Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGARAM FOOD STALL

DI PRASEKOLAH SERI MAWAR

1.0 Pengenalan

Penganjuran Program Food Stall ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan
meningkatkan kerjasama antara kanak-kanak, guru prasekolah dan ibu bapa. Bukan itu sahaja,
program ini meningkatkan kemahiran kanak-kanak seperti kemahiran berbahasa, kemahiran
mengira, kemahiran bersosial dan sebagainya. Secara tidak langsung program ini
mencungkilkan bakat dan potensi kanak-kanak dalam aspek perkembangan Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan Sosial. Selain itu, program ini juga adalah satu saluran asas dalam
pembentukan sikap dan nilai murni kanak-kanak Prasekolah Seri Mawar.

2.0 Rasional

Program Food Stall diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah,
kanak-kanak dengan penglibatan ibu bapa demi merealisasikan kecermelangan murid. Di
samping itu, program ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut
aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

3.0 Objektif
Program Food Stall dilihat sebagai bertepatan dengan perkembangan tunjang kanank-kanak
dalam Kurikulum KSPK. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyuburkan segala
bakat dan potensi dalam setiap kanak-kanak dalam aspek pembangunan Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS).
Objektif-objektif yang hendak dicapai ialah:

i Membentuk perkembangan sosial dan perhubungan kanak-kanak semasa


menjual makanan.
ii Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas dalam bertutur,
mengira dan menaakul.
iii Melahirkan kanak-kanak yang berdikari, berkeyakinan, berkeperibadian tinggi
kreatif dan inovatif.
iv Memberi peluang kepada murid untuk merasai pengalaman belajar di luar bilik
darjah
v Penglibatan antara pihak ibu bapa dengan sekolah dapat dipertingkatkan melalui
aktiviti ini.

4.0 Tarikh
3 March 2017

5.0 Tempat
Prasekolah Seri Mawar

6.0 Masa
8.30 am 10.30 am

7.0 Sasaran
Kanak-kanak Prasekolah Seri Mawar (4 tahun hingga 6 tahun) dan ibu bapa kanak-kanak
Prasekolah Seri Mawar (4 tahun hingga 6 tahun)

8.0 Jawatankuasa Program

Penasihat
Cik Nor Zeti
(Guru Prasekolah Seri Mawar)

Penyeleras :
En. Jamaluddin Abdul Rahman
(Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak)

Pengerusi
Tan Cian Li

Naib Pengerusi
Chin Han Min

Setiausaha
Low Jia Huan

Bendahari
Bavithira A/P Egambaram

Ajk Makanan
Kasturi A/P Murugan

Ajk Jemputan
Chin Han Min

Ajk Aturcara
Tey Yiu Qian
Low Jia Huan

Ajk Cenderahati
Tan Cian Li

Ajk Publisiti
Chin Han Min

Ajk Kehadiran
Kasturi A/P Murugan

Ajk Protokol
Bavithira A/P Egambaram

Ajk Peralatan
Teh Yiu Qian

Ajk Persiapan Dewan


Bavithira A/P Egambaram

Ajk Fotografi
Kasturi A/P Murugan

(Guru-Guru Pelatih Unit P3)


9.0 Tentatif Program Food Stall 2017 Di Prasekolah Seri Mawar

03.03.2017 (JUMAAT)

Masa Aktiviti

8.30 8.45 pagi 1. Menyambut kedatangan ibu bapa dan


murid-murid prasekolah
2. Membuat persediaan di gerai makanan
masing-masing

8.45 9.10 pagi Majlis perasmian program Food Stall 2017

9.10 9.15 pagi 1. Membawa para ibu bapa dan para tetamu
untuk melawat setiap gerai makanan
2. Memperkenalkan setiap gerai makanan
kepada para ibu bapa dan tetamu
9.15 10.15 pagi Permulaan program Food Stall 2017

10.15 10.25 pagi 1. Majlis perasmian penutup program Food


Stall 2017
2. Majlis penyampaian hadiah kepada pemilik
gerai makanan yang mencapai hasil jualan
paling tinggi

10.25 10.30 pagi Mengemaskan gerai makanan


10.0 Anggaran Perbelanjaan Food Stall 2017

Perkara Kuantiti Jumlah


Makanan dan Minuman Lebih kurang 40 orang RM60.00
(peruntukan perbelanjaan
aktiviti Prasekolah Seri
Mawar/ sumbangan ibu bapa)
Hiasan Gerai Makanan 5 kad manila RM8.00
(peruntukan perbelanjaan Kertas warna
aktiviti Prasekolah Seri
Mawar)
Penghasilan token wang Kertas warna RM3.00
(peruntukan perbelanjaan
aktiviti Prasekolah Seri
Mawar)
Pembekas makanan dan Cawan kertas RM14.00
minuman Pinggan kertas
(peruntukan perbelanjaan
aktiviti Prasekolah Seri
Mawar)
JUMLAH RM85.00

Anda mungkin juga menyukai