Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KEMAHIRAN
BOLA JARING
PERINGKAT SEKOLAH
SK GUNONG SENYUM
2021

PENGELOLA :

UNIT KOKURIKULUM
SK GUNONG SENYUM
PERTANDINGAN KEMAHIRAN
BOLA JARING
PERINGKAT SEKOLAH
SK GUNONG SENYUM
2021

1. PENGENALAN

Kemahiran Bola Jaring ini merupakan salah satu aktiviti penting dalam
permainan bola jaring. Pertandingan kemahiran ini diadakan untuk
memberi peluang kepada murid untuk mempamerkan kebolehan dan
keupayaan dalam bidang sukan bola jaring. Bagi pasukan SK Gunong
didapati masalah yang ada semasa pertandingan ialah kesukaran
menjaring gol walaupun teah mendapat banyak peluang. Oleh yang
demikian unit kokurikulum mengambil inisiatif mengadakan
pertandingan menjaring ini bagi mengesan murid yang berkebolehan
menjaring dengan tepat.

2. MATLAMAT

Pertandingan ini diadakan sebagai satu usaha dalam mencungkil


kemahiran bola jaring di kalangan murid-murid.

3. OBJEKTIF

Antara objektif pertandingan ini diadakan adalah :


3.1 Memberi pendedahan kepada murid terhadap teknik yang betul
dalam menjaring bola.
3.2 Mengenalpasti murid yang berkebolehan dalam kemahiran
menjaring bola dan seterusnya dapat dilatih menjadi penjaring
tepat sekolah pada masa akan datang.
3.3 Mengasah dan mempertingkatkan kemahiran murid dalam
menjaring bola jaring.
3.4 Mewujudkan semangat kesukanan dan bersaing dalam kalangan
murid.

4. SASARAN

Murid-murid perempuan tahun 4, 5 dan 6 SK Gunong Senyum.

5. TARIKH PELAKSANAAN (CADANGAN)

Tarikh : 1 Disember 2021


Hari : Rabu

6. TEMPAT (CADANGAN)

Padang SK Gunong Senyum

7. JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : Pn Nur Shida bt Bahari


Pengerusi : Encik Noraznizam b Mohd Aziz
Naib Pengerusi 1 : En Adanan b Kamaludin
Naib Pengerusi 2 : En Azmi b Mat Nor
Setiausaha : Puan Selamah bt Bakar
Pen. Setiausaha : Pn Noraini bt Mamat
Bendahari : Pn Siti Aishah bt Hasan
8. JAWATANKUASA PELAKSANA

Hadiah : Pn Safinorhana Wahidah bt Zulkipli


Buku Program : Pn Norzaini bt Mat Nor
Persediaan Tempat : En Mohd Faizal b Kamaludin
En Sazali bin M
Fotografi dan dokumentasi : En Azmi b Daman
Pengadil : Pn Selamah bt Bakar
Cik Hasmidar bt Md Tapa
Pengurusan Murid : Pn Suriatina bt Ismail
Pn Farhana bt Jalaludin

9. TENTATIF PERTANDINGAN
 Taklimat diadakan sehari sebelum pertandingan
 Pertandingan dilaksanakan pada waktu pendidikan jasmani
mengikut kelas.

10. ANGGARAN PERBELANJAAN


Berikut ialah anggaran perbelanjaan:
BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH
SEUNIT HARGA
1 BOLA JARING 2 RM 50 RM100
2 JARING 1 SET RM 50 RM 50
3 HADIAH JOHAN X 1 RM10 RM10
NAIB JOHAN X 1 RM 8 RM8
KE-3 X 1 RM7 RM7
Saguhati X 5 RM5 RM25
JUMLAH BESAR RM200
11. PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini akan dapat


dijalankan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang
ditetapkan. Justeru, kerjasama dan keprihatinan semua pihak
khususnya para pendidik amat diperlukan untuk merealisasikan
matlamat dan objektif program. Semoga SKGS terus cemerlang dalam
bidang kokurikulum.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________ _________________
(Pn Selamah bt Bakar) (En Noraznizam b Mohd Aziz)
Guru Penasihat GPK Kokurikulum
Permainan Bola Jaring SKGS SK Gunong Senyum

Disahkan oleh,

__________________
(Nur Shida bt Bahari)
Guru Besar
SK Gunong Senyum

Anda mungkin juga menyukai