Anda di halaman 1dari 20

TEKNOLOGI DALAM

PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
(MEDIA PENGAJARAN)
KHAIRUL ADAM BIN ABDUL RAHMAN
VASSIKA HEU RUI XUAN
PISMP 4D (2014)
DEFINISI MEDIA
PENGAJARAN
Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan
untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima
sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta
perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran.
Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang
(1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang
melibatkan penggunaan penglihatan dan pendengaran seseorang
serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman,
persediaan dan perasaan. Hal ini bermakna ia adalah satu proses
pengalaman yang total.
KONSEP MEDIA
PENGAJARAN
Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan
audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media
pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media pengajaran
menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi
pendidikan.
Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini
berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia
merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada
penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem,
tv, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak,
komputer dan pengajar.
KONSEP MEDIA MENURUT
TORKELSON (1972)
SALURAN MESEJ - peralatan fizikal sama ada berbentuk
elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej
dipersembahkan kepada pelajar seperti tv, projektor, filem,
projektor LCD dan sebagainya.
BENTUK MESEJ - bagaimana mesej disimpan terangkum dalam
satu ruang yang luas, bermula dari bentuk bahan sebenar hingga ke
bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk
perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.
MESEJ - Isi kandungan, apa saja yang terkandung dalam media
sama ada mesej berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan
lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingin disampaikan.
FUNGSI MEDIA PENGAJARAN DALAM
PENGAJARAN
Dengan kelebihan yang ada pada media ini, ia mampu berfungsi dalam pelbagai cara,bersesuaian dengan
keperluan dan perkembangan pengajaran masa ini. Berikut dihuraikan bagaimana media berfungsi dalam
pelbagai bentuk pengajaran.

(a) Pengajaran Bersama Pengajar


Ini adalah penggunaan media yang paling biasa di mana ia membantu pengajar melaksanakan
pengajarannya secara langsung (live). Keberkesanan media dalam konteks ini bergantung kepada
bagaimana pengajar itu menggunakan media tersebut, tidak kira sama ada media itu dipilih daripada
sesuatu koleksi atau disediakan oleh beliau sendiri.

(b) Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar


Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama ada kerana pengajar tidak ada
atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar tanpa panduan. Pelajar dibimbing
oleh pereka media tersebut (seperti mana penulis membimbing anda mempelajari modul ini) dan
pengajaran jenis ini dikenali sebagai pengajaran kendiri.
JENIS-JENIS MEDIA
PENGAJARAN YANG BIASA
TERDAPAT DI SEKOLAH
Projektor overhed atau OHP
Projektor overhed atau OHP merupakan alatan moden yang
terawal didunia. Menurut Abd. Ghafar Md. Din ( 2003 )
projektor overhed adalah alat bantu mengajar yang kini meluas
digunakan di sekolah-sekolah.
OHP merupakan salah satu alat yang sering kali digunakan oleh
guru dalam bilik darjah. Penggunaan yang mudah menjadi
faktor utama alatan ini menjadi kegemaran guru untuk
menggunakannya. Guru hanya perlu tahu bahagian-bahagian
penting pada OHP seperti sius on dan off, fokus, pancaran,
tayangan dan mentol.
Perakam Kaset
Perakam kaset merupakan alat bantu mengajar menggunakan alat ini sebagai
sebahagian daripada kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran atau
gabungjalin pengajaran topik-topik yang kerap digunakan. Guru biasanya
tertentu.
Selain menyampaikan pengajaran kepada pelajar, perakam kaset juga berjaya
menarik minat pelajar.
Mata pelajaran yang sering menggunakan alat ini ialah bahasa melayu,
agama/moral, muzik, sejarah, geografi, sains yang terdiri daripada fizik, kimia
dan biologi.
Televisyen dan Video
Televisyen dan video adalah salah satu media pengajaran yang diketengahkan
dalam pendidikan.
Penggunaannya juga semakin meluas dan kian popular kerana mudah
dikendalikan dan tidak membebankan para guru.
Televisyen dan video menjadi pilihan kebanyakan guru kerana pembelajaran
melalui media ini mampu meningkatkan motivasi para pelajar terutama
subjek-subjek yang memerlukan tayang secara live atau secara langsung.
(d) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Pendidikan jarak jauh (PJJ) bukan suatu yang asing lagi bagi pelajar di
Malaysia. Ia kini berkembang luas dan menjadi tapak bagi menyediakan
peluang belajar pelbagai bidang ilmu kepada semua orang. Media yang
digunakan merangkumi media cetak dan elektronik. Telekonferensi
membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang secara
maya. Ruangan berbual, papan buletin turut menyokong komunikasi
pembelajaran jenis ini.

(e) Pengajaran Tematik (Thematic)


Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau
ditentukan oleh guru. Ia bermula dengan perkongsian pengalaman yang
diperolehi mungkin daripada tayangan video, lawatan ke muzium atau
mendengar ceramah. Kemudian, diikuti dengan perkongsian kepakaran di
mana pelajar secara bekerjasama mengumpulkan data dan maklumat,
menganalisis data tersebut dan akhirnya menggariskan kesimpulan.
(f) Pendidikan bagi Pelajar Istimewa
Media memainkan peranan yang besar di kalangan
pelajar yang kurang upaya. Pelajar pekak misalnya
memerlukan bahan pembelajaran yang berbeza daripada
pelajar normal. Teknologi masa kini telah menyediakan
peralatan yang bersesuaian dengan mereka yang kurang
berupaya/kecacatan.
CONTOH-CONTOH
MEDIA PENGAJARAN
PENGKELASAN MEDIA
BIL JENIS MEDIA CONTOH

1. Media Tayang Kaku transparensi, slaid dan mikrofilem

2. Media Tayang Bergerak pita video, cakera padat digital dan filem

3. Bahan Grafik lukisan, poster, kartun, carta dan graf

4. Gambar Kaku gambar foto, kad imbasan dan poskad

5. Bahan Pameran Tiga-Dimensi model, boneka, diorama dan pupet

6. Papan Pameran papan kapur, papan putih, papan flanel


dan papan buletin
7. Media Audio pita kaset, cakera padat dan komputer

8. Media Cetak modul, buku teks, surat khabar, majalah


dan risalah
PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN

Aspek reka bentuk pengajaran amatlah penting terutamanya


ketika guru ingin memilih serta menggunakan media dalam
pengajaran mereka. Model ASSURE (Smaldino, E. Heinich, R &
Molenda, M. (2005) memberi panduan kepada guru bagaimana
media dipilih serta dapat digunakan secara lebih berkesan dan
bersesuaian dengan tahap dan profil pelajar.
ASSURE ialah akronim bagi perkataan Analyze learner (analisis ciri-ciri pelajar),
State objective (menyatakan objektif), Select Methods, Media & Materials
(Memilih kaedah, media & bahan), Utilize Media & Materials (Menggunakan
media & bahan) Require learner participation (Memerlukan penyertaan
pelajar) dan Evaluate & revise (Menilai & mengulang kaji).
Langkah-langkah yang terdapat pada model ini memperlihatkan bahawa
media bukan hanya dipilih sebagai alat bantu mengajar tetapi sebagai bahan
yang terancangan yang mengintegrasikan aspek perancangan, pemilihan,
pengubahsuaian dan penggunaan.
STAIL PEMBELAJARAN
CARA MENGENALPASTI DAN TIP
PEMBELAJARAN
Cara Mengenalpasti Tip Pembelajaran
Pelajar visual biasanya: Pelajar visual patut:
Perlu melihat apa yang sedang dipelajari Guna grafik untuk membuat pengukuhan;
untuk memahaminya. filem, slaid, ilustrasi, gambar rajah dan
Sangat peka terhadap warna. contengan.
Berbakat seni (keupayaan artistik). Gunakan kod warna untuk menyusun nota
Menghadapi masalah dengan arahan dan bahan-bahan persendirian.
lisan. Minta arahan bertulis.
Berkemungkinan bertindak balas secara Guna carta alir dan rajah untuk mencatat
berlebihan terhadap bunyi. nota.
Menghadapi masalah menyukai Gambarkan perkataan atau fakta yang ingin
syarahan. dihafal.
Kerap salah tafsir makna perkataan.
Cara Mengenalpasti TIP PEMBELAJARAN

Pelajar auditori biasanya: Pelajar auditori patut:


Lebih gemar mendapatkan maklumat Guna alat perakam untuk membaca dan
dengan cara mendengar. mengikuti kelas dan syarahan.
Perlu dengar untuk memahami. Belajar dengan membuat temu bual atau
Menghadapi masalah mengikuti arahan aktif dalam perbincangan.
bertulis. Soalan peperiksaan dan arahan dibaca
Kesusahan dalam membaca. secara lisan atau guna perakam.
Bermasalah dalam menulis.
Tidak berupaya membaca bahasa gerak
badan dan mimik muka.
Cara Mengenalpasti TIP PEMBELAJARAN

Pelajar kinestatik biasanya: Pelajar kinestatik patut:


Lebih suka hands-on (membuat Menggunakan cara pembelajaran
aktiviti). experiential (buat model, jalankan kerja
Boleh mencantum bahagian-bahagian makmal dan lakonan).
alatan tanpa membaca panduan. Rehat dengan kerap semasa
Susah duduk diam. pembelajaran.
Belajar dengan lebih baik jika ada Tekap huruf dan perkataan semasa
penglibatan pergerakan fizikal. belajar ejaan dan menghafal fakta.
Mungkin ada koordinasi badan yang baik Guna komputer untuk pengukuhan jenis
dan kemahiran atletik. sensori.
Menghafal atau melatih dengan berjalan
dan membuat jasmani.
Kebolehan diluahkan melalui tarian,
drama atau gimnastik
BAGAIMANA MEDIA PENGAJARAN
DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN
MUTU P&P

E-Pembelajaran ( Pembelajaran Elektronik) adalah merupakan satu


perkembangan baru dalam pendidikan hasil daripada ledakan dan
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Penggunaan media ini dapat membantu pelajar dalam menerokai dengan
lebih mendalam berkaitan subjek yang akan mereka pelajari. Seorang guru
dapat menimbulkan minat pelajarnya melalui kaedah yang melibatkan
teknologi yang terkini dan salah satunya adalah dengan menggalakkan pelajar-
pelajar melayari internet untuk mencari maklumat berkaitan mata pelajaran
yang akan diajar
CD-ROM merupakan singkatan daripada Read Only Memory iaitu
cakera padat ingatan baca. Merujuk kepada kamus dewan bahasa
CD-ROM atau cakera padat ialah cakera magnetik yang mempunyai
ketumpatan perakam yang tinggi, dengan storan yang lebih besar.
Penggunaan MyCD berkait rapat dengan penggunaan makmal
komputer sekolah. MyCD sesuai digunakan untuk membantu murid
dalam proses pembelajarannya di sekolah terutama sekolah yang
telah dilengkapi prasarana makmal komputer. Pihak sekolah
disarankan agar meletakkan semua MyCD yang dibekalkan melalui
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dalam makmal komputer supaya
murid boleh mengakses MyCD setelah pengetahuan / kemahiran
berkaitan sesuatu tajuk dalam buku teks telah dipelajarinya.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai