Anda di halaman 1dari 8

Simpulan Bahasa

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menjawab soalan-soalan
peribahasa.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya _______


A rambang mata C tajam akal
B otak udang D tanda mata

2 Bacaan ayat-ayat suci al-Quran menajdi _____ Hani di tengah malam yang sunyi.
A halwa telinga C hati terbuka
B telinga kuali D lapik perut

3 Emak membuat agar-agar sebagai ______ untuk kami selepas makan.


A mulut tempayan C banyak mulut
B pembasuh D mulut murai

4 Kasim tidak _______ meninggalkan emak dan ayahnya di kampung untuk berjijrah ke bandar.
A sampai hati C sagu hati
B makan hati D sakit hati

5 Azizah _______ membantu ibunya menyiapkan pakaian yang ditempah pelanggan.


A bersengkang mata C tebal telinga
B sekangkang kera D berat mata

6 Budak kecil ini ______ menjadi pemimpin negara yang disegani suatu hari nanti.
A buah fikiran C gerak hati
b ada bakat D ada angin

7 Mageswari ______ apabila melihat tangan anaknya yang luka parah itu.
A mabuk selasih C ikat perut
B mabuk darah D geli hati

8 Pembunuhan kejam itu telah menjadi _______ semua rakyat di Malaysia.


A bauh fikiran C curi tulang
B buah mulut D curi hati

9 “Kamu mestilah kawal pemakanan kamu, sikap _______ kamu itu akan mengundang penyakit,”
tegur ibu.
A telinga tempayan C telinga kuali
B buruk selera D buruk siku

10 Setelah kematian kedua-dua ibu bapanya Rahul _____ ke luar negara.


A mandi mawar C mandi peluh
B bawah angin D bawa diri

11 Swee Ling tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu ______ setiap kali bertemu.
A berpeluk tubuh C kepala batu
B bertikam lidah D habis jodoh

12 Remaja yang diculik itu ditemui sedang bersembunyi ketakutan di ______ kampung itu.
A jalan belakang C gigi hutan
B hilang akal D jejak bara

13 Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di padang.
A mulu tempayan C gigi hutan
B kaki ayam D jejak bara
14 Mak Esah tidak disukai oelh orang kampung kerana sikapnya yang suka ______ tentang
keburukan orang lain.
A tangan kanan C buta huruf
B bawa mulut D alas perut

15 Emak membebel sebab emak ______ tentang hidup kamu. Emak sayang kamu, Eja.
A ambil berat C cari salah
B cari makan D ambil hati

16 Mak Minah ______ untuk mencari duit demi perbelanjaan sekolah anaknya.
A diam ubi C habis akal
B hilang akal D makan duit

17 Encik Chan berjaya menangkap pekerjanya yang ______ syarikat dan tindakan tatatertib telah
dilakukan.
A mabuk selasih C makan angin
B mabuk darah D makan duit

18 Encik Linggam ______ apabila mendapati cermin keretanya pecah.


A naik darah C kera sumbang
B diam ubi D lipas kudung

19 Saya kasihan melihat emak yang ______dengan perbuatan ayah yang berkahwin lain itu.
A rambang mata C tebal telinga
B panjang akal D makan hati

20 Mak Munah _______ apabila anak-anaknya sudah lama tidak pulang menjenguknya.
A jatuh hati C jalan buntu
B jauh hati D berat sebelah

21 Jikalau mahu berjaya, berusahalah bersungguh-sungguh, jangan jadi seperti ______ yang penuh
dengan angan-angan.
A Abu Nawas C Abu Jahal
B raja sehari D Mat Jenin

22 Masalah pecah rumah yang semakin menjadi-jadi di kampung itu menjadi _______ penduduk
kanpung itu.
A buah mulut C bahasa pasar
B darah daging D cangkul angin

23 Setiap hujung minggu, panggung wayang mula dipenuhi dengan ______ yang tidak mahu
ketinggalan menonton cerita terbaharu.
A kaki wayang C kaki ayam
B kaki bangku D kaki botol

24 Saya tidak mahu menegur Shima yang ______ itu kerana dia akan melenting sesuka hatinya.
A berat sebelah C ambil angin
B kepala angin D tin kosong

25 Ayah selalu bangun awal pagi dan keluar bekerja sebelum ______
A fajar menyinsing C durian runtuh
B embun jantan D hilang akal

26 Dia lulus dalam ujian memandu kerana menggunakan _______


A jalan belakang C jalan damai
B jalan tengah D jalan buntu
27 Dani ______ setelah perniagaan yang diusahakan selama 10 tahun itu musnah akibat sikapnya
yang asyik berjudi.
A mabuk darah C mati kutu
B jatuh melarat D jatuh hati

28 Saya kasiha melihat Azman yang ______ oleh ayahnya kerana gagal dalam peperiksaan.
A kena tangan C mata duitan
B kusut fikiran D kutu embun

29 “Bila kamu hendak mencari kerja, Amir? Hendak tunggu sampai _____ baru ehndak berubah?”
soal Mak Pah.
A kucing bertanduk C telinga kuali
B kambinh hitam D lintah darat

30 Jangan ______ sangat, kamu harus lebih tegas dalam membuat keputusan.
A campur tangan C betul bendul
B bongkok sabut D buah fikiran

31 Mia tidak menyenangi sikap Wati yang suka _____ dan sering menceritakan kemewahannya itu.
A angkat senjata C bekas tangan
B batu loncatan D angkat diri

32 Mila ______ sehingga tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana tidak tidur
semalaman.
A hilang nyawa C hilang akal
B berat mata D berat hati

33 Hakimi ______ dengan mengahwini adik iparnya setelah isterinya meninggal dunia akibat barah
otak.
A gelap mata C ganti tikar
B harga mati D hati batu

34 Sarimah ______ menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya.


A mandi peluh C memerah keringat
B mencuci mata D memeras otak

35 Vince telah dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan ______


A titik peluh C makan suap
B telinga kuali D minta diri

36 _____ ibu Shah apabila mendapat tahu dia terlibat dengan najis dadah itu.
A Hidung tinggi C Hancur hati
B Iri hati D Besar hati

37 Mariam _____ sejak kematian seluruh ahli keluarganya dalam kemalangan itu.
A titik peluh C makan diri
B mandi kerbau D hilang akal

38 Eza ______ ayahnya menjadi seorang pensyarah.


A anak tunggal C bulat hati
B anak angkat D ikut jejak

39 Walaupun Jong Ai Berharta, tetapi dia _____ dan tidak mahu menghulurkan bantuan kewangan
kepaa adik-beradiknya yang susah.
A sampah masyarakat C tangkai jering
B senyum kambing D tali barut

40 Izat ______ untuk membantu ibunya mengemas rumah.


A berat tulang C alas perut
B cari jalan D senang hati
41 Basri kecewa kerana tidak dapat mendekati anak Mak Cik Ramlah yang ______ itu.
A jinak-jinak merpati C ajak-ajak ayam
B tidur-tidur ayam D hidung belang

42 Ayah _____ bekerja di sawah demi mencari sesuap nasi.


A membuka jalan C mati katak
B memeras keringat D memeras ugut

43 Sikap Syafiah yang sering berlembut dengan adik-adiknya me______nya apabila dia dihalau dari
rumah.
A makan garam C makan duit
B makan gaji D makan diri

44 Sikap Lia yang suka _____ itu menyebabkan Cindy dan Liza bergaduh.
A mencuit hati C mengambil berat
B mencuci mata D mengadu domba

45 Latifiah tidak tahan dengan sikap suaminya yang _____ dan suka berfoya-foya.
A hidung belang C kaki bangku
B gulung tikar D harga diri

46 Pemuda-pemuda itu ber_____ semasa menyiapkan kerja-kerja menanam di ladang kelapa sawit.
A langkah kanan C mandi peluh
B pekak badak D ketam batu

47 Amira menyediakan bebrapa keping roti untuk anaknya sebagai ______ sebelum ke sekolah.
A kaki bangku C hisap darah
B kutu embun D lapik perut

48 Dia segera ______ apabila rancangan merompak bank itu diketahui oleh pihk polis.
A besar kepala C buah pena
B cuci tangan D curi tulang

49 Gajah itu ______ apabila mendapati anak kesayangannya hilang.


A naik minyak C untung batu
B patah arang D ubat hati

50 Tina tidak suka bercerita apa-apa kepada Julia yang terkenal sebagai _______ itu.
A mulut tempayan C kaki ayam
B kutu embun D pekak badak

51 Harga barang-barang yang dijual di pasar raya itu ______ dan tidak boleh dirunding lagi.
A hisap darah C paku belanda
B makan duit D tangkai jering

Soalan Peribahasa Bahasa


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Encik Mail menerima kedatangan kami dengan _____ walaupun belum pernah bertemu.
A tangan terbuka C cuci tangan
B gelap fikiran D tangkai hati

2 Najihah rela _____ untuk membeli kereta idamannya itu.


A gerak badan C hancur hati
B banyak akal D ikat perut
3 Jangan _______ menuduh orang lain kalau tidak ada bukti yang kukuh.
A diam-diam ubi C angkat muka
B serkap jarang D curi tulang

4 Semua pekerja diminta memberi ______ masing-masing dalam perbincangan meja bulat itu.
A buah fikiran C buah pena
B bauh mulut D buah hati

5 Apabila sudah berjaya, Kok Meng menjadi _____ dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.
A bongkok udang C besar kepala
B darah daging D kaki bangku

6 Park Jung merupakan _______ sekolah kami kerana dia sering mengharumkan nama sekolah
dalam pertandingan pidato dan badminton.
A anak kandung C anak emas
B anak angkat D anak buah

7 Setiap hari Ahad, Cikgu Selvi akan mengajar anak-anak penduduk kampung itu yang tidak tahu
mengira dan ______
A mata duitan C kaki ayam
B busuk hati D buta huruf

8 Saya berasa _______ melihat telatah pelawak-pelawak di kaca televisyen itu.


A busuk hati C geli hati
B buah hati D iri hati

9 Pihak penguat kuaasa menahan warga asing yang berniaga di _______ bangunan itu.
A kaki bangku C kaki botol
B kaki ayam D kaki lima

10 Ramli sering menggunakan _______nya untuk menipu guru apabila tidak siap kerja sekolah.
A lidah bercabang C buta huruf
B tangkai jering D akal belut

11 Samat suka _____ tentang kejayaan anak-anaknya.


A kerang busuk C cuci tangan
B cakap besar D busuk hati

12 Sikap Wok Lan yang menyendiri seperti ______ itu menyebabkan rakan-rakannya
memulaukannya.
A kambing hitam C lipas kudung
B kera sumbang D patah hati

13 Maria sangat gembira menyambut kelahiran ______ sulungnya.

A cahaya mata C bidan terjun

B kaki wayang D anak kapal

14 Mona ______ semasa emak dan ayahnya berbual-bual di ruang tamu.


A pasang telinga C terang hati
B pekak badak D ikat perut

15 Kilang itu dibina dengan wang hasil _____ Amir yang dikumpul olehnya semasa bekerja di luar
negara.
A batu loncatan C tin kosong
B asam garam D titik peluh
16 Ayah hanya sempat makan sekeping roti sebagai ______ sebelum pergi ke pejabat.
A ambil angin C ganti tikar
B alas perut D cuci mata

17 Para tetamu mengucapkan tahniah kepada pasangan ______ yang sedang bersanding di atas
pelamin.
A gulung tikar C buta huruf
B raja sehari D cari fasal

18 Puan Nancy sentiasa memastikan agar anak dan suaminya tidak keluar rumah dengan ______.
A perut kosong C beri muka
B buah tangan D gerak hati

19 Setelah beroperasi selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa ______ kerana tindakan pekerja yang
tidak bertanggungjawab.
A gulung tikar C curi tulang
B angkat kaki D cuci perut

20 Normi meminta ______ yang baru bekerja di rumahnya itu mengemas rumah setiap hari.
A kerang musuk C orang gaji
B orang dalam D anak air

21 Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
A sampai hati C pilih kasih
B putih mata D salah urat

22 Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.
A lidah bercabang C curi tulang
B pisau cukur D mati kutu

23 Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ______ itu sebagai tempat
pembuangan sampah.
A pisau cukur C otak udang
B lintah darat D perigi buta

24 Fatimah hanya ______ apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.


A putih mata C telinga nipis
B senyum simpul D telinga kuali

25 Emak selalu menegur sikap abang yang ______ itu.


A langkah kanan C berat tulang
B rabun ayam D berat hati

26 Kakak saya ______ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.
A berat sebelah C orang dalam
B ringan tulang D makan gaji

27 Sikap Markiah yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.
A campur tangan C ganti tikar
B ambil angin D batu api

28 Rajan ______ setelah mengecap kemewahan hidup sehingga tidak mempedulikan keluarganya
lagi.
A makan angin C berat tulang
B lupa daratan D buruk siku

29 Anita sangat ______ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.


A hisap darah C busuk hati
B cakar ayam D suka hati
30 Penduduk kampung itu menerima kunjungan Perdana Menteri pada hujung minggu yang lalu.
A besar kepala C geli hati
B besar hati D isi hati

31 Pekerja syarikat itu menerima ______ setelah dibayar bonus selama enam bulan oelh majikan
mereka.
A durian runtuh C mata duitan
B mahkota hati D buah fikiran

32 Charles memang pandai bercakap, tetapi ibarat _____ sahaja kerana dia tidak tahu membuat apa-
apa kerja pun.
A perut kosong C gelap mata
B tulang hitam D tin kosong

33 Remaja itu gelisah bagai _____ apabila rahsianya yang merokok telah diketahui oleh keluarga.
A cacing kepanasan C gila bayang
B kaki bangku D otak udang

34 Walaupun hidup sederhana, Nadia _______ dan sering membantu orang miskin dan fakir.
A mulut tempayan C murah hati
B baik sangka D pilih kasih

35 Mangsa-mangsa kebakaran itu hanya tinggal ____ kerana harta benda mereka semua musnah
dalam kebakaran itu.
A sehelai sepinggang C kacang hantu
B saudara kandung D kata putus

36 Setiap bulan Muirah akan ______ untuk mencantikkan dan mewangikan tubuh badannya.
A mandi bunga C pasang tangan
B mandi peluh D cuci tangan

37 Amiah dan ibunya berkebun sayur di atas tanah yang _____ di belakang rumah mereka.
A sekangkang kera C setengah tiang
B kucing bertanduk D jalan tengah

38 Encik Jaya sudah mengenal pasti pekerjanya yang selalu makan _____ semasa di pejabat.
A banyak akal C gaji pokok
B lintah darat D gaji buta

39 Dia _______ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.
A berpeluk tubuh C putih tulang
B makan suap D mati kuku

40 Sarimah sudah pandai ______ apabila keluar rumah.


A pasang badan C naik minyak
B perang mulut D berat tulang
Jawapan 48B
1C 49A
2A 50A
3B 51C
4A
5A
6B Jawapan
7B 1A
8B 2D
9B 3B
10D 4A
11B 5C
12C 6C
13B 7D
14B 8C
15A 9D
16C 10D
17D 11B
18A 12B
19D 13A
20B 14A
21D 15D
22A 16B
23A 17B
24B 18A
25A 19A
26A 20C
27B 21C
28A 22B
29A 23C
30C 24B
31D 25A
32B 26B
33C 27A
34D 28A
35C 29A
36D 30B
37D 31A
38D 32D
39C 33A
40A 34C
41A 35A
42B 36A
43D 37A
44D 38D
45A 39D
46C 40A
47D

Anda mungkin juga menyukai