Anda di halaman 1dari 7

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SK KAMPONG PAYA 2020

KERTAS CADANGAN
PROGRAM ZIARAH CAKNA
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PAYA 2020

1.0 Program ziarah cakna merupakan satu program baru yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh kerana ia masih baru, Mungkin ramai yang masih belum
maklum bagaimana cara pelaksanaan program ziarah cakna ini. Program ini dirangka oleh KPM
bagi menerapkan amalan nilai murni yang menzahirkan nilai kegembiraan, kasih sayang dan
hormat menghormati dalam kalangan warga sekolah dan juga masyarakat luar.

Program Ziarah Cakna ini adalah hasil dari keputusan mesyuarat ketua bahagian KPM
bilangan 10/2018 iaitu pada 7 Disember 2018 yang mana Bahagian Pengurusan sekolah harian
perlu menyelaraskan pelaksanaan program ziarah cakna ini secara meluas di semua sekolah di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Pelaksanaan konsep ziarah cakna ini sebenarnya untuk memperkukuhkan konsep sekolah
penyayang yang sedia ada bagi menangani mutual distrust sebagaimana amalan baik yang
dipraktikkan oleh negara Jepun bagi memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibubapa
dan penjaga.

Program ziarah cakna ini boleh diringkaskan kepada aktiviti lawatan guru ke rumah murid
untuk bertemu dengan ibu bapa penjaga bagi memberi manfaat positif kepada perkembangan
menyeluruh pelajar. Selain itu juga melalui lawatan yang dibuat diharapkan guru dapat
mengumpul maklumat keluarga murid memahami latar belakang murid berdasarkan tempat
mereka dibesarkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan atau ibu bapa dan
guru

Pelaksanaan Program Ziarah Cakna

Bagi menjelaskan lagi tentang program ziarah cakna ini, program ini dilaksanakan secara
berterusan sepanjang tahun dan ia perlu menjadi amalan di sekolah mengikut cara dan kreativiti
serta kesesuaian pihak sekolah. Walaupun demikian, pihak sekolah boleh mengambil inisiatif
seperti garis panduan yang ditetapkan pelaksanaan sebelum semasa dan selepas seperti di
bawah:

 Guru perlu mengenali murid dengan menyediakan maklumat awal berkaitan murid di
sekolah sama ada sahsiah, tingkah laku ataupun pergaulan pelajar tersebut dengan
rakan-rakan lain.
 Menghantar surat atau menghubungi ibu bapa murid sebelum ziarah dilaksanakan
 Mendapat persetujuan lebih awal daripada ibu bapa penjaga murid

 Kunjungan ziarah tidak menyusahkan ibu bapa penjaga seperti tidak perlu menyediakan
makan dan minum.

Unit Bimbingan & Kaunseling


PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SK KAMPONG PAYA 2020

 Ziarah dilaksanakan pada masa yang tidak melibatkan masa pembelajaran dan
pengajaran.
 Berkongsi maklumat berkaitan perkembangan murid iaitu sahsiah, tingkahlaku dan
perkembangan diri di sekolah dan di rumah.
 Mengumpulkan maklumat murid berkaitan status sosioekonomi keluarga dan keperluan
lain yang diperlukan
 Menziarahi ke rumah murid pada tempoh masa yang bersesuaian dengan tujuan
perjumpaan tersebut

 Menyediakan bantuan sokongan kepada murid yang memerlukan


 Tindak susul bagi murid yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada pihak
tertentu
 Mengukuhkan hubungan antara ibu bapa penjaga dari masa ke semasa melalui
pelbagai platform perhubungan
 Membina jaringan kerjasama bersama sama ibu bapa penjaga yang mempunyai
kemampuan kemahiran dan kepakaran yang dapat menyumbang kepada pembangunan
sekolah

Daripada maklumat yang disediakan di atas dapatlah dirumuskan bahawa program ziarah
cakna ini lebih mengutamakan hubungan antara pihak sekolah dan juga ibu bapa pelajar.

Hubungan yang ingin dipupuk ini adalah menerusi lawatan pihak sekolah sama ada guru
atau pentadbir ke rumah pelajar secara berfokus. Guru atau pihak sekolah boleh memilih untuk
pergi ke rumah pelajar yang mempunyai masalah ataupun mengunjungi rumah pelajar yang tidak
mempunyai kedudukan kewangan yang baik.

Program ini lebih berstruktur dengan pihak sekolah perlulah membuat sedikit fokus tujuan
sebelum ke rumah pelajar dan juga perlulah membuat laporan selepas lawatan dibuat.
Diharapkan program murni ini dapat memberikan lebih motivasi dan juga kesan kepada ibu bapa
dan pelajar dalam menangani masalah sosial dan juga meningkatkan lagi prestasi akademik.

2.0 Kumpulan Sasaran

Semua murid SK Kampong Paya

3.0 Tempat

Sekolah Kebangsaan Kampong Paya,Kubor Panjang Kedah Darul Aman

4.0 Penganjur
Pengurusan Hal Ehwal pelajar (HEM) dan Unit Bimbingan dan Kaunseling

Unit Bimbingan & Kaunseling


PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SK KAMPONG PAYA 2020

5.0 Perbelanjaan
Sila rujuk Lampiran A

6.0 JAWANTANKUASA PROGRAM


Sila rujuk Lampiran B

7.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk Lampiran C

8.0 PENUTUP DAN RUMUSAN


Adalah diharapkan Pelancaran Program Ziarah Cakna ini dapat berjalan dengan lancar atas
kerjasama ahli jawatankuasa pelaksana yang telah dilantik. Melalui Program ini, berharap dapat
hubungan pihak sekolah dan para waris akan bertambah erat lagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................... ...................................................

(Encik Ameruddin bin Ramli ) (En Zakaria bin Ismail)


Setiausaha Program Penolong Kanan HEM
SK Kampong Paya SK Kampong Paya,

Disahkan oleh,

........................................

(En.Ishak bin Hashim,


Guru Besar
SK Kampong Paya

Unit Bimbingan & Kaunseling


[Type here]

Lampiran A

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

Pendapatan

Sumbangan Sekolah RM 262.00

Perbelanjaan

1. Stremer Pelancaran RM 22.00


2. Sumbangan Ziarah Cakna RM 20.00 X 11 bulan RM 220.00
3. Cendarahati perasmi RM 20.00

Jumlah Keseluruhan RM 262.00

Unit Bimbingan & Kaunseling


PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SK KAMPONG PAYA 2020

Lampiran B

JAWATANKUASA INDUK

PELANCARAN PROGRAM ZIARAH CAKNA

SK KAMPONG PAYA 2020

Penasihat : En Ishak bin Hashim(Guru Besar SK Kampong Paya)

Pengerusi : En Zakaria bin Ismail (GPK HEM)

Naib Pengerusi 1 : En Mohd Saad bin Mohamad( GPK 1)

Naib Pengerusi 2 : En Anuar Zamane bin Mat Zen (GPK Kokurikulum)

Setiausaha 1 : En Ameruddin bin Ramli (Guru Bimb & Kaunseling)

Bendahari : Pn Noorzila binti Abdullah

AJK PELAKSANAAN PROGRAM

Pengacara Majlis

Pn Zunaida bt Ahmad

Bacaan Doa

En Mohd Zubir bin Morat

Persiapan Tempat

Pn Supiah bt Abdullah

En Shah Jehan bin Kassim

Buku Program/Dokumentasi

Pn Ima Hanani bt A Rahim

Unit Bimbingan & Kaunseling


PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SK KAMPONG PAYA 2020

P.A. Sistem & Siaraya

En Mustaffar Kamal bin Ahmadan

En Mohd Taufiq bin Shafee

Gimik Pelancaran

Pn Noorizam bt Md Zain

Pn Fauziah bt Khalit

Unit Bimbingan & Kaunseling


PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SK KAMPONG PAYA 2020

Lampiran C

TENTATIF PROGRAM

02 HB FEBRUARI 2020 (AHAD )

07.30 pagi : Semua ,guru dan murid mengambil tempat di tapak perhimpunan

07.45 pagi : Ketibaan tetamu jemputan


: Encik Mohd Khairuddin bin Manap
YDP PIBG) SK Kampong Paya

08.00 pagi : Ucapan Aluan Pengacara Majlis


: Bacaan doa
08.15 pagi : Ucapan Aluan oleh Tuan Guru Besar
08.30 pagi : Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG SKKP
: Gimik Pelancaran
: Penyampaian Cenderahati
08.45 pagi : Bersurai

02.00 petang : Ziarah Cakna

Unit Bimbingan & Kaunseling

Anda mungkin juga menyukai