Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PROGRAM

“HIDUP SIHAT BADAN CERGAS”

SJKC CHUNG HWA PRESBYTERIAN

2018

TARIKH

13 OGOS 2018 (ISNIN)

MASA

7.00 PAGI – 11.00 PAGI

TEMPAT

KANTIN DAN DEWAN SEKOLAH


1.0 Pengenalan

Program “Hidup Sihat Badan Cergas” (HSBC) ialah satu platform untuk menyebarkan
pengetahuan terkini mengenai kesihatan yang disahkan oleh pihak sekolah bersama agensi-
agensi terbabit kepada kumpulan sasaran iaitu murid-murid dan juga warga sekolah. Ia juga
merupakan satu pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh
masyarakat kini yang sememangnya kurang prihatin dan jarang mengambil berat tentang isu-
isu kesihatan.

Dalam program ini, golongan yang disasarkan iaitu para murid dan warga sekolah
diharapkan dapat menyebarkan pengetahuan berkaitan dengan kesihatan kepada masyarakat
di luar sekolah serta dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sempurna.
Oleh itu, amalan ini tidak dinafikan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

2.0 Tema Program “Hidup Sihat Badan Cergas”

Program ini menjurus kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan piramid


makanan. Program ini memberikan peluang kepada para murid untuk menyihatkan badan,
mencerdaskan minda serta mengamalkan pemakanan yang sihat.

3.0 Tujuan dan Objektif Program

Tujuan utama program ini adalah untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial (JERIS).

 Kepentingan bersarapan pagi.


 Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan murid walau di
mana mereka berada.
 Memastikan semua murid dapat belajar dalam keadaan yang sihat dan ceria.
 Membimbing para murid ke arah mencintai kehidupan yang sihat dan mengamalkan
pemakanan yang seimbang.
 Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman murid dalam pengambilan makanan yang sesuai.
 Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid dari segi JERIS
untuk mengelakkan diri daripada pelbagai ancaman gejala sosial seperti merokok.
 Mejauhikan murid-murid daripada penyakit seperti diabetes yang disebabkan oleh
pemakanan yang tidak sihat.
 Menurunkan kadar obesiti dalam kalangan murid.

4.0 Cadangan Tarikh, Masa dan Tempat

Tarikh: 13 Ogos 2018 (Isnin)

Masa: 8.00 - 11.00 pagi

Tempat: kantin & dewan sekolah

5.0 Sasaran Murid

Program ini akan disertai oleh murid Tahun 4 dan 5.

6.0 Cadangan Aktiviti dan Tentatif

6.1 Cadangan Program

Program ini akan dijalankan selama 1 hari pada 13 Ogos 2018 yang bertempat di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Chung Hwa Presbyterian. Upacara perasmian program akan disempurnakan
oleh Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Presbyterian.

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang Program Pemakanan Sihat.

Bil. Aktiviti yang dirancang


1, Sarapan pagi
2. Ceramah mengenai Pemakanan yang Sihat
3. Kuiz Pemakanan
6.2 Tentatif Program

Hari Masa Aktiviti Tempat


Perasmian Program
7.00 pagi- 7.35 pagi Hidup Sihat, Badan Dewan Sekolah
Cergas
7.40 pagi- 8.25 pagi Sarapan Pagi Kantin Sekolah

Ceramah berkaitan
Isnin 8.30 pagi- 10.00 pagi Dewan Sekolah
Pemakanan Sihat
13.08.2018

10.00 pagi- 10.30 pagi Kuiz Pemakanan Dewan Sekolah

10.30 pagi- 11.00 tgh/hari Penutupan Program Dewan Sekolah

7.0 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat: Lim Kim Shui

Pengerusi: Wong Kai Jun

Setiausaha: Pang Kai Sing

Bendahari: Raja Dania Ateera

Ahli Jawatankuasa:

1. Hadiah: Lim Joe Xuan

2. Dokumentasi: Chia Hui Yee

3. Makanan: Tan Ying Fen

8.0 Implikasi Kewangan


8.1 Makanan

Makanan untuk sarapan (RM 5.00 x 240) RM 1200

8.2 Percetakan

Nota ceramah (RM 0.15 x 240) RM 36

Kertas kuiz (RM 0.09 x 240) RM 21.60

8.3 Hadiah

Pertandingan kuiz pemakanan (RM 5 x 20) RM 100

JUMLAH RM 1357.60

9.0 Sumber Kewangan

Bil. Sumber Kewangan Jumlah (RM)


1 Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan 557.60
2 Pengerusi Persatuan Ibu Bapa 800
Jumlah 1357.60

10.0 Penutup

Diharapkan aktiviti Program “Hidup Sihat Badan Cergas” ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat
seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi
kesedaran untuk mencegah penyakit lalu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Semoga usaha
ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-
murid khususnya.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
(Pang Kai Sing)

Setiausaha Program Hidup Sihat, Badan Cergas

Guru Kesihatan

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Chung Hwa Presbyterian.

Disemakan oleh

(Pn. Wong Kai Jun)

Pengerusi Program Hidup Sihat, Badan Cergas

Guru Penolong Kanan Hem

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Chung Hwa Presbyterian.

Disahkan oleh,

(Tuan Lim Kim Shui)

Penasihat Program Hidup Sihat, Badan Cergas

Pengetua

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Chung Hwa Presbyterian.

Anda mungkin juga menyukai