Anda di halaman 1dari 14

Peringkat prenatal

Senaman yang ideal akan mengepam jantung, membuat badan lebih mudah dilentur dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses bersalin, tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada ibu atau bayi. Pellbagai aktiviti seperti berlari dan angkat berat yang ringan serta tidak merbahaya boleh dilakukan pada peringkat awal.

Beberapa senaman di bawah untuk ibu mengandung ketika memasuki bulan terakhir kehamilan. 1. Berjalan Ia sebagai salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil. Berjalan mengekalkan kecergasan tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki. Ia selamat sepanjang sembilan bulan kehamilan dan mudah dijadikan aktiviti seharian.

2. Renang Pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung. ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar, memanfaatkan kardiovaskular yang baik dan membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan.

3. Kelas senaman air Bersenam sambil berdiri di dalam air boleh mengurangkan bengkak di kaki yang menjadi perkara biasa akhir usia kehamilan.

4. Yoga dan regangan Ia dapat membantu mengekalkan kepantasan otot dan fleksibel. 5. Pilates Ia satu bentuk senaman yang menggabungkan latihan fleksibiliti dan kekuatan dengan kesedaran tubuh badan serta pernafasan dan otot. Senaman ini berdasarkan pola gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelvis yang dikenali sebagai teras stabil atau asas. Ia membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis pada peringkat akhir kehamilan selain membantu meletakkan bayi dalam posisi baik untuk bersalin.

Peringkat bayi
Pembentukan otot bayi yang kuat adalah sangat penting bagi membolehkan bayi iyu mengiring, meniarap, menjulur, merangkak, berjalan dan berlari. Aktiviti seperti urutan terapi pada badan bayi, mengayuh tangan dan kaki ketika mandi serta menggenggam, akan meningkatkan keupayaan psikomotor halus dan kasar.

Perkembangan koordinasi mata dan tangan bayi juga aktif pada masa ini. Berikan pendedahan kepada bayi dengan menggantung mobiles pada ruang tidur mereka, menampal gambar-gambar pada dinding atau menyediakan permainan yang mengeluarkan bunyi jika ditekan, disentuh atau dipusing. Aktiviti ini akan dapar menajamkan fokus visual, kemahiran motor dan pendengaran bayi terhadao ransangan-ransangan tersebut.

Berikan galakan kepada bayi untuk merangkak kerana aktiviti ini mampu meningkatkan penerimaan oksigen ke otak bayi berkenaan.
Melalui aktiviti ini juga, keupayaan bayi untuk bertutur juga akan meningkat. Manakala, tangisan bayi boleh menguatkan lagi paru-paru bayi berkenaan.

Berikan ransangan (stimuli) visual dan pendengaran kerana sel-sel neuron di dalam otak sedang pesat menerima maklumat pada masa ini.
Ibu bapa juga digalakkan untuk bercakapbercakap atau bercerita kepada kanak-kanak pada usia itu.

Baby on the Bus


Bayi akan mempelajari dalam aktiviti ini: Perkembangan bahasa Pergerakan dan pengawalan otot-otot Latihan fizikal

Bahan yang diperlukan:


Blanket atau tuala yang lembut Suara ibu atau bapa

Cara Bermain: 1. Terlentangkan bayi di atas blanket atau tuala. 2. Menyanyikan lagu Wheels on the Bus sambil membuat pergerakan kepada kaki, tangan dan lain-lain bahagian tubuhnya. Nota: Gerakkan bahagian tubuh badan bayi dengan lembut dan perlahan agar tidak mendatangkan kecederaan.

Wheels on the Bus (Bicycle your baby's legs as you sing the first four lines.) The wheels on the bus go round and round, Round and round, round and round, The wheels on the bus go round and round, All through the town. The people on the bus go up and down. (lift your baby's arms up and down) The wipers on the bus go back and forth. (roll baby from side to side) The horn on the bus goes beep, beep, beep. (touch your baby's nose) Lagu Wheels on the Bus

1. Memberikan alat permainan yang mengeluarkan bunyi kepada bayi untuk merangsang kemahiran pendengarannya semasa umur 0 hingga 3 bulan. 2. memberikan anak kertas dan pensel warna dan membiarkan bayi melukis apa sahaja yang diingini untuk memperkembangkan motor halus mereka.

Anda mungkin juga menyukai