Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN MERENTAS DESA

SEBELUM
Sebelum aktiviti merentas desa dijalankan, kami PISMP semester 5 telah
membuat kata sepakat untuk mewujudkan satu jawatankuasa sebagai penggerak
dan nadi kepada program ini. Tiga kelas telah bekerjasa sama iaitu kelas PISMP
TESL, PISMP Bahasa Melayu, dan PISMP Prasekolah. Walaupun kami terdiri
daripada tiga kelas tetapi kami boleh bekerja dengan mempunyai satu ketua sahaja
dan mudah untuk memberikan arahan. Kami kerap kali membuat mensyuarat kerana
banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Pertama sekali saya dilantik sebagai AJK yang akan menyertai acara
senamrobik, selepas itu saya akan bertugas pula sebagai peronda. Pengerusi aktiviti
memberi tugas kepada ketua setiap tugas supaya ketua dapat menjalankan tugas
mereka dengan cepat dan kemas. Contohnya, AJK Keselamatan, AJK Makanan ,
AJK Siaraya/PA Sistem dan banyak lagi dilantik seorang ketua bagi memudahkan
lagi tugas kami supaya tidak kelam kabut. Seterusnya, setiap kali mesyuarat kami
membentangkan setiap perkembangan bagi setiap AJK supaya kami tahu tahap
pengelolaan dan perkembangan tugas supaya senang untuk menyelesaikan
masalah yang belum selesai supaya aktiviti merentas desa dapat dijalankan tepat
pada tarikh yang ditetapkan dan berjalan dengan lancar.
Segala surat menyurat juga telah kami hantar lebih awal untuk makluman
semua pihak. Antaranya ialah surat jemputan pengarah dan timbalan, surat
jemputan pensyarah, surat makluman kepada HEP untuk di sampaikan kepada
semua pensyarah dan pelatih melalui Memo Dalaman bagi menandakan aktiviti
tersebut adalah wajib. Selain itu, surat-surat juga kepada bahagian keselamatan dan
unit kecemasan hospital juga telah pun diedarkan.
Pada sehari sebelum merentas desa iaitu 6 MAC 2015 kami membuat
persiapan terakhir untuk memastikan semua alatan yang telah dipinjam itu ada dan
keperluan-keperluan lain. Perkara pertama yang saya buat sebagai AJK senamrobik
ialah membuat latihan senamrobik. Pengerusi mengarahkan untuk mengadakan
perjumpaan terakhir untuk meminta perkembangan setiap AJK. Alatan dari Jabatan
Kokum juga sudah kami ambil begitu juga Jabatan Pendidikan Jasamani turut

membantu. Contohnya, spry horn, khemah, payung besar, dan haler. Taklimat
terakhir dari pengerusi secara holistik sekali dengan perjalanan program pada 07
Mac 2015.

SEMASA
Saya datang awal pada waktu pagi untuk menyediakan tempat supaya
kelihatan teratur dan sistematik. Kawasan pentas dan juga PA Sistem sudah
disediakan lebih awal. Pemeriksaan terakhir alatan yang diperlukan seperti getah,
spry horn, dan Peti Pertolongan Cemas. Selepas menyusun meja pendaftaran
kemudian hidupkan PA Sistem dan menyusun kerusi untuk para pensyarah AJK
Check Point pun bergerak dengan bas IPG yang telah ditempah awal untuk
membawa AJK Check Point.
Seterusnya, aktivit diteruskan dengan ketibaan En Jais Siarus untuk
menggantikan tempat Pengarah yang tidak dapat hadir pada masa itu. Nyanyian
lagu negaraku dengan iringan muzik. Selepas itu, bacaan doa selesai, aktiviti
diteruskan dengan senamrobik daripada AJK Senam Robik yang diketuai oleh Frecy.
Setelah selesai diteruskan dengan taklimat daripada Pengerusi untuk keselamatan
dan laluan. Setelah selesai taklimat pelajar diminta untuk beratur untuk memulakan
larian dimulakan dengan pensyarah dan staf kemudian pelatih.
Semasa larian berlangsung terdapat tiga unit yang akan bergerak Unit BSMM
membantu menjaga untuk memastikan mereka yang cedera mendapat bantuan.
Seterusnya, AJK Marsyall iaitu rondaan yang di ketuai oleh Akmal. Saya turut terlibat
dalam AJK Marsyall. Seterusnya, tidak lupa juga Anggota Polis yang membantu
kami untuk membuat rondaan juga dan menjaga keselamatan. Polis memastikan
setiap laluan selamat.
Setelah siap larian tersebut pelatih yang tidak dapat menghabiskan telah
dianggkat menggunakan bas IPG untuk tidak melambatkan masa mengikut had
masa yang telah ditetapkan. Setiap pemenang diberikan sijil dan cenderahati dan
hamper. Akhir sekali aktiviti berjaya dijalankan dengan jayanya.

SELEPAS
Selepas aktivit berlangsung kami pun mengemaskan semua barang-barang
yang telah kami gunakan dan mengembalikan semua alatan yang dipinjam dan
mengangkat meja serta kerusi yang digunakan dari kelas-kelas. Saya telah
memastikan semua barang-barang telah kami pinjam dikembalikan supaya tidak
berlaku sebarang kehilangan dan adua.
Terdapat makanan disediakan untuk pelatih dan juga pensyarah. Makanan
pelatih di letakkan di dalam tapau dan ketua opsyen mengambil makanan sebagai
wakil kelas. Makanan pensyarah pada masa itu dihidangkan. Selesai jamuan
makan, semua pensyarah dan pelatih bersurai.

Anda mungkin juga menyukai