Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PEMBINAAN KANTIN BAHARU SEKOLAH JENIS


KEBANGSAAN LADANG BATAK RABIT TELUK
INTAN PERAK

Disediakan oleh

Jawatankuasa Kantin SJK (T) LDG BATAK RABIT


dan
Unit Hal Ehwal Murid

Dengan

Kerjasama
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG),
Dan Lembaga Pengelola Sekolah

PENDAHULUAN
Kantin sekolah memainkan peranan yang penting dalam penyediaan pemakanan yang
berkhasiat kepada murid. Oleh itu, kantin di sekolah adalah sumber utama kepada murid
untuk mendapatkan makanan semasa waktu persekolahan. Sehubungan itu, kantin
sekolah juga merupakan suatu tempat yang penting dalam mendidik, menyampaikan ilmu
dan perkongsian pengalaman selain bilik darjah. Justeru itu, di sini juga murid membina
pengetahuan, sikap dan amalan tentang makanan dan pemakanan yang sihat, kepentingan
kebersihan serta tingkah laku sosial dan amalan-amalan murni yang lain.

Oleh yang demikian, projek pembinaan kantin amat penting bagi SJKT LDG
BATAK RABIT. Dari setahun ke setahun pelajar sekolah makin bertambah. Dengan
kapasiti pelajar yang semakin meningkat kantin sekolah tidak mampu menampung pelajar
yang ramai pada waktu rehat walaupun waktu rehat pelajar telah diadakan dua sesi.
Infrastuktur seperti meja, kerusi, paip, dan papan kenyataan
ini juga telah banyak mengalami kerosakan serta memerlukan penambahbaikan untuk
kebaikan bersama.
Pembinaan kantin ini jua bertujuan untuk memberi kesedaran dan motivasi kepada
murid tentang tanggungjawab menjaga kebersihan, bekerjasama menceriakan kantin,
menghargai kemudahan yang disediakan dan berusaha menjadikan kantin sebagai tempat
yang penuh dengan pelbagai maklumat dan informasi serta kondusif.

MATLAMAT

Menaiktaraf kantin dan kemudahan di kantin mengikut keperluan murid pada era
sekarang selaras dengan kantin berinformasi.

Memastikan kawasan kantin berada dalam keadaan bersih, ceria serta lengkap dengan
maklumat pembelajaran. Di samping itu, dapat membina rasa tanggungjawab dan
bekerjasama menjaga kebersihan, keceriaan, menghargai kemudahan yang disediakan
serta memupuk semangat satu Malaysia.

OBJEKTIF
1. Memastikan kantin yang kandusif, selesa dan dapat memuatkan murid yang ada
sekarang.
2. Peralatan dan kemudahan yang mencukupi untuk murid Sjk(T) Ladang Batak Rabit.
 
 
SPESIFIKASI PEMBINAAN BARU

Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas, cadangan pembesaran kantin sekolah ini adalah
di atas dua tujuan utama iaitu:
1. Untuk membolehkan lebih ramai murid dapat meluangkan masa rehat yang baik,
selamat dan selesa sepanjang masa.
2. Keadaan usang kerusi dan meja diubah baru, dan membina bilik makan bagi guru-
guru dan tetamu yang berkunjung ke sekolah ini.
3. Setelah siap kelak, di harapkan bangunan kantin ini dilengkapi dengan, sudut
informasi, ruang bacaan, cabinet dapur yang bermozek, bilik penyimpanan barang
serta bilik makan guru / tetamu yang lebih kondusif dan selesa. Juga diharapkan
kantin baharu nanti dapat memuatkan sekurang-kurangnya lebih 200 orang murid
dalam satu-satu masa semasa waktu rehat atau aktiviti tertentu.

SASARAN

Kantin sekolah

TEMPAT

Di hadapan Blok B dihadapan pusat sumber sekolah.

TARIKH
AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI : En. Kumaran

NAIB PENGERUSI 1 : Pn. K.Kogilavani

NAIB PENGERUSI 2 : Pn. V.Nageswary

PENYELARAS KANTIN : En. R.YuvaKumar

SETIAUSAHA :

AHLI JAWATANKUASA :

PELAN PEBINAAN KANTIN

(Sila rujuk Lampiran 1)

KOS DAN PERBELANJAAN

(Sila rujuk Lampiran 2)

PENUTUP

Keberkesanan projek pembinaan kantin ini bergantung sepenuhnya kepada sumbagan dari
luar dan PIBG sekolah. Tanggungjawab penjagaan rapi kemudahan asas yang diberi
bergantung sepenuhnya kepada pentadbir sekolah, guru-guru, murid-murid dan staf sekolah.

Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati agar pihak tuan dapat membantu
menjayakan rancangan ini demi kepentingan warga SJKT LDG BATAK RABIT.
Pertimbangan dan Kerjasama pihak tuan untuk mejayakan Hasrat murni kami ini dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh :

……………………..

(En. R. Yuvakumar)

Penyelaras Unit Kantin

Disemak oleh :

………………………

(PN V.Nageswary)

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Disahkan oleh :

………………………
LAMPIRAN 2
ANGGARAN KOS DAN JANGKA MASA PEMBINAAN.

Adalah dianggarkan pembinaan bangunan kantin baharu seluas _________ kaki persegi
menelan belanja lebih kurang ___________. Jumlah ini termasuk bayaran khidmat
juruperunding (arkitek, jurutera dsb), kos merobohkan bangunan sedia ada dan juga kos
pentadbiran dan pembinaan bangunan.
Jangka masa pembinaan adalah dianggaran enam (6) kelapan (8) bulan. Dengan
memperuntukkan masa selama 12 bulan (satu tahun) menyediakan bangunan yang baharu,
diharapkan pada April tahun 2022 nanti sekolah ini telah mempunyai sebuah kantin yang
kondusif dan selesa untuk pelanggannya iaitu murid-murid, guru-guru, pekerja-pekerja
sekolah serta para tetamu yang hadir untuk menyertai apa jua pertandingan yang dijalankan
di sekolah ini.

1. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Aktiviti / Barang Kuantiti Kos seunit Jumlah
1 Merobohkan bangunan kantin RM 5,000.00
2 Bayaran khidmat juruperunding (arkitek, RM 15,000.00
juruteradan MPS)
3 Pembinaan Kantin Baharu
a. Bumbung RM 15,000.00
b. Lantai Mozek RM 20,000.00
c. Kabinet Berjubin RM 5,000.00
d. Bilik Makan Guru / Tetamu RM 15,000.00
e. Saluran paip RM 5,000.00
f. Pendawaian elektrik RM 5,000.00
g. Tempat Memasak RM 10,000.00
h. Sinki 10 RM 200 RM 2,000.00
i. Bilik stor makanan RM 5,000.00
j. Grill besi RM 6,000.00
k. Papan Tanda Kantin 2 RM 500 RM 1,000.00
l. Papan Informasi 2 RM 500 RM 1,000.00
m. Set meja makan guru dan murid 20 RM 500 RM 10,000.00
4 Kotigensi RM 5,000.00
JUMLAH RM

Anda mungkin juga menyukai