Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA LANAR

27200 KUALA LIPIS


PAHANG DARUL MAKMUR

TEL: 09- 3125857

KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

A. TAJUK : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA

B. OBJEKTIF

1. Memberikan pendedahan, menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman


baru kepada murid-murid berkaitan dunia luar dan lokasi-lokasi menarik
dalam negara selain daripada negeri Pahang dimana melalui pengalaman
ini akan menggalakkan murid-murid belajar dan berfikir secara lebih
kreatif dan kritis.

2. Menanamkan minat kepada murid-murid supaya lebih berminat dalam


mempelajari ilmu sejarah dan kehidupan seterusnya meningkatkan
motivasi diri dan minat mereka dalam menimba ilmu pengetahuan.

3. Mengeratkan hubungan antara 2 buah sekolah melalui slot program


’Cemerlang UPSR 08’ yang dilaksanakan oleh guru-guru di SK Ujong
Pasir di samping memberikan suasana pembelajaran yang baru kepada
murid dan meningkatkan motivasi diri murid-murid.

1
4. Merapatkan hubungan di antara guru-guru dan murid-murid SKKL

C. GOLONGAN SASAR

1. Murid-murid Tahun 6 S.K Kuala Lanar


2. Murid-murid Tahap 2 (Tahun 4 & 5) S.K Kuala Lanar
3. Beberapa orang guru pengiring
* (Rujuk senarai nama di Lampiran A)

D. CADANGAN TARIKH

25 - 27 Julai 2008 (Jumaat-Ahad)

E. LOKASI

Negeri Melaka

1. Bandar Hilir :-
i. Kota A Famosa
ii. Bangunan Stadhuys
iii. Bukit Sempoi
iv. Pasaraya Mahkota Parade
2. Muzium Maritim Melaka
3. Zoo Melaka
4. Pedas Wet World & Hot Spring
5. Pantai Klebang – Perigi Hang Tuah
6. Rumah Hantu
7. Taman Rama-rama
8. Taman Buaya

F. AGENDA / TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama

Tarikh : 25 Julai 2008 (Jumaat)

7.00 pagi - Berkumpul di S.K Kuala Lanar


7.15 pagi - Sarapan pagi di kantin S.K Kuala Lanar
7.45 pagi - Bertolak dari S.K Kuala Lanar
1.30 petang - Daftar masuk di S.K Ujong Pasir, Klebang
(Tempat penginapan)
- Makan tengahari

2
- Rehat & Solat Jamak
3.00 petang - Sesi Lawatan di Zoo Melaka
5.00 petang - Sesi Lawatan di Pantai Klebang
7.00 petang - Makan Malam
- Solat Jamak
8.30 malam - Sesi Lawatan di Zoo Melaka (Night Zoo)
10.30 malam - Minum malam
- Tidur

Hari Ke - 2

Tarikh : 26 Julai 2008 (Sabtu)

6.00 pagi - Bangun pagi, Solat Subuh


7.30 pagi - Sarapan pagi
8.30 pagi - Slot Cemerlang UPSR 1
10.00 pagi - Minum pagi
10.30 pagi - Slot Cemerlang UPSR 2
12.30 t/hari - Makan Tengahari
- Solat Jamak
2.00 petang - Sesi Lawatan di Muzium Melaka
3.30 petang - Sesi Lawatan di sekitar Bandar Hilir
7.00 malam - Makan Malam
- Solat Jamak
8.30 malam - Sesi Ramah Mesra dengan Belia Melaka
10.30 malam - Minum malam
- Tidur

Hari Ke – 3

Tarikh : 27 Julai 2008 (Ahad)

6.00 pagi - Bangun pagi, Solat Subuh

3
7.30 pagi - Sarapan pagi & Daftar Keluar
8.30 pagi - Sesi Lawatan di Taman Rama-rama
- Sesi Lawatan di Taman Buaya
- Sesi Lawatan di Rumah Hantu
- Sesi Lawatan di Pedas Wet World & Hot Spring
1.30 petang - Makan tengahari
- Solat Jamak
2.30 petang - Bertolak ke Kuala Lipis
7.30 malam - Tiba di S.K Kuala Lanar

G. ANGGARAN PERUNTUKAN
Bil Perkara Perkiraan Jumlah
1. Pengangkutan : Bas RM 45.00 x 40 orang RM 1,800.00
2. Makan
a. Sarapan (3 kali) RM 2.00 x 40 orang x 3 RM 240.00

b. Minum pagi (3 kali) RM 2.00 x 40 orang x 3 RM 240.00

c. Makan tengahari (3 kali) RM 3.00 x 40 orang x 3 RM 360.00

d. Minum petang (3 kali) RM 2.00 x 40 orang x 3 RM 240.00

e. Makan malam (3 kali) RM 3.00 x 40 orang x 3 RM 360.00

3. Penginapan RM 2.00 x 40 orang


RM 80.00
(Sekolah Ujong Pasir)
4. Perubatan RM 1.00 x 40 orang RM 40.00
5. Bayaran masuk

a. Muzium Maritim RM 4.00 x 40 orang RM 160.00

b. Zoo Melaka RM 2.00 x 40 orang RM 80.00

c. Rumah Hantu RM 3.00 x 40 orang RM 120.00

d. Taman Rama-rama RM 4.00 x 40 orang RM 160.00

e. Taman Buaya RM 4.00 x 40 orang RM 160.00

4
f. Pedas Wet World & Hot Spring RM 10.00 x 40 orang RM 400.00
Jumlah Bayaran RM 111.00 seorang RM 4,440.00

i. Sumber kewangan adalah kutipan wang daripada setiap peserta


yang mengikuti rombongan.

ii. Selain kutipan, pihak sekolah turut berusaha mendapatkan


sumbangan daripada agensi-agensi luar.

H. KAWALAN KESELAMATAN :

1. Disiplin dan keselamatan diri adalah tanggungjawab bersama guru-guru


pengiring dan pelajar-pelajar sendiri. Oleh yang demikian, pihak sekolah
akan berusaha mengambil langkah keselamatan dengan sebaiknya bagi
mencegah berlakunya kemalangan

2. Sebagai langkah keselamatan pihak sekolah turut memaklumkan kepada


pihak berkuasa Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis mengenai lawatan ini serta
pihak tertentu untuk dihubungi sekiranya berlaku sebarang kecemasan

Diharapkan program ini akan mencapai matlamat dan objektif yang dikehendaki
ke arah mewujudkan generasi baru yang berpengetahuan luas, bijak berfikir dan
menjana idea yang mantap, seterusnya lahirlah masyarakat yang cemerlang,
gemilang dan terbilang di masa depan.

Anda mungkin juga menyukai