Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM PEMANTAUAN DISIPLIN PELAJAR

SK 2 SULTAN ALAM SHAH, 46200 PETALING JAYA SELANGOR

PENDAHULUAN

Tahap disiplin pelajar SK 2 Sultan Alam Shah berada pada tahap yang agak
membimbangkan memandangkan setiap hari terdapat kes salahlaku yang melibatkan
pelajar seperti ponteng kelas, dan lewat. Berdasarkan permasalahan ini, program
pemantauan disiplin dilaksanakan sebagau usaha membendung masalah ini daripada terus
berleluasa.

OBJEKTIF

1. Memantau tahap disiplin pelajar dan mengenalpasti klien untuk sesi bimbingan
dan kaunseling.
2. Membantu badan disiplin dan pengurusan sekolah dalam menangani masalah
disiplin pelajar.
3. Mendekati pelajar yang bermasalah dari segi tingkahlaku dan perlakuan
delikuensi yang meruntuhkan tahap kawalan disiplin dan sahsiah pelajar.

SASARAN

Semua pelajar

PELAKSANAAN

Pemantauan secara pemerhatian, temubual dan kaedah mengambil gambar tingkahlaku


dan masalah disiplin pelajar selain merujuk kepada rekod didiplin dan sistem Merit dan
Demerit

PERBELANJAAN

Tiada

PENUTUP

Diharap program ini dapat membantu pelajar-pelajar bermasalah dan dapat


mengawal disiplin pelajar ke arah yang lebih baik demi mencapai objektif sekolah.
LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Nama Program : Program Pemantauan Disiplin Pelajar


Tarikh : Mac – Sepanjang tahun
Masa : Sepanjang sesi persekolahan sesi pagi dan petang
Tempat : Seluruh kawasan sekolah
Objektif :
1. Memantau tahap disiplin pelajar dan mengenalpasti klien untuk sesi bimbingan
dan kaunseling.
2. Membantu badan disiplin dan pengurusan sekolah dalam menangani masalah
disiplin pelajar.
3. Mendekati pelajar yang bermasalah dari segi tingkahlaku dan perlakuan
delikuensi yang meruntuhkan tahap kawalan disiplin dan sahsiah pelajar.
Kumpulan Sasaran : Semua pelajar sesi pagi dan petang
Perbelanjaan : Tiada
Guru bertanggungjawab : Guru-guru Bimbingan & Kaunseling
Kaedah pelaksanaan : Pemantauan secara pemerhatian, temubual dan kaedah
mengambil gambar tingkahlaku dan masalah disiplin
pelajar.

Laporan Pelaksanaan Program:

Program pemantauan disiplin pelajar ini dilaksanakan secara berterusan dalam


usaha mengurangkan dan menangani permasalahan disiplin pelajar. Guru-guru bimbingan
dan kaunseling bertanggungjawab memantau pergerakan pelajar yang bermasalah dan
menjadikan pelajar tersebut sebagai klien sesi bimbingan dan kaunseling. Selain itu,
rekod pelajar sentiasa diperhatikan melalui rekod kehadiran pelajar ke sekolah. Klien-
klien bermasalah juga dirujuk oleh guru disiplin dan semua guru kelas kepada guru
bimbingan & kaunseling dalam usaha menyedarkan pelajar tentang kegiatan yang boleh
memberi kesan kepada rekod disiplin sekaligus membantu pencapaian akademik mereka.
Masalah yang Dihadapi:

Masalah yang dihadapi melalui program ini ialah sukar mendapat kerjasama
pelajar yang bermasalah kerana apabila dipanggiloleh guru bimbingan dan kaunseling,
mereka tidak mahu untuk berkongsi masalah secara terbuka dan banyak mendiamkan
diri. Selain itu, tindakan segelintir pelajar yang menyembunyikan kegiatan salahlaku di
sekolah menyukarkan pemantauan disiplin dijalankan. Terdapat juga sebilangan guru
yang seakan tidak mengendahkan salahlaku pelajar dan hanya membiarkan sahaja
tindakan pelajar yang bermasalah contohnya membuang sampah merata-rata.

Kesimpulan dan Cadangan Penambahbaikan :

Secara keseluruhannya, program ini akan lebih berkesan sekiranya semua guru
memainkan peranan masing-masing iaitu semua guru secara langsung atau tidak langsung
merupakan guru disiplin dan sedar tentang tangggungjawab ke arah mendisiplinkan
pelajar adalah tanggungjawab bersama dan bukan hanya terletak pada sesetengah guru
sahaja.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………… ………………………………
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai