Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MEMBINA SEBUAH KELAS PEMULIHAN


DI
SK GUNONG SENYUM

SK GUNONG SENYUM
28050 KUALA KRAU
TEMERLOH, PAHANG
1.  Pendahuluan
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah
rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ). Pada tahun 1983,
sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR).
Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada
asas pendidikan dengan memberi fokus kepada kemahiran membaca, menulis
dan mengira (3M). Murid-murid yang tidak menguasai 3M dibantu melalui aktiviti
pemulihan dalam kelas. Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut
termaktub di dalam Teras Ketiga : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan
Teras Keempat : Merapatkan Jurang Pendidikan; dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010. Melalui kedua-dua teras ini,
beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai
kemahiran asas 3M pada tahap 1.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkasakan Program
Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas Pemulihan Khas dan menyediakan
Guru Pemulihan terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid
(SKM). Melalui Transformasi Pendidikan, Program Literasi dan Numerasi
(LINUS) telah diperkenalkan pada bulan Ogos 2009.
Program LINUS adalah sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan merupakan
satu kesinambungan daripada program yang sedia ada bagi mengatasi masalah
penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik. Pelaksanaan program
LINUS mensasarkan 100% murid tahun 3 GARIS PANDUAN PROGRAM
PEMULIHAN KHAS BPKHAS, KPM 3 menguasai kemahiran literasi dan
numerasi sebelum ke tahun 4 mulai tahun 2013 kecuali murid berkeperluan
khas.
Oleh itu bilik pemulihan yang kondusif perlu diwujudkan bertujuan untuk
memastikan guru dan murid dapat melakukan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan dapat melaksanakan pembelajaran abad yang
ke 21 supaya murid dapat menguasai kemahiran atas 3M.
2. Objektif

Cadangan pelaksanaan projek membina dan menceriakan kelas ini
adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut
 SK Gunong Senyum tidak pernah mempunyai kelas pemulihan sejak
ditubuhkan.
 Tempat terbuka tidak sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

3.         Rasional & Matlamat

 Memastikan wujud sebuah bilik pemulihan sesuai serta kondusif untuk murid-


murid menjalani proses pengajaran dan pembelajaran pemulihan.
 Memastikan bilik pemulihan berada dalam keadaan tertutup, bersih dan ceria
serta lengkap dengan maklumat pembelajaran yang berkaitan dengan mata
pelajaran Pemulihan supaya murid dapat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan dan dapat menguasai kemahiran 3M dengan
baik.

3. Lokasi Sasaran

Kantin bahagian hujung dibina sebuah bilik khas untuk dijadikan bilik pemulihan
(rujuk lampiran).

4. Bahan-bahan yang diperlukan (Anggaran Perbelanjaan)

Bahan-bahan keperluan untuk mewujudkan bilik pemulihan yang baru dan


bahan-bahan untuk keceriaan kelas pemulihan.

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN CATATAN


HARGA
1. Besi tiang 4 batang RM 1000
2. Kerangka atap 10 x 10 kaki RM 1000
3. Zink 10 keping RM 500.00
4. Plywood 10 keping RM 1000.00
5. Simen, kapur,pasir RM 1000.00
6. Papan Putih 3 RM 100.00
(whitebord)
7. Kipas 4 RM 450.00
8. Lampu 2 RM 50.00
9. Upah RM 400.00
10
Jumlah RM 5,500.00
6.   Sumber Kewangan
      Kutipan Sumbangan Orang Ramai = RM 2,000.00
Kutipan Sumbangan warga SKGS = RM 500.00
Sumbangan Kontraktor Pembersihan = RM 1,500.00
Sumbangan Kontraktor Pengawal Keselamatan = RM 1,500.00
Jumlah = RM5,500.00

7. Jawatankuasa Pemulihan Khas

 Pengerusi  : Pn Nur Shida bt Bahari


Timbalan Pengerusi : En.Adanan b Kamaludin
Naib Pengerusi 1 : En Azmi b Mat Nor
            Naib Timbalan 2 : En. Noraznizam b Mohd Aziz
Setiausaha : Pn. Siti Aishah bt Hasan
AJK : Semua guru BM & Mate                               
                                         
                   
8. Penutup

Pihak sekolah berharap agar permohonan mewujudkan sebuah kelas pemulihan


dapat dipertimbangkan dan mendapat tindakan yang sepatutnya. Hal ini kerana murid-
murid pemulihan sangat memerlukan sebuah kelas yang sesuai untuk proses
pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh,                                                          Disahkan oleh,

.......................................                                              ……………................................
(SITI AISHAH BT HASAN)           (PN NUR SHIDA BT BAHARI)
Guru Pemulihan Guru Besar
SK Gunong Senyum SK Gunong Senyum

Anda mungkin juga menyukai