Anda di halaman 1dari 5

TABIKA PERPADUAN LADANG SUNGAI LINAU 43900

SEPANG SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA 2014

1.0 PENGENALAN

Lawatan ini merupakan aktiviti lawatan tahunan bagi Tabika Perpaduan Ladang Sungai
Linau sessi 2014.Ia akan menjadi suatu pemangkin dalam pembentukan individu yang
cergas lagi cerdas melalui aktiviti-aktiviti lawatan yang teramat penting dalam proses
tumbesaran dan perkembangan kemahiran pengetahuan murid. Lawatan ini juga akan
melibatkan Ahli Jawatankuasa Ambilan 2014 sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana bagi
mereka memenuhi salah satu keperluan dalam tugasan mereka.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama Lawatan Sambil Belajar ini adalah untuk mengetengahkan potensi diri
kanak-kanak dalam pengetahuan umum. Menerusi aktiviti Lawatan, kanak-kanak akan
dapat menunjukkan kemahiran dan kemampuan fizikal mereka dengan sepenuhnya. Selain
itu, semasa aktiviti lawatan juga, kanak-kanak akan didedahkan dengan semangat
meneroka seperti semangat berpasukan, tidak mudah berputus asa dan berusaha untuk
mengetahui sesuatu. Aktiviti Lawatan sambil belajar ini juga dapat mengeratkan hubungan
silaturahim diantara ibubapa dengan pihak tabika.Selain itu,kanak-kanak tabika dapat kenal
tempat tempat lawatan yang menarik di Malaysia.

3.0 OBJEKTIF

Objektif Lawatan sambil belajar adalah diharapkan kanak –kanak akan dapat :

1. Menunjukkan potensi diri dengan lebih yakin dan berusaha dalam mencapai
sesuatu matlamat.
2. Menggetahui temapat lawatan sambil belajar yang terdapat di Malaysia.
3. Membentuk personaliti kanak-kanak yang mantap seperti mempunyai daya saing
untuk menang, tidak mudah putus asa, bekerjasama, menghormati rakan-rakan
sebaya, bersungguh-sungguh dan sebagainya
4. Dapat membuka minda kanak-kanak.
5. Merapatkan hubungan silaturrahim di antara pihak ibu bapa dengan warga
pengurusan Tabika Perpaduan.

4.0 TARIKH, MASA , TEMPAT

Tarikh : 20 Julai 2014 (Ahad)

Masa : 7.00 Pagi – 7.00 Malam

Tempat : Melaka

5.0 PESERTA

1. Kanak-kanak Tabika Perpaduan Ladang Sungai Linau

2. Guru/P.Guru
3. Ibubapa kanak-kanak Tabika

6.SENARAI BIDANG TUGAS AJK PELAKSANAN

JAWATANKUASA BIDANG TUGAS


AJK Sambutan / Pendaftaran :  Menyediakan borang kehadiran
Pn. R.Ranjithamalar murid dan penyertaan ibu
Pn. Kogilavani bapa.
En.Subramaniam Andy  Menyambut kehadiran kanak-
kanak dan ibu bapa.
 Mengagihkan Kanak-kanak
mengikut bas yang ditetapkan
 Mengedarkan aturcara lawatan
 Mendaftarkan kehadiran murid-
murid
 Mendaftarkan nama ibu bapa
yang menyertai bersama

AJK Siaraya :  Menyediakan kamera, kamera


En.Saravanan video dan lagu-lagu yang sesuai
sepanjang program
 Sediakan Dokumentasi Lawatan
tersebut.
 Membuat siaraya / Membuat
publisiti (Surat khabar)
AJK Persiapan Tempat, Kebersihan &  Menyediakan plastic untuk
Keselamatan: kebersihan dalam bas/tempat
En.Kannan makan.
Pn .Anbarasi  Menjaga keselamatan kanak-
kanak
 Memastikan tempat lawatan
selamat bagi kanak-kanak
 Menyediakan Peti Pertolongan
Cemas
AJK Jamuan :  Menentukan menu dan
Pn.K.Saraswathiammal menempah makanan
Pn.Avadiammah  Menghidang makanan
Pn .Marriammah  Menyediakan minuman ringan
 Memastikan kebersihan tempat
jamuan sebelum dan selepas
jamuan

7.0 ATURCARA PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.00 pagi  Pendaftaran/Berkumpul di Tabika

7.30 pagi  Bertolak ke Melaka

9.30Pg – 12.00 Pg  Sampai Di Melaka


 Bandar Hilir
 Kota A Fomosa
 Muzium
12.00Pg – 2.00 Ptg  Berehat dan makan tengah hari

2.00 Ptg– 5.30 Ptg  Zoo Melaka


 Taman Rama-Rama

6.00ptg  Bertolak Balik


8.00 Malam  Dijangka sampai di Tabika

8.0 ANGGARAN BELANJAAN

BIL. PERKARA KIRAAN JUMLAH


JAMUAN 20 Kanak-kanak x RM 10.00 = RM 200.00
1. Sarapan pagi dan 2 Orang guru x RM 10.00 = RM 20.00 RM 250.00
makan tenghari 3 JPTP x RM 10.00 = RM 30.00

Tiket Masuk Zoo,


2. Taman Rama- 20 Kanak-kanak x RM 10.00 = RM 200.00 RM 200.00
Rama Dan Muzium

Runcit ( Cuci

3. Gambar Dan Lain- RM 50.00


lain

JUMLAH KESELURUHAN RM 500.00

10.LAIN-LAIN

 Makanan Pagi dan Tengah Hari Kanak-kanak ditanggung oleh Tabika


 Tiket untuk masuk ke Zoo, Muzium Dan Taman Rama-Rama untuk kanak-kanak di
tanggung oleh Tabika Perpaduan Ladang Sungai Linau
 Tambang bas RM20.00 seorang(Bayaran masuk/Makan tanggung sendiri) untuk
ibubapa.
 Pakaian kanak-kanak
-Pagi Baju Sekolah
-Petang Baju T-Shirt sekolah
11.MENU MAKANAN KANAK-KANAK

Bil Masa Menu


1. Sarapan Pagi Roti dan Air Kotak
2. Makan Tengahari Ayam Kicap, Sayur Kubis Dan Air Mineral

10.0 PENUTUP

Dengan adanya Lawatan Sambil Belajar, kebolehan dan potensi kanak-kanak dalam bidang
Psikologi akan dapat dikembangkan. Ibubapa juga akan dapat lebih memahami kehendak
dan kemesraan anak melalui aktiviti ini. Diharapkan dengan Lawatan ini akan dapat
menanamkan minat dalam diri kanak-kanak untuk bidang Pelancongan dan menggalakkan
mereka untuk berjaya dalam bidang ini di masa hadapan. Selain itu dapat membuka minda
kanak-kanak dan memperkenalkan tempat pelancongan..Di samping itu, Lawatan ini juga
akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara pihak ibubapa, AJK Pengurusan
Tabika Perpaduan Ladang Sungai Linau bagi sesi 2014.

Disediakan oleh,

.........................

(Pn.Ranjithamalar Ramasamy)

Guru / Setiausaha

Tabika Perpaduan Ladang Sungai Linau

Anda mungkin juga menyukai