Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN MERUNGKAI STANDARD

Peringkat 1: Hasil diharapkan


Topik: (Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
6.2 Menyediakan sajian(6 waktu)(3 minggu)
6.2.1 Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan betul
6.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip, senduk, mangkuk adunan, alat
penyukat, alat penimbang, kuali, periuk, dapur, alat pengadun kek, alat pengisar, cerek elektrik,
pembakar roti dan oven elektrik
6.2.3 Memilih menu sarapan atau minum petang
6.2.4 Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang dipilih
6.2.5 Menyediakan, memasak dan menghidangkan sajian
6.2.6 Membersihkan alatan dan ruang memasak
6.2.7 Menyelenggarakan dan menyimpan alatan

Kefahaman:(Perkara penting yang akan Soalan Penting:


dipelajari) Minggu 1:
Menyediakan sajian Apakah yang akan berlaku sekiranya makanan
disediakan dengan cara yang tidak bersih?
Minggu 2: Mengapakah perlu kita lakukan
anggaran kos bahan mengikut menu?
Minggu 3:
Apakah perkara penting yang mesti kita lakukan
semasa menyedia, memasak dan
menghidangkan sajian?
Mengapakah perlu kita membersih dan
menyimpan alatan memasak selepas
digunakan?
Apakah akan berlaku sekiranya kita tidak
membersihkan ruang memasak/dapur selepas
digunakan?

Pengetahuan: Kemahiran:
Sanitasi penyediaan makanan Mengenalpasti
Alatan seperti kutleri, sudip, senduk, mangkuk Menyatakan
adunan, alat penyukat, alat penimbang, kuali, Memilih
periuk, dapur, alat pengadun kek, alat pengisar, Membuat/melakukan
cerek elektrik, pembakar roti dan oven elektrik Menyediakan, memasak dan menghidang
kos bahan mengikut menu Membersih
sajian Menyelenggara dan menyimpan
alatan dan ruang memasak

Tahap Penguasaan:
TP1: Menyatakan sanitasi penyediaan makanan dengan betul
TP2: Menerangkan nama dan fungsi tiga alatan
TP3: Memilih menu sarapan atau minum petang
TP4: Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang dipilih
TP5: Menyedia, memasak dan menghidang sajian mengikut menu yang dipilih
TP6: Menyedia, memasak dan menghidang sajian secara kreatif dan inovatif, membersihkan
alatan dan ruang memasak, menyelenggarakan dan menyimpan alatan

1
Peringkat 2: Hasil Pentaksiran
Tugasan: Hasil Lain/Nilai:
Minggu 1: Minggu 1:Teka silang kata
Permainan mencari alatan memasak yang Minggu 2: Latihan Mengira/Menganggar
hilang di sebuah dapur yang kotor dan tidak Minggu 3: Menghasilkan carta alir yang lengkap
terpelihara
Minggu 2: Nilai:
Main peranan sebagai chef dan penolong chef Kerjasama
Minggu 3: Projek Memasak/Membuat Kebersihan
sandwich telur Kesabaran
Berhemat

Peringkat 3: Pelan Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran:
Minggu 1:
Diberi gambar sebuah dapur/ruang memasak yang kotar dan tidak tersusun. Murid perlu mencari
alatan memasak yang terdapat di merata tempat, menamakan alat berdasarkan buku teks dan
melukis dapur atau ruang memasak yang bersih dan mewarnakannya
Minggu 2:
Murid dalam kumpulan akan berperanan sebagai chef dan pembantu. Mereka akan memilih
menu sarapan pagi atau minum petang dan anggarkan kos
Minggu 3:
Murid dalam kumpulan sebagai “chef handalan” diarahkan pihak hotel untuk menyediakan
sarapan pagi berkhasiat dengan menggunakan bahan-bahan yang diberikan, untuk Perdana
Menteri Malaysia yang amat mementingkan amalan pemakanan yang sihat.
Mereka perlu melantik seorang “ketua chef “- Chef Wan-untuk memberi arahan kerja
Guru membekalkan Senarai Bahan dan Manual Prosedur kepada Ketua

Anda mungkin juga menyukai