Anda di halaman 1dari 10

SK BATU EMPAT (1)

JALAN IPOH,
KUALA LUMPUR

DOKUMENTASI
PROGRAM MINGGU 3K 2010
(KEBERSIHAN, KESIHATAN &
KESELAMATAN)

TARIKH
12 - 15 JULAI 2010

TEMPAT
LAMAN TEDUH DAN PADANG SK BATU EMPAT (1)

ANJURAN
JAWATANKUASA 3K

VISI SEKOLAH

MENJADI SEKOLAH CEMERLANG TAHUN 2010

MISI UNIT HAL EHWAL MURID

‘SEKOLAH KITA, TANGGUNGJAWAB KITA’

1
1.0PENDAHULUAN

Program 3K merupakan gabungan antara program-program yang terdapat di dalam


Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Antara program-program itu ialah Program
Sekolah Bersih, Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan. Hasil kombinasi dari
kempen-kempen tersebut maka terhasil Program 3K yang membawa maksud:
Kebersihan , Kesihatan dan Keselamatan.

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai
kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada
golongan yang disasarkan iaitu murid dan komuniti setempat. Ia juga dapat dilihat
sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh
masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambilberat mengenai kesihatan.
Murid-murid menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat
menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat
mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih baik.

Melalui program ini juga, para pelajar dan masyarakat setempat didedahkan
mengenai kepentingan belajar di dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria,
amalan gaya hidup sihat dan juga tentang aspek keselamatan. Tiga komponen pendidikan
ini amatlah penting dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi bagi memastikan
generasi pelapis yang dihasilkan nanti tidak memandang enteng 3 perkara ini yang amat
berkait-rapat dengan diri dan alam sekitar yang kita diami ini.

1.1 PROGRAM SEKOLAH BERSIH

Kebersihan merupakan asas kepada kehidupan kita, jadi Program 3K ingin menerapkan
amalan kebersihan bagi memastikan persekitaran sekolah selamat, bersih dan
ceria. Sekolah Selamat merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran yang mula
dilaksanakan pada tahun 2002. Ia bermaksud mewujudkan satu suasana persekitaran
sekolah yang bersih, ceria serta tenteram kepada semua murid agar dapat belajar
dalam suasana yang kondusif sesuai dengan tuntutan ilmu dan kehendak proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, program ini dipilih bagi mempertingkatkan lagi
tahap kebersihan dan keceriaan sekolah. Para pelajar akan lebih bersemangat dan berasa
lebih yakin ketika berada di sekolah .Suasana sekolah yang bersih,ceria dan selamat
amat sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar. Jawatankuasa Kebersihan
juga mengadakan Pertandingan Kebersihan Kelas setiap minggu. Kelas yang berjaya
mendapat markah mingguan tertinggi dihadiahi piala pusingan dan sijil kebersihan kelas
mengikut tahap. Pada hujung tahun kelak, 2 kelas yang terbersih ini melalui kiraan
kekerapan menang akan dijamu dengan hidangan KFC yang menyelerakan sumbangan
dari Guru Besar.

2
1.2 KEMPEN CARA HIDUP SIHAT

Gaya hidup sihat menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan gaya
hidup sihat menjurus kepada kebersihan diri, permakanan yang seimbang, senaman
yang konsisten, kemampuan menghadapi stress dan konflik serta menjauhi
penyalahgunaan najis dadah bagi meningkatkan kualiti hidup. Bersempena dengan
Program Minggu 3K ini, pihak penganjur telah menjemput Pn. Umi Nadra Alyas dari
Beauty & Wellness Sdn Bhd untuk menyampaikan Ceramah Kesihatan & Kebersihan
(Pemakanan). Harapan pihak sekolah agar semua murid dan audiens menyedari akan
keburukan amalan pemakanan tidak sihat seperti jajan, makanan segera (instant food),
minuman bergas dan sebagainya serta cuba untuk menghindari makanan tersebut.

1.3 KESELAMATAN

Sekolah Selamat membawa bermaksud persekitaran sekolah yang tidak membahayakan


semua warga sekolah .Konsep selamat ialah dari semua aspek seperti kawasan sekolah
yang mesra pengguna, kawalan lalu lintas yang baik, bebas dari denggi dan makanan
yang selamat, infrastruktur yang lengkap dan tidak membahayakan serta sikap
keprihatinan setiap warga tentang aspek-aspek keselamatan .Ia amat penting dalam
mewujudkan suasana sekolah yang aman, tenteram dan meyakinkan ,sesuai dengan
matlamat negara agar murid dapat belajar dalam suasana yang penuh kondusif. Sekolah
Selamat merupakan jaminan bagi membentuk insan seimbang dan harmonis sesuai
dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selaras dengan matlamat ini, pihak
penganjur telah bekerjasama dengan 2 agensi kerajaan yang bertindak menjaga
keselamatan dan ketenteraman awam iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bersama dengan JBPM khususnya pegawai-
pegawai bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Sentul, kita telah mengadakan
Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan 2 manakala dengan pegawai PDRM
Cawangan Trafik Kuala Lumpur, murid-murid telah didedahkan akan aspek-aspek
Keselamatan di Jalanraya.

2.0TARIKH PELAKSANAAN

12 - 15 JULAI 2010 (Hari Selasa hingga Jumaat).


Manakala Ceramah Keselamatan Jalanraya telah ditunda ke 21 Julai 2010 (Rabu) di atas
sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

3.0TEMPAT PELAKSANAAN

Laman Teduh Dan Padang Sk Batu Empat (1)

3
4.0LAPORAN KEWANGAN

BIL. BAHAN KUANTITI ANGGARAN (RM)


1. Petrol 5 Liter x RM 1.80 RM 9.00
2. Diesel 5 Liter x RM 1.70 RM 8.50
3. Makanan dan
minuman 9 x RM 4.00 RM36.00
13 x RM 3.50 RM45.50
1 x RM 0.60 RM 0.60
JUMLAH RM 99.60

(Sila Rujuk Resit Perbelanjaan di Bahagian Lampiran)

5.0LAPORAN PERJALANAN MAJLIS

5.1Ceramah Kesihatan & Kebersihan (Pemakanan)

Ceramah Kesihatan dan Kebersihan Pemakanan telah diadakan pada hari Selasa,
13 Julai 2010. Ceramah ini diadakan di Laman Teduh selepas waktu rehat bermula 3:50
hingga 5:20 petang. Pn Ummi Nadra Alyas dari Beauty & Wellness Sdn Bhd telah
dijemput untuk mengendalikan slot ini. Pihak sekolah juga bertuah kerana pada program
kali ini, pegawai dari JPNWPKL iaitu Pn. Fauziah Bt Baharuddin selaku Penyelia Kanan
Sektor Jaminan Kualiti turut hadir sebagai pemantau program kesihatan yang dianjurkan
sekolah.

Ceramah pada kali ini banyak menyentuh tentang makanan rapu atau jajan (snek)
dan keburukannya pada kesihatan kanak-kanak. Tiga demonstrasi gaya pemakanan tidak
sihat telah ditunjukkan di hadapan murid-murid yang telah dibahagikan kepada 10
kumpulan. Satu demostrasi berkaitan makanan kesihatan untuk otak juga turut dilakukan.

Demonstrasi pertama ialah keburukan makanan kesukaan ramai rakyat Malaysia


yang tidak gemar memasak, mahu berjimat dan inginkan segera iaitu “Maggi”. Ujikaji
dilakukan dengan memasukkan segenggam maggi yang telah diremukkan ke dalam gelas
plastik yang berisi air kosong. Maggi dikacau dan kemudian dituangkan dengan sedikit
cecair iodin yang berwarna perang. Setelah seminit berlalu, campuran ini bertukar
menjadi warna biru gelap. (Larutan iodin digunakan untuk menguji kehadiran kanji.
Sekiranya terdapat bahan berunsur kanji, warna asal cecair iodin akan bertukar daripada
perang kepada biru gelap). Campuran ini dikacau lagi dan setelah diperhatikan, warnanya
telah berubah kehitaman.

Ujikaji ini sebenarnya ingin membuktikan bahawa terdapat unsur kimia lain yang
berbahaya di dalam kandungan maggi yang mengubah warna asal hasil eksperimen
terhadap kanji yang menggunakan indicator larutan iodin daripada biru gelap menjadi

4
hitam. Justeru seandainya pemakanan maggi ini dijadikan rutin, besar kemungkinan
dinding perut kanak-kanak sekarang akan berubah daripada kehitaman membentuk karat-
karat. Manakala zat-zat yang terhasil daripada pemakanan tadi pula akan disalurkan ke
seluruh badan termasuklah otak. Sekiranya otak dan tubuh badan menerima gizi yang
tidak seimbang atau kurang berkhasiat, tentulah berlaku sedikit kecacatan berbanding
fungsi otak yang normal dan tumbesaran juga turut terbantut.

Maggi bukan disebabkan cara memasaknya yang menjadikan tidak berkhasiat,


sebaliknya ramuan di dalamnya sendiri yang menjadikannya bahaya. Justeru untuk
membersihkan perut daripada sisa-sisa yang ditinggalkan dan menjadikan otak cerdas di
samping tubuh badan yang cergas, pengamalan suplemen seperti Vitamin C amatlah
perlu kerana setelah suplemen ini dimasukkan ke dalam gelas tadi, perlahan-lahan
warnanya telah bertukar jernih semula.

Demonstrasi kedua ialah setiap ketua kumpulan diberi garpu yang dicucuk dengan
beberapa ketul snek “Cheezel/Twisties” dan dibakar di atas nyalaan pemetik api. Setelah
1-2 minit berlalu, setiap kumpulan mendapati snek mereka telah bertukar menjadi ketulan
hitam dan mengeluarkan bau seolah-olah bau najis.

Demonstrasi ketiga pula menggunakan anak ikan dan minuman bergas coca-cola.
Seekor anak ikan dimasukkan ke dalam gelas plastik yang diisi separuh air dan dipegang
oleh wakil setiap kumpulan. Murid-murid mendapati anak ikan ini sihat dan berenang
tenang di dalam gelas. Kemudian tibalah saat cemas apabila minuman bergas ini
dituangkan sehingga 2/3 penuh gelas. Setelah diperhatikan dalam masa cuma seminit,
anak-anak ikan mula menggelupur dan tinggal nyawa-nyawa ikan. Kemudian coca-cola
ditambah lagi sehingga hampir penuh, akhirnya kesemua 10 ekor anak ikan tersebut mati.

Kesimpulan dari ketiga-tiga eksperimen ini ialah kesemua makanan rapu, jajan
(snek) dan minuman bergas tidak elok untuk kesihatan, tumbesaran dan pertumbuhan
kanak-kanak termasuk juga golongan dewasa. Sistem pertama yang rosak akibat
pengambilan snek dan minuman bergas ini ialah sistem pencernaan kerana sistem ini
yang mula-mula bertindak memproses bahan ini. Kesannya, sejak akhir-akhir ini semakin
ramai yang ditimpa masalah berkaitan usus dan perut walhal masih muda-belia.

Resolusi awal yang kita dapat daripada ujikaji pertama ialah pengambilan
suplemen Vitamin C baik untuk kesihatan. Manakala resolusi kedua didapati daripada
demontrasi keempat iaitu sebiji mentol direndam dalam air paip. Apabila suiz ditekan,
mentol tadi mengeluarkan cahaya yang malap. Kemudian air paip tadi ditukar dengan Air
Zam-zam dan dicampur sedikit susu soya. Sekali lagi suiz ditekan dan mentol menyala

5
dengan terang sekali. Begitulah gambaran yang berlaku kepada otak kita. Apabila
menerima nutrien, prestasinya pun cemerlang. Air ialah agen pengangkut utama dalam
badan kita, apatah lagi sekiranya dibekalkan dengan air Zam-zam tentulah kondisinya
lebih baik. Namun mungkin faktor geografi kita di Malaysia yang jauh dari Mekah
tempat terletaknya telaga Zam-zam, bekalan yang terhad dan mungkin harga yang sedikit
mahal, air Zam-zam tadi boleh juga digantikan dengan susu soya Royal Milk kerana
khasiatnya yang hampir sama. Didatangkan dalam bentuk serbuk yang hanya perlu
dibancuh dengan air suam untuk disediakan, susu soya ini senang diserap oleh badan dan
bermanfaat dalam membantu percambahan sel-sel otak serta sel-sel otak baru.Susu soya
Royal Milk ini telah dibuat kajian oleh Prof. Azhar Mat Easa, pensyarah di bahagian
Teknologi Industri USM sebagai baik untuk perkembangan otak kanak-kanak. Selain itu,
Jabatan Kimia Malaysia dan Pusat Racun Negara turut memperakui bahawa susu soya ini
tiada bahan pengawet, tanpa pewarna dan bahan kimia.

Kesimpulannya, amalan pemakanan yang baik untuk otak dan rutin gaya hidup
sihat, pasti menghasilkan anak-anak dengan kualiti otak yang bercahaya dan bersinar
masa hadapannya.

5.2Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan 2

Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan di peringkat sekolah telah


diadakan sebanyak 2 kali pada tahun ini. Latihan pertama diadakan pada 12 Julai, hari
Isnin minggu yang sama dan dikendalikan oleh En. Rafizil Asrul sebagai penyelaras
Jawatankuasa Keselamatan. Manakala latihan kedua dengan kerjasama Jabatan Bomba
dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul telah diadakan pada hari Rabu
14.07.2010.

Tepat jam 2.30 petang, loceng kecemasan sekolah dibunyikan. Semua murid,
termasuk guru dan kakitangan sekolah mula beratur dan bergerak menuju ke padang.
Guru kelas dan guru mata pelajaran yang terbabit mengarahkan murid agar beratur
mengikut kelas masing-masing dan memeriksa bilangan murid samada cukup atau tidak
mengikut buku daftar kehadiran harian. Laporan kehadiran disampaikan kepada
penyelaras program En. Rafizil Asrul dan GPK HEM En. Dzulkifli Abdul Jalil.
Alhamdulillah semua murid, guru dan kakitangan sekolah selamat dan tiada sebarang
kecederaan dilaporkan.

Sejurus kemudian, PBK II Adnan B. Yem selaku ketua delegasi dijemput untuk
menyampaikan taklimat dan demonstrasi kebakaran. Dalam ucapan beliau, PBK II Adnan
telah menyampaikan tiga teguran melalui pemerhatian beliau terhadap pergerakan murid-
murid dari saat loceng kecemasan dibunyikan sehingga semua telah berhimpun di
padang. Pertama, murid-murid perlu dibiasakan beratur untuk pergi ke tempat yang
selamat. Bahaya yang lebih besar mungkin berlaku andai berada dalam khalayak yang
lebih besar seperti jatuh, tertindih atau terpijak. Beliau tidak menolak faktor keaktifan
murid-murid yang berada di sekolah rendah yang sukar dikawal, tetapi disiplin dan
ketegasan perlu lebih diterapkan.

6
Teguran beliau yang kedua ialah berkaitan dengan tempoh masa sampai ke tempat
selamat. Menurut beliau, mangsa kebakaran mempunyai masa sehingga 3 minit tempoh
selamat untuk sampai ke tempat berhimpun. Murid-murid sekolah ini pula cuma
memerlukan 30 saat untuk sampai ke padang. Perbezaan yang ketara menunjukkan
murid-murid telah berlari dengan laju untuk segera sampai. Justeru beliau mengharapkan
semua murid dapat mengubah sikap dan tidak menimbulkan kekalutan. Teguran beliau
yang terakhir ialah beliau mengingatkan guru-guru agar dapat memastikan suiz kipas dan
lampu ditutup. Daun pintu kelas juga perlu dirapatkan kerana ia dapat bertindak sebagai
penghadang api.

Kemudian murid-murid diarahkan membuat separa bulatan untuk menyaksikan


demonstrasi memadam kebakaran. Mereka juga diajar cara membuka picu alat pemadam
api, cara memegang tong dan memastikan arah angin terlebih dahulu sebelum memadam
kebakaran kecil. Muncung alat pemadam api perlulah dihalakan selari dengan arah angin
bertiup pada waktu tersebut agar tidak terkena sambaran api. Seterusnya pihak bomba
menjemput wakil guru dan murid-murid tahap 2 untuk mencuba memadam kebakaran.
Kebanyakan murid begitu teruja dan masing-masing mengangkat tangan untuk merasai
sendiri pengalaman memadam kebakaran. Namun akibat cuaca yang tidak mengizinkan
dan hujan renyai-renyai yang mula turun, latihan ini terpaksa dipendekkan dan dihentikan
dalam pukul 3.15 petang.

5.3Ceramah Keselamatan Jalanraya

Ceramah Keselamatan Jalanraya telah dijalankan dengan jayanya dengan


kerjasama Balai Polis Cawangan Trafik, Jalan Tun HS Lee Kuala Lumpur. Ceramah ini
pada awalnya dijadualkan pada 15.07.2010 mengikut tentatif program, terpaksa ditunda
kepada hari Rabu, 21 Julai minggu yang berikutnya di atas beberapa faktor yang tidak
dapat dielakkan.

Ceramah telah dimulakan pada pukul 2.15 petang dan disampaikan oleh Sarjan
Ismail. Selain dapat mendengar ceramah dan menyaksikan paparan slaid, murid-murid
juga berpeluang menjawab soalan kuiz serta mendapat hadiah yang menarik. Selain itu,
pameran keselamatan jalanraya turut diadakan. Murid-murid dan guru didedahkan
dengan pelbagai maklumat punca nahas, gambar-gambar mangsa kemalangan dan poster
kempen keselamatan jalanraya yang sentiasa diwarkan-warkan di media massa. Secara
umum, komunikasi dua hala yang diamalkan penceramah, teknik jenaka dan tayangan
video pendek menjadikan semua audiens tertarik dan dapat mengikuti ceramah yang
disampaikan sepenuhnya.
Antara beberapa perkongsian dan peringatan yang disampaikan Sarjan Ismail
ialah:
i. Panduan Keselamatan Pejalan Kaki
 Berikan perhatian sepenuhnya kepada keadaan sekeliling
 Gunakan kemudahan yang disediakan seperti jejantas
 Gunakan laluan pejalan kaki
 Pastikan selamat, baru melintas

7
ii. Panduan Keselamatan Bermotosikal
 Pakailah topi keledar @ helmet dan diikat ketat
 Gunakan laluan motosikal yang disediakan
 Memakai pakaian berwarna terang @ cerah sekiranya memandu pada waktu
malam

iii. Panduan Keselamatan Berkereta


 Pakai tali pinggang keledar yang terdapat di dalam kereta bagi penumpang
hadapan dan belakang
 Pandulah secara berhemah. Keselamatan di jalanraya adalah tanggungjawab
kita bersama

iv. 4 Kemungkinan Yang Terjadi Jika Berlaku Kemalangan


 Cedera ringan
 Cedera parah
 Maut
 Kenderaan rosak

Antara soalan-soalan kuiz yang dikemukakan ialah: “Sebutkan 3 warna lampu


isyarat lalulintas?” (merah, kuning dan hijau), “Berapakah umur layak untuk seseorang
mendapat lesen motosikal?” (16 tahun), “Berapakah umur layak untuk memperolehi
lesen kereta?” (17 tahun) dan lain-lain lagi soalan yang bersesuaian. Ceramah telah
selesai pada pukul 3.30 petang. Semua murid berasa puashati dan gembira dengan teknik
penyampaian beliau dan memperolehi maklumat baru.

6.0ULASAN

Program Minggu 3K ini perlu diteruskan pada setiap tahun kerana amat
bermanfaat kepada murid-murid dan kakitangan sekolah. Info terbaru yang diperolehi
terutama dalam aspek pemakanan begitu membantu dan menyedarkan semua akan
keburukan snek dan minuman bergas. Murid-murid begitu teruja sehingga ada
sebahagiannya yang berjanji tidak akan makan maggi dan minum air bergas lagi.
Buktinya murid-murid mula membuat tempahan Vitamin C dan begitu juga beberapa
orang ibu bapa yang turut menyokong anak-anak mereka dengan membeli susu soya
Royal Milk.
Selain itu, murid-murid juga turut berminat dengan aktiviti latihan kebakaran dan
pengungsian bangunan kerana melibatkan pergerakan fizikal. Mereka juga dapat belajar
teknik memadamkan kebakaran kecil secara penggunaan alat pemadam api.
Manakala bagi ceramah keselamatan jalanraya pula, sambutannya juga amat
meriah. Di samping penceramah yang berkaliber dan pandai berkomunikasi dengan anak-
anak dari lingkungan umur 7-12 tahun, sesi soal jawab dan kuiz yang diadakan juga di
samping hadiah yang disediakan, begitu menarik.
Kesimpulannya, harapan saya sebagai penyelaras agar program ini dapat
diteruskan dengan mempelbagaikan lagi aktiviti yang bermanfaat untuk semua.

8
7.0CADANGAN-CADANGAN

Program ini akan lebih memberi manfaat sekiranya :

a) Melibatkan lebih banyak kerjasama dari agensi sektor awam lain selain JBPM dan
PDRM seperti JPA3 dan Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

b) Lawatan ilmiah ke Balai Bomba dan Penyelamat

8.0PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan
jayanya.

Disediakan oleh,

…………………………………..
(PN. ROSLIZA MOHD YUSOFF)
Penyelaras
Program Minggu 3K
SK Batu Empat (1) Jalan Ipoh, KL

9.0LAMPIRAN

9
10

Anda mungkin juga menyukai