Anda di halaman 1dari 4

Tema

Tema bagi Sayang Serindit ialah bertemakan kasih sayang terhadap haiwan dan alam
sekitar. Tema ini dapat diketengahkan dengan beberapa contoh yang terdapat dalam
Sayang Serindit. Marzuki telah terjumpa burung serindit ketika dia hendak pulang ke
rumahnya dari kebun. Marzuki telah membantu seekor burung serindit yang telah
tercedera pada sayapnya. Hal ini dibuktikan dengan petikan “Marzuki kasihan melihat
anak burung itu. Dia mendekatinya sambil mencapai anak burung tersebut. Kasihannya
kamu, bisik hatinya. Dibelek-beleknya burung itu. Anak burung itu kelihatan seperti
tercedera jatuh dari atas pokok”. Jadi, tema ini dapat diketengahkan berdasarkan kisah
tentang Marzuki dengan burung serinditnya.

Persoalan

1. Kasih sayang terhadap haiwan dan alam sekitar. Marzuki sangat sayang akan burung
serinditnya. Permulaan berlaku apabila Marzuki terjumpa seekor burung serindit yang
jatuh dari pokok di kebun ayahnya. Marzuki terus membawa burung serindit tersebut
balik ke rumah untuk dirawat kerana sayap burung serindit tersebut telah tercedera.
Apabla burung serindit tiada, Marzuki jadi gelisah dan risau akan burung tersebut
sehingga termimpi-mimpi akan burung serinditnya.

2. Bertanggungjawab menjaga ibadah solat. Keluarga Pak Cik Harun sangat


mementingkan solat dan telah mendidik isteri dan anaknya untuk menjaga solat lima
waktu. .

3. Rajin membaca dan menuntut ilmu. Marzuki seorang murid yang rajin dan menjadi
harapan guru-guru sekolahnya. Ini dapat dibuktikan dalam bab satu iaitu dialog antara
Cikgu Fauziah kepada Marzuki iaitu “Kamulah satu-satunya harapan bagi cikgu-cikgu
yang tinggal”. Selain itu, dalam bab dua, “dia akan berehat di sana. Sambil itu dia
membawa sebuah buku cerita untuk dibaca. Dia akan berbaring sambil membaca buku
cerita tersebut”.

Latar
Latar tempat :
1. Kebun buah. Pak Cik Harun iaitu ayah kepada Marzuki mempunyai dusun buah
sendiri. Kebunnya luas dan banyak pokok rambutan dan mempelam sudah berbuah.
Malah, terdapat juga buah duku dan langsat. Pak Cik Harun bekerja sebagai pekebun di
dusun buahnya sendiri. Bab 1 menceritakan tentang kehidupan keluarga Pak Harun
yang bekerja di dusun buah Pak Cik Harun dibantu oleh anaknya, Marzuki yang akan
membantunya serba sedikit selepas pulang dari sekolah untuk menebas dan menebang
pokok-pokok kecil yang baru tumbuh.
2. Pondok di kebun. Pak Cik Harun telah mengusahakan kebun buah-buahan dan
pondok telah menjadi tempatnya untuk berehat setelah bekerja di kebunnya.
3. Sekolah. Situasi yang menceritakan tentang Marzuki iaitu murid dari Tahun Enam
Gemilang dan rakan-rakannya yang akan berpisah untuk bercuti. Hal ini kerana apabila
musim persekolahan baru bermula nanti, mereka akan masuk ke sekolah menengah.
4. Rumah Pak Cik Harun. Latar tempat di rumah Pak Cik Harun banyak diceritakan
berlatarkan rumahnya. Hal ini kerana penceritaan tentang kehidupan Pak Harun
bersama isteri dan anaknya iaitu Marzuki dan Mak Cik Suriani.

Latar masa :
1. Tengah hari . Situasi yang menceritakan tentang Pak Salim iaitu pemandu bas
sekolah yang akan menunggu di pintu pagar sekolah untuk menghantar Marzuki dan
rakan-rakannya yang lain untuk pulang ke rumah masing-masing.
2. Pagi : waktu pagi juga merupakan antara latar masa yang terdapat dalam cerita
Sayang Serindit iaitu tentang rutin harian pagi Marzuki. Hal ini dapat dibuktikan dengan
petikan yang terdapat dalam bab dua, “Seperti biasa Marzuki bangun tidur lalu pergi
mandi dan bersembahyang”.

Latar masyarakat :

Latar masyarakat yang telah diketengahkan berdasarkan Sayang Serindit ini ialah
masyarakat kampung yang hidup dalam kehidupan yang bermasyarakat dan saling
membantu antara satu sama lain. Selain itu, latar masyarakat murid-murid sekolah yang
telah menceritakan mengenai Marzuki murid Tahun Enam dan kawan-kawannya akan
bercuti hujung tahun. Latar masyarakat kekeluargaan juga mengenai keluarga Pak Cik
Harun yang hidup secara sederhana. Pak Cik Harun telah menyara keluarganya dengan
hasil-hasil di kebun buahnya.

Watak perwatakan

1. Marzuki : watak utama cerita Sayang Serindit. Marzuki merupakan murid Tahun Enam
Gemilang dan juga murid harapan guru-guru sekolahnya. Dia seorang yang rajin
membantu ayahnya, Pak Cik Harun di kebun buah. Marzuki akan pergi membantu
ayahny di kebun setelah pulang dari sekolah dengan membawa bekal makanan dari
ibunya iaitu Mak Cik Suriani. Marzuki juga seorang yang suka membaca buku.
Contohnya dalam bab kedua dalam cerita Sayang Serindit, “Dia akan berbaring di
pondok sambil membaca buku cerita tersebut. Cerita buku itu mengisahkan perjuangan
pahlawan Mat Kilau dan ayahnya Tok Gajah yang menentang campur tangan Inggeris
dalam pemerintahan di negeri Pahang. Dia suka membaca cerita tersebut kerana
mengisahkan bagaimana pahlawan Melayu sanggup meninggalkan kemewahan hidup
semata-mata menentang penjajahan”. Tambahan pula, Pak Cik Harun banyak membeli
buku untuk Marzuki kerana dia tahu Marzuki suka membaca buku. Contohnya dalam
bab empat, dialog antara ayahnya, Pak Cik Harun dengan Marzuki “ Ada apa-apa yang
kamu nak pesan, boleh ayah belikan? Kata Pak Cik Harun bertanya. “Tak ada apa-apa,
ayah. Cuma kalau ayah singgah di kedai buku, bolehlah ayah belikan buku cerita untuk
Marzuki”. Selain itu, Marzuki juga seorang anak yang telah dididik untuk menjaga solat
dan mementingkan keagamaan kerana Marzuki akan bangun pagi, mandi seterusnya
sembahnyang subuh. Di samping itu, watak dan perwatakan utama, Marzuki sangat
sayang akan burung serinditnya yang menunjukkan seorang yang amat sayang akan
haiwan.

2. Pak Cik Harun : Pak Cik Harun merupakan antara watak sampngan dalam cerita
Sayang Serindit ini iaitu ayah kepada Marzuki dan suami kepada Mak Cik Suriani. Pak
Cik Harun bekerja sebagai pekebun di kebun buah-buahnya sendiri. Pak cik Harun
menyara keluarganya dengan hasil pendapatan setelah mendapat wang hasil jualan
buah-buahan dari kebunnya. Pak Cik Harun juga sangat sayang akan anaknya Marzuki
kerana Pak Cik Harun risau akan Marzuki apabila Marzuki masih belum pulang ke
rumah lewat senja setelah keluar dari rumah entah ke mana. Malah, Pak Cik Harun telah
membawa Marzuki balik ke rumah setelah mendapat isyarat dari burung serindit Marzuki
dan mendapati Marzuki jatuh dari pokok di kebunnya.

3. Mak Cik Suriani : Merupakan ibu kepada watak utama iaitu Marzuki dan isteri kepada
Pak Cik Harun. Mak Cik Suriani mengmbil upah menjahit baju di kampungnya. Hasil
upah menjahitnya untuk pendapatan sampingan untuk membantu suaminya
mendapatkan wang untuk menyara keluarga mereka.

Anda mungkin juga menyukai