Anda di halaman 1dari 3

Taklimat Pelancaran Kempen Sayangi Buku Teks

TEKS TAKLIMAT PELANCARAN KEMPEN SAYANG BUKU TEKS SPBT 2020

Bismillahhiramanirrahim,
SALAM PPD BAGAN DATUK ONE TEAM ONE TARGET KE ARAH NO 1 MALAYSIA
Yang berusaha…………………………………………………Guru besar , Penolong Kanan 1, PK HEM, PK
KOKO EN SHAIFUL NIZAM BIN NASIRi .

Yang dihormati barisan guru-guru …….


Serta yang dikasihi murid-murid sekalian,

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 Para guru dan murid-murid  sekalian,

Untuk makluman, hari ini  merupakan pelancaran Kempen Sayangi Buku Teks SPBT Tahun
2013. Kempen ini bertujuan untuk menyemai sifat hargai buku teks di kalangan murid-murid
seterusnya untuk meningkatkan kesedaran murid tentang pentingnya menjaga buku teks
dengan sempurna kerana sejumlah wang yang besar telah dibelanjakan oleh pihak kerajaan
untuk menanggung kos penerbitan buku -buku teks untuk semua murid  di seluruh Malaysia.

Kempen ini juga adalah untuk meningkatkan tahap penggunaan  buku teks di kalangan murid
di dalam kelas, iaitu murid sering kali tidak membawa buku teks semasa proses PDPC
berlangsung dengan alasan tidak mahu membawa beg berat ke sekolah, walhal perkongsian
buku teks diantara murid  adalah dilarang kerana setiap murid  telah dibekalkan dengan buku
teks SPBT setiap seorang.

Sesungguhnya anda perlu memahami  bahawa buku tersebut merupakan hak kerajaan


Malaysia yang dipinjamkan kepada anda dan anda tertakluk kepada peraturan Skim Pinjaman
Buku Teks Sekolah.  

Dengan ini anda harus bertanggungjawab ke atas buku teks anda dan PERLU mematuhi segala
peraturan yang telah ditetapkkan oleh Unit SPBT pihak sekolah iaitu:

1. Menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks SPBT.

2.      Membalut buku teks SPBT dengan pembalut plastic lutsinar.


3.      Memulangkan buku teks SPBT yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.

4.      Mengganti buku teks SPBT yang dihilangkan atau dirosakan.

5.      Membaik pulih buku teks SPBT yang koyak atau rosak.

6.      Memastikan buku teks tidak diconteng, ditulis, dikoyak, di gunting atau sebarang jenis
perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan.

7.      Memastikan semua buku teks SPBT dibawa pulang pada setiap hari selepas sesi persekolahan
berakhir.

8.      Memastikan buku teks tidak diberi pinjam kepada pelajar lain.

9.      Membawa setiap buku teks yang diperlukan mengikut jadual waktu sepanjang PdPc
berlangsung.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengingatkan dan menegaskan bahawa sekiranya murid-
murid  melanggar peraturan tersebut, maka pihak unit SPBT sekolah berhak mendenda atau
meminta murid  membayar harga kerosakan buku atau harga kehilangan  . Kegagalan murid
mematuhi peraturan SPBT turut membolehkan pihak sekolah mengambil apa-apa tindakan
disiplin terhadap diri murid.

Kempen ini akan berlangsung sepanjang tahun dan beberapa aktiviti akan di jalankan dalam
minggu ini . Di antara aktiviti-aktiviti yg akan dijalankan ialah:
ü  Pemantauan serentak  – pemeriksaan fizikal  buku teks akan dilaksanakan pada waktu pertama
mata pelajaran . Pemantauan ini akan dibantu oleh guru pertama mata pelajaran. (tempoh
pemantauan lebih kurang 10- 15 minit) .      
ü  Pemeriksaan semerta di kelas – untuk memastikan buku teks tidak ditinggalkan di dalam kelas
selepas waktu persekolahan, walaupun kelas tidak di gunakan disebelah petang/pagi.
ü  Pertandingan mewarna cantik  untuk murid- murid tahap 1 ( akan dilaksanakan semasa mata
pelajaran Dunia Seni Visual). Tarikh pelaksanaan akan dimaklumkan kemudian.
Pertandingam melukis poster bagi murid Thap 2
Pertandingan membalut buku teks. Dilaksanakan pada waktu koko

Adalah diharapkan oleh pihak sekolah, Kempen Sayang Buku ini mendapat kerjasama yang
padu daripada semua.
Oleh itu, majlis menjemput Pn siti Norhawati binti ramli selaku guru besar sekolah kebangsaan sungai
tiang darat untuk memberi ucapan.

diiringi oleh pk hem, en syahril izwan bin said untuk merasmikan pelancaran kempen sayangi buku teks.

Anda mungkin juga menyukai