Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN PERTANDINGAN GURU INOVATIF

JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

1. Matlamat

Melahirkan guru yang mampu menghasilkan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum dan dapat
meningkatkan profesionalisme keguruan.

2. Objektif
2.1 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru yang menghasilkan inovasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Menggalakkan guru mencipta atau menghasilkan inovasi dalam proses dan pembelajaran.

2.3 Menyediakan ruang dan peluang bagi guru menampilkan hasil inovasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

2.4 Menyebarkan hasil inovasi guru untuk dimanfaatkan oleh para pendidik yang lain.

3. Maksud Guru Inovatif


3.1 Guru yang berinovatif dapat menghasilkan inovasi dari segi bahan, kaedah, strategi dan
sebagainya untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.2 Guru boleh menghasilkan inovasi yang asli atau penambahbaikan terhadap sesuatu yang
sedia ada yang meliputi aktiviti pembaharuan dan perubahan positif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Guru perlu menghasilkan inovasi dalam konteks menterjemahkan kurikulum kebangsaan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Kategori Pertandingan

4.1 Sektor Pengurusan Akademik


4.1.1 Individu Prasekolah
4.1.2 Individu Sekolah Rendah
4.1.3 Individu Sekolah Menengah
4.1.4 Kumpulan

4.2 Sektor Pendidikan Islam

4.2.1 Individu Sekolah Rendah


4.2.2 Individu Sekolah Menengah
4.2.3 Kumpulan

4.3 Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas

4.3.1 Individu Pendidikan Khas Rendah


4.3.2 Individu Pendidikan Khas Menengah
4.3.3 Kumpulan Pendidikan Khas Rendah
4.3.4 Individu Pemulihan Khas
4.3.5 Kumpulan Pemulihan Khas
4.3.6 Prasekolah PPKI
5. Syarat-Syarat Pertandingan
5.1 Inovasi yang dihasilkan mestilah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

5.2 Inovasi yang pernah memenangi tempat pertama, kedua atau ketiga dalam pertandingan
ini atau pertandingan lain di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa tidak layak
dicalonkan.

5.3 Inovasi yang sama dan pernah dicalonkan dalam pertandingan ini tidak layak bertanding.

5.4 Inovasi yang dicalonkan dalam pertandingan ini belum ada dalam pasaran.

5.5 Bagi penyertaan kategori kumpulan, bilangan ahli hendaklah antara 2 – 4 orang. Ahli
kumpulan mesti dari sekolah yang sama.

5.6 Calon mestilah terdiri daripada guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

6. Kriteria Pemilihan

6.1 Inovasi yang dicalonkan perlu memenuhi perkara berikut:

a) Kesesuaian idea
b) Kebolehlaksanaan inovasi
c) Kesan kepada pengajaran dan pembelajaran
d) Potensi inovasi untuk disebarluaskan
e) Keberkesanan kos (rujuk Lampiran D)

6.2 Calon perlu mengemukakan maklumat berikut bagi setiap kategori pertandingan:

a) Maklumat Calon (Lampiran A(i), A(ii) atau A(iii))


b) Pengesahan Maklumat Calon (Lampiran B)
c) Penerangan inovasi (Lampiran C)
Penerangan boleh disokong dengan gambar, kaset, carta, video atau persembahan
secara grafik.
7. Setiap penyertaan hendaklah menghantar maklumat pencalonan (Lampiran A (A(i), A(ii) atau A(iii)),
B dan C) kepada Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW), melalui e-mail sebelum atau pada 17 Mac
2017. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai inovasi PPW seperti di bawah.
Pencalonan yang diterima selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dihakimi. Keputusan panel
penilai/hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

a) PPW Bangsar Pudu – Pn Rosnani bt Md. Pungot di talian 03-20704169


(rosnani.pungot.moe@1govuc.gov.my)

b) PPW Keramat – Cik Anis Salwa bt Muhammad Arif di talian 03-26878229


(anis.salwa@moe.gov.my)

c) PPW Sentul – Pn Noor Saadah bt Mahmood di talian 03-40412303


(saadah.mahmood@moe.gov.my)

8. Hadiah

Hadiah akan disediakan kepada para pemenang.


9. Surat Menyurat Dan Pertanyaan
Segala urusan surat-menyurat dan pertanyaan mengenai anugerah ini hendaklah dialamatkan
kepada :

Urus Setia Anugerah Guru Inovatif

Sektor Pengurusan Akademik


Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Persiaran Duta, Off Jalan Duta
50604 Kuala Lumpur
(u.p. Jusmawiah binti Jusoh)

Sektor Pendidikan Islam


Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Persiaran Duta, Off Jalan Duta
50604 Kuala Lumpur
(u.p. Muhammad Nazri bin Musa)

Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas


Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Persiaran Duta, Off Jalan Duta
50604 Kuala Lumpur
(u.p. Safilah binti Abdullah)

Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu


143, Lorong Hang Jebat
50150, Kuala lumpur
(u.p. Pn Rosnani bt Md. Pungot)

Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat


Aras 9, Bangunan TH Selborn
No 153, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
(u.p. Pn Razmin Arni)

Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul


d/a Sekolah Sentul Utama
Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
(u.p. Pn Noor Saadah bt Mahmood)

Anda mungkin juga menyukai