Anda di halaman 1dari 12

KERTAS CADANGAN

BULAN KECERGASAN

4 JULAI 2018
(RABU)

SJKT FES SERDANG

DIRASMIKAN OLEH
PN S. BIJEALACHEMY
GURU BESAR
SJKT FES SERDANG
SJKT FES SERDANG

KERTAS CADANGAN BULAN KECERGASAN SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan agar setiap murid mengamalkan gaya


hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan
melakukan aktiviti-aktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin taraf
kecergasan warga sekolah yang optimum. Selaras dengan itu Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menetapkan Bulan Julai sebagai bulan kecergasan Kementerian Pelajaran
Malaysia.

2. RASIONAL

Matlamat program ini membolehkan pelajar menjadi sihat, cergas dan produktif
melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam
kehidupan sehari-hari ke arah “Rakyat yang sihat akan melahirkan negara maju”

3. OBJEKTIF

Objektif utama diadakan program ini :

i. Menghargai diri sendiri serta bertindak untuk melahirkan dan mempertingkatkan kesihatan
dan kecergasan.
ii. Memperoleh pengetahuan asas tentang proses pertumbuhan dan perkembangan tubuh
badan manusia serta keperluan kesihatan berkaitan.
iii. Memahami konsep kecergasan , prinsip latihan dan langkah-langkah keselamatan yang
perlu dipatuhi.
iv. Mempertingkatkan jasmani dengan membina daya tahan kardiovaskular, kekuatan daya
tahan otot serta meningkatkan kelenturan badan, ketangkasan dan kelajuan.
v. Memperkembangkan sahsiah melalui interaksi yang sihat di dalam kegiatan kecergasan
jasmani dan sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama, toleransi, kepimpinan dan
disiplin.

4. MOTO BULAN KECERGASAN SJKT SERDANG 2018


Tubuh Sihat, Minda Cerdas, Kerja Proaktif
5. KUMPULAN SASARAN

Aktiviti –aktiviti yang akan dijalankan dalam program tersebut akan melibatkan :-

5.1 Semua murid- murid SJKT Serdang

5.2 Semua guru,staf sokongan dan pekerja SJKT Serdang

6. TARIKH PERLAKSANAAN

6.1 : Tarikh aktiviti : 04 hingga 31 Julai 2018


Tempoh aktiviti adalah selama satu bulan

6.2 : Tarikh Pelancaran : 04 Julai 2018 (Rabu).

7. STRATEGI PELAKSANAAN

Dijalankan di sebelah pagi, semasa IM1S, waktu Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan
Kesihatan. Pelancaran di jalankan pada waktu IM1S.

8. AHLI JAWATANKUASA BULAN KECERGASAN

8.1 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM BULAN KECERGASAN TAHUN


2018

Pengerusi : Pn S.Bijealachemy (Guru Besar SJKT Serdang)


Timbalan Pengerusi : Pn S. Rajeswary (PK Kokurikulum)
Naib-Naib Pengerusi : Pn M. Tamilchelvi (PK Pentadbiran)
En G.Sribala Murugarasan (GPK HEM)
Setiausaha : Pn K.Saraswathy
Bendahari : Pn Lela Devi
Ahli Jawatankuasa : Pn Subahsini
En Parasuramen
Pn Ashvini
1. Semua guru SJKT Serdang
2. Semua Staf sokongan
3. Semua pekerja
8.2 JAWATANKUASA KECIL DAN JADUAL PELAKSANAAN
Perkara Guru Tarikh Masa
bertanggungjawab
Majlis Pelancaran Guru-guru bertugas 04 Julai 2018 Waktu Perhimpunan
Rasmi

Info Kesihatan Pn K.Mariammal Sepanjang bulan Waktu Perhimpunan


(Kelab Doktor Muda) kecergasan Rasmi
Senamrobik Pn. K Saraswathy 4 Julai 2018 7.30 pagi – 8.00 pagi
Kid yoga Pn. T.Subahtarshini 11 Julai 2018
Zumba Pn M.Ashvini 18 Julai 2018
(Setiap hari Rabu) 25 Julai 2018

Pertandingan Permainan Pn M.Kamala Thevi 11 Julai 2018 2.30 ptg – 3.30 ptg
Antara Kelab ( Penyelaras
Permainan)
Pertandingan Mewarna En M.Parasuramen Waktu Pendidikan Rujuk Jadual Waktu
( Tahap 1) Kesihatan kelas
( 9 Julai – 13 Julai 2018)
Program Ceramah Pn K.Mariammal 25 Julai 2018
Kesihatan
Membina piramid Pn. Be.Puvanes Waktu Pendidikan Rujuk Jadual Waktu
makanan (Makanan Kesihatan kelas
Seimbang) Tahun 4 16 Julai – 20 Julai 2018)
Membuat Buku Skrap Pn A.Vasanthi Waktu Pendidikan Rujuk Jadual Waktu
(Gaya Hidup Sihat) Kesihatan kelas
Tahun 5 16 Julai – 20 Julai 2018)

Melukis Poster ( Gaya En A.Jayabalan 16 Julai – 20 Julai 2018) Rujuk Jadual Waktu
Hidup Sihat) Tahun 6 kelas
Majlis Penyampaian Guru-guru Bertugas 31 Julai 2018 Selepas program
Hadiah & Penutup Bulan ceramah
Kecergasan
Buku Program Cik S.Subahsini Sebelum Program

Fotografi En A. Jayabalan Sepanjang Program


Dokumentasi Puan K.Saraswathy Selepas Program .Hantar Laporan ke
PPD
Hadiah Cik S.Subahsini Selepas Program
9. TENTATIF PROGRAM PELANCARAN BULAN KECERGASAN
9.1 : Pelaksanaan :

Tarikh : 4 Julai 2018


Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi – 8.15 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan SJKT Serdang
9.2 : Atur cara :
7.30 pagi : Semua guru dan murid berhimpun di Tapak
Perhimpunan SJKT Serdang
7.35 pagi : Ucapan Perasmian Pelancaran Bulan Kecergasan Oleh Pn
S.Bijealachemy (Guru Besar SJKT Serdang)
7.45 pagi : Pelancaran Bulan Kecergasan oleh Guru Besar
8.00 pagi : Senamrobik
8.30 pagi : Bersurai
ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH


1. Pertandingan Mewarna Tahap 1
Tempat Pertama : RM 5.00 x 9 =RM45.00
Tempat Kedua : RM 3.00 x 9 =RM27.00
Tempat Ketiga : RM 2.00 x 9 =RM18.00 RM 90.00

2. Pertandingan Membina Piramid


makanan Tahun 4 RM 5.00 x 9 =RM45.00
Tempat Pertama : RM 3.00 x 9 =RM27.00
Tempat Kedua : RM 2.00 x 9 =RM18.00 RM 90.00
Tempat Ketiga :
3. Pertandingan Membuat Buku
Skrap Tahun 5 RM 5.00 x 9 =RM45.00
Tempat Pertama : RM 3.00 x 9 =RM27.00
Tempat Kedua : RM 2.00 x 9 =RM18.00 RM 90.00
Tempat Ketiga :

JUMLAH BESAR RM 270.00


11. SUMBER KEWANGAN
11.1 : Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

12. PENUTUP
Diharapkan aktiviti Program Bulan Kecergasan ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti
sihat seperti ini akan dapat diteruskan dan mendapat sambutan yang baik dari
semua pihak demi kesedaran untuk menjadikan rakyat Malaysia sihat minda dan
cergas tubuh badan. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak
dan memberi manfaat sepenuhnya kepada warga SJKT Serdang.

Disediakan oleh, Tarikh : 31 Julai 2018


……………………………..........…
(PN K SARASWATHY A/P KANABADY)

Disahkan oleh, Tarikh : ........................


………………………………………...
(PN S. BIJEALACHEMY)
LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM BULAN KECERGASAN
PERINGKAT SEKOLAH JENIS KEBANGSAAAN TAMIL SERDANG.
2018

PROGRAM : PROGRAM BULAN KECERGASAN


TARIKH : BULAN 04 JULAI HINGGA 31 JULAI 2018
MASA : 7.30 PAGI HINGGA 8.30 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SEKOLAH
ANJURAN : SJKT SERDANG
KEHADIRAN : SEMUA WARGA SEKOLAH SJKT SERDANG
Selaras dengan hasrat Falsafah Pendikan Negara, seluruh sekolah di Malaysia telah
diwajibkan mengadakan Program Bulan Kecergasan sepanjang bulan Julai bagi
Tahun 2018. Berikutan daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, SJKT
Serdang juga telah mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
kecergasan fizikal dan mental. Oleh yang demikian satu jawatankuasa kerja telah
dirancang bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
seperti buku skrap,
Program ini telah dilaksanakan pada setiap hari Selasa dan Khamis jam 7.15
pagi hingga 7.45 pagi. Pada pagi tersebut seluruh warga sekolah dan masyarakat
setempat terlibat dalam aktiviti senamrobik pagi. Manakala pada waktu mata
pelajaran Dunia Seni Visual pula pihak sekolah telah menjalankan Pertandingan
Mewarna Tahap1, guru-guru pendidikan seni telah ditugaskan agar mengagihkan
bahan-bahan bagi pertandingan tersebut. Info Kesihatan dan Kuiz Kesihatan pula
telah diselitkan dalam Pelancaran Program Kelab Doktor Muda tersebut. Semua
warga sekolah memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Malah mereka turut
menunjukkan sikap positif dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya dalam
aktiviti senamrobik pagi. Secara tidak langsung, ini mewujudkan suasana harmoni
dan mengeratkan silaturrahim diantara seluruh warga sekolah tanpa mengira darjat
mahupun pangkat. Manakala bagi murid-murid Tahap 2, perlaksanaan ‘Program
Segak’ pula telah dilaksanakan pada waktu Kokurikulum iaitu pada hari Rabu.

Setelah melaksanakan program seupama ini, kita dapat melihat


keberkesanan program ini dapat mencapai objektif dan matlamat program. Program
ini dapat melahirkan generasi yang prihatin terhadap kesihatan dan kecergasan
fizikal dan mental. Di samping itu, meningkatkan minat murid dalam bidang
kesukanan. Mudah-mudahan program seperti ini dapat memberikan kebaikan dan
manfaat kepada murid betapa pentingnya kecergasan fizikal dan mental dalam
hidup kita. Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
warga yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti ini. Mudah-mudahan aktiviti yang
telah dijalankan akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

Disediakan oleh:

…………………………………….
(K.SARASWATHY A/P KANABADY)
PANORAMA
PERASMIAN BULAN KECERGASAN
TAHUN 2018

Pelancaran Bulan Kecergasan


Senamrobik / zumba Kids yoga

Permainan Kumpulan Pertandingan Buku Skrap

Ceramah Kesihatan
Pertandigan Menghasilkan Piramid
Makanan
Sudut Info Doktor Pertandingan Mewarna

Anda mungkin juga menyukai