A bagai gergaji dua mata
B bagai pahat dengan penukul
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai telur di hujung tanduk

40 Hanna Nadia seperti _____________________________________ kerana


banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
A katak di bawah tempurung
B ayam disambar helang
C kera mendapat bunga
D murai tercabut ekor

Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk pernyataan di bawah.

1. Ibu selalu menasihati Zairi agar banyak membaca kerana ________________


A. masa itu emas
B. membaca jambatan ilmu
C. bahasa jiwa bangsa
D. badan sihat otak cergas

2. Cikgu Poi Leng mengarahkan murid-muridnya supaya meluruskan barisan yang


bengkang-bengkok ______________________.
A. seperti ular kena palu
B. seperti kerbau dicucuk hidung
C. seperti ikan dalam belat
D. seperti bumi dengan langit

3. Aliff tidak mengenang jasa ibu dan bapa angkatnya yang telah membesarkannya.
Sikapnya ________________.
A. bagai gagak pulang ke benua
B. bagai ayam disambar helang
C. bagai kacang lupakan kulit
D. bagai melukut di tepi gantang

4. Kepulangan Aziz dari luar negara setelah tamat belajar di sebuah universiti
___________.
A. bagai sireh pulang ke gagang
B. bagai itik pulang petang
C. bagai menatang minyak yang penuh
D. bagai telur di hujung tanduk

5. Pasukan pengakap sekolah sekolah bekerjasama _______________ semasa mengadakan


aktiviti perkhemahan di sekolah.
A. bagai isi dengan kuku
B. bagai dakwat dengan kertas
C. bagai aur dengan tebing
D. bagai abu di atas tunggul

6. penduduk di taman perumahan itu melakukan hal masing-masing tanpa mempedulikan hal
jiran tetangga. Hal ini seperti perumpamaan _____________.
A. bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
B. bagai melepaskan anjing tersepit
C. bagai anjing dengan kucing
D. bagai melepaskan batuk di tangga

9. Keadaan televisyen yang rosak itu menjadi lebih teruk apabila dibaiki oleh Tan Choong.
Bak kata orang_______________
A. bagai menarik rambut dalam tepung
B. bagai kumbang putus tali
C. bagai tikus membaiki labu
D. Bagai melepaskan anjing tersepit

10. Penghulu menyelesaikan masalah rakyat dengan berhati-hati supaya tidak mengguris hati
mana-mana pihak.
A. bagai melepaskan batuk di tangga
B. bagai menarik rambut dalam tepung
C. bagai buluh ditarik songsang
D. bagai aur dengan tebing
2 Anak-anak gadis Datuk Ali ________________kerana beliau terlalu mengongkong mereka.
A umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung
B umpama memerah nyiur, santan diambil, hampas dibuang
C umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
D umpama hendak menepung tidak berberas

3 Suri sudah lali mendengar leteran dan kemarahannya ibunya kerana dia _______________
A seperti rusa masuk kampung
B seperti katak dicucuk hidung
C seperti langit dengan bumi
D seperti telinga kuali

4 Hani _____________________, apabila mendengar setiap perbualan kami sedangkan pada masa
itu dia sedang membaca buku.
A seperti mentimun dengan durian
B seperti pungguk rindukan bulan
C seperti lintah menghisap darah
D seperti telinga lintah

5 Wajah Seri Merah ________________, apabila disindir oleh Suri di hadapan Cikgu Mery.
A seperti ikan mendukung biawak hidup
B seperti kera mendapat bunga
C seperti udang direbus
D seperti telinga lintah

6 Judy dianggap seperti ________________, kerana sudah lama tidak menziarahi ibu bapanya
setelah menjawat tinggi.
A seperti mentimun dengan durian
B seperti ulat lupa akan daun
C seperti langit dengan bumi
D seperti gergaji dua mata

7 Walaupun Usman berusaha mengubah sikap Usin, anak angkatnya, namun Usin
__________________, yang mengikut perangai bapa kandungnya.
A umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
B umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga
C umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
D umpama hendak menepung tidak berbatas

8 Hidup Zakiah _________________kerana selalu mengikut suaminya berpindah kerana tugas.


A umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi
B seperti burung gagak pulang ke benua
C bagai mencurah air ke daun keladi
D laksana kunyit dengan kapur

9 Walaupun Halim tidak didenda kerana mencuri, namun dia berasa malu pada rakan sekelas
__________________
A umpama ayam terlepas tangan bau tahi
B seperti gunting makan di hujung
C seperti lintah menghisap darah
D seperti rusa masuk kampung

10 Sejak dahulu lagi kehidupan kami sekeluarga tidak pernah senang ___________, namun kami
tidak pernah menyesal dan berputus asa.
A umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
B umpama kayu buruk dek panas, reput dek hujan
C umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
D umpama hendak menepung tidak berberas

11 Bapa Roza kaya dan mampu memberi apa sahaja kemahuan anaknya, seperti peribahasa
___________________.
A banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
B ada padi, semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
C berani kerana benar, takut kerana salah
D berdikit-dikit lama-lama jadi bukit

12 Nasib pekerja di syarikat itu ______________________ apabila syarikat mengalami kerugian


yang banyak tahun ini.
A seperti sayur dengan rumput
B seperti abu di atas tunggul
C seperti ular kena palu
D seperti timba buruk

13 Tiada guna menyesali kesilapan yang telah berlaku, sebaliknya belajar supaya tidak mengulangi
kesilapan yang sama lagi.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama nasi sudah menjadi bubur
B bagai bertepuk sebelah tangan
C laksana wau melawan angin
D malu bertanya sesat jalan

14 Walaupun tidak memahami perbualan meraka, Mail tetap mahu menyampuk. Sikapnya itu
________________________
A seperti tikus jatuh di beras
B seperti rusa kena tambat
C seperti tempayan bocor
D bagai buntal kembung

15 Persatuan wanita di kampung itu __________________apabila ketua wanita itu meninggal dunia.
A seperti anak ayam kehilangan ibu
B seperti anai-anai makan kayu
C seperti gergaji dua mata
D bagai air dalam kolam

16 Walaupun Khairil dan Khairul adik-beradik kembar, tetapi mereka selalu bergaduh.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti cincin dengan permata
B seperti bulan dipagar bintang
C seperti anjing dengan kucing
D seperti aur ditarik songsang

17 Semenjak mendapat wang RM 1 juta, Karim banyak bercakap tidak ubah


_____________________
A seperti lintah menghisap darah
B bagai bunyi siamang kenyang
C seperti kerbau dicucuk hidung
D seperti kera mendapat bunga

18 Hati Mila __________________apabila mendengar kata-kata makian dari kakaknya.


A bagai dihiris dengan sembilu
B seperti bulan kesiangan hari
C seperti cacing kepanasan]
D seperti lipas kudung

19 Pembesar negara itu sering menghabiskan masanya melawat rakyat jelata. Beliau amat
prihatin dengan masalah rakyat.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama tidak tahu menari dikatakan langit tinggi rendah
B umpama ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
C umpama seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
D umpama tiada sakit makan ubat

20 Pelawaan Kamisah supaya kami bermalam di rumahnya semasa berkunjung ke Sabah tidak disia-
siakan begitu sahaja.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai orang mengantuk disorong bantal
B bagai menahan jerat di pergentingan
C umpama nasi sudah menjadi bubur
D seperti pelanduk dua serupa

21 Encik Leman ___________________apabila dapat memperisterikan wanita yang sangat jelita.


A bagai gagak menggongong telur
B bagai kelip-kelip terbang malam
C bagai kacang melupakan kulit
D bagai kacang direbus

22 Peragut yang baru sahaja meragut beg tangan seorang wanita telah dilanggar oleh sebuah
kereta dan mati di tempat kejadian.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
B bagaimana rupa begitulah bayangnya
C ayam terlepas tangan bau tahi
D air digenggam tiada tiris

23 Penduduk Taman Cahaya itu masih mengamalkan semangat gotong-royong dan bermuafakat
untuk menyelesaikan sebarang pekerjaan.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
B sebab nila setitik rosak susu sebelanga
C seperti anak bayam kehilangan ibu
D seperti anjing berebut tulang

24 Pemuda-pemuda di kampung itu takut untuk menganggu Rina kerana sikapnya yang sangat
bengis ___________________
A bagai bunyi siamang kenyang
B bagai harimau beranak muda
C bagai bulan dipagari bintang
D bagai buntal kembung

25 Ketika kecil, keluarga Shane dibantu oleh Puan Shanty kerana kesempitan hidup, namun beliau
dikhianati pula apabila Shane semakin dewasa dan boleh mencari wang sendiri.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A mati semut kerana gula
B susu dibalas tuba
C hidup dua muara
D talam dua muka

26 Rahim kecewa dengan sikap kakaknya yang selalu bercerita tentang masalah yang dihadapi
mereka sekeluarga kepada rakan-rakannya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
B menahan jerat di pergentingan
C malu bertanya sesat jalan
D mati semut kerana angin

27 Malik ______________________apabila dia memenangi pertandingan teka silang kata di dalam


akhbar itu.
A bagai dihiris dengan sembilu
B bagai bunyi cempedak jatuh
C bagai ayam kena tungau
D bagai kacang direbus

28 Lisa menjerit ____________________kerana terkejut melihat adiknya yang memakai topeng


hantu.
A bagai bunyi cempedak jatuh
B bagai ayam kena tungau
C bagai kambing dijunjung
D bagai kacang direndang

29 Kakak mengemasakan rumah sambil tidak henti-henti membebbel _________________kepada


adik yang tidak mahu membantunya.
A bagai menghitung bulu kambing
B bagai harimau beranak muda
C bagai bunyi cempedak jatuh
D bagai keli kena ketuk

30 Kata-kata wanita itu memang manis kerana dia cuba menyembunyikan niat jahatnya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A buang yang keruh ambil yang jernih
B biar putih tulang jangan putih mata
C bertanam tebu di bibir mulut
D diberi bertis hendak paha

31 Dato' Lim kecewa dengan kontraktor yang diamanahkan mengubah suai rumahnya kerana
pekerjaan yang dibuatnya tidak sempurna.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai melepaskan batuk di tangga
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai kumbang putus tali

32 Maziah hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh oleh majikannya.


Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai panas mengandung hujan
B bagai pelita kehabisan minyak
C bagai sirih pulang ke gagang
D bagai pahat dengan penukul

33 Saiful memenangi sebuah kereta dalam pertandingan nyanyian itu tetapi malangnya dia tiada
lesen memandu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai si kudung mendapat cincin
B bagai panas mengandung hujan
C bagai menumbuk padi hampa
D bagai murai tercabut ekor

Anda mungkin juga menyukai