Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN

PEMBINAAN TEMPAT MAKAN RMT MURID


SK TANJUNG ARU, MENUMBOK, KUALA PENYU, SABAH.

1.0 PENGENALAN

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah dikelola, diselia dan dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia bermula tahun 1979. Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid
sekolah rendah yang layak, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan
rendah , secara imbuhan untuk sementara bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal
dan amalan pemakanan murid.

2.0 MATLAMAT

Peningkatan jumlah murid layak RMT menyebabkan ruang makan sedia ada tidak
dapat menampung jumlah murid yang ramai. Ruang makan sedia ada tidak selesa
untuk murid-murid menjamu makanan. Oleh yang demikian, pihak sekolah bercadang
untuk membina ruang makan yang baru bagi menampung peningkatan ini.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi keselesaan kepada murid RMT semasa menjamu makanan.

3.2 Menampung ruang makan sedia ada akibat peningkatan bilangan murid.

3.3 Memudahkan pengendalian penyediaan makanan kerana tidak perlu


berkongsi ruang makan dan dapur.

3.4 Menggelakkan penggunaan ruang PdP sebagai ruang makan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid-murid layak RMT.

1
5.0 LOKASI CADANGAN PEMBINAAN

2
6. ANGGARAN KOS PEMBINAAN

Harga
Bil Perkara Saiz/ Jumlah
seunit
Bilangan
1 Batang Besi untuk tiang 2 inci RM 154.50 RM 309.00

2 Button 6 pcs RM 38.50 RM 231.00

3 Purlin C 3 batang RM 55.00 RM 165.00

4 Simen 15 karung RM 23.00 RM 345.00

5 Paku/Skrew atap 2 kotak RM 25.00 RM 50.00

6 Batu & Pasir - - RM 250.00

7 Upah Pekerja - - RM1,100.00

Jumlah Keseluruhan RM 2,500.00

8.0 PENUTUP

Kertas cadangan ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera bagi
memastikan matlamat dan objektif dapat dipenuhi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………… …………………………….
YUSNAH MOHD YUSOF MD ZAINI BIN BUGAR
Penolong Kanan HEM, Guru Besar
SK Tanjung Aru, Menumbok. SK Tanjung Aru, Menumbok.

Anda mungkin juga menyukai