Anda di halaman 1dari 6

WAJ [Year]

1

1.0 Masakan Solar
Pada masa kini, penggunaan tenaga solar sebagai sumber utama bukan lagi
suatu perkara baru yang diterima oleh masyarakat kita. Tenaga solar adalah
teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya matahari. Jika dilihat
dari sudut sejarah, tenaga ini sebenarnya telah digunakan secara meluas sejak
beberapa abad yang lalu kerana ketika itu masih lagi tiada bekalan tenaga yang lain.
Pada waktu sekarang, tenaga matahari juga digunakan secara meluas di
beberapa buah negara. Antara beberapa penggunaannya ialah pemanasan,
generasi elektrik dan penyahmasinan air laut. Kaedah memasak menggunakan
tenaga suria juga digunakan secara meluas di negara-negara membangun sebagai
salah satu alternatif bagi menggantikan penggunaan kayu, arang kayu, arang batu
atau bara api.
Di Chile, sebuah restoran bernama Delicias del Sol menggunakan tenaga
matahari untuk memenuhi keperluan tenaga mereka. Mereka memasak
danmembuat minuman menggunakan oven tenaga matahari yang mempunyai suhi
180 darjah celcius yang direka sendiri. Hal ini berikutan kekurangan kayu pai di
daerah mereka yang semakin menjadi-jadi. Oven tersebut direka oleh seorang
wanita yang bernama Rojas berserta empat orang wanita yang terpilih untuk projek
penyelidikan tentang tenaga solat yang dianjurkan oleh University of Chile.
Masakan solar merupakan salah satu cara penyediaan makanan yang tidak
menggunakan peralatan dapur seperti dapur gas dan hanya menggunakan cahaya
matahari sebagai sumber tenaga. Kaedah ini praktikal digunakan di Negara beriklim
panas seperti Malaysia dan mempunyai banyak kebaikan iaitu sumber tenaga yang
digunakan murah, menggurangkan penggunaan bahan api dari kayu atau arang,
tidak mempunyai ancaman bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas.
Masakan solar mempunyai banyak kebaikan dari segi penjimatan wang
dengan pengurangan penggunaan kayu api dan arang. Sumber tenaga daripada
tenaga fosil seperti petroleum, aang batu dan gas asli mengambil masa terlalu lama
untuk dihasilkan semulajadi. Oleh itu, penggunaan sumber tenaga yang boleh
diperbaharui seperti tenaga solar sesuai digunakan untuk menggantikan sumber
tersebut kerana ia mudah didapati dan murah. Bukan itu sahaja, masakan solar
WAJ [Year]

2

menggalakkan kehidupan sihat yang mana masakan lebih banyak menggunakan air.
Ia memudahkan penghadaman bagi orang-orang tua yang mempunyai sistem
penghadaman yang rendah,
Masakan solar juga dapat menggelakkan daripada makanan yang dimasak
hangus kerana ia hanya menggunakan tenaga solar sahaja. Makanan yang dimasak
melalui dapur solar juga akan mempunyai vitamin yang banyak berbanding dengan
masakan yang dimasak melalui dapur gas kerana ia menyebabkan kehilangan
vitamin yang banyak dengan penggunaan minyak.

1.1 Dapur Solar
Dapur solar merupakan rekacipta model yang dilengkap ciri-ciri kecekapan
tenaga dengan menggunakan sumber tenaga solar secara optimum. Dapur solar ini
dicipta menggunakan bahan-bahan terpakai, dan mudah didapati di pasaran iaitu
kotak atau kertas kadboard yang tebal, aluminium foil, gam dan masking tape. Dapur
solar amat sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak kerja luar seperti
perkhemahan. Ia lebih menjamin keselamatan murid-murid lebih-lebih lagi bagi
mereka yang tidak pandai memasak, ini memberikan satu pengalaman baru bagi
mereka kerana terdapat cara lain untuk memasak tanpa perlu rasa takut akan
percikan minyak.
Untuk membuat dapur solar, terdapat beberapa ciri-ciri yang perlu
dipertimbangkan iaitu dapur solar yang dibuat perlulah ringkas, boleh menyerap
haba, mudah dibawa ke mana-mana dan murah. Ciri-ciri ini perlu dipertimbangkan
kerana pembuatan dapur solar yang terlalu rumit akan mengambil masa yang lama
untuk membuatnya malah ia melambatkan masa untuk memasang dan
membukanya semula. Berikut adalah salah satu rangka untuk membuat dapur solar
yang mudah dan ringkas. Rangka ini boleh dibuka dan dipasang semula dalam
masa tidak sampai seminit.



WAJ [Year]

3








Memandangkan cuaca di Malaysia kadangkala redup, kadangkala panas,
mempunyai sebuah dapur solar yang mudah dibawa ke mana-mana adalah satu
kemestian agar kita dapat mengejar cahaya matahari untuk memasak masakan kita.
Dapur solar yang menyerap haba adalah penting kerana tanpa haba yang cukup,
makanan kita mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk masak. Maka
itu, semasa membuat dapur solar, kita harus bijak merancang penggunaan masking
tape agar aluminium foil dapat menutupi seluruh kotak.
Setelah mengetahui ciri-ciri dapur solar yang diperlukan, kita boleh membuat
sebuah dapur solar menggunakan bahan-bahan yang telah dinyatakan di atas. Masa
yang diperlukan membuat solar adalah lebih kurang 10 minit jika dilakukan seorang
diri dan 5 minit sekiranya dilakukan dalam kumpulan berlima.
Dengan menggunakan ukuran dapur solar diatas, kita boleh merangka dapur
solar pada kotak atau kadboard tebal. Ia akan digunting mengikut rangka yang telah
dilukis. Kotak atau kadboard yang digunakan haruslah besar agar dapat
menghasilkan sebuat dapur solar yang besar. Pada pandangan saya, ia lebih mudah
jika kita menggunakan kotak kerana murah, dan mudah untuk dilipat mengikut
rangka. Bukan itu sahaja. Kotak lebih mudah untuk digunting berbanding kadboard.
Setelah mendapat bentuk dapur solar yang diinginkan, kita boleh mula
membalut dapur solar tersebut menggunakan aluminium foil. Aluminium foil tersebut
akan dilekat menggunakan masking tape agar ia tidak mudah terbuka. Aluminium
foil digunakan secara meluas dalam industri makanan sebagai bahan insulasi panas,
pelindung, kemasan dan alat memasak. Aluminium adalah konduktor oksigen dan
Gambar 1 : Ukuran dapur solar
WAJ [Year]

4

cahaya yang baik yang mana kedua elemen tersebut terkenal dalam
kemampuannya dalam mengubah tekstur dan rasa makanan.
Sifat aluminium foil yang mampu menyerap haba dengan baik sesuai sekali
digunakan untuk dijadikan penghambat dalam menyerap haba daripada matahari
lalu menyalurkan kepada makanan. Selain daripada itu, sifat aluminium yang ringan
dan mudah dibentuk memudahkan kerja untuk membalut dapur solar.
Selesai membalut dapur solar dengan menggunakan aluminium foil dan
melekatnya dengan menggunakan masking tape, dapur solar boleh sudah
digunakan. Sebelum itu, kita haruslah mengurangkan penggunaan masking tape
pada permukaan yang mempunyai aluminium foil kerana terlalu banyak masking
tape yang digunakan pada bahagian itu akan mengurangkan penyerapan haba
oleh aluminium tersebut dann ini akan membuatkan masakan lebih lambat masak.

1.2 Menu Masakan
Setelah selesai membuat dapur solar menggunakan kertas aluminium yang
boleh menyerap cahaya, sekarang beralih pula kepada cara memasak mengunakan
dapur solar yang telah dihasilkan.
Sebelum itu, terdapat beberapa alatan yang diperlukan untuk memasak
menggunakan dapur solar. Antaranya ialah matahari yang terik, dapur solar yang
telah siap dibalut aluminium foil, periuk hitam, beg plastik, tali rapia, batu-batu kecil,
dan bahan-bahan masakan.
Untuk memasak menggunakan dapur solat, periuk besi hitam diperlukan
kerana ia lebih mudah untuk menarik haba. Menurut kajian, warna-warna gelap lebih
mudah untuk menyerap haba berbanding dengan warna-warna lain maka dengan
itu, periuk besi berwarna hitam lebih sesuai digunakan. Beg plastik pula digunakan
untuk menyimpan periuk besi hitam dan sekali gus untuk menyerap cahaya matahari
dan menukarkannya kepada haba.
Seperti yang dinyatakan, periuk hitam akan menyerap cahaya matahari lalu
cahaya matahari tersebut akan ditukarkan kepada tenaga hahba dan memanaskan
periuk yang terdapat dalam dapur solar. Plastik berfungsi untuk memerangkap haba
WAJ [Year]

5

tersebut daripada melepasi plastik dan memberikan masa untuk permukaan yang
berwarna gelap untuk bertindak balas dengan haba.
Batu-batu kecil pula digunakan untuk mengukuhkan periuk tersebut semasa
ia berada di dalam dapur solar. Bukan itu sahaja, ia juga digunakan untuk
mengukuhkan tutupan periuk kerana haba akan menolak tutup periuk ke atas. Atas
hukum sains ini, batu akan memastikan tutup periuk tidak terbuka. Tali pula
digunakan untuk mengikat plastic tersebut.
Untuk memasak menggunakan dapur solar, saya telah memilih menu
masakan ala sabah yang saya pelajari daripada ibu saya iaitu ampap ikan basung.
Masakan ini lebih mudah untuk dimasakkan menggunakan dapur solar kerana ia
tidak menggunakan minyak dan mudah dimasak menggunakan tenaga solar.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ampap ikan basung ialah
halia, kunyit, bawang putih dan merah, serai, ikan basung, daun kunyit serta limau
kasturi, air, garam dan ajinamoto. Halia, kunyit, bawang putih dan merah akan
ditumbuk halus. Daun kunyit yang digunakan disimpul untuk mendapatkan bau serta
rasa yang lebih elok dan sedap.
Mula-mula, halia, kunyit, bawang putih, bawang merah serta serai yang telah
ditumbuk dimasukkan ke dalam periuk. Bahan ini boleh juga diletakkan sedikit pada
ikan basung untuk menghasilkan bau yang wangi serta rasa yang enak pada ikan
basung. Air yang diletakkan haruslah dalam kuantiti 2/3 periuk dan perahkan
beberapa biji limau kasturi. Garam dan ajinamoto diletakkan secukup rasa.
Setelah selesai memasukkan bahan untuk ampap ikan basung, periuk akan
ditutup dan diletakkan ke dalam plastik. Plastik akan diikat untuk memerangkap
cahaya lalu menghasilkan haba bagi memasak ampap ikan basung tersebut. Periuk
yang telah diikat masuk ke dalam plastik akan diletakkan ke dalam dapur solar.
Kaedah ini sesuai digunakan ketika perkelahan yang mana terdapat cuaca
matahari yang mencukupi. Menu ini boleh juga digunakan semasa perkhemahan
namun peserta haruslah mempunyai tempat untuk menyimpan ikan agar ia segar
dan tidak busuk.

WAJ [Year]

6














http://dairishare.blogspot.com/2013/10/restoran-ini-menggunakan-
cahaya.html

Anda mungkin juga menyukai