Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KONSEP

SUDUT INFO KESIHATAN PEMAKANAN SEIMBANG DAN MASALAH


OBESITI
TARIKH
24 JULAI 2016 HINGGA 4 OGOS 2016
TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS TEMBESU

ANJURAN
GURU PELATIH
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
BATU RAKIT, TERENGGANU

TEMA
DIRI ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN

1.0 Pengenalan
Pemakanan yang sihat dan seimbang adalah sangat penting bagi setiap manusia bagi
membolehkan seseorang manusia hidup dengan tubuh badan yang mantap dari segi
kesihatannya. Kesedaran yang nyata, telus dan mendalam terhadap masalah kegemukan
0

(obesiti) juga amatlah wajar untuk dititikberatkan ekoran daripada status negara kita, Malaysia
yang kini mula dibebani dengan masalah obesiti ini sehingga mencatat bilangan penduduk
terbanyak di ASEAN menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam. Justeru,
jelaslah bahawa ilmu-ilmu berkaitan amalan pemakanan seimbang serta obesiti ini sesuai dan
penting untuk dikongsi dan didedahkan kepada warga sekolah bagi memberi suntikan
kesedaran terhadap peri pentingnya amalan pemakanan seimbang bagi mengelakkan diri
daripada masalah obesiti yang mampu mengundang pelbagai macam penyakit berbahaya.

2.0 Matlamat
Di samping memberi wajah baru dan mengindahkan sudut kesihatan sekolah, Program
penaiktarafan sudut kesihatan Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu yang diberi nama
Sudut Info Kesihatan Pemakanan Seimbang dan Masalah Obesiti ini juga dilaksanakan
bertujuan untuk memberi pendedahan khususnya kepada para murid mengenai kepentingan
pemakanan seimbang serta mengenai masalah obesiti yang kini kian meruncing di negara kita,
Malaysia.

3.0 Rasional
Dewasa ini, masalah kesihatan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah seperti obesiti,
penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang semakin meningkat. Antara punca utama
timbulnya permasalahan ini adalah ekoran kerana amalan pemakanan yang tidak seimbang.
Aktiviti ini dirangka dan dirancang bagi memberi pendedahan kepada para murid tentang
kepentingan amalan pemakanan seimbang serta mengenai bahayanya masalah obesiti. Oleh
yang demikian, program seumpama ini wajar dilaksanakan dengan harapan murid-murid akan
menjadi lebih peka dan bertanggungjawab keatas kesihatan mereka sendiri.

4.0 Objektif
4.1 Meningkatkan kesedaran murid mengenai amalan pemakanan seimbang.
4.2 Memberi pendedahan kepada murid perihal masalah obesiti dan bahayanya obesiti.
1

4.3 Melahirkan murid-murid yang sedar akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.
4.4 Menceriakan sudut kesihatan Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu bagi mewujudkan
persekitaran sekolah yang ceria, selesa dan selamat.
4.5 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam
melaksanakan tugas sebagai seorang guru.

5.0 Tajuk Program


Sudut Info Kesihatan Pemakanan Seimbang dan Masalah Obesiti

6.0 Tarikh Pelaksanaan


24 Julai 2016 Hingga 4 Ogos 2016

7.0 Sasaran
Semua pelajar tahap 1 dan 2 Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu.

8.0 Anjuran
Guru Pelatih TESL Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail Ambilan Januari 2013;
1. Selly Aina binti Zakaria

9.0 Jawatankuasa Program


JAWATANKUASA INDUK
PENAUNG
Puan Hajah Zakiah binti Kamsah
(Guru Besar)
PENASIHAT
2

Puan Shamsida@Suriyam binti Hamzah


(Guru Penolong Kanan I)
PENYELARAS
Puan Mazni binti Azmi
(Mentor Pembimbing)
PENGERUSI
Cik Selly Aina binti Zakaria

10.0 Tempat / Lokasi


Sudut kesihatan bersebelahan Bilik Kesihatan Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu.

11.0 Pelan Tindakan Projek


Langkah
1.

2.
3.
4.

Aktiviti
Mencari maklumat berkaitan pemakanan seimbang dan masalah obesiti

melalui internet.
Menentu maklumat yang akan dipamerkan.
Mengukur saiz sudut yang diberikan.
Merangka persembahan sudut kesihatan.
Menyediakan bahan-bahan bagi menyiapkan sudut info kesihatan.
Mula menyiapkan sudut secara berperingkat.
Membuat kerja-kerja memperkemaskan sudut kesihatan.

12.0 Peralatan dan Bahan-bahan Yang Diperlukan


Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Perkara
Hard board paper bersaiz A3
Kertas A4 berwarna (set pelbagai warna)
Kertas A4 (1 set 20 keping)
Double-sided tape
Riben
Thumbtack beraneka warna
Tali Nylon
Laminating Film
Jumlah Keseluruhan

Kuantiti
3
1
1
3
2
2
1
1 Rim

Anggaran Harga (RM)


13.00
5.00
3.00
6.00
7.00
6.00
5.00
25.00
70.00

13.0 Sumber Kewangan


Peruntukan sekolah.

14.0 Penutup
Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan
dikendalikan oleh guru. Diharapkan program Sudut Info Kesihatan Pemakanan Seimbang dan
Masalah Obesiti ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Terima kasih diucapkan atas
segala kerjasama dan bantuan yang diberikan.

Disediakan oleh:

..
(CIK SELLY AINA BINTI ZAKARIA)
Guru Pelatih Internship,
Projek Sudut Info Kesihatan Pemakanan Seimbang Dan Masalah Obesiti,
Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu,
21060 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Disemak oleh,

.....................................................
(PUAN MAZNI BINTI AZMI)
Mentor,
Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu,
21060 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Diluluskan oleh,

.................................................................
(PUAN HAJAH ZAKIAH BINTI KAMSAH)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu,
21060 Kuala Terengganu,
Terengganu.
5

Ulasan :
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
__________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai