Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM

“HIDUP SIHAT BADAN CERGAS”


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MALURI
2018

TARIKH
13 OGOS 2018 (ISNIN)
MASA
7.00 PAGI – 11.00 PAGI
TEMPAT
KANTIN DAN DEWAN SEKOLAH
1.0 Pengenalan
Program “Hidup Sihat Badan Cergas” (HSBC) ialah satu platform untuk menyebarkan
pengetahuan terkini mengenai kesihatan yang disahkan oleh pihak sekolah bersama agensi-
agensi terbabit kepada kumpulan sasaran iaitu murid-murid dan juga warga sekolah. Ia juga
merupakan satu pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh
masyarakat kini yang sememangnya kurang prihatin dan jarang mengambil berat tentang isu-
isu kesihatan.

Dalam program ini, golongan yang disasarkan iaitu para murid dan warga sekolah
diharapkan dapat menyebarkan pengetahuan berkaitan dengan kesihatan kepada
masyarakat di luar sekolah serta dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih
sempurna. Oleh itu, amalan ini tidak dinafikan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

2.0 Tema Program “Hidup Sihat Badan Cergas”


Program ini menjurus kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan piramid
makanan. Program ini memberikan peluang kepada para murid untuk menyihatkan badan,
mencerdaskan minda serta mengamalka pemakanan yang sihat.

3.0 Tujuan dan Objektif Program

Tujuan utama program ini adalah untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial (JERIS).

 Kepentingan bersarapan pagi.


 Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan murid walau di
mana mereka berada.
 Memastikan semua murid dapat belajar dalam keadaan yang sihat dan ceria.
 Membimbing para murid ke arah mencintai kehidupan yang sihat dan mengamalkan
pemakanan yang seimbang.
 Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman murid dalam pengambilan makanan yang sesuai.
 Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid dari segi JERIS
untuk mengelakkan diri daripada pelbagai ancaman gejala sosial seperti merokok.
 Mejauhikan murid-murid daripada penyakit seperti diabetes yang disebabkan oleh
pemakanan yang tidak sihat.
 Menurunkan kadar obesiti dalam kalangan murid.
4.0 Cadangan Tarikh, Masa dan Tempat

Tarikh : 13 Ogos 2018 (Isnin)

Masa : 8.00 - 11.00 pagi

Tempat : Kantin & Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Maluri

5.0 Sasaran Murid

Program ini akan disertai oleh murid Tahun 4 dan 5.

6.0 Cadangan Aktiviti dan Tentatif

6.1 Tentatif Program

Hari Masa Aktiviti Tempat

7.00 pagi- 7.35 pagi Perasmian Program Dewan Sekolah

7.40 pagi- 8.25 pagi Sarapan Pagi Kantin Sekolah

Isnin Ceramah berkaitan


8.30 pagi- 10.00 pagi Dewan Sekolah
13.08.2018 Pemakanan Sihat

10.00 pagi- 10.30 pagi Kuiz Pemakanan Dewan Sekolah

10.30 pagi- 11.00 pagi Penutupan Program Dewan Sekolah

6.2 Cadangan Program

Program ini akan dijalankan selama 1 hari pada 13 Ogos 2018 yang bertempat di Sekolah
Kebangsaan Taman Maluri. Upacara perasmian program akan disempurnakan oleh Guru
Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Taman Maluri.

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang Program Pemakanan Sihat.

Bil. Aktiviti yang dirancang


1. Sarapan pagi
2. Ceramah mengenai Pemakanan yang Sihat
3. Kuiz Pemakanan
7.0 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat: Puan Hamidah Bt Ahmad

Pengerusi: Raja Dania Ateera Bt Raja Azhar

Setiausaha: Raja Dania Ateera Bt Raja Azhar

Ahli Jawatankuasa:

1. Hadiah: Nur Arfah Bt Abidin

2. Dokumentasi: Dermasiah Bt Jamin

3. Makanan: Lih Ying

4. Ceramah: Mohd Afiq B. Hamzah

8.0 Implikasi Kewangan

8.1 Hadiah Pertandingan kuiz pemakanan (RM 5 x 15) RM 75

(JUMLAH: RM75.00)

9.0 Sumber Kewangan

Bil. Sumber Kewangan Jumlah (RM)


1. Unit Pentadbiran SKTM RM 75.00

10.0 Penutup

Diharapkan aktiviti Program “Hidup Sihat Badan Cergas” ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti
sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak
demi kesedaran untuk mencegah penyakit lalu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Semoga
usaha ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada
muridmurid khususnya.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

..................................................................

(RAJA DANIA ATEERA BT RAJA AZHAR)

Setiausaha Program Hidup Sihat, Badan Cergas,

Guru Praktikum,

Sekolah Kebangsaan Taman Maluri.

Disemak oleh,

..................................................................

(RAJA DANIA ATEERA BT RAJA AZHAR)

Pengerusi Program Hidup Sihat, Badan Cergas,

Guru Praktikum,

Sekolah Kebangsaan Taman Maluri.

Disahkan oleh,

.................................................

(PUAN HAMIDAH BT AHMAD)

Penasihat Program Hidup Sihat, Badan Cergas,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Sekolah Kebangsaan Taman Maluri.

Anda mungkin juga menyukai