Anda di halaman 1dari 8

LATIHAN – BIDALAN

A. Pilih bidalan yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.


       membuka pekung di dada        pukul anak sindir menantu
       biar lambat asal selamat        marahkan nyamuk kelambu dibakar
       alah bias tegal biasa        jauh panggang dari api
       orang mengantuk disarungkan bantal        malas berdayung perahu hanyut
       hilang di mata, di hati jangan        lempar batu sembunyi tangan

1.  Cubalah dahulu. Apabila kamu sudah biasa nanti, kamu akan berasa
senang.
     __________________________________________________________

2.  Pandulah kereta dengan berhati-hati. Walaupun lambat, kamu tetap


akan sampai.
     _________________________________________________________

3.  Walaupun Amri sudah menetap di Kuala Lumpur, Alliyah masih ingat


akannya dan sering bertanya khabar.
_________________________________________________________

4.  Ani sungguh gembira apabila datuknya membelikan sebuah komputer untuknya


kerana sememangnya dia mengingini sebuah komputer.
_________________________________________________________

5.  Kita tidak akan dapat mencapai apa-apa yang kita ingini sekiranya kita tidak
mahu berusaha.
__________________________________________________________

6.  Jawapan yang diberikan oleh peserta kuiz itu tidak ada kaitan lansung dengan
soalan yang dikemukakan kepadanya.
___________________________________________________________
B. Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Ibu mendidik kami dengan sempurna sejak kecil lagi.


A  Lautan dalam dapat diduga, hati manusia siapa yang tahu
B  Pukul anak sindir menantu
C  Melentur buluh biar dari rebungnya
D  Benih yang baik jika jatuh ke laut menjadi pulau

2. Pemimpin baru  itu juga mempunyai kewibawaan dan ketokohan seperti


pemimpin yang sebelumnya.
A  Benih yang baik jika jatuh ke laut menjadi pulau
B  Patah tumbuh hilang berganti
C  Bertemu buku dengan ruas
D  Lautan dalam dapat diduga, hati manusia siapa yang tahu

3. Oleh sebab terlalu marah akan anaknya yang pulang lewat, Encik Zakri telah
menghempas sebuah kipas di ruang tamu.
  A  Marahkan nyamuk kelambu dibakar
B  Mati semut kerana gula
C  Sarang tebuan jangan dijolok
D  Biar titik jangan tumpah

4. Tindakan Datin Suliza memberi bantuan kepada bantuan itu tidak    


mendatangkan apa-apa manfaat kerana dia memang malas berusaha.
A  Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
B  Beri betis hendak peha
C  Belum duduk sudah berlunjur
  D  Mencurahkan garam ke laut

5. Fahmi berasa amat kecewa kerana Sabrina menolak lamarannya.


 A  Bertemu buku dengan ruas
 B  Lempar batu sembunyi tangan
 C  Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi
 D  Patah tumbuh hilang berganti

6 Sarimah menulis novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja di siang hari.
A yang dikejar tidak dapaat, yang dikendong berciciran
B sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
C untung sabut timbul, untung batu tenggelam
D tegak sama tinggi, duduk sama rendah

7 Gunalan tiba-tiba berasa resah dan berpeluh-peluh apabila kami memperkatakan


tentang kehilangan jam tangan Devi.
A siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya
B terapung sama hanyut, terendam sama basah
C berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
D sekali air bah sekali pantai berubah

8 Banyakkan bersabar dan berdoa kerana suatu hari dia pasti akan mendapat
balasan daripada perbuatannya itu.
A ada hujan ada panas, ada hari boleh balas
B air dicincang tidak akan putus
C ada udang di sebalik batu
D ada rupa ada harga

9 Usah terburu-buru semasa memandu di jalan raya, _______Jangan biarkan


orang yang kita sayang menyambut kepulangan kita dengan tangisan.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B biar putih tulang jangan putih mata
C biar lambat asal selamat
D direndam tidak basah

10 Lupakan sahaja perkara yang sudah berlaku, kita mulakan hidup baharu.
Marilah kita bermaaf-maafan, bak kata bidalan_____________________.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B diberi betis hendak paha
C biar lambat asal selamat
D diam-diam lepu

11 Pekerja di pejabat itu bersikap _______________ apabila majikan tiada.


A cacing hendak menjadi busut
B cacing sudah menjadi naga
C diberi betis hendak paha
D cencaru makan petang

12 Kamu hendaklah bersyukur dengan pemberian orang, jangan pula


____________.
A hangat-hangat tahi ayam
B diberi betis hendak paha
C biar lambat asal selamat
D bertanam tebu di bibir

13 Perbalahan antara dua orang besar dalam syarikat itu menyebabkan kebajikan
kakitangan terabai. Begitulah jika __________________________.
A gajah dengan gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
B genggam bara api biar sampai jadi arang
C duduk sama rendah berdiri sama tinggi
D gajah mati kerana gadingnya

14 Penduduk kampung Sri Aman saling membantu antara satu sama lain, bagi
mereka ___________________
A berani kerana benar, takut kerana salah
B berat sama dipikul ringan sama dijinjing
C nasi sudah menjadi bubur
D musang berbulu ayam

15 Pada kami, ________________ daripada melihat negara tercinta jatuh ke


tangan penjajah.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B biar putih tulang jangan putih mata
C biar lambat asal selamat
D diberi betis hendak paha

16 Kasim membeli alat penapis air itu kerana tertipu dengan pujukan jurujual
yang cantik itu.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua
B di mana semut mati jika tidak di dalam gula
C cacing hendak menjadi naga
D ada udang di sebalik batu

17 Carol sudah pun menempah peralatan pejabat, sedangkan perniagaannya


belum lagi bermula. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan ialah
A burung terbang dipipiskan lada
B diam penggali berkarat
C bertanam tebu di bibir
D alah bisa tegal biasa

18 Pemanjat bangunan profesional itu sering memanjat bangunan tanpa


memakai tali keselamatan, tetapi hari ini dia tergelincir lalu jatuh.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A gajah mati kerana gadingnya
B hari tidak selalunya panas
C lembut gigi daripada lidah
D hati hendak semua jadi

19 Ke mana-mana sahaja Encik Johan pergi, dia dihormati dan disayangi.


Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
B malas menggerit, perut perit
C hari tidak selamanya panas
D indah khabar daripada rupa

20 Encik Jamal terlalu memanjakan anak-anaknya sejak kecil. Akhirnya, apabila


dewasa mereka tidak mahu mendengar nasihatnya lagi.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A melentur buluh biarlah dari rebungnya
B tanam lalang tak akan timbuh padi
C sudah terhantuk baru terngadah
D ukur baju di badan sendiri

21 Hati-hati semasa berkawan dengan wanti itu yang kelihatan baik tetapi
sebenarnya jahat.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A terapung tak hangyut, terendam tak basah
B telunjuk lurus kelengkeng berkait
C sediakan payung sebelum hujan
D patah kemudi perahu hanyut

22 Ng Geat terpaksa menahan sabar apabila komuter ribanya dicuri dan kini
telefon bimbitnya pula hilang.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A patah kemudi perahu hanyut
B sambil menyelam minum air
C segan bertanya sesat jalan
D sudah jatuh ditimpa tangga

23 Cita-citanya untuk melancong ke luar negara tercapai apabila dia memenangi


pakej melancong ke Australia.
A sebab nila setitik rosak susu sebelanga
B orang mengantuk disorongakan bantal
C tanam lalang tak akan tumbuh padi
D sarang tebuan jangan dijolok

24 “Tindakan lelaki itu berbaik-baik dengan Zura pasti


_______________________,” kata Munirah kepada Adawiyah.
A alah sabung menang sorak
B antan patah lesung hilang
C ada udang di sebalik batu
D alah bisa tegal biasa

25 Kamu mesti berhati-hati semasa bekawan dengan Abu yang nampak baik
dan pendiam itu. _______________kerana dia sahaja keluar dari penjara.
A air tenang jangan disangka tiada buaya
B ayam terlepas tangan bau tahi
C air digenggam tidak akan tiris
D ayam tak patuk itik tak sudu

26 Belajarlah bersungguh-sungguh dan capailah cita-cita kamu menjadi seorang


peguam yang berjaya. Jangan patah semangat untuk terus berusaha kerana
____________________
A alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
B ada hujan ada panas ada hari boleh balas
C air tenang jangan disangka tiada buaya
D alah sabung menang sorak

27 Tahun ini merupakan tahun yang malang dalam kehidupan Ameera. Setelah
kematian ibunya, bapanya pula ditimpa kemalangan. Hidupnya
ibarat_________________

A alah sabung menang sorak


B antah patah lesung hilang
C ada gula ada semut
D ada rupa ada harga
28 Walaupun hubungan aku dengan abang aku tidak baik, tetapi apabila dia
dihina aku berasa sangat marah kerana __________________
A berat sama dipikul ringan sama dijinjing
B cubit paha kanan, paha kiri terasa juga
C air dipancung tidak akan putus
D diberi betis hendak paha

29 Setiap bulan Johari menyimpan wangnya di dalam bank. Kini wang


simpanannya berjumlah RM 10 000, seperti kata bidalan _______________
A berat sama dipikul ringan sama dijinjing
B sikit-sikit lama-lama jadi bukit
C baling-baling di atas bukit
D bertanam tebu di bibir

30 “ Simpan sedikit daripada gaji bulanan kamu, Zam. Jangan boros,


_____________,” nasihat Jamilah kepada adiknya, Zamri.
A hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
B ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
C kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
D hidup dua muara

31 Jamal sering menjadikan Pak Jali sebagai pakar rujuk tentang selok-belok dunia
perniagaan.
A menepuk air di dulang terpecik ke muka sendiri
B hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
C ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
D jauhari jua yang mengenal manikam

32 Budaya kerja orang Jepun dan Malaysia tidak sama kerana ______________
A kalau tiada rotan akar pun berguna
B ada udang di sebalik batu
C lain lubuk lain ikannya
D kera kena belacan

33 Sebenarnya Bala yang menyembunyikan beg manisah, tetapi Nana pula yang
dimarahi oleh guru kelas. Inilah yang dikatakan ________________
A lain orang makan nangka, lain orang kena getah
B air tenang jangan disangka tiada buaya
C menahan jerat di pergentingan
D malu bertanya sesat jalan
34 Tidak perlu kamu menyesali perbuatan yang telah lalu kerana ___________
A sambil menyelam minum air
B nasi sudah menjadi bubur
C lain di mulut lain di hati
D musang berbulu ayam

35 Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka


_____________________
A seperti air dicincang tidak akan putus
B seperti kacang lupakan kulit
C seperti batu jatuh ke lubuk
D seperti ular kena palu

Anda mungkin juga menyukai